Friday, March 26, 2010

Dia Untukku?

Dia Untukku?

Saban tahun aku dikecewakan oleh insan bernama wanita….
Hawa yang telah menjadikan aku sedemikian rupa..
Hawa yang membuatkan aku memencil diri…
Hawa yang membuatkan hidup aku bersendirian sehingga kini
Hawa yang menutup segala pintu hatiku untuk kaumnya
Hawa yang mencalarkan lambang cintaku padanya
Hawa yang meruntuhkan tembok cintaku padanya
Hawa yang menoda cinta dan kesetiaanku padanya..

Aku membawa diri jauh… mencari ketenangan
Kehisdupanku musnah kerananya
Hidupku jadi huru-hara kerananya
Hidupku kubazirkan begitu sahaja
Harta dan wang ringgit ku taburkan entah kemana
Semuanya keranamu Hawa…

Dua dekad aku bersendiri..
Lantas kenapa tiba-tiba
Pintu hatiku bagai diketuk
Seperti ada yang ingin membukanya
Oh tidak!!!! Tak ingin aku berendam duka lagi
Tak ingin aku memberikan kasih pada
Hawa yang tidak tahu menghargai

Tapi mengapa…..
Semakin aku cuba menutup rapat pintuku
Semakin kuat ketukan itu kedengaran..
Kenapa Hawa? Kenapa masih menjengah ruangan hatiku…
Kenapa dia muncul dalam hidup ku?
Bagaimana ia boleh berlaku?
Ya Allah.. adakah dia tercipta untukku?
Adakah dia utusanMU
Bagi mengubat kembali luka yang telah bertapak dijiwaku

Kenapa aku terlalu menyayanginya
Kenapa…. Aku menjadi takut andai..
Andai… ia melukakan hatiku seperti yang dulu
Ya Allah jika benar dia jodohku..
Kau berikanlah kebahagian kepada kami berdua
Aku telah lama dirundung duka
Aku telah lama dilanda kesepian
Aku telah lama dikecewakan
Aku berharap dia menceriakan kembali
Merawat kembali
Apa yang elah lama lupus dari kehidupanku…
Dialah… Cintaku… Dialah.. Kekasihku…
Dialah penawar duka laraku…
Amin……

Copyright....
Adapted from..real life of the man who are sucker of his life..

No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...