Posts

Showing posts from October, 2013

Sebelum Tidur Apa Nak buat

Image
Entry last for today... Dah malam kan... Ibu bidadari dah mengantuk... Bidadarinya tengah nyenyak tidur... Baik tidur.. Nanti pukul 3pagi bidadari pasti bangun dan tak mahu tidur lagi sampai lew subuh... Ok.. Sebelum tidur... Pastikan kita berada dalam keadaan yang ok. Mood, fikiran semuanya dalam keadaan yang baik. Boleh amalkan sunnah nabi dalam post anne yang terdahulu... Kalau ada salah minta maaf... Mana tau tak sempat. Kalau ada kesilapan orang pada kita pun cuba maafkan. So hati kita akan lebih tenang. Insya allah... Kalau orang tak minta maaf dekat kita pun kita maafkan juga.. (paling susah nak buat)... mana tau Allah ampunkan kesilapan kita pada orang lain yang kita lupa nak minta maaf... (dengar ceramah UAI ustaz Azhar Idrus) Ok.. Selamat malam semua.. Moga peroleh tidur berkualiti...

Kuatnya Nangis

Assalamulaikum dan selamat tengah hari semua..... Sihat ke anda-anda semua... Moga sihat dan bahgia sokmo....Hari ni bawa bidadari jumpa doktor. Almaklumlah dah sebulan... Cepat betul masa berlalu. Terima kasih ayah dan emak kerana sudi menghantar dan teman saya untuk galas tanggungjawab orang lain! Sementara waktu je... Nanti boleh pergi sendiri.Kuat sungguh bidadari nangis bila sicucuk hepatitis B... Bagus injection ni untuk elakkan terkena jangkitan hepatitis. Jangan ambil mudah tau. Pengalaman Anne bergelar Consultant bagi mereka yang menghidap hepatitis ni.. Boleh dikatakan ramai yang menghidapnya. Tak kira dari bayi sampailah yang dah meningkat usia.Bagi mereka yang ada menghidap hepatitia ni, boleh hubungi Anne untuk dapatkan penawarnya.. Anne hanya membantu... Penyembuhan dari Allah swt.Balik pada bidadari.... Sampai berdarah sebab dia keraskan otot dia. Emmmm bidadariku sayang... Puas ibu pujuk dia... Lepas tu nak kene jumpa doktor pula dipekan. Tadi di desa... Susahnya nak k…

Masa Kosong Apa Nak Buat?

Malam blogger semua... Jupe lagi yok... Mesti jemu kan tengok Anne asyik nak tulis entah apa-apa. Emmm sebenarnya sekadar nak isi waktu yang kosong bangat ni. Yelah.. Sebagai seseorang yang sedang memegang Status "Pengangur Terhormat" ni yang sedang menghabiskan waktu bersama Bidadari kesayangan sehingga waktu yang diberi, apalah yang boleh dibuatnya. Berehat! Berehat! Berehat!Kata orang, kalau budak tidur, kita kena tidur, kalau dia jaga, kita jaga. Nanti tak cukup tidur. Tapi apa boleh buat, memang mataku ada timing tidur sendiri.Jadi masa yang ada ni diurus dengan baca buku terutama buku motivasi. Itu memang WAJIB... Kata orang jangan membaca nanti mata tambah rabun... Aduhai.... Banyak sungguh pantang larang. Baca setakat mana yang mampu... Tulisan hok besar-besar. Yang kecik-kecik tu tak baca.... Alasan banyak... He..he..Nak berbual.. Tak tau nak bual dengan siapa.. So... Blogging lah.. Facebook pula alahai... Takda yang menarik...Ishh apalah yang dibebelkan nye ni... O…

Bahgia Bersamanya

Image
Alhamdulillah... Bahgia letaknya dihati... Biarpun kita tak punya apa-apa, biarpun kehidupan kita tidak indah... Lega hati melihat dia sihat, gembira, tersenyum, ketawa... Sedih hati melihat dia seakan tidak sihat... Menangis.. Lenanya dia tidur... Bahgia hati ini dengan hadirnya dia... Penawar segala duka lara seorang ibu. Dialah buah hati... Dan segalanya... Muah dia banyak-banyak..

