Petikan daripada akhbar harian Metro bertarikh 12 March 2010
Facebook mania
Oleh Norhadiani Baharom dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my
2010/03/12
Tidak dinafikan, fb jika diuruskan dengan bijak dan berhemah, mampu memberikan banyak manfaat kepada pengguna Internet. Bayangkan, rakan lama yang 30 tahun terpisah boleh bertemu semula secara online dengan adanya Fb. Malah ramai yang sudah ke jenjang pelamin gara-gara bercinta dalam fb! Informasi yang pantas kini boleh merebak ke seluruh dunia melalui Fb, justeru pemilik akaun Fb seharusnya bertanggungjawab ke atas apa yang dimuat naik atau membuat 'post' dalam bentuk mesej dan gambar-gambar.
Namun Fb boleh memberikan kecalaran kepada individu terbabit jika ada bahan yang boleh menyinggung perasaan orang lain dipaparkan. Inilah juga yang dialami pelakon Tari Tirana, Ammar yang dianggap mencaci pihak media menerusi akaun Fb miliknya, baru-baru ini. Di samping ada juga pihak yang tidak bertanggung jawab membuka akaun untuk membenci dan mengutuk artis seperti Fasha Sandha dan Memey. Hakikatnya, akaun Fb bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berada dalam senarai teratas sebagai F paling popular di Malaysia. Menurut kajian, hampir 3.5 juta rakyat Malaysia memiliki akaun Fb daripada orang biasa hingga tokoh politik. Fb mula diperkenalkan Mark Zuckerberg pada 4 Februari 2004. Kajian compete.com menunjukka, Fb berjaya mengalahkan pesaing laman sosial seperti Myspace dan Twitter.
Muka tengah Rap hari ini memaparkan kepentingan dan keseronokan Fb dalam kalangan artis tempatan.
Fara Fauzana "SETIAP penyampai Hot FM diwajibkan ada Fb dan saya adalah orang terakhir yang membuka akaun. Melalui ruangan peminat Fara Fauzana Fadzil, saya selalu mengemas kini aktiviti Hot FM dengan peminat selain bertukar pendapat. "Katakanlah saya mengemaskini 'status' Fb dan mengundang pendengar ke acara kami seperti Hot FM Big Jam. Biasanya orang yang memberi komen dalam Fb itulah orang yang sama akan datang ke majlis kami. "Ini membuktikan penggunaan Fb sangat berkesan dan menunjukkan mereka adalah pendengar setia stesen kami.
"Tapi saya kurang bersetuju apabila Fb digunakan sebagai ruang menceritakan hal peribadi. Cerita dalam kain patut dikongsi dengan mereka yang terdekat dan boleh dipercayai saja. Kenyataan serang-menyerang pelayar Fb dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan sangatlah memalukan.
"Tapi lucunya, orang yang tidak kena-mengena pun sibuk hendak jadi batu api. Sebagaimana yang kita tahu rakyat Malaysia adalah antara pengguna Fb yang terbesar di dunia.
"Daripada menggunakan ruangan untuk mengaibkan orang itu, lebih baik kita menggunakan sebagai ruang 'networking' yang menguntungkan."
Kieran "SAYA setuju dengan pendapat Fara. Kita boleh cari ramai kawan serta mengembangkan perniagaan dalam fb. Setiap hari saya akan mengemaskinikan aktiviti bersama Hot FM, meminta cadangan daripada pendengar mengenai topik apa yang mereka ingin saya.
"Hal peribadi bagi saya tidak wajar didedahkan kepada pendengar atau rakan-rakan Fb lebih-lebih kalau mereka golongan selebriti. Apatah lagi, mengucapkan sesuatu perkara yang berbaur ugutan dan penghinaan.
"Golongan artis khususnya harus menggunakan kelebihan di Fb untuk mempromosikan nama mereka ke arah yang positif. Pelakon misalnya, boleh mempromosikan drama mereka manakala penyanyi pula mempromosikan album mereka.
"Contohnya, isteri saya menguruskan perniagaan hamper. Sambutan yang terima cukup menggalakkan. Saya juga banyak menerima tawaran mengacara di luar melalui Fb."
