Monday, September 23, 2013

Siapa Makan Tempoyak?

Assalamualaikum...

Sebut pasal "Tempoyak" mesti ramai yang tahu.. Tapi bagi yang tak makan durian tu, maybe tak tahu. He..He.... Gambar dibawah ini merujuk kepada Tempoyak


Tempoyak dihasilkan daripada isi durian.. Durian???? Raja Segala Buah.... Tempoyak boleh disimpan lama .. So simpan dalam bekas dan letakkan dalam peti ais. Pastikan ditutup rapat. Nanti meletop!!! Kerana gas yang dihasilkan... Makin lama simpan.. Makin sedap.. Tapi periksalah mana tau jika ada yang berbau hapak dan tak boleh dimakan lagi.

Pelbagai jenis masakan boleh dicampur dengan tempoyak. Antara yang Famous bagi orang Negeri Sembilan ialah "Sambal Daun Kayu".. Ehh.. Apa tu? Sambal Daun Kayu nie terdiri daripada sayur-sayaur @ daun-daun kayu yang boleh dimakan contohnya, Daun lidah kerbau, Pucuk Ubi, Daun Labu, Daun Kaduk, Daun Kunyit, Petai dan beberapa jenis daun lagi.

Kredit tiffinbiru
Selain itu Tempoyak boleh juga dibuat Sambal yang diberi nama Sambal Tempoyak. Resepi simple kalau malas sangat. Tumbuk@ Blend Cili Api + Ikan Bilis + Sedikit garam. Kemudian Gaulkan Bersama Tempoyak. Dah siap.. Maaf Gambar tiada dekat sini.

Boleh juga Dibuat Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin . Masak macam masak lemak biasa cuma ditambah dengan Tempoyak. Rasanya pasti sedap. Macam Gambar di bawah ini.

Kredit Azie Kitchen
Asam Rebus Tempoyak pun boleh juga.. Pendek kata, macam-macam lagi masakan dengan menggunakan tempoyak. Yang pastinya semua sedap-sedap belaka...

Cubalah... 

Notakaki: Tulis jangan tak tulis... Selagi boleh menulis... 


2 comments:

siti zahara said...

zara suka makan tempoyak..tpi campur dengan sambal tumbuk je lah..hehehe

Mieya Atiera said...

Mieya dah lama tak makan tempoyak nie. Tak tahu kenapa selera tetibe je boleh mati bila ada tempoyak.. haisyyy

Lisan Lidah dan Lisan berjari

Assalamualaikum wbt salam jumaat penuh barakah.. kita diminta menjaga lisan kita... bahya lidah nie ibarat pedang yang tajam.. walau ha...