Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Monday, March 29, 2010

Uitm Dihatiku

Tetiba aku teringatkan zaman belajar kat Uitm...
Memang best giler sesangat...
Dah terkedengaranlah pulak kat telinga aku nie akan lagu yang dok jadi kebanggan kami semua nie..
aku Coretkan kat sini untuk tatapan Korang
Para pelajar Uitm atau bekas2 Pelajar Uitm seperti aku..
Ingat lagi tak lagu nie

UiTM Di Hatiku

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
bagai obor ilmu memayungi putera-puterinya
pelopor hidup budaya bangsa, agama dan negara
membentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah kesini ingin mempelajari
rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
destinasi cita-cita negara dan bangsaku..

Majulah bangsa.. maju negara
berkat usaha jaya MARA
kami berikrar akan berjasa
hingga kita berjaya demi bangsa

watikah yang kumiliki
kan ku semat dihati
janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
ku sempurnakan seikhlas hati
membela negara

doa restu ayah bondaku
untukmu semua
UiTM... Usaha Taqwa Mulia...

0 comments:

Theme Support