Ulat Buku Ambil Risk Management

Image
Alhamdulillah.. genap sebulan sudah... bidadari berada disamping Anne. Bermacam kerenah dan ragam yang dapat dibaca.. Aduhai sayang.... Semalaman dia tak tidur.. asyik menangis sahaja.. sampai tak tahu nak pujuk bagaimana lagi...mata mengantuk.. keletihan.. lenguh-lenguh badan... Harus juga melayan kerenah si comel... Apalah yang dia tahu... Pengalaman yang mendewasakan sungguh.. Lebih-lebih lagi menjaganya sendirian... lepas mandikan dia baru lega sedikit.. pagi-pagi lagi mandi.. itu pun lihat dia tidur-tidur ayam... Apa-apa jelah sayang ... 
Dia dah senyap.. sempat belek-belek buku-buku yang ada.. Alamak... ini bukan Spesies Ulat Buku yang kuat membaca.. Tapi ni memang betul-betul ulat sungguh... Habis buku Anne dimakan semut... Buku-buku nie masa belajar dulu... Sayang sungguh.. 
Kata orang tua-tua.. kalau nak pandai.. rebus buku ambil airnya minum.. hu..hu... Semut ni lagi pandai.. Makan terus... Padanlah dengan tajuk buku nie.. "Risk Management" Ambil risiko betul mak…

Mini Giveaway By Nabila Medan

Image
CLICK BANNER!!

Hai semua.... Sihat ko tu? Jom join Segmen dari Cik Nabila kite.. Ada hadiah menarik menanti tau!!!


Tarikh Tutup
30 Okt 2013 (esok lah!!!!)

Hadiah
Set Produk Mary Kay Bernilai RM108 X 3 (wow.... sape taknak tu rugi!!!)
Sheisedo Mask (5 Keping) X Top Refferal (emmm baik tuk muka tau..... nak juga..)

Kenapa Perlu Berbohong Untuk Jaga Hati?

Semua orang pernah bohong kan? Tipulah kalau kata xpernah... Sesetia manapun, sejujur manapun, sesayang manapun, sebaik manapun... Dah nama manusia kan! Tapi... Perlu ke kita berbohong untuk menjaga hati orang lain? Alik-alik.memakan diri. Hati sendiri yang menahan rajuk. Aduhai.... Kasihan teman-teman saya diluar sana... Sibuk menjaga hati orang lain... Tapi hati sendiri digulai-gulaikan... Sedap makan hati ulam jantung ni... Kerna cinta dan sayang... Sanggup berkorban segala... Tapi apa yang mereka dapat? Tangisan didalam hati kerna ketidakadilan hati manusia yang lebih menurut kata manusia daripada hukum Allah swt. Bisa yang amat ayatku ini! Datang bulan apa???? Sekadar menjadi pendengar dan penasihat sahaja... Sambil ambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman orang. Kalau hati dah sayang... Segala yang baik sahaja kita nampak.. Walau buruk manapun tetap nampak cantik. Tapi.. Berbaloikah? Bukan untuk persoalkan akan kewajipan kita... Namun... Allah swt pun tidak suka kita zalim p…

Hujan diluar dan didalam

Image
Hujan lebat sedang membasahi bumi... Kedengaran deraian air dari luar jendela. Kumelihat jam yang tertera pada skrin handphone... Jam sekarang 4:19pm. Sebentar lagi masuk waktu Asar..Aku bingkas bangun meninggalkan bidadari yang sedang nyenyak tidur. Kelihatan dia tersenyum.. Mungkin sedang mimpi indah. Biarlah dia tidur lena... Malam tadi puas dia menangis tak mahu tidur....Aku pergi keberanda luar untuk menikmati suasana hujan yang amat indah. Lantas sempat aku mengambil gambar hujan yang sedang turun..Alhamdulillah.... Hujan rahmat... Awan sedang menitiskan air matanya.. Seperti diri ini yang merintih didalam hati.. Ah... Sudahlah.... Tiada siapa yang mampu mengerti... Aku kembali mendapatkan bidadari... Lantas kupeluk dan kucium dia... Dialah buah hatiku... Dialah temanku... Dialah segalanya buat diriku.... TAMMAT........Notakaki: Aipppp pengarang xda idea nak buat cerita.... Hu..hu.....

Macam mana nak dapat rehat yang bagus?

