Wednesday, March 17, 2010

Facebook Mania Edisi 2

Setelah membaca petikan berita daripada Harian Metro bertajuk facebook mania..
Saya mula rasa ingin meluahkan pendapat mengenai Facebook mania ini.

Saye adalah pengguna facebook juga. Saya membuka akaun facebook saya pada tahun lepas pada 27 Julai 2009. Pada mulanya saya hanya membuka akaun facebook syarikat. Semata-mata untuk menjalankan promosi bagi dan berhubung dengan pelanggan dan pengedar produk. Kemudian saya mula membuka akaun peribadi saya suapaya saya dapat elakkan daripada bercampur dengan hal kerja.

Saya tak sangka, dengan membuka facebook, saya temui kenalan lama saya yang dah 4 5 tahun tak jumpa. So saya kata, berguna juga ada facebook nie. So dapatlah saya mengetahui aktiviti terbaru rakan-rakan saya. Namun saya menghadkan penggunaan facebook termasuk meletakkan photo2 peribadi saya, kekerapan masuk ke FB. Ini kerana saya tak mahu masa saya lebih kepada FB selain kerja. Saya akui memang sekarang saya kerap login FB. Setiap hari.. Masuk opis jer..saya buka emel company tengok mana yang penting, then login FB. Ini kerana kekurangan kerja dan suasana yang membosankan. Sekarang sy cuba kurangkan unutk login FB personal saya… rasa macam dah ter..addict dekat FB.. Ha..ha…ha..

Memang sy ada terlihat di dalam FB mengenai beberapa individu yang menyalahgunakan FB sebagai medium mereka menyebarkan fitnah dan anasir yang tidak baik demi menjatuhkan maruah individu tertentu. Sebagai contoh, kes khalwat Anwar Aziz, membenci artis seperti mimey suhaiza dan juga fasha sandha. Sebagai pengguna FB, sya rasa ini bukan suatu yang harus dilakukan. Mengapa mesti melakukan hal sedemikian rupa? Kenapa mesti menjatuhkan maruah dan periuk nasi orang lain. Kot iye pun tak perlulah untuk menyebarkan anasir atau kontroversi yang entah aper2. Kan elok sedekahkan Al-Fatihah jer kat mereka… kalau rasa tak suka dekat seseorang individu tu tak payahlah ajak orang lain skali untuk join..

Kemudahan yang diberikan, pandai-pandailah kita gunakan kearah yang lebih baik.. kan elok gunakan Facebook atau laman social yang lain untuk buat bisnes ker, networking ker… Kan ader faedahnyer… kan elok.. baru berkat.. Guna FB ada pro & con nya.. Jadi kita yang bijak pandai IT nie perlu tahu dan menilai mana yang baik dan mana yang tak elok. Ramai yang bertemu jodoh dan berkahwin kerana bertemu di FB. Kenalan yang terpisah berpuluh tahun berjaya ditemui dengan FB. Ahli perniagaan berjaya menggunakan FB sebagai gerbang perniagaan. PM kita pun guna FB sebagai tempat mendengar keluhan rakyat dan sempat beramah mesra dengan fan FBnya. para artis berjaya menaikkan nama dan bermesra dengan peminat menggunakan FB..

Itu sahaja setakat nie pendapat saya… apa2 yang terluah yang meninggung hati dan perasaan pembaca harap dimaafkan.. ini hanya pendapat saya sebagai salah seorang pengguna facebook.. Harap maafkanlah…

2 comments:

Teratak Inspirasi said...

Sekarang ni kita sendiri dapat lihat, dapat rasa, konsep awal FB dah berubah. sesetengah pengguna FB yang ada di luar sana menggunakan FB demi kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesan yang mungkin akan datang kepada dirinya malah juga akan memberi kesan kepada pengguna yang lain. pengguna seperti ini lah yang perlu diberi perhatian dan perlu diberi tindakan sepatutnya kerana kita tak nak "seekor kerbau membawa lumpur, semua kerbau terpalit"

Ansof86 said...

Sememangnya saya sekong 100% peratus dengan pendapat anda... Kepada pengguna lain juga dinasihatkan supaya tidak mengikut jejak seperti mereka yang menggunkan FB untuk kepentingan sendiri yang menyusahkan pengguna lain

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...