Posts

Showing posts from September, 2013

Nasihat dan pandangan, itu berbeza

Assalamualaikum wbt...Dalam perbincangan dan perbualan dengan berapa teman, sering membicarakan tentang perjalanan hidup masing-masing. Ada yang positif dan ada yang negatif. Ada yang terlalu beremosi dan ada yang hanya tersenyum berdiam diri. Ada yang mampu memberi nasihat yang membina dan ada pula nasihat yang boleh menjatuhkan...Ketahuilah bahawa walaupun kita berada dijalan yang sama atau tempat yang sama, tetapi harus kita ingat bahawa jalan yang kita lalui punyai berbagai ragam, berbagai warna, punya pelbagai dugaan. Pastinya lain rencahnya yang dirasa. Ada teman mengatakan... "Andai aku punya pilihan... Pasti aku akan memilih untuk....." Ya... Pilihan memang ada... Ada dimana-mana... Namun tanyalah pada diri kita adakah kita telah membuat pilihan yang tepat atau sebaliknya.Risiko? Usah cerita risiko kerna setiap apa yang kita lakukan akan ada kesan baik dan kesan buruknya. Namun bersediakah kita menghadapinya? Jawapan ada pada kita... Tidak pada orang lain...Sering me…

Give Away Set Kurus/Diet Shaklee

Image
Syarat-syarat penyertaan:
1. GA ini terbuka kepada semua sahabat blogger, kecuali ahli keluarga Shaklee.
2.Follow blog dibawah http://ummuhafiey.blogspot.com http://wanryna.blogspot.com
3. LIKE Facebook Page: Ummuhafiey Stop Center
4. Buat Entry Bertajuk  "Give Away Set Kurus/Diet Shaklee"
5. Link kan entry tersebut ke blog INI (pun optional) 
KLIK BANNER UTK JOIN
Notakaki: Set Kurus Shaklee.. Menarik.. Nak jugak.. Berat macam bertambah... Free sape taknak kan.

Segmen Saya Mahu Ditegur

Image
Tarikh Tutup: 25 September 2013
Kenapa Saya Mahu Ditegur?
"Kadang semasa kita memaparkan cerita atau apa sahaja di dalam blog kita mungkin mengundang rasa kurang senang. Jadi orang lain boleh tegur dan kita boleh betulkan kesilapan kita. Tak gitu? Kadang juga Blog kita agak serabut jadi orang yang bertandang ke Blog kitalah yang tahu bagaimana rupa blog kita. Kalau kita ofcoz.."My Blog Is The Best" .. So Teguran Pembaca akan membina & memandu kita kearah Blogging yang lebih baik.."
Mohon Ditegur.. Terima kasih
KLIK BANNER UNTUK JOIN @ DISINI

Siapa Makan Tempoyak?

Image
Assalamualaikum...
Sebut pasal "Tempoyak" mesti ramai yang tahu.. Tapi bagi yang tak makan durian tu, maybe tak tahu. He..He.... Gambar dibawah ini merujuk kepada Tempoyak

Tempoyak dihasilkan daripada isi durian.. Durian???? Raja Segala Buah.... Tempoyak boleh disimpan lama .. So simpan dalam bekas dan letakkan dalam peti ais. Pastikan ditutup rapat. Nanti meletop!!! Kerana gas yang dihasilkan... Makin lama simpan.. Makin sedap.. Tapi periksalah mana tau jika ada yang berbau hapak dan tak boleh dimakan lagi.
Pelbagai jenis masakan boleh dicampur dengan tempoyak. Antara yang Famous bagi orang Negeri Sembilan ialah "Sambal Daun Kayu".. Ehh.. Apa tu? Sambal Daun Kayu nie terdiri daripada sayur-sayaur @ daun-daun kayu yang boleh dimakan contohnya, Daun lidah kerbau, Pucuk Ubi, Daun Labu, Daun Kaduk, Daun Kunyit, Petai dan beberapa jenis daun lagi.
Selain itu Tempoyak boleh juga dibuat Sambal yang diberi nama Sambal Tempoyak. Resepi simple kalau malas sangat. Tumbuk@ B…

Sharing: Doa Seorang Isteri

Ya Allah Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi) Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah Kau yang Maha…

Segmen Why You Blogging?