Sepatutnya masa-masa begini adalah yang terbaik untuk mendapatkan rehat yang cukup dari melakukan sebarang kerja. Ye betul... Tapi tak juga.Jika badan sahaja berehat, tapi minda, hati tak berehat tak jadi juga. Keletihan dan kelesuan sahaja. Mungkin kita sedang duduk bersandar sambil memejamkan mata... Namun otak masih memikirkan itu dan ini. Hati pula sering berbisik-bisik. Manakan dapat rehat yang baik. Tidur adalah waktu yang sementara untuk melupakan segala. Bila bangkit ia bermula kembali. So how?Perkara tak logik: buat2 hilang ingatan
Perkara yang logik: buat tak tau sudah
Perkara yang biasa dibuat: Diam itu lebih baik
Perkara yang biasany akan terlakukan: Lelehan air mata... (budak cengeng)Notakaki: Sedar tak sedar, dah pun laluinya.... Sabarlah....

Baby Sleeping Style;

Image
Finally... She gots new sleeping style.. Sleep on my chest... Nampaknya jangan diajar sedemikian, nanti susah nak buat kerja. Sesekali bolehlah... But sangat-sangat cute bila bidadari tidur macam tu.. Terasa aman sangat-sangat hati ini...Hilang rasa gundah gulana...
Gambar kat bawah nie sekadar hiasan je..

Cakar Hari-hari Mau

Image
Tajuk tak boleh bla.....Alhamdulillah.... Syukur.. Masih boleh menaip lagi dilaman kesayangan ini. Bila ada masa terluang, dapatlah mencorat-coret disini. Bidadari pun sudah nyentak tidur lepas mandi. Syukur dia dah tak banyak ragam. Tengah duduk-duduk lipat baju, terdengar pula bunyi cakaran. Tengok dekat pintu rupanya dia punya kerja.Ingat ni cakar harimau ke? Nak bodek lah tu. Sorry... No Entry!Notakaki: tinggal beberapa hari je lagi.. Pastu dah boleh keluar... Yes!

Bila menangis tak henti-henti

Kalau dahulu bila dengar anak kecil atau bayi menangis tak henti-henti... Dalam hati kata.. Alahai... apalah ibu dia tak pujuk bayi dia nangis. Bising dengarnya... Tak pandai nak pujuk ke?Tapi sekarang... Sendiri rasa... Baru tau.. Bukannya tak dipujuk.. Bukan tak diberi susu... Baru tau rasa macam mana... Bukan mudah... Lebih-lebih lagi bila sendirian yang kena lakukannya.So.. Inilah masa untuk mengetahui... Who we are before. Kepayahan dan kesusahan ibu kita menjaga kita dari bayi sampai dah besar panjang. Kalau ditanya susah ke nak jaga bayi yang kecil... Jawabnya... Alami dulu baru tahu susah atau senang. Apa yang perlu ada adalah... Sabar bila bayi menangis atau meragam. Emmm kadang terselit gak rasa kurang selesa.. Tapi sabar juga.. Apalah yang mereka tahu... Apapun... Muah...muah... Sayang bidadari ibu... Si pipi merah... Puk Amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk humaira pandai
Ibu Upah air susu...Notakaki: agaknye ikut perangai ibu, time preggy nangis je kut.. Tu yang bila keluar…

Mendukung Anak Perempuan Ketika solat

"Dari Abu Qatadah, beliau berkata, " Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. Solat bersama orang ramai sedangkan beliau mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulullah. Apabila Rasulullah sujud, beliau meletakkan anak itu dan apabila berdiri beliau mendukungnya." (HR. Enam imam perawi hadis, kecuali Tirmizi)Penerangan:Hadis ini adalah dalil yang menjelaskan sekaligus membolehkan wanita mendukung atau mengendong bayi ketika sedang solat dan tidak ada larangan serta boleh saja. Kerana apa yang dilakukan oleh Rasulullah membuktikan demikian. Hadis juga menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah kepada cucunya.Dalam riwayat lain disebutkan, pada suatu hari Rasulullah s.a.w mengerjakan solat. Ketika beliau sedang sujud, tiba-tiba Hasan (cucunya) yang masih kecil ketik itu duduk di atas tengkuk beliau. Rasulullah tidak marah, bahkan beliau sengaja melamakan sujudnya supaya Hasan merasa puas duduk di atas tengkuk atau bahunya.Sumber: Wasiat Rasulullah Untuk WanitaNotakaki: Sab…

Be Careful With My Heart -TV3

Image
Saya bukanlah penggemar menonton tv. Tapi... Disebabkan 24 hours perday 7 days perweek dirumah sahaja... Maka rancangan televisyen jadi agenda bila kelapangan waktu....
Cerita terbaru philipine nie best pula. Cerita tentang maid nama Maya.. Cute dia.. Tajuk cite Be Careful With My Heart.
Apalagi... tontonlah...

