Wednesday, March 31, 2010

Kenapa Suka Tengok Wayang?

Ramai yang mengkategorikan aku seorang yang kolot... Tak ikut perubahan waktu.. Tidak mahu tengok wayang
Bagi aku..terpulang pada mereka untuk berkata tentang diriku. Aku tetap diriku..

Jujur aku berkata.. Aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Panggung Wayang.. Bukan nya aku seorang yang tidak mengikut peredaran waktu atau begitu kolot untuk tidak mahu pergi kesana.. Sememangnya aku telah berpersepsi bahawa Panggung wayang tempat itu..tempat ini... Bukan aku mengatakan tempat itu tidak baik..
Dimana-mana tempat pun ada juga. Cuma aku masih belum menerimanya..

Sejak dibangku sekolah aku telahpun mendengar berita tentang panggung wayang.. Ada baik dan ada buruk
Ada rakan-rakan yang mengajak ku untuk ke panggung Wayang.. Tapi tak tahu kenapa aku sendiri yang tak mahu.. Mungkin Belum bersedia.. Atau aku kurang berminat.. dan lebih suka menonton di Televisyen atau VCD.

Dalam kalangan keluarga aku juga memang tidak aa yang tengok wayang pun.. Cuma Kak Ngah Aku dan abang serta adik lelakiku.. Aku dan Kak Long Tak penah lagi..

Well... bila aku dah bersedia mungkin aku akan menjejakkan kaki ke sana. Mungkin dengan kawan-awan, atau yang tersayang... Nak merasmikan kali pertama menjejakkan kami ke Panggung Wayang..
Ha..ha...

Korang nak kata aku apa pun.. Katalah... Sesungguhnya aku adalah diriku...
Dan juga Pendirian ku.. Serta Kepercayaanku...

Tuesday, March 30, 2010

Without Facebook

Two days already.. i didn't open my page.
Here is my Facebook page: http://www.facebook.com/norain.mohamad

I'm not hypocrite to says that i don't want to open my page. But i have something to do with my job. When i have FB, i always open my page and sees my friends latest news and write some comments on my friends wall.

Just one day left.. So on thursday i can open my page.. really miss it.
But i know someone wrote in my wall and says.." ha...bestnyer main fb"
Yes Najib.. i knew it.... i can see lah...

Now i know... Facebook.. important to me... Not addicted but need it. WHY?

COUSE OF... FRIENDS... FRIENDS.. GAMES...

Ha..ha.. I love game in facebook
Especially PETVILLE and ZOO WORLD..
Previously i played FISHVILLE AND FARMVILLE..
But this two game need daily updates.. So i can't update it everydays..
So i just stopped to play that game and just concentrate on two games only..

I can't wait... to see my pets and zoo...
Really can't wait...

True expression from deep inside my heart and feeling

(Hiks... Out of grammar... quite long didn't write in english.. lots of mistakes)

Sakit Hati Dengan "MAXIS"

Aku bukan nak tulis entry blog hari2.. tapi sebab aku dah sakit hati sangat jadi baik aku luahkan kat blog aku..
dari aku duk pot pet..kat mulu aku..biar aku tulis jer..

Aku bukan aper.. sebab bengang dengan line MAXIS nie.. dah 3 hari dah mende nie berlaku..
Phone aku ker yang ader problem atau line MAXIS nie..
Dah 3 hari aku asyik terima SMS miscall yang sama.. Setiap jam aku dapat SMS tu..

" You have 3 missed calls (2) +6017####### since 3.05 pm 29.3.10
(1) 6012###### since 18.06pm 28.3.10"

SMS nie berulang kali aku dapat.. Bila dah baca SMS tuh xder kat inbox aku.. tu yang pelik..
Tak lama lepas tu dapat SMS tu skali lagi..

Lepas tu HP aku terpadam dan hidup semula... aikkk magik ker.. Cam kiter resart komputer or notebook.
and SMS yang sama jugak diterima...

kalau tengah call orang tetiba jer skrin jadi hp jadi putih.. then tulis check info servis..
Giler aper?????

Hati aku jadi bengang.. Klau pakai prepaid aku don't mind aarrrr.. nie pakai bill... tu yang ht panas jerrrr..
Kenapa???? Memang sakit..

Tak sabar nak tunggu 7 April... Aku nak transfer pergi prepaid semula..
Sungguh aku tak puas hati guner Postpaid..

