Wednesday, December 28, 2016

2016 semakin berakhir

2016 semakin berakhir... bakal tutup tirai beberapa hari lagi...

Apakah Azammu wahai diri?
Sudahkah tercapai azammu yang lalu...
atau kau masih teruskan Azam yang tak pernah mampu kau capai...

Jangam hanya kau berazam...
tapi kau sedikit sahaja usahamu untuk merealisasikan azammu...

pastikan kau mahu lebih baik..
baik dari sebelumnya..
indah dari kejelekan lalu...
gembira dari kesedihan lalu...
bahgia dari derita sakitmu lalu...
berlapang hati dari tutupnya hijab hatimu

pandang kedepan.. lihat kearah impianmu..
lepaskan... lepaskan...
dengan cara itu kau lebih bahagia..
kau lebih berjaya..

bukan waktunya untuk bersenda lagi
bukan waktunya untuk kau berharap lagi
bukan juga waktunya tuk kau setia menanti
bangkitlah dari kelemahanmu
berjuanglah demi insan yang senantiasa bergantung padamu..

semoga urusanmu mudah wahai diriku..

Sunday, December 18, 2016

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Renung2kan.. selamat beramal..

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.
"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.
"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"
"Tiada satu pun"
Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.
"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "
"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"
"Itu adalah kehendak Allah"
"Siapakah orang tersebut?"
"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.

Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.
"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.
"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak
"Betul, siapakah tuan?"
"Saya Abdullah bin Mubarak"
Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"
Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.
"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"
"Wah! saya sendiri tidak tahu!"
"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".
Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...

Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.
Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.
"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"
"Tetapi anda batalkan?"
"Benar"
"Apa yang berlaku?"
"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu "
"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?
"Ya sayang"
"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "
"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."
Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.
Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"
"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas
"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?
Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.
Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"
"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "
"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".
Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.
Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.
"Ini masakan untuk kamu"
Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.
"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"
Ya Allah ... disinilah Hajiku ...by
Ya Allah... disinilah Mekahku ...
Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.
Fikirkanlah bagi orang yg pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil....dimana tempatnya...sedangkan dlm masa yg sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...
Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita..

sy share sahaja.. dapat dari facebook

Masa ....

Bismillahirrahmanirrahim....

lama juga meninggalkan sesawang ini...
masa begitu terhad... menumpukan perhatian untuk kehidupan lebih baik dan teratur...

hidup itu indah.. indah bila ikut alur dan susunan yang betul.. ikut syariat...

kadang kita merasa diri kita hebat.. tp ada yg lebih hebat...
kadang kita rasa mampu tp kemampuan kita xmampu menandingi atau memenuhi keinginan kita.

apapun berpijak di bumi nyata...
sekalipun kau boleh.. tp sedarlah apakah yg membolehkan dirimu...

Tuesday, September 27, 2016

Selamat hari lahir sayangju

Alhamdulillah... Hari ini ulangtahun kelahiran bidadari tersayang ANNUR HUMAIRA AZMI .. genap 3 tahun kehadirannya.. Syukur Alhamdulillah.. Terbayang saat2 kelahiran dia dulu. Hari jumaat sekitar 12.42pm hujan diluar. kamu xsabar nak lihat dunia.. sendirian ibu bersama misi2 yang baik2 semuanya..buat air tuk ibu.. air milo, air kosong. tenangkan ibu. Bau syurga kamu masih terbau sampai kini. eee rindunya...

Maaf Ibu xdapat berada bersama pada hari ini.
Tapi ucapan terima kasih kamu bila ibu nyanyi lagu happy birthday dekat kamu buat ibu touching amat. Dalam telefon pun jadi.. "Sayang ibu... terima kasih ibu "
itu pun dah berderai air mata ibu...

Selamat hari lahir sayang.. Ibu selalu doa yang terbaik buat kamu.. Selamat hari lahir juga buat bidadari Zara. Mamanya Yan dan papanya Nor Aazim Mohamad Moga jadi anak solehah dunia akhirat..