Bila Nak Merempuh Hutan?

Image
Saat tengah dilanda kebosanan ni belek-belek galery dekat handphone yang tak berapa nak canggih ni. Tengok gambar-gambar memori yang penuh dengan suka & duka... Hu..hu... Xla... Suweet sangat pun... Terjumpa gambar pergi rempuh hutan yang tak berapa nak hutan sangat awal tahun ni. Sesekali masuk hutan hirup udara fresh bagus. Boleh tenangkan fikiran.. Minda pun jadi cergas... Nanti dah sihat boleh pergi semula... Pasti!

Macam ribut.. Peluk bidadari ketat-ketat!

Cuaca diluar amat menggerunkan... Hujan selebat-lebatnya... Guruh dilangit usah nak dikata...Cepat-cepat peluk bidadari, takut dia terperanjat. Panaskan badan dia... Seronoknye dia tido dalam pelukan ibu dia... Macam tau-tau kat luar hujan lebat...Peluk dia ketat-ketat... Orang kata time hujan-hujan nie elok berdoa.. Jom sama-sama berdoa... Doa apa ye???Rahsia.... He..he...Notakaki: Bahgia ada untuk kita sayang... Lambat atau cepat.. Yang penting kita sabar dengan dugaan dan kekurangan ini.

Sharing: Cium Anak Dapat Pahala

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.
Copypaste...Notakaki: Cium Bidadari banyak2...muah.....

Sharing: Kelebihan membiayai dan membesarkan anak.

Aisyah r.a berkata," Pernah seorang wanita bersama dua orang anaknya yang perempuan mendatangiku untuk mengemis kepadaku. Namun sayang merela tidak mendapatkan apa pun daripadaku, kecuali sebiji kurma, dan aku memberikan kurma itu kepadanya. Lalu wanita itu membelah buah kurma tadi untuk kedua puterinya, sedangkan dia sendiri tidak memakannya dan si wanita itu kemudian berlalu dari hadapanku. Sejurus selepas itu, Rasulullah datang, lalu aku memceritakan kejadian itu kepada beliau. Setelah mendengar ceritaku, kemudian Rasulullah berkata, "Siapa saja yang dibebani oleh kedua anak perempuan, seperti orang tadi, kemudian dia berbuat baik kepada keduanya, maka kedua anak itu akan menjadi pelindung baginya dari api nerakan." (HR.Bukhari Muslim dan Tirmizi)Sumber: wasiat Rasulullah untuk wanita.

Langsir pun Langsirlah

Image
Dalam diam dia curi-curi masuk bilik...
Habis langsir bilikku dikerjakan. Nak berguraupun mainlah benda lain.. Carik pula langsir ni nanti...Syoh.... Main kat luar... Bidadari syok tidokan diri... Dia tak sihat....

Asyik Bertelagah Sahaja

Image
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik-beradik.. Bidadari baru sahaja nak lelap tido, mereka dua dah buat drama pula dekat tepi bilik. Dah lah bidadari xberapa sihat.Si bulat sibuk nak ganggu adiknya si panjang. Sengaja nak cari gaduh... Tunggu ye.. Simbah denga air... Kasi mandi itu olang...

Tahap Kencing Manis, Logik?

Image
Tahap 1: Bila anda kencing semut datang mengelilingi anda.Tahap 2: Teruk sikit, bila nak pergi kencing semut follow anda dari belakang.Tahap 3: Lagi teruk, Bila nak kencing semut dah tunggu siap-siap dalam bilik air.Tahap 4: Paling teruk, anda kencing keluar semut 3-4 ekor.Tahap 5: Seteruk-teruknya dimana anda akan kencing kawan-kawan anda!lawak jer....Notakaki: lepas lelah sebentar... Bidadari.comel asyik nangis & muntah. Tak sedap perut. Tak sampai hati tengok dia nangis.. Dia nangis ibu pun nangis sama.. Sabar sayang... Ibu ada.. Moga cepat sembuh.

