Wednesday, October 9, 2013

Bila sakit gigi menyerang

Sebut sahaja sakit gigi.... Aduhai... Sakit yang boleh mengundang kemarahan. Dah lama tak dapat sakit ni, tetiba menyerang pula. Memang menguji kesabaran betul. Sakit yang amat. Rasa nak cabut sahaja gigi ni. Tapi tak boleh.. Lepas-lepas ni baru boleh.

Mujur bidadari comel tak banyak ragam. Setakat tak mahu tidur pagi2 buta je. Kemanjaan dia dah mula nampak. Nak dipeluk sahaja. Wan dia lah yang selalu peluk dia nampaknya.

Macam manalah nak hilangkan sakit ni. Kata orang, kumur dengan air garam. Emmmm dah juga cuba.. Sampai tertelan air garam.. Masinnya ampun..... Lega sebentar.. Kemudian datang semula...

Jawabnya memang minta diremove gigi yang satu nie. Selalu sahaja bawa masalah... Huh...huh...huh...

6 comments:

Sally Samsaiman said...

lebih rela sakit lain daripada sakit gigi..serius!

get well soon ye :D

memmetlenggeng said...

nasihat akak, kalau sakit sebab berlubang jangan cabut, buatlah root canal. sayang kalau gigi dah cabut. Tapi kalau sebab gigi bongsu. Better tengok apa puncanya. Kawan akak dulu ada masalah dengan akar, buat minor operate, settle. Tp kalau graham bongsu cabutpun tak effect sangat, compare dengan geraham yang lain-lain tu

as ♥ Leenda said...

try beli ubat sakit gigi jenis titis brand hurix tu..berkesan..tp utk long term, kena cabut lah kot..hihi

Ansof86 said...

Memmetlenggeng: ni dah hukum cabut.. Tinggal akar je. gigi graham. xley treatment dah. nak.cabut kene tunggu habis pantang baru ley cabut.. lamanye nak tunggu

Ansof86 said...

Sally samsaiman: memangpun... sakit gigi satu apapun xlwy nak buat. yang ada rasa nak marah je...

Ansof86 said...

Leenda: ade kew... tp kalau dlm pantang boleh kew guna semua tu...

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...