#permatahatiibu
#selamatharilahir

Saturday, September 24, 2016

Hentikan Tuduhan

Manusia memang tidak boleh melihat kesenangan orang, tak kisahlah dalam apa keadaan sekalipun.
Bila kita rasa marah dan sakit hati, mereka kata ini KIFARAH buat kita.

Tapi ... siapa mereka nak menyatakan kita sedemikian. KIFARAH ke apa ker itu semua dari Allah swt. Ujian buat hambanya.

Tapi bukan hak mereka nak menuding jari, menuduh, menfitnah. Macam lah mereka tahu keadaan kita, situasi kita, cerita kita, perihal kehidupan kita. Tolong lah..

Hantar Whatsapp dengan kata-kata fitnah, dah lah fitnah, boleh lagi nak nasihatkan kita. emmm
Kita tak lah marah, tapi caranya tidak betul. Maaflah pada yang terasa. saya tak tujukan pada sesiapa diluar tetapi pada penghantar pesanan Whatsapp kepada saya yang menuduh saya bermacam.

Saya pun tak mahu menduga siapa gerangannya. Tetapi andai dia mengenali saya dan terbaca tulisan ini. tak perlulah berkata seolah-olah awak mengenali saya atau keluarga saya, atau suami saya, atau kehidupan saya.

Jagalah kehidupan rumahtangga kita sendiri.

Kerana orang-orang seperti awaklah yang sebenarnya perosak dan pemusnah rumahtangga orang. Baling batu sembunyi tangan. Jangan menuduh sebarangan tanpa usul periksa dan jangan menfitnah tanpa kemukakan saksi.

Nak berwhatsapp atau nak nasihat ker.. silalah letak gambar profile sebenar awak daripada dibiarkan kosong. Entah-entah FAKE PROFILE, entah-entah nak SKODENG atau STALKER.

Harap faham..

Sekian..

Thursday, September 22, 2016

Walls cookies & cream chocolate

Serius amatt memang marveles ..
Dalam peti sejuk beku..  tengok ayat... bahasa baku lagi...

ada icecream nie.. huhu... walls cookies & cream chocolate
meleleh air liur.. Tunggu Miss P habis baru i habiskan.. dann..... boleh beli baru...

yummmyyy..

jom try.. siyesly..

u all nak wat ape ngan ice cream tu.. semua boleh...

nak manja2 .. hihii
nak wat kek..
nak wat sneck
nak makan gitu jer..

apepon boleh..

jom.. try walls oreo.. memang terbaik..

Saturday, September 17, 2016

Jakarta View

Haritu berkunjung ke Jakarta atas urusan kerja selama 4 hari. Pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Jakarta.. Alhamdulillah..

Banyak benda yang dikagumkan.. banyak juga benda baru yang anne belajar..

Kepadatan penduduk, Kesesakan lalu lintas yang amat... makanan yang wow... pelbagai...
Tapi tak nampak motor2 buruk pun.. semuanya yang baru2.. hihi..

Saturday, September 3, 2016

Kalau kita Gaduh

Motivasi hari ini
Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

Kalau kita bergaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita bergaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

Kalau kita bergaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri..

Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah ,bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

Sharing is caring

Wednesday, August 31, 2016

Cawan Tongkat Ali Untuk Lelaki Perkasa

Dengar sahaja tongkat Ali ramai yang tahu.. Herba kuat tuk lelaki..  he..he..
Rini anne nak tunjuk Cawan minum tongkat Ali yang diperbuat dari kayu tongkat Ali. Handmade punya.

Untuk order Whatsapp 013-6002842 


Untuk minum letak air panas dalam cawan tersebut kemudia minum. Rasanya macam minum air tongkat ali lah... Tak perlu nak rebus atau bancuh.. Letak air terus minum.. Senang...


Edited post: Previous Pos okt 2013 

Tuesday, August 30, 2016

Sampai bila

Ada yang mengutarakan saya Soalan Sampai bila...

