Tuesday, September 24, 2013

Nasihat dan pandangan, itu berbeza

Assalamualaikum wbt...

Dalam perbincangan dan perbualan dengan berapa teman, sering membicarakan tentang perjalanan hidup masing-masing. Ada yang positif dan ada yang negatif. Ada yang terlalu beremosi dan ada yang hanya tersenyum berdiam diri. Ada yang mampu memberi nasihat yang membina dan ada pula nasihat yang boleh menjatuhkan...

Ketahuilah bahawa walaupun kita berada dijalan yang sama atau tempat yang sama, tetapi harus kita ingat bahawa jalan yang kita lalui punyai berbagai ragam, berbagai warna, punya pelbagai dugaan. Pastinya lain rencahnya yang dirasa.

Ada teman mengatakan... "Andai aku punya pilihan... Pasti aku akan memilih untuk....." Ya... Pilihan memang ada... Ada dimana-mana... Namun tanyalah pada diri kita adakah kita telah membuat pilihan yang tepat atau sebaliknya.

Risiko? Usah cerita risiko kerna setiap apa yang kita lakukan akan ada kesan baik dan kesan buruknya. Namun bersediakah kita menghadapinya? Jawapan ada pada kita... Tidak pada orang lain...

Sering mendengar keluhan dan kesahan teman-teman... Namun apa yang boleh dilakukan... Hanya sekadar membantu meringankan bebanan perasaan rakan-rakan melalui pembinaan diri. Nasihat yang sekecil zarah melalui pengalaman yang dilalui.

Sedangkan memang menjadi lumrah... Kita biasanya mampu untuk memberi nasihat kepada orang lain, namun kurang berhasil untuk menasihati diri sendiri. Kata pakar motivasi untuk merubah orang lain, kita harus ubah diri kita sendiri.

Saya setuju... Bagaimana kita nak membawa orang kearah yang lebih baik, kearah peribadi yang lebih baik, sedangkan keperibadian yang kita tonjolkan masih lagi terkebelakang. Masih lagi lemah...

Ada juga pakar motivasi mengatakan bahawa jangan kita hanya lihat siapa yang sedang berkata-kata, tetapi lihatlah apa yang mereka kata. Lebih kurang beginilah. Kenapa? Kerana tidak semestinya nasihat atau pandangan yang diberikan oleh orang yang kurang baik itu tidak bagus hanya kerna dia mempunyai perilaku kurang baik. Dan tidak semestinya nasihat yang diberikan oleh orang yang peribadi baik itu bagus. Don't Judge A Book But Its Cover. Well.thats right!

Berbalik pada pokok perbincangan tadi. Buat teman-teman yang masih lagi dalam keadaan keluh kesah.. Bersabarlah... Ingatlah bahawa hidup tak selalunya indah dan tak selalunya pahit. Kadang keindahan itu membuatkan kita alpa dan kepahitan itulah yang membawa kepada keindahan.

Pernah seorang teman memberi pandangan dan nasihat yang amat berguna... "Sungguh saya tak tahu untuk memberikan nasihat terbaik dengan pertanyaan itu, tapi apa yang mampu saya berikan adalah... Cuba alihkan fikiran awak dari masalah kepada pembinaan diri. Bila keyakinan diri awak kuat, insyaallah tiada masalah yang tak mampu awak selesaikan dan hadapi"

Kunci terhadap dugaan yang dihadapi adalah KESABARAN... Kunci kepada ketentuan adalah REDHA... Kunci kepada nikmat adalah SYUKUR... dan kunci atas segalanya adalah IMAN... Imanlah yang menjadi pengukur segalanya...

Waulahualam...

Bersambung....

Notakaki: Diri juga masih meniti titian rapuh perjuangan... Bersamalah kita saling nasihat menasihati.. Berpesan-pesan pada kebenaran.. Beringat-ingatlah akan kemungkaran...

2 comments:

kathy said...

kadang2 terfikir, sampai bila kesabaran yang ada ini boleh bertahan :')

Nisa said...

MashaAllah, you have some good writing skills.

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...