Image
Segment Sehari Sahaja

Assalamualaikum.... Hari ni rasa nak buat Short Segmen.. Segmen untuk suka-suka sahaja. Kalau berminat Sila join
Tarikh: 23 September 2013  Masa: 9.00 pagi - 12 tgh malam
Syarat Simple Sahaja: 1. Copy Banner diatas Dalam Entry dan link ke Entry Segment ini 2. Buat Entry bertajuk "Segmen Why You Blogging?"
3. Coretkan Serba sedikit dalam Entry tu Kenapa anda blogging? Dan sejak bila Anda Ber"Blog" 4: Follow Blog Anne *** 5: Tinggalkan link entry anda di komen Entry ini sahaja
Lain-Lain: Segmen ni untuk beramah mesra dan MENCARI BLOGLIST TERBARU bagi blogger yang aktif untuk dimuat dalam blog Anne.. Ajaklah kawan-kawan join.. Simple sahaja kan???
Harap-harap ramai yang join walaupun segmen ringkas..

Kenapa Anne Ber Blogging??
Anne blogging dah lama Since study lagi.. tak bape ingat tarikhnye..
Tapi Anne berblog sebab anne suka menulis dan meluah melalui penulisan. Sebab Anne seorang pendiam dan tak banyak cakap.. Kalau STRESS... Anne akan meluah…

Dirinya Telah Kian Hilang

Berdirinya sang hati yang sedang kerinduan
Menikmati deruan angin yang bertiup kencang...
Merenung mencari ketenangan hati yang hilang entah dimana
Mencari diri yang telah lama hilangTulisan demi tulisan....
Lakaran demi lakaran...
Coretan demi coretan...
Untuk hilangkan segala resah dan kesah
Untuk lontar segala rasa gundah
Agar dirinya terus kuat
Hadapi jalan yang kian panjangDemi satu nyawa....
Demi anugerah yang indah tercipta...
Demi harapan diletak segala...
Demi insan sekeliling yang ada....
Masih mengharap... Masih setia...
Agar diri terus berjuang....
Agar terus bertahan...Lantas senyuman dilempar...
Seraya hatinya berkata....
Mungkinkah.....
Sedangkan diri telah lama hilang
Hilang bersama nostalgia tercipta
Sedangkan rasa kian pergi
Pergi bersama jiwa yang pantas berlari pergi
Sedangkan penghuni kian menyepi
Sepi bersama mahligai yang rapuh menantiYang tinggal itu hanyalah jasad
Yang masih berdiri demi satu rasa yang tiada belahan bagi
Demi amanah yang telah diberi...
Jika t…

Rebung Berduri Dihati

Image
Assalamualaikum.. dan salam sejahtera...
"Gurindam lagu bergema takbir Tiung bernyanyi pohonan jati Bertanam tebu di pinggir bibir Rebung berduri di hati"
Nyanyi-nyanyi pula... Update hari ni adalah pasal Rebung???  Rebung buluh? Ishhh... miang tu... Tak lah.. Tengok gambar kat bawah ni.

Tak jelas?? Nie lagi satu

Nie rebung yang sudah siap dipotong dan direndam.. Emmm Sedap jer tengok.. Tapi bau dia.. Alamak... Tapi kalau dah masak.. Sedap hingga jilat jari... Tak caya?? Try lah...
Rebung nie fresh handmade dari mak... Mak ambil rebung nie dari rumah Wan di Pahang.. Sampai rumah baru dihiris-hiris .. Maka jadilah seperti dalam gambar di atas... Tak perlu bazir duit beli-beli dikedai.. Handmade je... Tulah namanya rezeki ada dimana-mana... Kalau makan dikedai sahaja.. Entah berapa RM yang kena.. Kalau buat sendiri??? Puas hati.. 
Rebung nie boleh masak macam -macam.. Well Orang nogori biasolah.. Terkenal dengan Masak Lomak Cili Api eh.... Gulai Rebung campur Perut... Emmm Marvel…

Breakfast with onde-onde Melaka

Image
Assalamualaikum....
Selamat pagi semua... Dah bangun...
Perut terasa lapar.... Juadah apa nak buat pagi-pagi minggu ni untuk keluarga tersayang....Al-maklumlah saya memang tak pandai buat kuih-muih ni. Masakan lain insyaallah boleh diusahakan... He..he..Onde-onde melaka atau kuih buah Melaka ini memang senang nak dibuat. Cuma rajin dengan tidak. Alhamdulillah first trial.. Not bad! Kenapa warna onde-onde melaka ni tak hijau pekat? Sebabnya memang guna fresh perahan daun pandan tanpa tambahan pewarna hijau. Jadi keaslian warnanya adalah dari Daun Pandan semata. Baunya pun harum... Disalut dengan parutan kelapa fresh dari ladang.. Ladang mana lagi... Ofcourse keliling rumah ni...Oklah... Selamat menjamu selera... Notakaki: emmmm saya rasa sedap je.. Tapi tak taulah orang lain rasa kuih ni macam mana... Dap dup dap dup...

Wahai Anak Adam, Aku Hairan...