Soalan yang tak dapat saya menjawab dengam jawapan yang tepat dan pasti. Kerana ia berlaku hanya dengan IzinNya.

Saya selalu berlapang hati menerima segalanya. Bukan sebab saya kuat.. saya pun sama seperti orang lain.. tapi sebab saya percaya Allah swt. Yakin denganNya...

Walaupun saya kelihatan seperti seorang yang Bodoh sekalipun.

Saya tak nafikan.. Tapi bagi yang tahu.. bagi yang faham...

Sandarkan pada Allah.swt.. hidup kita sekali sahaja.. dan waktunya xpasti sampai bila..

Kesenangan dunia hanya sementara... Bila kita senang kita lupa.. bila kita banyak ibadat kita rasa kita hebat...

jangan pandang rendah orang lain... jangan rasa diri lebih bagus.. jangan rasa orang jahat tiada masa depan... jangan sekali2 pandang rendah orang lain...

Sejahat2 orang lihatlah kejahatannya pada siapa.. kepada manusia atau dengan penciptaNya..

Jadi ingatlah wahai hati.. sentiasa bersangka baik... sangka baik.. sangka baik...

Sunday, August 28, 2016

Weekend yang happy

Alhamdulillah.. rasa dah lama tak keluar peluh dengan banyaknye... Hari nie bertungkus lumus panjat bukit sama bidadari dan mamanye..nak petik buah.. yang paling tak sabar bidadari lew..

Lama tak berpeluh.. tercungap2 juga dibuatnyer.. Jadilah merasa buah yang ada serba sedikit.. Bidadarilah...

Ibu.. adik nak tolong...
Diapun sama nak tolong.. Dahlah tepi lereng bukit.. Biar dia duk diam2 ngan ayahnya dekat bawah pokok... ibu jadi orang kuat pi amik buah ngan mama dia..

#gambar takda.. sebab memang handphone letak tepi bila bersama yang tersayang.. sebab itu tiada kenangan tuk ditatapi melainkan tuk diingati dalam hati.

counting days...

Rasa lega segar hirup udara kampung.. rasa kurang jugalah kalori yang dah bertambun2 nie..

Nikmati hidup yang sementara cuma.. selagi waktu yang ada berbahagialah dengan apa adanya..Bila kita tiada.. mungkin orang xakan ingat akan kita...tapi bila terdetik pasti akan ingat walaupun kenangan yang sedikit..

Alhamdulillah.. syukur.. Allah swt beri kesempatan yang masih ada ini menikmati segalanya walaupun tidak selama mana..

Hidup untuk dinikmati.. bahgia perlu dicipta dihati bukan untuk diperhati.. terima kasih atas kesempatan waktu itu 

Friday, August 26, 2016

Coretan pagi ingatan yang menyakitkan

Assalamualaikum... salam jumaat...

Pagi -pagi mencoret seketika disini.. Tidur yang agak tidak lena walaupun tidur awal... Biasalah, bila mimpi buruk menjengah tirai tidur, manakan lena tidurnya...

Perkara yang amat menjadi ketakutan.. kengerian.. hilang arah... tak mampu terima kenyataan, fobia dan macam-macam lagi.

Saya memang ada masalah berikut.. dan jika tidak dikawal mungkin boleh jadi gangguan emosi dan mental.. Ya Allah.. minta dijauhkanlah semua itu dari kehidupanku...

bermula dari kejadian tahun 2014... bidadariku jatuh tepi katil. masa tu sekitar umurnya 9 ke 10 bulan. sejak kejadian tu sehingga hari ini bila teringatkan peristiwa tu, kepala akan sakit berdenyut2, air mata mengalir, dan rasa nak jerit supaya ingatan tu hilang..

tahun ini juga bidadari diserang sawan kerana panas melampau.. terjadi juga didepan mataku.. Ya Allah.. makin menjadi2 ketakutan dan fobiaku.. Bila tiba2 ingatan tu kembali aku akan menangis, kepala berdenyut2, jantung berdebar2.. dan rasa nak menjerit sekuat hati.. sampai ada masa kutarik rambut sekuat hati.