7 Adab Terhadap Ibu Bapa

Image
Hormati mereka selagi mereka ada. Tidak kira dia ibubapa kandung @ mertua @ siapa saja bergelar ibu dan bapa.
Sumber: wassup

Sharing: Kelebihan Membaca Surah Kahfi Hari Jumaat, Penghulu Segala Hari

Sunnah Sebelum Tidur

Image
Bilakah kan mendapatkan semula tidur yang lena setelah berbulan ia hilang...Selamat Malam Wahai Khalifah Allah semua...

Please Hug Me

Image
Ibu....
Please hug me...
Don't leave me alone...
I need you...
Hold my hand...
Wipes my tears...
I love you so much...He..he...Yes my dear...
I always here for you...
I sacrifice all of my life just for you
Come.... I will hug you
You have me...
And i have you....
We've each other...

Sharing: LARANGAN MEMUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu memukul anak- anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Karena pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bunda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a.)Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahwa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.Rasulullah SAW Bersabda : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya.Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapaknya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala …

Coretan Hati: Entah apa-apa

Betul kata orang....
Bukan mudah untuk melupakan kesakitan yang dialami
Bukan mudah menghapus kekecewaan hati
Bukan mudah memujuk hati yang terluka lebih-lebih lagi hati sendiri
Bukan mudah juga untuk menerima tiap kepahitan dengan begitu pantas
Bukan mudah juga untuk memberi maaf tiap kesakitan yang diberiSekalipun ia seorang pemaaf
Sekalipun ia seorang yang penyabar
Sekalipun ia seorang yang pendiam
Sekalipun ia seorang yang bertolak ansur
Sekalipun ia seorang yang tabah
Sekalipun ia sentiasa mengalah
Sekalipun ia punyai pendirian tetap
Sekalipun ia senantiasa memberi peluangKerna......
Ia juga manusia biasa....
Hatinya Milik Allah
Segalanya milik Allah

Sharing: Doakan Sesama Kita

Ya اَللّهُ :  
Muliakanlah yang membaca pesanan ini
Lapangkanlah hatinya
Bahagiakanlah keluarganya, dan
Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan
Mudahkan segala urusannya
Kabulkan cita-citanya
Jauhkan dirinya daripada segala Penyakit, Fitnah, Prasangka, Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
Jauhkan dari segala Musibah
Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-Mu.Amin Ya RabbUsaha kirimkan semula agar kita sentiasa saling mendoakan.

10 Perkara Sebabkan Hati Buta

Image
Biar buta penglihatan
Jangan buta hati dan fikiran
Biar pun miskin hina
Jangan papa adat dan bahasa

Berhelang helang buana
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung di jumpa
Jangan pula pangkal kau lupa

Harumnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Hidup dalam dunia
Banyak ceritanya
Selagi bernyawa
Ada saja kerenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca
Gurindam serta seloka

Namun kenyataan hidup masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera
Amalan biasa

BreastFeeding: Nak Susu Ibu

Image

Tidurlah Sayang

Lenanya masih diulit mimpi
Mungkin tidak puas lagi menikmati lena dikantung indah
Kadang terlihat tersenyum
Kadang terlihat tawa
Kadang masam mencuka
Kadang rengek tangis kecil
Kadang mengeluhJalanmu masih jauh
Saat hari pertamamu sahaja
Sudah menempuh ranjau dunia
Tak tergambar akan hari-harimu yang bakal dilalui
Yang masih belum lagi kau mengertiTidurlah sayang dalam lenamu
Esok lusa tiada siapa yang tahu
Malah kau juga tiada tahu
Sesiapapun tiada tahu
Namun..
Usah bimbang...
Sepasang tangan ini kan memimpinmu
Sekujur tubuh ini kan sentiasa memelukmu
Jemari ini kan menyeka air matamu
Sekeping hati ini kan selalu ada dirimuTidurlah sayang...
Usah bimbang kan hari esok
Kerna esok tiada pasti...

Tiket Maaf?