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:
"Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KEMATIAN tetapi masih BERGEMBIRA, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap HARI PERHITUNGAN tetapi dia masih MENGUMPUL HARTA. Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap KUBUR, tetapi masih TERTAWA. Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan AKHIRAT tetapi dia masih BERISTIRAHAT. Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap DUNIA & KEMUSNAHAN, tetapi dia masih TENANG dengannya. Aku hairan kepada mereka yang ALIM pada lidahnya tetapi JAHIL pada hatinya. Aku hairan kepada mereka yang sibuk BERSUCI dengan air tetapi HATINYA tidak suci. Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan KEAIBAN orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri. Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dih…

Makan Ikan Salai?

Image
Assalamualaikum.. dan salam sejahtera...
Pernah makan ikan salai? Of coz lah kan..... Tak pernah??? Rugi... Ikan salai ni banyak jenis ikan boleh buat.. Ikan laut ke atau ikan sungai... Boleh aje. Gambar yang akan Anne tunjukkan nie adalah Ikan Sungai. Ikan Haruan, Ikan keli@ Sembilang, Ikan Tilapia dan yang seangkatan dengannya... Ikut u all lah..  Seperti dalam entri sebelum ni Ikan Oh Ikan... 

Biasanya ikan salai nie kita buat masakan seperti Masak Lomak Cili Api..(bahaso nogori) ...Boleh campur dengan bahan yang lain contohnye nak rasa masam boleh campur dengan terung asam... Belimbing ke.. Nak campur tempoyak pun boleh... Mengikut citarasa kita lah... Kita buat dia kan?
Tapi ikan diatas nie memang sedap.. Cuma banyak tulang... So nak makan kene hati-hati.. Nanti tercekik tulang pula sebab tulangnya bercabang dan halus... Penah juga makan tercekik tulangnya.. Susah nak keluar.. Sebab halus.. 
Senang je caranya.. Kepal-kepalkan nasi putih.. dan telan.. So tulang tersebut akan ters…

Pagi Sabtu Yang......

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua pembaca.... Kerja ke cuti hari nie?Sunyi sungguh di sini... Suasana kampung. Pagi-pagi lagi adik-adik dah ke sekolah. Hari sabtu.. Sekolah gantilah tu... So rasa macam hari biasa. Kalau tak dah dengar jerit suara adik bongsu tu dah jerit-jerit. Aktiviti pagi jalan-jalan di tepi rumah jelah. Apa nak buat... Ini jalan yang dah dilalui... Jadi harus tetap bertahan juga. Tapi best juga duduk dikampung... Suasana aman, bunyi burung-burung... Lihat cik pai lompat sana lompat sini. Terpandang "My Baby" yang dah beberapa hari tak gerak2. Emmmm.... Duduk jelah awak kat situ. Tuan kamu ni tengah xda mood. Biar dia recover dulu dari Stress dia yang melampau tu. Ahakkkssss!!Apapun ... Pada yang bekerja hari ni.. Selamat menjalankan tugas anda.. Pada yang bercuti, selamat bercuti dihujung minggu... Pada yang sedang ber"online" tu... Selamat beralam maya.... Wassalam

Doakan Musibah Menimpa Orang Lain

Assalamualaikum....
Dah dua hari Anne tak jengah blog.. Berehat-rehat sambil cuba menenangkan fikiran yang tak menentu. Semakin hari semakin kusut. Timbul kerisauan ia akan mengganggu kesihatan yang lain pula. Biasalah emosi manusia sememangnya tak menentu, sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Kadang kala baru nak pulih datang pula hal yang menambah emosi... Dugaan Allah swt.. Alhamdulillah... Allah sayang kita.. sebab itu DIA uji kita sedemikian rupa...
Adalah menerima pesanan ringkas dari Hamba Allah yang tak dikenali... Sudahlah dibuat "Miscall" berkali-kali dari Nombor tak dikenali.. Dikirim pula pesanan SMS panjang mendoakan musibah menimpa kita. Nauzubillah... Hati manusia kan? Tak siapa tahu... Siapakah gerangan Si penghantar SMS tersebut? 
Tak perlulah kita nak doakan keburukan orang lain, lebih-lebih lagi mencela-cela kita atau menuduh orang lain tanpa asal-usul periksa. Fitnah namanya tu.... Tak kisahlah sama ada tersalah menghantar sms @ dengan niat @ apa sekal…

Remove Blog & Readers Only

Assalamualaikum....
Tadi sempat check link-link blog yang diletakkan pada Blog Anne. Jadikan aktiviti nak Blogwalking... Apa kesimpulan yang Anne dapati adalah:Kebanyakan link blog tersebut telah diremove. Maksudnya blog tersebut telah diremove oleh pemiliknya. Tak perlu nak letak kat sini. Dan....Kebanyakan blog juga telah me"limit"kan pembaca.. Just open to invites readers only... So Anne tak bole buka@ baca blog-blog tersebut. Hu..hu... Xmengapa...So bila senang nanti nak kemaskini semula listing blogger yang masih aktif lagi dialam maya nie. So senang nak BW bila kesempatan...Notakaki: memerap dirumah.... Cube cari ketenangan yang dah hilang....