Setujukah anda "Hampir separuh iklan kosmetik menipu"

Salam..semua.. Tadi anne lihat2 harian Metro online.. Terbaca pula satu artikel berita berkenaan dengan pengiklanan kosmetik... Tajuknya "Hampir separuh iklan kosmetik menipu"

Anne sutuju sangat dengan tajuk nie... Sini anne quotekan 

"LONDON: Penipuan sesetengah iklan kecantikan - mencecah sehingga satu pertiga daripada jumlah disiarkan di media massa - menyebabkan kadar kemurungan gadis di Britain meningkat, lapor akhbar tempatan, semalam.
Siasatan akhbar The Sun mendapati, model yang digunakan dalam sesebuah iklan bergaya dengan memakai bulu mata atau rambut palsu untuk kelihatan lebih menarik."

The Sun mendapati, 28 peratus iklan kosmetik dalam majalah membuat pengakuan - secara terlindung - bahawa gambar mereka diubah suai.

Sebanyak 44 peratus lagi turut melalui proses pengubahsuaian tanpa diakui.

Hanya 28 peratus iklan kosmetik dipercayai memaparkan kualiti produk sebenar.

Iklan maskara didapati paling serius mengelirukan pengguna dengan 58 peratus mengaku mengubah suai bulu mata model untuk kelihatan lebih panjang dan 42 peratus memaparkan bulu mata tiruan." 
 



BERITA SELANJUT: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hampirseparuhiklankosmetikmenipu/Article

Kalau kite tengok iklan mascara.. macam tak real jer bulu mata lentik dan panjang sebegitu ruper... Dan iklan shampoo... tengok rambut diaorang, sumer licin gegiler, lurus gegiler, of course rebond nyer tu... cube wat yang real... beralun ombak bagai.... Kebanyakan mereka menggunakan teknik perkomputeran..
Semua ini bagi mengaburkan mata pengguna..

Dan kita pengguna mudah tertarik kepada iklan yang sedemikian rupa. Namun tak semua pengiklanan yang dipaparkan tidak benar. Aspek exposure, cahaya, animasi, graphic memang amat diperlukan dalam pengiklanan bagi menarik minat pengguna untuk membeli produk mereka..Ini adalah salah satu strategi syarikat dan pengiklanan bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan.

Kita semua sendiri lihatkan kebanjiran iklan yang berleluasa sekarang membuatkan para pengguna pening, keliru, muak, dan keliru serta bosan..

Agak2 aper pulak pendapat korang yer..

Monday, March 29, 2010

Uitm Dihatiku

Tetiba aku teringatkan zaman belajar kat Uitm...
Memang best giler sesangat...
Dah terkedengaranlah pulak kat telinga aku nie akan lagu yang dok jadi kebanggan kami semua nie..
aku Coretkan kat sini untuk tatapan Korang
Para pelajar Uitm atau bekas2 Pelajar Uitm seperti aku..
Ingat lagi tak lagu nie

UiTM Di Hatiku

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
bagai obor ilmu memayungi putera-puterinya
pelopor hidup budaya bangsa, agama dan negara
membentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah kesini ingin mempelajari
rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
destinasi cita-cita negara dan bangsaku..

Majulah bangsa.. maju negara
berkat usaha jaya MARA
kami berikrar akan berjasa
hingga kita berjaya demi bangsa

watikah yang kumiliki
kan ku semat dihati
janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
ku sempurnakan seikhlas hati
membela negara

doa restu ayah bondaku
untukmu semua
UiTM... Usaha Taqwa Mulia...

Bad Service!!!!

Petang semalam, mak, ayah & adik Isla datang rumah aku... Dia orang datang hantarkan Slip Panggilan Test untuk SPA.. Sempat aku jengah keretaku yang barusan lepas accident.. Waa... Boleh tahan juger lukanya.. Sian ko yer bibah... Takper.. Nanti kiter polish yer.

Pastu Ayah ajak pegi minum kat pantai.. So aku on jer... Takkan asyik perap dekat rumah jer. Kami makan kat tempat biasalah.. Salh satu kedai yang warna hijau kat pesisir pantai Pengkalan Balak. Tapi tak tau kenapa kali nie aku rasa hangin sangat ngan kedai tu...

Korang bayangkanlah...
  • 10 minit tunggu orang amik order (tu pun berpanggil.. padahal dia baru jer ambik order meje sebelah) masa amik order tulis jangan tak tulis jer budak tu. kita orang order paling simple jer.. teh o kaw, oren long chan. milo ais 2, mee goreng 2, mee bandung 2.
  • 15 minit tunggu air sampai (tu pun terkial2 nak hantar)
  • 20 minit nak tunggu makan sampai.. tapi tak sampai2..
Aku tanya kakak tu, mana order makan kami.. Dia kata jap.. selang 3 minit budak yang amik order tadi datang.. Boleh dia tanya kita orang order aper tadi.... Ayah aku dah bengang.. Aku cakaplah order mee goreng ngan mee bandung.. Pas tu dia kata kertas order hilang nak amik order baru...