Nak lenyapkan mungkin susah.. istigfar sahaja yang boleh bantu.. ketakutan terhadap kejadian buruk keatas orang2 yang ibarat nyawaku.

mungkin ia ibarat perkara kecil.. tapi impaknya amat besar terhadap kehidupanku.. Semoga aku dapat atasi bayang kehidupanku sendiri.. Dan dapat atasi ketakutanku sendiri...

lebih2 lagi dicampur dengan ingatan keruntuhan suatu ketika dulu.. kata2 yang amat menyakitkan hati... lagilah emosiku terganggu . Bait2 kata yang merentap hatiku.

Sebab itu kehidupanku sekarang banyak terganggu oleh kerana ingatan2 yang amat menyakitkan.. Adakah aku ikhlas, sabar dan redha atas semua ini... Tak mampu kumenjawabnya.   Mampukah kumaafkan segalanya.. tak juga mampu kujawab...

ahhh panjang novel pagi ini.. lega sikit hati..

Friday, August 19, 2016

Kesian Adik

Lawaklah bidadari nie...

"Melampau-lampaulah monyet nie... Sian adik xdapat makan rambutan"

rungutan budak umur baru nak masuk 3 tahun nie.. bila jumpa kulit rambutan tepi rumah..

emmm...

"ibu... adik nak makan rumput"

ayat dia bila dia nampak lembu makan rumput

"Adik nak pergi sekolah naik apa?"
"Adik nak naik kapal terbang"
"aipppp sekolah adik dekat mana?"
"emmmmm... tampin jer"

emmm main sebutjer dia nie....

"adik... bg telefon dekat wan.. ibu nak cakap dengan wan"
"nak cakap dengan wan? .... xboleh.. adik nak cakap dengan ibu"
emmmm betuahnyer bidadari

telatan dia lucu amat...

Thursday, July 28, 2016

Kuah Durian The Making

Buat kuah durian pagi2 sebelum ke ofis.. dari lebihan durian yang ada... emm sedap dimakan dengan roti...

Al kisahnya rakan di ofis tak makan durian.. tetapi kalau durian yang mix dengan makanan lain dia makan.. uihhhh rugi...

So bermulalah memasak kuah durian..  habis bau satu rumah.... hihi. tapi baunyew sedap.  Sempatlah merasa bersama sebentar. Kite masak jew bila ada mood.. tak berapa manis sebab manisan dari durian sudah ada...

Kesimpulannya rakan2 ofis cakap sedappp amat... hihiii...

ada yang xmakan durian sorang staff pakistan nie.. suruh dia try tanpa bgtahu apa benda yang dia makan.. Siap komen.. great taste.. dan dia tanya.. "what is this?"

we all said.. kuah durian... once he know durian.. he said.. oh my god.  not good... haha.. but the first words and comment is trully from heart.. no cheat..

well i masak sekali jew.. banyak kali memang tak lah.. bukan senang nak dapat i masak.. bila ada mood.. apapun.. hope they all enjoy eating..

#gambar takda.. malas nak snap...

Saturday, July 23, 2016

Saya mahu cinta Awak

Mesti ramai gugurl2 yang selalu dapat sms atau whatsapp rambang begini. Biasanye foreigner yang hantar dari Pakistan, Bangladesh dan seangkatan dengannya..

Motif mereka nie sama sahaja.. Couple dengan orang melayu atau malaysia .. kahwin untuk dapatkan warganegara Malaysia.

Pekerja di tempat anne kerja pun berusaha nak cari isteri orang melayu malaysia sebab nak jadi warganegara Malaysia..

Tapi kesian, selalu kena tipu dengan couple dia.. huhu... duit berabis.. tapi satu pun tak dapat.. bagus2... biasalah..