Anak bulus baru

Image
Emmm... Bangun2 Subuh jer dah bising bunyi kucing kecil... Ingat anak kucing sesat mana.. Rupenye dia...
My bulat sayang pun turut tengok sama.. Tapi macam tak suka... Well takut diketepikanlah tue... He..he... Dont worry. U always no one!!!
Entah manalah adik anne ambik budak kecik nie... Nak jaga bulat &panjang pun jenuh.. Nie kan pula tambah sekor lagi...
Notakaki: Update je apa nak untuk hilangkan tekanan dihati &kepala nie...

T-shirt I Love Blogging Giveaway

Image
Klik BannerBermula 16 September - 23 September 2013

Bersabarlah dik

"Bersabarlah.....
Kita hidup didunia nie sementara cuma...
Kita semua akan tua akhirnya...
Takut... Apa yang kita buat Allah akan balas kembali...
Takut... Apa yang Allah beri akan ditarik kembali kerana kita tak hargai dan bersyukur...
Takut juga amanah yang Allah beri kita abaikan dan tak jaga dengan baik...Percayalah....
Biarlah apa orang nak buat dekat kita dik... Allah ada....
Takda apa yang nak dibanggakan
Sementara sahaja dik...
Mulakanlah hidup baru demi amanah yang Allah beri.... "Notakaki: Huh...... Berat mata memandang berat lagi bahu memikul... Pedih hati yang mengetahui... Pedih lagi hati yang menanggung... KAU tempat kememinta... KAU beriku bahgia... Jadikan aku selamanya... HambaMu yang selalu bertakwa....

Pou Oh Pou

Image
Tak tau apa nak buat sekarang... Semua serba tak kene... Dalam keadaan tak sihat sangat-sangat ni...Sama macam cik Pou... Sakit kuning kew??? Satu-satunya Stuff kat hp yang dilayan setiap hari.. He...he...U all main pou juga kew?

Ikan Oh Ikan

Image
Banyak tak ikan????? Aktiviti ayah bila kelapangan.... Besar-besar ikan lampam sungai nie... Nie bukan menjala tau.. Tapi gunakan kail... Biasalah dikampung masih banyak lubuk-lubuk ikan yang masih virgin lagi.. dan tak dicemari Maka ikan-ikan ini membesar dengan baik dihabitatnya... Best duduk kampung nie... Macam-macam ada....

Segmen Follow Me by Salamah Ishak

Image
Tajuk Segment: Segmen Follow Me by Salamah Ishak Tarikh Tamat: : 22 September 2013 Pukul 12tengahari.
Syarat-Syarat Penyertaan:
Follow blog Off Bonda Qalish  Klik like di fb Qalish Garden(alamak.. anne xmain FB sekarang) Buat entry ini. "Segmen Follow Me by Salamah Ishak" Copy banner and backlink ke entry ini. Copy URL anda dan PASTE dalam comment box. Dalam CBox tidak dilayan. OK?
5 Hadiah Misteri Menanti
klik banner untuk join!!!

Ular Tedung Vs Ular Sawa

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selamat berhujung minggu....
Jom tengok gambar nie.... Baik punya!!!!

Gambar nie Ular Tedung vs Ular Sawa yang sedang beradu tenaga menunjukkan kehandalan dan kehebatan masing-masing. Barulah dikata hero rimba.... He..he..
Masing-masing ada kelebihan... Si tedung kelebihannya hanya mematuk tapi tak pandai membelit... Tapi kelebihan Si sawa adalah membelit...
Bijaknya si Sawa awal-awal dah belit kepala si tedung... Agak2 mesti terbeliak mata Si tedung kene belit... Juling mata!!!
Gambar nie diambil di paya sewaktu pembersihan tanah kebun.... Ish...ish... Kus semangat!!!

Panahan Pandangan

Image
Segala peristiwa bermula dari pandangan mata
Seperti kobaran api bermula dari setitik bara
Berapa banyak pandangan yang membelah hati
Laksana anak panah yang melesat tanpa busur dan tali
Selagi manusia masih memiliki mata untuk memandang
Dia tidak terlepas dari bahaya yang menghadang
Enak di mata tapi sakit di hati
Tiada ucapan selamat bagi kesenangan yang berakhir dengan deritaOrang yang memandang, bererti telah melepaskan anak panah di mana sasarannya adalah hatinya sendiri, sementara ia tidak menyedarinya....Credit jangan bertangguh lagi

Sharing: Siapa Perampas? Tepuk Dada Tanyalah Iman

Image
Biar Gambar Berbicara...