Ayah aku dengan bengang cakap tak payah order... kira jer sumer nie...
Pas tu budak tu bla dengan muker blur dan tak bersalah tu...

Nak mintak kira pun lamabat sampai 5 minit nak tunggu.. Aku terus bangun pegi kat kaunter depan nak bayar.. tu pun dia orang buat taktau jer..

macam nie ker orang melayu niaga... Dia orang nie tak tahu ker yang customer nie ada power.. sekali aku guner WOM (kan dah keluar istilah marketing aku dah)  aku untuk sebarkan  baru tau.. Tak tau ker diaorang nie.. customerlah yang menjadi agen atau pengiklanan yang free tuk dia orang..  aperlah dia orang nie.... Macam mana peniaga melayu kite nak berjaya kalu servis macam nie pun mereka tak titik beratkan...

Kepada para peniaga diluar, kedai makan ker aper ker... cubalah jangan mengulangi perbuatan seperti ini... ingat customer tu penting.walaupun dia hanya singgah sekali tapi kalau servis yang ditawarkan baik dia akan singgah sekali lagi dan mungkin bawa kawan2 mereka ...ingat tu...

Selesai

Saturday, March 27, 2010

Keretaku Accident

Tadi pukul 7.19 malam, mak aku call.. Suaranya sedih dan lesu jer...
"Anne.. Mak dah balik.. Baru sampai dari Chini... Mak ada dekat Rokan nie"
" Mak dah sampai dah"
"Anne... Mak mintak maaf (cakap sambil nangis).."

Aku jadi kebingungan..." Kenapa nak mintak maaf mak"
"Kereta awak accident... Mak mintak maaf"
" Accident.. Dekat mana? Mak sumer takde apa2 ker?...Tak payah mintak maaf..
Perkara nak terjadi... Yang penting mak, ayah.. Adik sumer selamat"

"Ye lah.. Takut Awak marah dekat mak ngan ayah"
" Nak marah buat apa mak.. Kereta boleh dicari... Yang Penting Mak ayah sume selamat"
" Tadi nak elak lembu... Motor langgar dari belakang.. Tadi dah hantar orang tu pergi klinik. Lampu Belakang pecah, Makgad kete awak calar"
"Takper mak yang penting mak selamat"

Bagi aku kereta bukan no satu yang aku risaukan... Yang penting Keluarga aku selamat
Mereka lebih berharga dari kereta tu....
Patutlah aku rasa macam ada sesuatu yang nak jadi...
Syukur Alhamdulillah

Friday, March 26, 2010

Dia Untukku?

Dia Untukku?

Saban tahun aku dikecewakan oleh insan bernama wanita….
Hawa yang telah menjadikan aku sedemikian rupa..
Hawa yang membuatkan aku memencil diri…
Hawa yang membuatkan hidup aku bersendirian sehingga kini
Hawa yang menutup segala pintu hatiku untuk kaumnya
Hawa yang mencalarkan lambang cintaku padanya
Hawa yang meruntuhkan tembok cintaku padanya
Hawa yang menoda cinta dan kesetiaanku padanya..

Aku membawa diri jauh… mencari ketenangan
Kehisdupanku musnah kerananya
Hidupku jadi huru-hara kerananya
Hidupku kubazirkan begitu sahaja
Harta dan wang ringgit ku taburkan entah kemana
Semuanya keranamu Hawa…

Dua dekad aku bersendiri..
Lantas kenapa tiba-tiba
Pintu hatiku bagai diketuk
Seperti ada yang ingin membukanya
Oh tidak!!!! Tak ingin aku berendam duka lagi
Tak ingin aku memberikan kasih pada
Hawa yang tidak tahu menghargai

Tapi mengapa…..
Semakin aku cuba menutup rapat pintuku
Semakin kuat ketukan itu kedengaran..
Kenapa Hawa? Kenapa masih menjengah ruangan hatiku…
Kenapa dia muncul dalam hidup ku?
Bagaimana ia boleh berlaku?
Ya Allah.. adakah dia tercipta untukku?
Adakah dia utusanMU
Bagi mengubat kembali luka yang telah bertapak dijiwaku

Kenapa aku terlalu menyayanginya
Kenapa…. Aku menjadi takut andai..
Andai… ia melukakan hatiku seperti yang dulu
Ya Allah jika benar dia jodohku..
Kau berikanlah kebahagian kepada kami berdua
Aku telah lama dirundung duka
Aku telah lama dilanda kesepian
Aku telah lama dikecewakan
Aku berharap dia menceriakan kembali
Merawat kembali
Apa yang elah lama lupus dari kehidupanku…
Dialah… Cintaku… Dialah.. Kekasihku…
Dialah penawar duka laraku…
Amin……

Copyright....
Adapted from..real life of the man who are sucker of his life..

