Saturday, March 20, 2010

Ulangtahun ke-24, Selamat Hari Lahir

Sedar tak sedar dah 24 tahun anne dah melihat dunia nie.. Semuanya atas keizinan dan keajaiban Allah swt.
Anne telahpun memasuki alam dewasa.. dan bukan lagi remaja...

Bangun sahaja dari tidur..Anne sentiasa ingat pesan seseorang yang amat rapat dengan Anne.
Jika tiba hari Lahir kita, Bangun saja tidur pada hari tersebut terus Ucapkan Syukur kepada Allah swt kerana kita masih diberi kesempatan untuk melihat dunia. Doakan kesejahteraan kedua orang tua kita. Doakan juga untuk diri sendiri.

Jadi bangun sahaja tidur pada subuh tadi, anne terus bersuci, berwuduk untuk solat subuh.
Selesai solat anne terus memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana masih memberi kesempatan kepada anne untuk melihat dunia lagi. Masih diberi kesempatan untuk melakukan amal ibadah. Anne turut mendoakan juga kesejahteraan untuk emak dan ayah, kerana telah mendidik dan membesarkankan selama 24 tahun ini.Anne juga mendoakan kesejahteraan hidup dan memohan untuk mempermudahkan kehidupan anne.

Tanpa disengajakan dan dibuat2, air mata anne mengalir membasahi pipi anne. Hati anne menjadi sayu dan sedih. Penyesalan demi penyesalan dan keinsafan terus terasa. Mula terbayangkan apa sahaja yang anne sudah lakukan selama 24 tahun ini. Pengorbanan kedua orang tua anne demi mendidik dan membesarkan anne sehingga menjadi orang berguna.. Kesalahan dan kesilapan yang telah anne lakukan.

Syukur Alhamdulillah kerana Allah swt masih memberikan kesempatan pada anne untuk memperbetulkan kesalahan dan bertaubat atas segalanya. Syukur Alhamdulillah..


Anne Selamat Hari Lahir... 
Semoga Anne peroleh kejayaan dan kesejahteraan hidup hingga ke akhir hayat..
Ingatlah

1 comment:

Nadhirah said...

selamat hari lahir!
semoga berjaya dlm hidop =]

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...