Diupload atas permintaan...  Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Mengetahui Akan Segala Sesuatu... Jadikan Pengajaran & Teladan  Pada sesiapa yang telah memasuki Alam tersebut @ Berkeinginan kearah tersebut @ Sedang Kearah Tersebut... Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa, Ikut Nafsu Lesu,  Oleh itu.. Tepuk Dada Tanyalah Iman...  Kalau hati ikhlas Insyaallah.. Semuanya boleh dilalui dengan mudah....  Apa yang penting REDHA & SABAR & sandarkan segalanya kerana ALLAH SWT Terima Segalanya Dengan Hati Ikhlas Setiap Dugaan & Cabaran Yang DiBerikan OlehNYA Sama Ada Baik @ Buruk
Pengajaran terbaik Disini KLIK
Notakaki: Tolong jangan saman saya... Saya Tolong Upload Je....

Segmen Klik-Klik Weekend #3 by Sally Samsaiman

Image
Syarat-syarat penyertaan..
Mesti Follower Blog Sally... Follow sekali Twitter Sally...kalau ade... Klik aje LINK kat bawah (tunggu sampai hbs loading) COMEL , CUTE , CANTIK Tulis satu entry dengan tajuk "Segmen Klik-Klik Weekend #3 by Sally Samsaiman" Tampal banner dekat entry & linkkan ke entry INI
Jom join..
Notakaki: Minggu Segmen

Segmen Simple & Mudah

Image
Assalamualaikum rakan-rakan blogger sekalian Masih Online lagi? Jangan lupa selesaikan urusan yang wajib dulu ye..

Malam nie satu lagi segmen saya join...
Memang kiut sangat2.. dan I LIKE!!!!


Kenapa Saya join???
Well tertarik sebab kucing comel tuh!!!!

Syarat Penyertaan KLIK BANNER

Tarikh Tamat: 21 September 2013
 TIPS UNTUK MENANG: Buat entry. Peserta yang membuat entry berpeluang tinggi untuk menang. Sebab penyertaannya mewakili 2 undian.
Jom ramai-ramai join
Note: Yumida. Blog awak comel.. Awak suke kucing gak ye... Titew pun suke

Segmen 1st Mama

Image
Assalamualaikum dan selamat petang semua....
Tengah Online ke tu???? Jom sertai Segmen 1st Mama... Kelass Gitu..
A) Mulakan dengan Letak gambar yang direka khas ini di entry anda. Copypaste jer.. B) Linkkan terus ke blog MAMA .. C) Jangan lupa follow MAMA, semuanya seperti biasa juga... D) Mama kata tak kisah nak buat entry atau tak... janji anda join cukup dah.. Ala.. Buat jer... E) Letak tajuk " Segmen 1st Mama " F) Like Facebook mama .. Oppsss xmain facebook dah G) Tinggalkan URL blog anda diruang komen. Dekat entry yang nie.. KLIK
Ok.... Siap Dah... Selamat Mencuba....

Mimpi beri Bahgia?

Image
Assalamualaikum.... Selamat pagi... Masih tidur lagi? Ayuh bangun... Jangan lupa Subuh.... Bangun awal pagi rezeki murah...Suasana subuh dikampung memang seronok.. Pagi-pagi dah dengar kokokan Si Jantan memecah kesunyian pagi... Confirm tak tidur semula...Sebut perihal mimpi.. Memang kata orang ia mainan tidur semata. Tetapi kadang kala mimpi itu memberi petunjuk dan peringatan pada kita. Tapi jangan pula terlalu taksub mempercayai mimpi sehingga terbawa-bawa di realiti.Kadang mimpi itu terlalu buruk untuk kita terima sehingga memberi kesan kepada kita bila terjaga.. Maka segeralah ber istighfar kepada Allah swt.Dan.... Terkadang mimpi itu beri bahgia. Datang tanpa kita duga. Kata orang bila kita mimpi seseorang yang kita sayang..maknanya orang itu sedang ingat pada kita atau rindu pada kita... Ishhh boleh percaya ke?... nope!!! Jika mimpikan orang yang kita sayang.. Sedekahkan Al-fatihah kepadanya... Moga orang yang kita sayang sihat selalu dan sentiasa ingat kita...Jika di realiti m…

Segmen: Segmen Pertama Che Yam

Image
Assalamualaikum...
Lama sangat tak join segmen @ contest yang dibuat oleh rakan-rakan blogger. Bila masuk Blog kakak saya iaitu AnnazSpace terlihat dia join segmen nie.. So nak join jugalah
Ha.. Berikut Syarat-Syaratnye * Wajib ada blog   * Follow Blog Che yam tu tau!!!  * Copy Banner di atas   * Buat Tajuk " Segmen Pertama Che Yam " 
Lain-lain??? KLIK banner kat atas tu... 
Jom Join.... Sambil Bantu Che Yam...