Thursday, March 25, 2010

Bersantai di Pantai Pengkalan Balak

Hari tu masa nak balik kampung Mak, Ayah, Adik Isla & Ira beserta aku... pergi bersantai dan makan-makan kat tepi pantai... Saja-saja nak releks....Sesekali sampai di pantai... bukan selalupun...



Emak dan Ayah cakap... Dah bertahun dia tak kepantai... Berkat aku duk dekat ngan pantailah..
Mereka dapat gi Santai kat pantai...



Nie ada beberapa pic yang aku sempat download dan Snap!!!!


Sesekali melihat keriangan adik aku..Rasa seronok pula. Masa aku kecik2 rasa cam tak penah gi pantai.. 
Tpi dia orang nie betuah bangat!!

Kelihatan Mak dan Ayah kelihatan mesra..... Suka melihat mereka berdua..

 eeeppp ayah aku suker hisap rokok.. Tapi rokok daunlah.. He.he...

Seasana pantai memberikan ketenangan kepada aku yang sentiasa sibuk dengan kerjaya..
Melihat Adik bongsuku.. yang ceria dan gembira berada dipantai mencuit hati aku..

Wednesday, March 24, 2010

BOSS VS ME

Someone Give Me An Email. I Wanna Share With You All.
I don't know where she get it. But it email that foward by others.

Title: Boss Vs Me

When I Take a long time to finish,
I am slow,
When my boss takes a long time,
he is thorough


When I don't do it,
I am lazy,
When my boss does not do it,
he is busy,


When I do something without being told,
I am trying to BE SMART,
When my boss does the same,
he takes the INITIATIVE,


When I please my boss,
I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,
he is cooperating,


When I make a mistake,
you're an idiot.
When my boss makes a mistake,
he's only human.


When I am out of the office,
I am wandering around.
When my boss is out of the office,
he's on business.


When I am on a day off sick,
I am always sick.
When my boss is a day off sick,
he must be very ill.


When I apply for leave,
I must be going for an interview
When my boss applies for leave,
it's because he's OVERWORKED


When I do good,
my boss never remembers,
When I do wrong,
he never forgets

Saturday, March 20, 2010

Sambutan Hari Ulang Tahun... Perlu ker?

Sambutan hari ulangtahun sering disambut dengan hidangan kek beserta lilin diatas.
Majlis dihadiri teman-teman, jamuan makan2... Tradisi meniup lilin di kek...

Perlu ker semua tu?

Seumur hidup saya, saya cuma sekali sahaja saya meniup lilin di kek. Sewaktu saya belajar di Uitm dulu.
Itu kali pertama saya diraikan oleh rakan2 saya ... Mereka buat surprise untuk saya. Saya bersama keluarga tak pernah sambaut macam tu..dan saya menangis saat tu... Pertama kali seumur hidup...

Saya tiup lilin tu... Kemudian saya dimarahi teman rapat saya. Katanya kenapa tiup lilin? Nak makan kek. makan sahaja. Itukan budaya Nasrani.... Awak nak ikut macm tu ker?

Sejak itu saya tak penah lagi meniup lilin di kek ketika hari lahir saya. Sayapun tak celebrate hari lahir saya.
Kalau ada sesiapa yang ada maklumat lanjut berkenaan ini... Bolehlah tuliskan komen anda di ruangan komen.

Ulangtahun ke-24, Selamat Hari Lahir

Sedar tak sedar dah 24 tahun anne dah melihat dunia nie.. Semuanya atas keizinan dan keajaiban Allah swt.
Anne telahpun memasuki alam dewasa.. dan bukan lagi remaja...

Bangun sahaja dari tidur..Anne sentiasa ingat pesan seseorang yang amat rapat dengan Anne.
Jika tiba hari Lahir kita, Bangun saja tidur pada hari tersebut terus Ucapkan Syukur kepada Allah swt kerana kita masih diberi kesempatan untuk melihat dunia. Doakan kesejahteraan kedua orang tua kita. Doakan juga untuk diri sendiri.

