Monday, October 21, 2013

Mendukung Anak Perempuan Ketika solat

"Dari Abu Qatadah, beliau berkata, " Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. Solat bersama orang ramai sedangkan beliau mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulullah. Apabila Rasulullah sujud, beliau meletakkan anak itu dan apabila berdiri beliau mendukungnya." (HR. Enam imam perawi hadis, kecuali Tirmizi)

Penerangan:

Hadis ini adalah dalil yang menjelaskan sekaligus membolehkan wanita mendukung atau mengendong bayi ketika sedang solat dan tidak ada larangan serta boleh saja. Kerana apa yang dilakukan oleh Rasulullah membuktikan demikian. Hadis juga menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah kepada cucunya.

Dalam riwayat lain disebutkan, pada suatu hari Rasulullah s.a.w mengerjakan solat. Ketika beliau sedang sujud, tiba-tiba Hasan (cucunya) yang masih kecil ketik itu duduk di atas tengkuk beliau. Rasulullah tidak marah, bahkan beliau sengaja melamakan sujudnya supaya Hasan merasa puas duduk di atas tengkuk atau bahunya.

Sumber: Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

Notakaki: Sabarnya Rasulullah... Jika kita... Adakah sesabar itu dan sepenyayang itu? Jika anak mengganggu orang solatpun sudah dimarah dan dipukul.. Bukan mahu ditegur dan dinasihat dengan baik. Moga diri mampu mendidik bidadari menjadi anak yang solehah dan taat pada ibu dan ayah.

No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...