Melihat paparan berita di TV3 berkenaan seorang bapa memang kamera tersembunyi pada anak nya untuk melihat keadaan sebenar pusat asuhan anaknya.. Dalam rakaman tersebut... Masyaallah.. Rasa geram hati ni bila tengok kanak-kanak tersebut dipukul. Nauzubillah
Teringat pada Arwah anak buah saya yang meninggal dipusat asuhan kanak-kanak beberapa bulan yang lalu. Sehingga kini kesnya masih belum selesai.
Tak sanggup rasanya untuk menghantar bidadari ke pusat asuhan selepas mendengar berita-berita yang tak diingini.
Biarlah jaga sendiri... Susah sendiri.... Mohon dijauhkan segalanya.
Kalau nak hantar anak kepusat asuhan pastikan pusat asuhan tersebut berdaftar. Pastikan keadaan pusat asuhan tersebut selamat. Kenal pasti petugas-petugas di pusat asuhan tersebut. Kalau boleh ambil gambar mereka. Simpan untuk apa-apa jika diperlukan.
Pastikan juga periksa anak kita apabila pulang kerumah. Contohnya periksa badan anak jika ada kesan-kesan lebam dan sebagainya. Tanya anak-anak kita bagaimana keadaan di pusat asuhan tersebut bagi anak-anak yang sudah pandai bercakap. Kanak-kanak tak pandai bohong tau!
Sesekali lakukan LAWATAN MENGEJUT diwaktu-waktu kerja. Dengan cara itu kita boleh tau keadaan anak kita dijaga. Kalau datang masa nak ambil anak tentulah baik-baik belaka.
Buat pengusaha pusat asuhan diluar... Kalau tak pandai jaga jangan buat pusat asuhan. Bisnes-bisnes juga.. Tapi buat apa kalau macam tu...
Moral... Jaga sendiri anak...
11 comments:
Kenapala mereka ni xde sifat perikemanusiaan...kesian kt anak kecil tu..kesian kt parent yg mmg terpakse antr anak ke pusat asuhan..mereka percaya kn pengasuh tu, tp bnde yg buruk pulak berlaku...
Ibu bapa terpaksa htr anak2 ke pengasuh kerana bekerja. Tp kasihan anak-anak. kalau boleh memang ibu bPa xnak htr anak2 ke pengasuh. tp dah kekangan hidup.. mcm2 kan?
kesian ibu bapa yang bekerja..jadi satu masalah pula nak fikir bila jadi kes macam ni..
kesian ibu bapa,terpaksa jadi satu masalah pula kena fikir nak hantar anak ke x bila jadi macam ni kan...
Assalamualaikum
Simpati pd semua baby dan keluarga baby yg dihantar ke pengasuh itu. Alamat bungkuslah pusat asuhan itu. sungguh tidak layak..nak jaga anak kucing pun dia tidak layak...
informasinya sangat bermanfaat gan, semoga blognya semakin ramai pengunjung dan dimudahkan dalam mencari rizky nya.. amiin........
Tq nazri. hanya berkongsi sahaja.
Betul tu mamawana. dah tak berdaftar.. cuba anak dia diperlakukan.sedemikian?
Noor hasliza... nak hantar boleh. tp pastikan.yang berdaftar dan dijamin keselamatannya.
saya hantar anak ke Taman asuhan yang berdaftar , balik rumah dia mengadu lapar , bila tanya ada makan ke tak ? dia kata cuma kena bagi minum air ,
berdaftar ke tak kalau pekerjanya jenis baran , jenis lenguh berat tulang , anak2 tak terjaga juga ..
sepatutnya pengusaha taman asuhan kena periksa dan tapis seseorang itu sebelum diambil berkerja
Anonymous
Kalau begitu kena selidik.. adakalanya kita tidak boleh salahkan pengusaha atau pengasuh taska. mungkin dia ada memberi makan anak-anak kita.. tapi mungkin waktu itu anak kita tak lapar dan tak mahu makan..
atau mungkin sebaliknya.. waulahualam... tetapi kalau kerapkali ambil anak dari pusat asuhan dan anak mengadu perkara yang sama. eloklah diselidik..
pendapat saya sahaja , walaupun tiada pengalaman menghantar anak ke pengasuh
Post a Comment