Jadi bangun sahaja tidur pada subuh tadi, anne terus bersuci, berwuduk untuk solat subuh.
Selesai solat anne terus memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana masih memberi kesempatan kepada anne untuk melihat dunia lagi. Masih diberi kesempatan untuk melakukan amal ibadah. Anne turut mendoakan juga kesejahteraan untuk emak dan ayah, kerana telah mendidik dan membesarkankan selama 24 tahun ini.Anne juga mendoakan kesejahteraan hidup dan memohan untuk mempermudahkan kehidupan anne.

Tanpa disengajakan dan dibuat2, air mata anne mengalir membasahi pipi anne. Hati anne menjadi sayu dan sedih. Penyesalan demi penyesalan dan keinsafan terus terasa. Mula terbayangkan apa sahaja yang anne sudah lakukan selama 24 tahun ini. Pengorbanan kedua orang tua anne demi mendidik dan membesarkan anne sehingga menjadi orang berguna.. Kesalahan dan kesilapan yang telah anne lakukan.

Syukur Alhamdulillah kerana Allah swt masih memberikan kesempatan pada anne untuk memperbetulkan kesalahan dan bertaubat atas segalanya. Syukur Alhamdulillah..


Anne Selamat Hari Lahir... 
Semoga Anne peroleh kejayaan dan kesejahteraan hidup hingga ke akhir hayat..
Ingatlah

Friday, March 19, 2010

Hitam the Cat

Name: Hitam
Age: Not Identified
Appearance: Black with white sock
Fav. Food: Chicken (Head) & Lizard
Girlfriends: Kokang



However, he's a cute cat.. I love him

Thursday, March 18, 2010

Peristiwa kat kedai makan

Tengah hari tadi, kami makan dekat tempat biasa lah. Lepas ambil lauk kami duduk untuk makan. Tetiba Yan tanya kat aku...
"Kak cube akak tengok nasi akak.. ok tak?" Emmmm pelik.. "Takder paper pun. Ok jer. Kenapa?"
"Cube akan tengok nasi saya..Cam ba.. jer"

Aku pun tengok nasi Yan.. " Hah.. Cam melekit jer" Aku , dila ngan Yan tak tau nak buat camner. Nak panggil pakcik tu.. orang ramailah pulak.
Latstly Dila bangun pegi kat pak cik tu... "{Bla..Bla...Bla.....)

Tak lama pas tu pakcik tu hantar nasi baru....

Moralnyer kat sini...

" Kalau ada yang kurang dengan makanan tu jangan duk canang sana-sini.. 
Cakap bisik2 ngan owner kedai.. Tu yang paling bagus sekali"

Tak lama pas tu.. Pak cik tu marah dekat isteri dia.. Tapi senyaplah... Tapi tetap kedengaran kat telinga kami bertiga.. Sian dekat Mak cik tu... Baru jer sampai kedai dah kene marah...

Dah habis makan, mak cik tu tanya kita orang pasal nasi tu. So mak cik tu cakaplah.. nasi tu mungkin bahagian bawah sekali.. Biasalah kalau nasi bahagian bawah.. Nasi yang masak terdahulu.
aku respek sangat dengan Mak Cik tu.. Tetap Cool walaupun suami dia marah.. terdetik pula rasa nyesal ngadu tadi..

Tapi Makcik tu kata.. Bagus!!! Kene bagi tahu.. Harus!!! 

Apepun..kami syok bual dengan mak cik...

Wednesday, March 17, 2010

Facebook Mania Edisi 2

Setelah membaca petikan berita daripada Harian Metro bertajuk facebook mania..
Saya mula rasa ingin meluahkan pendapat mengenai Facebook mania ini.

Saye adalah pengguna facebook juga. Saya membuka akaun facebook saya pada tahun lepas pada 27 Julai 2009. Pada mulanya saya hanya membuka akaun facebook syarikat. Semata-mata untuk menjalankan promosi bagi dan berhubung dengan pelanggan dan pengedar produk. Kemudian saya mula membuka akaun peribadi saya suapaya saya dapat elakkan daripada bercampur dengan hal kerja.

