Friday, September 20, 2013

Doakan Musibah Menimpa Orang Lain

Assalamualaikum....

Dah dua hari Anne tak jengah blog.. Berehat-rehat sambil cuba menenangkan fikiran yang tak menentu. Semakin hari semakin kusut. Timbul kerisauan ia akan mengganggu kesihatan yang lain pula. Biasalah emosi manusia sememangnya tak menentu, sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Kadang kala baru nak pulih datang pula hal yang menambah emosi... Dugaan Allah swt.. Alhamdulillah... Allah sayang kita.. sebab itu DIA uji kita sedemikian rupa...

Adalah menerima pesanan ringkas dari Hamba Allah yang tak dikenali... Sudahlah dibuat "Miscall" berkali-kali dari Nombor tak dikenali.. Dikirim pula pesanan SMS panjang mendoakan musibah menimpa kita. Nauzubillah... Hati manusia kan? Tak siapa tahu... Siapakah gerangan Si penghantar SMS tersebut? 

Tak perlulah kita nak doakan keburukan orang lain, lebih-lebih lagi mencela-cela kita atau menuduh orang lain tanpa asal-usul periksa. Fitnah namanya tu.... Tak kisahlah sama ada tersalah menghantar sms @ dengan niat @ apa sekalipun... Kita semua ada agama, ada iman... ada akal... Mengapa nak ikutkan nafsu?? Mengapa nak ikutkan Amarah... Nanti malu sendiri... Kan senang Doakan kebaikan orang lain... Kita juga nanti turut peroleh kebaikan... Hati kita juga bersih dari hasad & dengki. Jauh dari pujukan Syaitan...

Jika kita melawan bermakna kita ini serupa sahaja dengan mereka. Tiada bezanya... Diam itukan lebih baik.. Senyum dan serah pada Allah SWT kerana Dia Maha mengetahu akan segala sesuatu... Minta dijauhkanlah semua prasangka tersebut. 

Ada betul juga kata teman... "Terlalu baik tak guna juga, Berdiam diri sahaja pun tak guna juga. Nanti orang akan pijak kepala kita. Orang terus aniaya kita." Ye sahabat... Betul... Tapi biarlah.... Apa yang kita kan peroleh daripada semua itu? Kebanggaan? Kegembiraan? Kebahagiaan? Kesenangan? Kepuasan Diri?

Tidak... Bukan? Melainkan perasaan sakit hati.. Jika kepuasan pun.. Hanyalah bersifat sementara.. Bersifat Duniawi... Tiada apa nak dibanggakan.... Kita semua akan tua.. Kita semua akan kembali kepadaNYA.. Segala amal kebajikan dan keburukan kita dipertontonkan... 

Jadi.... Tetaplah Diri kepada Allah Swt... Oleh itu.... Doakanlah kebaikan untuk orang lain dan diri kita juga... Jika ada yang mengatakan "Buat baik pun sama dapatnya, buat jahat pun sama juga.. tak berubah pun. Alang-alang.. buat jahat terus" Lupakanlah semua itu.... Jika keduanya sama perolehannya.. Pilihlah berbuat baik... Itu lebih memberi jaminan buat kita.....

Waulahualam..

3 comments:

kathy said...

betul tu anne. kadang2 benda mcm tu jangan di layan. makin di layan nanti makin jadi. yang penting doakan yg baik2 je. x kiralah org ada niat x baik dgn kita :')

Ansof86 said...

kathy.. memang tak penah ambil hati pun... penat otak je.. tutup buku.. buka buku baru kan..kan..

rasa nak tukar je no phone.. tp kasihan orang nak call kita nanti susah.. bertahun guna no tu...

Annaz Mohd said...

orang teraniaya doanya senang dimakbulkan tuhan..
Berdoalah supaya dijauhkan dari perbuatan hasat dengki dan iri hati

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...