Sedikit ulasan kata & bicara teman-teman:Kata maaf bukanlah satu tiket mudah untuk menghapus segala salah dan silap kita terhadap seseorang. Adakah kita terfikir? Setelah kita sakiti hati orang lain atau membuatkan hati seseorang terluka atau membuat orang marah dan terasa hati, kemudian kita minta maaf. Betul... Meminta maaf itu harus untuk menghapus salah kita. Tapi... Adakah berbaloi dengan apa yang dirasa orang tersebut?Jika maaf itu satu tiket, senanglah salah sahaja minta maaf. Apa susah...........
Kemaafan yang seharusnya adalah secara jujur dan ikhlas. Tapi jika kita minta maaf, kemudian tetap buat juga salah yang sama. Bertanyalah pada diri... Adakah maaf itu benar-benar ikhlas. Atas sekadar penyedap hati. Memang manusia banyak khilaf. Dan tiada yang perfect... Tapi belajar dari kesilapan akan menjadikan kita lebih berhati-hati. Kalau tak belajar dari kesilapan, memang silap itulah yang sering diulang, diulang dan diulang. Sedar ataupun tidak. Waulahualam...

Muhasabah Diri: Pakar Dunia, Jahil Akhirat

https://www.youtube.com/watch?v=AR-PdpHGhyo&feature=youtube_gdata_player

Sebamed Dari Perak

Image
Bidadari Comel hari ni dapat gift dari Makngah nya dari Perak. Siap Pos Laju untuknya dari Perak. Kulit sensitif sangat. Alhamdulillah... Nampak macam ok bila guna.. Moga sesuai dengan kulit dia. Orang kata guna Sebamed produk dari germany nie ok. The best! Kita ikhtiar... Terima kasih Mak Ngah... He..he..

Bila sakit gigi menyerang

Sebut sahaja sakit gigi.... Aduhai... Sakit yang boleh mengundang kemarahan. Dah lama tak dapat sakit ni, tetiba menyerang pula. Memang menguji kesabaran betul. Sakit yang amat. Rasa nak cabut sahaja gigi ni. Tapi tak boleh.. Lepas-lepas ni baru boleh.Mujur bidadari comel tak banyak ragam. Setakat tak mahu tidur pagi2 buta je. Kemanjaan dia dah mula nampak. Nak dipeluk sahaja. Wan dia lah yang selalu peluk dia nampaknya.Macam manalah nak hilangkan sakit ni. Kata orang, kumur dengan air garam. Emmmm dah juga cuba.. Sampai tertelan air garam.. Masinnya ampun..... Lega sebentar.. Kemudian datang semula... Jawabnya memang minta diremove gigi yang satu nie. Selalu sahaja bawa masalah... Huh...huh...huh...

Kakiku Diciummu

Image
Bidadari Comel sedang nyenyak tidur... Cepatlah besar sayang... Boleh bual-bual sama... Baru boleh buka lappy hari ni... Untuk mencari-cari, memohon-mohon apa-apa yang patut sebagai persediaan masa hadapan yang tak tahu apa akan jadi.
Kemanjaan Si Comel semakin menjadi-jadi setelah dia dianak tirikan oleh tuannya.. He..he.. Maaflah.. tumpuan lebih penting untuk Bidadari Comel ... Pelakuan pelik yang dibuatnya untuk tarik perhatian Anne.. Lihat gambar dibawah.






Kaki Anne yang sedang berstokin dicium-cium dijilat jilat.. betuah punya kucing... Kucing kalau dah biasa dimanjakan, bila diabaikan mulalah nak tarik perhatian semula... Tapi masalahnya kucing ni boleh bawa jangkitan terutama pada baby. Bulu dia sahaja boleh menyebabkan penyakit Asma.. Sebab tu sedang elakkan dia dari menghampiri... Selalu sahaja dia kena warning bila nak duduk dipintu bilik... Usahkan nak dapat masuk bilik.. Tinjau pun dia tak boleh... Kasihan kamu bulat...

Bila Selesema Mula Menyerang

Cuaca sekarang panas sungguh. Berkipas sepanjang waktu sahaja. Selesema mulalah menyerang. Harap-harap tak kesakit yang lain. Nanti lain pula jadinya. Bimbang pula berjangkit kat Bidadari Comel nie....Mak marah sebab asyik berkipas je. Nanti masuk angin.. Susah bila sakit.. Nanti admit wad... Emmm ... Nak buat macam mana... Cuaca tak menentu. Insya allah.. Takd apa-apalah. Orang lain yang guna air-cond tu lagilah pula... He..he... (cakap sepatah.. Ada je nak jawab... Dunia dah moden... ) siang je.. Malam tak.Nextweek dah Hari Raya Korban... Nothing to say about that... Dalam keadaan macam nie.. Diam jelah...Seronok tengok Bidadari Comel tido... Lena sungguh... Terhibur juga hati yang sedang sunyi. Ubat dah beri minum.. Keadaan pun nampak dah semakin ok. Alhamdulillah.... Moga cepat sembuh sayang....