Saya tak sangka, dengan membuka facebook, saya temui kenalan lama saya yang dah 4 5 tahun tak jumpa. So saya kata, berguna juga ada facebook nie. So dapatlah saya mengetahui aktiviti terbaru rakan-rakan saya. Namun saya menghadkan penggunaan facebook termasuk meletakkan photo2 peribadi saya, kekerapan masuk ke FB. Ini kerana saya tak mahu masa saya lebih kepada FB selain kerja. Saya akui memang sekarang saya kerap login FB. Setiap hari.. Masuk opis jer..saya buka emel company tengok mana yang penting, then login FB. Ini kerana kekurangan kerja dan suasana yang membosankan. Sekarang sy cuba kurangkan unutk login FB personal saya… rasa macam dah ter..addict dekat FB.. Ha..ha…ha..

Memang sy ada terlihat di dalam FB mengenai beberapa individu yang menyalahgunakan FB sebagai medium mereka menyebarkan fitnah dan anasir yang tidak baik demi menjatuhkan maruah individu tertentu. Sebagai contoh, kes khalwat Anwar Aziz, membenci artis seperti mimey suhaiza dan juga fasha sandha. Sebagai pengguna FB, sya rasa ini bukan suatu yang harus dilakukan. Mengapa mesti melakukan hal sedemikian rupa? Kenapa mesti menjatuhkan maruah dan periuk nasi orang lain. Kot iye pun tak perlulah untuk menyebarkan anasir atau kontroversi yang entah aper2. Kan elok sedekahkan Al-Fatihah jer kat mereka… kalau rasa tak suka dekat seseorang individu tu tak payahlah ajak orang lain skali untuk join..

Kemudahan yang diberikan, pandai-pandailah kita gunakan kearah yang lebih baik.. kan elok gunakan Facebook atau laman social yang lain untuk buat bisnes ker, networking ker… Kan ader faedahnyer… kan elok.. baru berkat.. Guna FB ada pro & con nya.. Jadi kita yang bijak pandai IT nie perlu tahu dan menilai mana yang baik dan mana yang tak elok. Ramai yang bertemu jodoh dan berkahwin kerana bertemu di FB. Kenalan yang terpisah berpuluh tahun berjaya ditemui dengan FB. Ahli perniagaan berjaya menggunakan FB sebagai gerbang perniagaan. PM kita pun guna FB sebagai tempat mendengar keluhan rakyat dan sempat beramah mesra dengan fan FBnya. para artis berjaya menaikkan nama dan bermesra dengan peminat menggunakan FB..

Itu sahaja setakat nie pendapat saya… apa2 yang terluah yang meninggung hati dan perasaan pembaca harap dimaafkan.. ini hanya pendapat saya sebagai salah seorang pengguna facebook.. Harap maafkanlah…

Facebook Mania Edisi 1

Petikan daripada akhbar harian Metro  bertarikh 12 March 2010

Facebook mania
Oleh Norhadiani Baharom dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my
2010/03/12

Tidak dinafikan, fb jika diuruskan dengan bijak dan berhemah, mampu memberikan banyak manfaat kepada pengguna Internet. Bayangkan, rakan lama yang 30 tahun terpisah boleh bertemu semula secara online dengan adanya Fb. Malah ramai yang sudah ke jenjang pelamin gara-gara bercinta dalam fb! Informasi yang pantas kini boleh merebak ke seluruh dunia melalui Fb, justeru pemilik akaun Fb seharusnya bertanggungjawab ke atas apa yang dimuat naik atau membuat 'post' dalam bentuk mesej dan gambar-gambar.

Namun Fb boleh memberikan kecalaran kepada individu terbabit jika ada bahan yang boleh menyinggung perasaan orang lain dipaparkan. Inilah juga yang dialami pelakon Tari Tirana, Ammar yang dianggap mencaci pihak media menerusi akaun Fb miliknya, baru-baru ini. Di samping ada juga pihak yang tidak bertanggung jawab membuka akaun untuk membenci dan mengutuk artis seperti Fasha Sandha dan Memey. Hakikatnya, akaun Fb bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berada dalam senarai teratas sebagai F paling popular di Malaysia. Menurut kajian, hampir 3.5 juta rakyat Malaysia memiliki akaun Fb daripada orang biasa hingga tokoh politik. Fb mula diperkenalkan Mark Zuckerberg pada 4 Februari 2004. Kajian compete.com menunjukka, Fb berjaya mengalahkan pesaing laman sosial seperti Myspace dan Twitter.

Muka tengah Rap hari ini memaparkan kepentingan dan keseronokan Fb dalam kalangan artis tempatan.