Apapun hati2 ye kawan2 yang dapat whatsapp sedemikian.. mereke tak kisah hantar gambar mereka..  Hantar messege rambang begini..

ishhhh nasib nombor co. bukan personal no.

Tuesday, July 19, 2016

Aku dan Bidadari Humaira


Hai.... lama juga tak upload gambar personal... Saya dan bidadari saya ketika Hari Raya Pertama 2016. Raya berdua sahaja... Kami beraya di kampung satu lagi di Temerloh Pahang. Memang setiap tahun disitu...

Balik kampung bersama seluruh keluarga tercinta, mak, ayah, adik2, ipar dan anak2 buah. 
Kebiasaan saya drive kereta saya, ayah drive kereta dia, dan 2 buah kereta lagi dipandu adik lelaki dan abang saya. 

Alhamdulillah 3 tahun berturut raya berdua dengan keluarga.. Drive jauh.. sendiri,. janji Happy.. Paling seronok bidadarilah... Biasanye kalau lalu dekat area Bera atau dah masuk ke area sungai pahang.. amat berharap dia tidur... hahaaaa.. jahat!!!

Sebabnya bidadari akan request..
"Ibu... adik nak sungai.. nak sungai... nak sungai" ha.. sudah.... 
yang jenuh kena layan.. makcik2 nyelah.. i drive..confirm tak boleh layan... sobar jerlah..

Apapun life must go on... happily ever after..

Family Besarku Hari Raya 2016


Throwback Edisi Raya 2016..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua..
Inilah keluarga Besar Bidadari Humaira...
Alhamdulillah, tahun nie semua keluarga dapat berkumpul bersama.. bukan senang 12 adik beradik berkumpul bersama..
Kami suka simple-simple sahaja..
pagi2 gelap, bersalam-salaman bermaafan .. kemudian bergambar dan makan bersama.. lepastu baru ke Masjid sembahyang Sunat hari raya...

Alhamdulillah Syukur...

Apapun... tetap bergembira walaupun beraya berdua sahaja bersama bidadari 3 tahun berturut...
Nikmat Allah swt berikan sedikit atau banyak tetap bersyukur.. Mujur keluarga ada.. sayang bangat sama kami...Love u all..

Monday, July 4, 2016

Shell Malaysia : Sampul Raya


Cantik sampul Raya nie dari Shell... Kuning Hijau..
My favorite Macthing Color.. 
So bagi siapa yang nak sampul raya nie boleh isi Minyak Petro di Shell ye..
Tapi tak tahu masih available lagi atau tidak.. lusa dah raya kan..

Anne dapat 2 pack.. abang petrol pump tu bagi.. Mekaceh..

#memang selalu isi minyak dekat Shell.. terbaik!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016, Maaf Zahir Dan Batin


Assalamualaikum dan salam Aidilfitri...

Dikesempatan ini saya Anne, pemilik Blog ANNSCAPE inginmengucapkan Selamat Hari Raya aidilfitri buat semua pengunjung dan Pembaca Blog saya. Saya mohon maaf seandainya Penulisan saya didalam blog ini menyinggung perasaan pembaca atau ada penulisan disini tidak sesuai. Maafkan saya.

Saya doakan anda pembaca semua, berbahagia di Hari Raya Yang Mulia ini. Insya Allah.
Akhir salam dari saya....
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin

Ingatan Tulus Ikhlas
Anne & Bidadari

Saturday, July 2, 2016

Bidadariku Cepat Sembuh

Dah seminggu... malah sebelum nie pun masih tak berapa.sembuh lagi bidadariku... Harap awak cepat sihat...
Dari ibu balik sampai kamu terlena tak henti2 kamu berbual dengan ibu.. Macam-macam pertanyaan yang perlu ibu jawab.. emmm ibu jawab semampu ibu nak... Tapi untuk membohongi kamu tidak sekali-kali..
Tak senang ibu lihat kesukaran kamu bernafas.. hatta masa tidurmu sekarang... Moga cepat sembuh.. biarlah raya ke tak raya ker.. asalkan kamu sihat...

