Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Monday, March 29, 2010

Bad Service!!!!

Monday, March 29, 2010 Posted by Ann Mohamad , , , , No comments
Petang semalam, mak, ayah & adik Isla datang rumah aku... Dia orang datang hantarkan Slip Panggilan Test untuk SPA.. Sempat aku jengah keretaku yang barusan lepas accident.. Waa... Boleh tahan juger lukanya.. Sian ko yer bibah... Takper.. Nanti kiter polish yer.

Pastu Ayah ajak pegi minum kat pantai.. So aku on jer... Takkan asyik perap dekat rumah jer. Kami makan kat tempat biasalah.. Salh satu kedai yang warna hijau kat pesisir pantai Pengkalan Balak. Tapi tak tau kenapa kali nie aku rasa hangin sangat ngan kedai tu...

Korang bayangkanlah...
  • 10 minit tunggu orang amik order (tu pun berpanggil.. padahal dia baru jer ambik order meje sebelah) masa amik order tulis jangan tak tulis jer budak tu. kita orang order paling simple jer.. teh o kaw, oren long chan. milo ais 2, mee goreng 2, mee bandung 2.
  • 15 minit tunggu air sampai (tu pun terkial2 nak hantar)
  • 20 minit nak tunggu makan sampai.. tapi tak sampai2..
Aku tanya kakak tu, mana order makan kami.. Dia kata jap.. selang 3 minit budak yang amik order tadi datang.. Boleh dia tanya kita orang order aper tadi.... Ayah aku dah bengang.. Aku cakaplah order mee goreng ngan mee bandung.. Pas tu dia kata kertas order hilang nak amik order baru...

Ayah aku dengan bengang cakap tak payah order... kira jer sumer nie...
Pas tu budak tu bla dengan muker blur dan tak bersalah tu...

Nak mintak kira pun lamabat sampai 5 minit nak tunggu.. Aku terus bangun pegi kat kaunter depan nak bayar.. tu pun dia orang buat taktau jer..

macam nie ker orang melayu niaga... Dia orang nie tak tahu ker yang customer nie ada power.. sekali aku guner WOM (kan dah keluar istilah marketing aku dah)  aku untuk sebarkan  baru tau.. Tak tau ker diaorang nie.. customerlah yang menjadi agen atau pengiklanan yang free tuk dia orang..  aperlah dia orang nie.... Macam mana peniaga melayu kite nak berjaya kalu servis macam nie pun mereka tak titik beratkan...

Kepada para peniaga diluar, kedai makan ker aper ker... cubalah jangan mengulangi perbuatan seperti ini... ingat customer tu penting.walaupun dia hanya singgah sekali tapi kalau servis yang ditawarkan baik dia akan singgah sekali lagi dan mungkin bawa kawan2 mereka ...ingat tu...

Selesai

0 comments:

Theme Support