Fara Fauzana "SETIAP penyampai Hot FM diwajibkan ada Fb dan saya adalah orang terakhir yang membuka akaun. Melalui ruangan peminat Fara Fauzana Fadzil, saya selalu mengemas kini aktiviti Hot FM dengan peminat selain bertukar pendapat. "Katakanlah saya mengemaskini 'status' Fb dan mengundang pendengar ke acara kami seperti Hot FM Big Jam. Biasanya orang yang memberi komen dalam Fb itulah orang yang sama akan datang ke majlis kami. "Ini membuktikan penggunaan Fb sangat berkesan dan menunjukkan mereka adalah pendengar setia stesen kami.

"Tapi saya kurang bersetuju apabila Fb digunakan sebagai ruang menceritakan hal peribadi. Cerita dalam kain patut dikongsi dengan mereka yang terdekat dan boleh dipercayai saja. Kenyataan serang-menyerang pelayar Fb dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan sangatlah memalukan.

"Tapi lucunya, orang yang tidak kena-mengena pun sibuk hendak jadi batu api. Sebagaimana yang kita tahu rakyat Malaysia adalah antara pengguna Fb yang terbesar di dunia.

"Daripada menggunakan ruangan untuk mengaibkan orang itu, lebih baik kita menggunakan sebagai ruang 'networking' yang menguntungkan."

Kieran "SAYA setuju dengan pendapat Fara. Kita boleh cari ramai kawan serta mengembangkan perniagaan dalam fb. Setiap hari saya akan mengemaskinikan aktiviti bersama Hot FM, meminta cadangan daripada pendengar mengenai topik apa yang mereka ingin saya.

"Hal peribadi bagi saya tidak wajar didedahkan kepada pendengar atau rakan-rakan Fb lebih-lebih kalau mereka golongan selebriti. Apatah lagi, mengucapkan sesuatu perkara yang berbaur ugutan dan penghinaan.

"Golongan artis khususnya harus menggunakan kelebihan di Fb untuk mempromosikan nama mereka ke arah yang positif. Pelakon misalnya, boleh mempromosikan drama mereka manakala penyanyi pula mempromosikan album mereka.

"Contohnya, isteri saya menguruskan perniagaan hamper. Sambutan yang terima cukup menggalakkan. Saya juga banyak menerima tawaran mengacara di luar melalui Fb."

Ahmad Fedtri Yahya "SETIAP penggunaan bahasa dan emosi yang digambarkan melalui Fb menunjukkan 'level' pemikiran seseorang. Pada awalnya memang saya terikut-ikut menulis status yang bersifat luahan peribadi. Tapi, selepas kerap terbaca 'posting' seperti 'gersangnya pagi ini' dan pelbagai lagi yang disifatkan keterlaluan, saya mengelak untuk menjadi seperti mereka.


"Lalu saya ubah konsep penggunaan Fb daripada membicarakan soal peribadi kepada satu topik perkongsian ilmu selain berdakwah. Banyak aktiviti bermanfaat seperti ceramah bersama ustaz berjaya dilaksanakan dengan sokongan rakan-rakan Fb. "Setiap hari saya akan memulakan topik di 'status' Fb dengan satu wadah yang mencerna minda dan komen yang diberikan sangat memberangsangkan. "Ada rakan Fb memberikan pendapat yang tak terfikir dek saya sendiri dan ini secara tidak langsung memperoleh ilmu baru."

Diana Danielle "SAYA sentiasa berwaspada dengan setiap komen yang ditulis malah memuat naik gambar tertentu saja dalam Fb saya. Sememangnya sebagai pengguna, saya kerap menggunakan Fb untuk berkongsi pendapat, pandangan dan luahan mengenai sesuatu perkara bersama rakan-rakan. Begitupun, saya perlu berhati-hati untuk menulis menerusi laman web peribadi ini bimbang kerana disalah tafsir pula individu tertentu memandangkan saya seorang selebriti. "Disebabkan itu juga saya mewujudkan laman khas untuk kegunaan peribadi saja dan tidak campur aduk. Sebagai rakan artis saya juga berasa kesal dengan apa yang berlaku mengenai isu yang membabitkan pelakon yang menyalahkan pihak media. Artis dan media sering bekerjasama seharusnya masalah yang berlaku perlu diselesaikan dengan cara yang bertamadun."