Friday, July 1, 2016

Dia Imamku

Syukur Alhamdulillah....
Melihat susuk tubuh itu...
Tenang hati ini...
Imamku yang selalu menyenangkan hatiku disaat adanya waktu bersamaku...
Ayah pada bidadari yang tersayang... walaupun waktunya amat terhad bersama bidadariku
Itulah insan yang selalu cuba mencari waktu buat aku... buat kami...
Walau atas apa alasanpun difikiran...
Bagiku... dialah terbaik buat kami...

Menjadi imam disaat solatku tika ada kesempatan...
Menjadi penyakit hatiku disaat sambil lewanya melayani perbualanku...
Menjadi kerinduan pada bidadariku...
Menjadi mangsa gomolan bidadari tatkala ketemu...

Terpancar wajah letihnya kadang terlihat...
Yang sering dia sembunyikan...

Ya Allah....
Kau mudahkan urusan suamiku didunia dan diakhirat...
Kau berikanlah kesihatan tubuh badan yang baik buat dirinya...

Ya Allah...
Jadikanlah kami isteri yang mensyukuri atas apa yang suami kami berikan..
Atas tiap kebaikannya pada kami...
Atas tiap pemberiannya pada kami...
Atas setiap pengorbanannya pada kami...
Ya Allah...
Kekalkanlah ikatan kami hingga ke jannahmu..
Aamin...

Wednesday, June 29, 2016

25 Ramadhan : Monolog diri

Waktu semakin berakhir.. tirai Ramadhan bakal berakhir beberapa hari lagi...

Dari tahun ke tahun... perubahan demi perubahan tersaksikan... Antara dalam sedar ataupun tidak... Mungkinkah... Ataukah... Benarkan... Monolog diri ...

Sekali air bah... sekali pasir berubah...
Inikan pula manusia....

Semua ada alasan tersendiri...
Pastinya dengan kehendak dan Izin Illahi
Siapakah kita untuk menidakkan kebenarannya?
Siapakah kita yang menolah taqdirnya?
Setiap yang ada, tersembunyi hikmahnya...
Carilah... hayatilah... renungkanlah.. dan muhasabahlah....

Tidak akan rugi bagi tiap2 hambaNya yang bersabar... bersabarlah wahai hati...

Mungkin kau rasa kau terlalu baik hingga kau rasa orang lain sentiasa kurang baik...
Mungkin kau rasa apa yang kau buat betul dan tiada salah, hingga kau bersikap sambil lewa dan tidak kisah...
Mungkin kau telah terlalu selamat di Zon selesa, hingga kau tidak sedar sifat bangga diri wujud tanpa kau sedar...

Ya Allah, bangkitkanlah hati dan jiwa yang sedang lena...
Ya Allah, peliharalah hati dan jiwa hambamu yang sentiasa merintih duka...
Ya Allah, tunjukkanlah jalan yang lurus pada hambamu yang seakan tergelincir di jalananmu...
Dengan rahmatMu Ya Allah...
Ampunkan segala dosa dan noda dihati kami yang kerdil ini Ya Allah..

Amin...

Thursday, June 23, 2016

Panggilan Rindu

Tengah duduk2 teringat orang jauh... bertanya khabarlah kita... Alhamdulillah.. Panjang umur dan diizinkan Allah swt kan bertemu kembali... rindu sangat2...

Call juga bidadari, tapi dia dekat luar tolong wan nyer masak kata atuknya... aihhh betul ker tolong nie..

kata ayah, bidadari makan kuat... emmm dah berisi lagi.. emm anakku sayang.. jangan gitu..

Wednesday, June 22, 2016

Kuih raya specialku

Mak selalu cakap..

"emm tak payah berangan nak buat kuih raya.. cakap dimulut sahaja.. tapi tak buat pun"

hihi.. mak nie.. macam faham2 jer anak dia nie..