Sharing: Kalendar Cuti Dah Hujung Tahun

Assalamualaikum... Selamat Petang... Saja nak post sumting dekat blog petang-petang begini... Ni copypaste nye yer. Nie linknya KELENDAR CUTI 2013..  Kalendar hujung tahun... Biasalah... Ada orang suka counting bila cuti.. Al-maklumlah nak pergi bercuti, beriadah, jalan-jalan sama keluarga, kawan-kawan...ataupun yang sedang sibuk untuk adakan Majlis-majlis tertentu seperti Majlis Perkahwinan, Doa Selamat, atau apa sahaja...
Rajin-rajin tengok lew kat bawah nie..
8 September
SundaySarawak Governor's BirthdaySarawak Only16 September
MondayMalaysia Day &
Sabah Governor's BirthdayNationwide - since 2010
Sabah6 October
SundaySabah Governor's BirthdaySabah Only13 October
SundayMalacca Governor's BirthdayMalacca only15 October
TuesdayHari Raya Haji *
Hari Raya QurbanNationwide16 October
WednesdayHari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya QurbanKedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only24 October
ThursdaySultan of Pahang's BirthdayPahang only3 November
SundayDeepavali or Diwal…

Nak gurau-gurau

Image
Ishhh.... Kucing pondan nie nak gurau-gurau pulak... Pantang je tengok kita duduk-duduk rehat... Mulalah nak ngendeng-ngendeng (mean dekat-dekat)..Kerjanya makan + tido + main.... Namun nak pergi jalan-jalan ke... Cari gewe ke... Tidak... 24hours / day kat rumah... Tapi ada gak kawan bila dia kat rumah.. Penghibur hati .... He...he...

Jodoh tak siapa tahu

Sebut pasal jodoh ni, kita hanya merancang tetapi hanya Allah swt yang mengatur dan mengizinkannya. Kerna jodoh itu hak Allah swt yang tentukan.Saja nak cerita-cerita.. Tak tau nak update apa dekat sini. Sebut jodoh ni... Sewaktu berjumpa doktor pakar hari ini... Ternampaklah kenalan lama... Tapi tak lah rapat.. Kenal-kenal gitu je. Masa sekolah dulu. Dia senyum.. Saya pun senyum... Senyumkan satu sedekah... Walaupun kami tak bertegur sapa. Dia bawa checkup juga... Kemudian terlihat kelibat suami dia.. Oppssss.... Macam kenal juga... Tak sangka ye... Dah jodoh kan? .. Alhamdulillah... kita tak tahu. Ketentuan Allah swt.Kalau dah jodoh tak kemana... Mungkin dulu orang itu yang kita bencilah.. Tak sukalah... Tau-tau... Allah swt telah rencana jodoh kita dengannya...Dan tak mustahil juga.. Orang yang kita sayang.. Kita cinta bagai nak rak pun... Rupa-rupanya Allah swt dah rencana jodoh kita bukan dengannya...Kuasa Allah swt.. Kun fayakun...

Review Buku: Penawar duka Pengubat Sengsara

Image
Assalamualaikum...
Lama tak buat review buku-buku yang bagus untuk dibaca dan dijadikan inspirasi dalam kehidupan dan membina keyakinan diri dan motivasi diri dalam menempuh kehidupan seharian.
Hari ini buku yang saya nak kongsi adalah buku tulisan Dr MAZA atau dikenali sebagai Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Tajuknya: Penawar Duka Pengubat Sengsara

Terdapat Pengisian Yang menarik dalam buku ini iaitu;

Iman tidak dipaksaBila Usia Menjelang 40Kemanisan dalam UjianMenangislah wahai mataMencari Keberkatan Masadisebalik Cinta dan TawakalMencari Hikmah di sebalik Dukajalan Pulang Ke Pangkuan TUHANDimakah Hendak Dicari KetenanganPengaruh Wanita dalam Kehidupan Lelaki

"Ujian bagaikan bicara atau sapaan Allah agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada allah dan memohon ampun kepada-NYA dengan jujur, dengan khusyuk. itulah penawar yang akan membuka kebahgiaan. Itulah janji-NYA&quo…

Hujan sudah

Image
Alhamdulillah... Hujan sudah... Tambah sejuk pula rasanya... Ni rasa nak bergelut dekat tilam nie... Emmm... Bestnyer ....Makin lebat tue.....
Fikiran merawang jap.... La...la...la....
Aipppp.... Dia pun same gak kew.... He..he...
Jom layan...layan... Miss someone soo... Much....