Kozie, One Nation Emcees "BAGI saya Fb dapat membantu kami berkongsi idea selain memaklumkan kepada peminat mengenai aktiviti terbaru kami. Kami selalu menguar-uarkan mengenai aktiviti yang dilakukan kumpulan kami. Jika membabitkan persembahan di kawasan tertentu seperti di selatan Semenanjung kami akan maklumkan mengenainya awal-awal. "Selain itu, menerusi Fb juga kami sering merakamkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kami. Kami akan selalu mengemas kini akaun kami setiap hari"

Farah Asyikin "SAYA mula membuka akaun Fb sejak dua tahun lalu. Sebagai artis, saya menggunakan Fb sebagai platform untuk lebih dekat dengan peminat dan berkongsi pandangan mengenai perkembangan dunia seni. "Kadangkala saya akan memaklumkan mengenai perkara yang berlaku sepanjang menjayakan persembahan sehingga ada dalam kalangan mereka yang memberi maklum balas serta galakan kepada saya. "Sebagai pengguna Fb, seharusnya saya sentiasa berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan berurusan dengan individu yang baru dikenali. Pada saya, Fb seharusnya merapatkan, bukan menjarakkan hubungan atau ruangan cacian."

Khir Mohd Noor (Presiden Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima) "AKAUN Fb persatuan kami menjadi tempat untuk berkongsi maklumat dan aktiviti yang dilakukan sejak tahun. Secara tidak langsung, ia dapat menarik lebih ramai ahli untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan persatuan dari semasa ke semasa. Kewujudan Fb persatuan ini juga bukan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya menggerakkan aktiviti persatuan. Dengan cara ini ia memudahkan perhubungan dari jarak jauh."

Sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Facebookmania/Article/art_print

Black Out Takde Letrik

Petang semalam hujan lebat sesangat
So ingatkan kira oklah.. taklah menakutkan..
Lepas je siap masak sambal udang and Telur dadar
Aku pun masuk dalam bilik
Duk releks sementara tunggu nasi masak
Hujan turun selebat-lebatnya
Kilat sabung menyabung
Guruh kat langit..

Aku jadi makin kaget….
Manalah tau..tetiba terjadi pula perkara yang tidak diingini..


Aku kat dalam bilik dah siap peluk bantal..dek kerana takut
Habis ayat aku baca….
Tetiba lampu terpadam..Keadaan jadi samar…
Aku dengan tak sengaja terjerit…
Buakan aku sorang jer…Dila pun sama..
Aku terus keluar bilik …pergi bilik dila
Sah…suis automatic jatuh..

So kami dua..memang takut skit ngan kilat nie.. Cahayanyer sahaja dah menggerunkan
Si Comel punyerlah takut…
Aku terpikir nasi yang aku masak kat periuk letrik tadi..
Sah..mantah nanti… Biarlah  dulu.. nanti boleh adjust….
Perut dh berkeroncong

Bila keadaan reda skit aku mauk kat bilik cari lilin
Yes! Ada.. Tapi takder mancis..nak petik kat gas takut… (Lupakan hasrat nak pasang lilin)
Kamipun duduklah dalam rumah yang serba malap nie
Bila hujan, kilat dan guruh dah reda..
Aku suruh dila tolong naikkan suis utama..
Dah lah gelap… Ada sikit gumentar…
Lastly Berjaya…
Pastu kami teruskan aktiviti sepeti sediakala…

Tuesday, March 16, 2010

Kod lemak babi - dlm keropok udang ROTA

Baru-baru nie anne terima emel dari rakan2...biasalah emel fwd2 nie... Dan berguna juga kepad kita terutama kita sebagai umat Islam sebagai satu langkah berjaga2.

jadi anne pun nak sharelah dengan semua rakan2 blogger. mungkin ada yang pernah dengar.. dan isu nie dah lapuk... Tapi just untuk remind sahajer....

LOOK THIS!!!


Perhatikan kod- kod dibawah untuk langkah-langkah berjaga.,.
Simpanlah kod2 ini dalah HP..So bila pergi shopping boleh
check barangan yang kita nak beli
Mestilah sentiasa Check label sebelum beli!

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT















1
E
100

16
E
280

31
E
434

46
E

2
E
110

17
E
300

32
E
435

47
E
483
3
E
120

18
E
301

33
E
436

48
E
491
4
E
140

19
E
325

34
E
440

49
E
492
5
E
141

20
E
326

35
E
441

50
E
493
6
E
153

21
E
327

36
E
470

51
E
494
7
E
160

22
E
334

37
E
471

52
E
495
8
E
161

23
E
335

38
E
472

53
E
542
9
E
210

24
E
336

39
E
473

54
E
570
10
E
213

25
E
337

40
E
474

55
E
572
11
E
214

26
E
422

41
E
475

56
E
631
12
E
216

27
E
430

42
E
476

57
E
635
13
E
234

28
E
431

43
E
477

58
E
904
14
E
252

29
E
432

44
E
478

59
E
920
15
E
270

30
E
433

45
E
481



















Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...