Update guna Android

Sekarang ni banyak update blog gunakan hp sahaja. Jadi banyak function yang tiada. Kalau update guna lappy senang. Macam-macam ada. Guna hp nie.. Sekadar update biasa-biasa...Banyak juga missing cerita-cerita best dekat blog nie. Almaklumlah... Sekarang Anne tengah menjalani fasa2 pembaikpulihan diri.. Lama lagi waktu tu..Aku yang dulu bukanlah yang sekarang....
Banyak perubahan mendadak dalam diri Anne. Jadi mana sempat je lah. Lebih-lebih lagi bila dah ada "Bidadari Comel" nie..Masa lebih tertumpu kepada dia. Moga-moga semuanya ok... Notakaki: Ayah & Ibu sayang Humaira...
Cepat sembuh ye sayang....

Rasulullah memberi nama anak Asma'

"Aisyah berkata, "Pada suatu malam Rasullullah menyaksikan sinar lampu yang terang benderang menyala dari arah rumah Zubair. Kemudian beliau berkata, "Wahai Aisyah, aku tidak pernah lagi melihat Asma', barangkali dia sudah melahirkan. Janganlah kamu memberikan nama baginya sehingga aku menamainya." Kemudian Rasulullah memberikannya nama Abdullah dan beliau juga menggosok lidah Abdullah dengan buah kurma." (HR. Tarmizi)Rasulullah mentahnik anak.Asma' dengan buah kurma. Kita disuruh memanggil orang soleh mentahnik anak kita yang baru lahir dan.sekaligus menabalkan namanya.

Kosong Kosong Kosong

Kosong... Kosong... Kosong...Hanya keluhan bisa dihembus
Menanti hari-hari yang mendatang
Ingin dizahirkan segala rasa
Namun... Batin minta dirahsiaKosong... Kosong... Kosong...Setia menanti... Dan terus menanti
Biarpun bulan tak mungkin jatuh keriba
Biarpun purnama silih berganti
Masihnya disitu
Kerna hatinya... Kerna jiwanya...
Dibawa pergi oleh ..... Peragut jiwaKosong... Kosong... Kosong...Notakaki: Keaktifan bertukar kepasifan... Bahasa melayu apa ni?

Biar kutanggung deritamu

Image
Assalamualaikum.... Selamat petang...
Tajuk puitis amat... Entah apalah yang nak dicoretkan Si Penulis Blog ni.Lihat bidadari cantik sedang lena tidur. Bahgia sungguh dia... Sesekali melihat dia tersenyum dalam tidur... Kemudian menangis ... Kata orang tua-tua.. Kalau bayi tersenyum atau ketawa pada awal-awal kelahiran, dia sedang bermain atau diusik oleh kakaknya... Emmmm mungkin betul... Waulahualam...Oh ya.. Bila kita lihat orang yang kita sayang, orang yang kita cinta, orang yang kita kasih.. Tak kisahlah sama ada suami, isteri, adik beradik, ibu bapa, anak, atau sesiapapun sedang sakit pasti hati kita tak sampai hati melihat kesakitan itu.Dan... Jika boleh ingin sahaja diri ini menggantikan tempat itu.. Biar kita yang tanggung bagi pihak orang yang kita sayang... Itulah perasaan dan tanda kasih sayang yang tulus... Tak sampai hati lihat Bidadari Cantik macam tu.. Moga cepat sembuh sayang...
Ibu selalu disisi kamu disetiap waktu...Notakaki: Moga kita semua dapat bina keluarga bah…