Sharing: Nasihat Suami Kepada Isterinya

Image
Maafkanlah kesalahanku nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu dan janganlah engkau bicara saat kemarahanku sedang memuncak
Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku seperti engkau memukul rebana kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui bagaimana sikap orang yang tidak dapat mengawal diri
jangan engkau banyak mengeluh Kerana ia akan menghakis cinta dan hati ini akan berubah menolakmu kerana tabiat hati itu tidak tetap
Sesungguhnya kulihat cinta dalam had ini bila berpadu dengan rasa benci dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang...

Sharing: Janganlah Engkau Habiskan Waktumu Untuk Keinginan Nafsu

Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah R.A, (dalam peristiwa berita bohong):

"Jika engkau merasa pernah berbuat sesuatu dosa, mohonlah keampunan kepad allah dan bertaubatlah kepadaNya.Sesungguhnya seorang hamba itu apabila mahu mengakui dosanya, maka Allah akan menerima taubatnya. "

Bayangkanlah, bahawa engkai telah memiliki apa yang engkau inginkan dari angan-angan dan impian. Engkau telah sampai pada apa yang engkau inginkan dan apa yang engkau dambakan. Namun, semua yang engkau miliki tiba-tiba hilang darimu begitu saja. Pada saat itu pasti anda akan menangis, mengeluh, menyesal sambil menggigit jari kerna menyesali apa yang hilang darimu. Namun, apakah engkau pernah memperhatikan bahawa umur sebenarnya telah hilang bersama kesedihanmu tanpa kau sedari?

Sesungguhnya, umurmu adalah permata yang sangat berharga sekali, tidak dapat dinilai dengan harta benda. Umur ini pada hakikatnya berupa hembusan nafas;  setiap hembusan nafas yang keluar dari anda selamanya tidak akan kemb…

Sharing: Kebahagiaan Lengkap dan Kebaikan Sempurna

"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Necaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar (dari semua kesulitannya) "
Tiada Suatu Kebahagiaan Pun Yang Lengkap Bagi Seseorang & Tiada Suatu Kebaikan Pun Yang Sempurna Bagi Seseorang.

Sesungguhnya, kita keliru bila beranggapan bahawa hidup ini harus sepenuhnya melayani keinginan kita. Sebab perkara ini tidak akan tercapai melainkan hanya di syurga. Sedangkan, didunia ini seluruh urusan itu bersifat tidak mutlak. Segala yang kita inginkan tidak mungkin semuanya tercapai. Kita harus menyedari bahawa di sana pasti ada bencana, sakit, musibah dan ujian yang datang menimpa.

Jadilah wanita yang selalu berSYUKUR ketika senang dan SABAR ketika tertimpa musibah. Jangan bermimpi hidup di alam khayalan, yang tidak ada sakit, tidak ada kemiskinan, tidak ada kesedihan, suami yang tanpa cela dan teman tanpa aib. Perkara seperti itu tidak akan tercapai selamanya.

Oleh itu, pejamkanlah pandangan kita terhadap perkara-perkara yang negatif, k…

Sharing: Lilin Harapan

Image
Sebuah kisah tentang 4 lilin yang menyala, satu persatu lilin tersebut habis meleleh dan mulai  redup,  suasana terasa begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.
Yang pertama berkata :
Aku adalah DAMAI.
Namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!! Demikianlah  sedikit demi sedikit lilin itu padam.
Yang kedua berkata :
Aku adalah IMAN.
Sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala. Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.
Dengan sedih yang ketiga berbicara :
Aku adalah CINTA.
Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya dan sekitarnya. Tanpa menunggu lama, maka matilah lilin ketiga.
Tanpa terduga, seorang anak masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam. Karana takut akan kegelapan , diapun berkata :
Apa yang terjadi? …

Jangan Lupa Namaku

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namakuKerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugurKerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hatiWalau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakanKerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hatiKerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu.Ps: Layannnn......