Ahmad Fedtri Yahya "SETIAP penggunaan bahasa dan emosi yang digambarkan melalui Fb menunjukkan 'level' pemikiran seseorang. Pada awalnya memang saya terikut-ikut menulis status yang bersifat luahan peribadi. Tapi, selepas kerap terbaca 'posting' seperti 'gersangnya pagi ini' dan pelbagai lagi yang disifatkan keterlaluan, saya mengelak untuk menjadi seperti mereka.
"Lalu saya ubah konsep penggunaan Fb daripada membicarakan soal peribadi kepada satu topik perkongsian ilmu selain berdakwah. Banyak aktiviti bermanfaat seperti ceramah bersama ustaz berjaya dilaksanakan dengan sokongan rakan-rakan Fb. "Setiap hari saya akan memulakan topik di 'status' Fb dengan satu wadah yang mencerna minda dan komen yang diberikan sangat memberangsangkan. "Ada rakan Fb memberikan pendapat yang tak terfikir dek saya sendiri dan ini secara tidak langsung memperoleh ilmu baru."
Diana Danielle "SAYA sentiasa berwaspada dengan setiap komen yang ditulis malah memuat naik gambar tertentu saja dalam Fb saya. Sememangnya sebagai pengguna, saya kerap menggunakan Fb untuk berkongsi pendapat, pandangan dan luahan mengenai sesuatu perkara bersama rakan-rakan. Begitupun, saya perlu berhati-hati untuk menulis menerusi laman web peribadi ini bimbang kerana disalah tafsir pula individu tertentu memandangkan saya seorang selebriti. "Disebabkan itu juga saya mewujudkan laman khas untuk kegunaan peribadi saja dan tidak campur aduk. Sebagai rakan artis saya juga berasa kesal dengan apa yang berlaku mengenai isu yang membabitkan pelakon yang menyalahkan pihak media. Artis dan media sering bekerjasama seharusnya masalah yang berlaku perlu diselesaikan dengan cara yang bertamadun."
Kozie, One Nation Emcees "BAGI saya Fb dapat membantu kami berkongsi idea selain memaklumkan kepada peminat mengenai aktiviti terbaru kami. Kami selalu menguar-uarkan mengenai aktiviti yang dilakukan kumpulan kami. Jika membabitkan persembahan di kawasan tertentu seperti di selatan Semenanjung kami akan maklumkan mengenainya awal-awal. "Selain itu, menerusi Fb juga kami sering merakamkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kami. Kami akan selalu mengemas kini akaun kami setiap hari"
Farah Asyikin "SAYA mula membuka akaun Fb sejak dua tahun lalu. Sebagai artis, saya menggunakan Fb sebagai platform untuk lebih dekat dengan peminat dan berkongsi pandangan mengenai perkembangan dunia seni. "Kadangkala saya akan memaklumkan mengenai perkara yang berlaku sepanjang menjayakan persembahan sehingga ada dalam kalangan mereka yang memberi maklum balas serta galakan kepada saya. "Sebagai pengguna Fb, seharusnya saya sentiasa berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan berurusan dengan individu yang baru dikenali. Pada saya, Fb seharusnya merapatkan, bukan menjarakkan hubungan atau ruangan cacian."
Khir Mohd Noor (Presiden Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima) "AKAUN Fb persatuan kami menjadi tempat untuk berkongsi maklumat dan aktiviti yang dilakukan sejak tahun. Secara tidak langsung, ia dapat menarik lebih ramai ahli untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan persatuan dari semasa ke semasa. Kewujudan Fb persatuan ini juga bukan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya menggerakkan aktiviti persatuan. Dengan cara ini ia memudahkan perhubungan dari jarak jauh."
Sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Facebookmania/Article/art_print
Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lama meninggalkan dunia blogger
Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...
-
Tengah duduk-duduk menanti patient.,.... Teringat pulak zaman sekolah Masa tu darjah satu tak silap.... Alkisah... Anne bagitau kawan mac...
-
Zaman sekarang manusia bukan kira anak dara ker, isteri orang ker, mak orang ker, makcik orang ker.. semua nak try.. Maka.. kalau isteri2 ...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...
No comments:
Post a Comment