Bidadari Comel

9 bulan menanti kehadiranmu
Melewati waktu yang amat panjang
Sendirian bersamamu
Sakit lelah tetap gagahkan diri
Demi bidadari kesayangan hatiSetiap hari berlalu bagaikan dalam penantian
Bilakah akan dirimu terlihat dimata ibu
Bilakah ibu bisa menyentuh kulit halusmu
Bagaimanakah keadaan ibu sewaktu melahirkanmu
Apakah ibu sempat melihat kamu hadir kedunia ini...
Atau ibu gugur dalam perjuangan iniKini sampai waktu itu...
Terlalu awal dan tanpa ibu duga
Saat itu hanya tiga perkara berlegar difikiran ibu
Kematian, kelahiran, pengakhiran...
Dalam ibu menahan kesakitan
Air mata ibu terus berjujuran...Mungkin ini rasanya pengorbanan seorang ibu
Mungkin ini yang dirasa oleh ibu-ibu terdahulu
Terasa mahu sahaja masa itu dicepatkan...Saat ibu dibawa pergi kebilik persediaan..
Melalui ruang-ruang sambil diperhatikan orang sekeliling...
Terdengar tangis bayi... Terdengar jerit tangis ibu-ibu disitu...
Ya Allah.... Jantung ibu berdegup pantas
Kerna sebentar lagi...
Bidadari comel ibu...
Akan …

Rindu Kat Awak Lah

Image
Almost 6 days tak pegang dia... Tak kelek dia... Tak manjakan dia... Sian dia... Rindulah tu.
Ni tentang kucing kesayangan saya.. Si Momolat Sayang. Dia dah biasa kena peluk, kena manja.. Tapi disebabkan beberapa faktor, dia terpaksa diketepikan untuk jangkamasa yang amat-amat panjang. Padan Muka!
Hari ni tau-tau dia dah masuk bilik dan baring sebelah saya sambil tidur atas tangan kanan. Aipp tak sedar... Nasib baik tak ganggu "bidadari saya"
Hari ni juga dia siap peluk tangan.. Gesel2 muka dekat tangan kita.. Mengiau-ngiau macam bertahun tak jupe. Alahai... Mengada sungguh.
Kata emak... Dia rindu kat awaklah.. Biasa ada orang tengok dia.. Nie dah diketepikan.. He..he...
Sabar jelah... Jangan kamu ganggu "bidadari comel" saya.. Cukuplah...

Anugerah Terindah

Assalamualaikum...Alhamdulillah syukur.... Segalanya telah selamat dijalani dengan tenang dan tabah. Antara realiti dan fantasi. Masih terasa lagi semuanya... Syukur.. Kerna diberi kesempatan untuk merasa saat-saat yang paling indah... Berjuang antara hidup &mati. Alhamdulillah.. Dipermudahkan segalanya...Waktu yang awal dari jangkaan... Mungkin sudah tiba waktunya... Namun.. Ada hikmah tersembunyi dibaliknya.. Schedule post pun terlajak waktu.. Aisehhh...Merasa nikmat mencium haruman syurga.. Subhanallah... Sangat harum.... Kesakitan hilang... Kesedihan hati terubat seketika... Saat melihat dirinya... Mendakapnya.. Menciumnya... Ya Allah... Teruja.... Terasa ingin sekali mengulanginya lagi...Dia kini disampingku.. Menatapnya dengan penuh kasih sayang... Dan tersentuh hati... Akan angugerah terindah dari Ilahi disebalik sebuah ikatan.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui...Kini menanti waktu... Kerana telah akhirnya akan segalanya...
Air mata gembira akan hadirnya dia
Dan.. Air mata …

Moga Berjumpa Lagi...

Schedule Post:

Assalamualaikum....

Tinggal beberapa hari sahaja lagi masa untuk melihat alam maya... Sebelum menghentikannya untuk sementara waktu memberi laluan kepada perkara yang lebih penting.. Yang pastinya ia akan menguji tahap keimanan, tahap kesabaran, tahap keredhaan dan dimana kekuatan diri untuk mengharungi segalanya.

Pasti semuanya bukanlah sesuatu yang mudah untuk menghadapinya. Setiap yang mengalaminya akan merasakan suatu perasaan yang berlainan. Kesakitan yang berbeza, Keadaan yang berbeza, dan segalanya berbeza... Mudah ataupun susah... Berjaya ataupun Rebah....

Andainya diri gugur tatkala itu... Semoga yang lain selamat... Biarkan ia meneruskan perjuangannya biarpun akan pedih dan pahit kehidupannya. Semoga diri tetap terus kan berada bersama memimpinnya hingga keakhirnya biarpun dengan kudrat kelemahan diri. Biarpun terpaksa mengharungi segala macam kepahitan..

Sukar mengungkapkan kata... Namun segalanya harus terus dihadapi... Yang terjadi tetap kan terjadi... Wala…