Sharing: Mudahnya Menjemput Rezeki

Amalan membaca Surah Al-Waqiah boleh membantu untuk menjemput rezeki.
Dibawah ini cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
    Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya " (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).
2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan me…

Coretan Malam: Untukmu Yang Senantiasa Dihati

Malam semakin larut, mata minta dilelapkan. Pantasnya tangan mencoret sesuatu yang ada dihati. Sekadar coretan di blog sendiri. Selangkah kaki itu tuk berlalu pergi...
Tidak kulangkah juga kaki ini tuk mengikuti...
Cukuplah sekadar hati mengikuti bersama doa yang sering mengiringi
Ditiap langkahan dan jejak kaki ituBukan bijak untuk menyusun kata
Mempamir ayat indah tuk memujuk rasa
Namun sekadar fakta yang tiada auta...
Jauh sekali tuk meriak kata...Kebahgian itu adalah pelbagai rasa
Dinikmati dengan pelbagai cara
Dihayati dengan fikiran yang bijaksana
Diraikan dengan hati yang tiada berbelah rasaBiarpun masa semakin tiba...
Dan keadaan yang memaksa untuk tidak boleh berbuat apa-apa
Seringkali tertanya-tanya
Apakah kan itu akhir jalan ceritanya
Sebuah kisah antara dua dunia
Antara hati yang saling terasa
Antara keinginan yang sering xtercukupkan
Antara kesal dan sesal
Antara dua pilihan....Tak mampu memikirkan semuanya
Kerna diri tak mahu mengakhirinya
Tetap disitu dengan niat yang p…

Sharing: Bersederhana dalam mencintai atau membenci.

Bagaimana menjadi seorang bersederhana dalam mencintai atau membenci?

Bagaimana kita menerapkan prinsip wasatiyyah dalam membenci? Kita boleh mulai dengan memikirkan kembali sebab kebencian yang kita rasakan terhadap seseorang. 
Ajukan soalan di dalam hati: Mengapa Aku Membencinya?
Seringkali seseorang itu tidak tahu punca ia membenci orang lain. Dia hanya merasakan kebencian setiap kali melihat atau mendengar nama orang itu. Namun jika ditanyakan sebab kebenciannya, ia tidak dapat menjawab dengan jelas dan meyakinkan.
Sikap "membenci tanpa sebab" ini tentu sahaja sangat jauh daripada keadilan, Bahkan, orang seperti ini sebenarnya sedang menderita sakit jiwa yang harus segera diubat.
Ada juga orang membenci kerana ikut-ikutan. Fenomena ini biasanya terjadi dalam kes kebencian bermotifkan politik dan membabitkan orang awam. Sama seperti sebelumnya, sikap ini bukan sikap islami yang layak ditampilkan oleh seorang Muslim.
Sesetengah orang lain tahu faktor ia membenci orang lain…

OMG! Not Ready Yet?

OMG!!!!
Masa dah semakin hampir dan terlupa...
I'm not doing anything.... No preparation...
Am i not ready yet?
Masa cepat berlalu.... Tak sedar pun...
Bila terlalu memikirkan hal yang satu lagi, hal yang lebih penting dah lupa... Dan terabaikan...Walaupun sempat lagi nak buat preparation, kata hati sayelah.... Tapi larat ke dalam keadaan mcm nie. Lonely! We don't know what will happen next!
Yakin boleh sahaja lah... Ditinggal sorang dekat tepi jalan pun Allah swt bantu jaga kita... Inikan pula sekarang... Kata orang bila kita dalam kesusahan, dan setiasa mengharap dan berdoa kepada Allah swt, DIA akan bantu kita. Dan... Doa-doa orang yang dalam kesusahan dan doa-doa orang teraniaya ni dimakbulkan...Tapi... Yang penting niat kita. Allah swt takkan beri ujian atau kesusahan melebihi dari kesanggupan dan keupayaan kita.Emmmm tak mengapalah... Insyaa Allah... Semuanya akan baik-baik... Fikir positif sahaja... Kite tak bersendirian sebenarnya kerana kita ada Allah swt... Kita a…

Pagi Yang Indah

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi blogger semua.... Emmm hari nie hujung minggu... Aktiviti apa hari nie... Gi lah beriadah bersama keluarga... Eratkan ikatan silaturrahim... Esok dah mula kerja....Pagi lagi dah jengok blog... He..he... Biasalah... Pagi-pagi macam nie... Hirup udara segar kekampungan... Wah.... Rileks yang amat.... Jauh dari bising....Jenguk dapur ada durian sikit dalam bekas... Emmmm so suweeeettt.... Rasa nak je ambil makan... Tapi tak boleh pulak... Bahayes.... Sabar jelah... Buka icebox pun ada durian freez.. Aduhh... Sabar..sabar ye... Tahun depanlah kite boleh makan... Harus jaga kesihatan yang teramat tidak sihat ni. Tapikan... Terapi paling baik adalah dengan tidak memikirkan masalah kesihatan kita... Kita fikirkan yang kita sedang sihat... Jadi peratusan untuk sihat lebih tinggi... Kerana emosi akan mempengaruhi minda... Bila minda kita sihat, otak jadi cergas... Fikiran tak terganggu... Jantung pun sihat.. Darah pun jadi ok....Emmm logik ke?Apa-apa jelah... M…