Sekali ma lagi satu tanye...

"tahun nie tak buat biskut raya ker? biasa orang nogori rajin buat kuih"
gelak dulu... "xpandai buat lah ma"
"naper xpandai.. ma pandai buat.."

erkkk bukan tak boleh buat pun.. tapi mood tu xda nak buat.. tapi kalau inspirasi tu ada.. memang jalan jer kan..

Insya Allah... nanti buat kuih special tuk mereke2 kesayangan ku dekat dan jauh.. Tak cantik tak per janji rasa tu ada dan sedaplah kiranye...

janji mesti dikota... hihii..
tapi tulah.. ku bukan jenis makan2 sangat...

p/s nanti buat khas tuk mereka.. kalau kesempatanlah... takut xsempat jer..

Monday, June 20, 2016

Nikmat berbuka puasa

Alhamdulillah....

Masa berbuka puasa cukup rasanye dengan secawan air dan 3 biji kurma.. Dah terasa kenyang... Itulah rasa nikmat yang tak terhingga untuk berbuka...

Makan nasi dan juadah tetap nikmat juga.. tapi ibarat tak menikmati.. Bagi diriku lah.. Orang lain tak diketahui.

Apapun Alhamdulillah... syukur..

Ramadhan ke-14

Assalamualaikum....
Dah bersahur ke tue? Masih pisat2 lagi?
Jika malas nak bangun... kena bangun juga untuk dapat keberkatan bersahur..

Cara saya kalau sendirian,  biji kurma dengan segelas air susu @ milo @ air suam sahaja... dah cukup..

Mudah sangat2..

P/s: Bersahur dengan shake today... semoga tahan. first trial nie... shake aper yer..  nanti2 lah update..

Saturday, June 18, 2016

Si Meow Yang Muncul Kembali

Kusangkakan SIKECIL dah hilang.. Semalam waktu pagi nak beri makan panggil2 tak muncul..

Cik Abe kata beli sangkar bela letak luar.. Tapi kasihan sebab nanti terkurung. Kita malam baru ada rumah...

Pagi tadi, nak pergi kerja dari jauh ada bunyi miow panggil... wah.. terkedek2 dia lari kejar kite..

Alamak.. tunggu petang nie balik kerja ibu bagi makan...

Friday, June 17, 2016

Raya Giveaway RM1000 by Nile.Com.My

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selamat Berpuasa

Tadi jalan ke Blog Cinta Itu indah Terlihat pula ada contest nie..  Macam Meletops mana tahu menang  Alhamdulillah. Nile @   nile.com.my ada buat jualan meletup sempena musim perayaan ni. Ramai antara kita Suka beli online especially yang bekerjaya suka membeli belah secara online kan? Sebab mudah dan cepat. Betul tak?






Apa ye yang Special pasal Nile nie yer? Nile.com.my ini merupakan salah satu laman web yang sentiasa menjadi sebutan ramai. Rata-rata ramai juga diantara kita pernah membeli belah disini kan? Tapi saya baru PERTAMA kali dengar tentang Nile nie. Bila dah masuk WOW!!!!

Jom layari NILE  Sekarang !!!!

Yang Best Sekarang NILE ada buat GIVEAWAY!!! Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. RM1000 untuk dimenangi 6 Pemenang Bertuah. Insya Allah ada rezeki buat saya dan Bidadari.

Ini hadiah untuk 6 orang pemenang :
RM 300 Duit Raya x 1 pemenang
RM 200 Duit Raya x 2 pemenang
RM 100 Duit Raya x 3 pemenang

Sempena Raya Yang Bakal Tiba Nie. Best Nya kalau Dapat Barangan Berikut Dari NILE.. (Berangan Kejap)



Product:  Crocodile Pattern 3-in-1 Pieces Bag
JLM2016 Sales price: RM29.90
Date: 30/06/2016
Time Start:11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 600 units only



Product: Traveler Backpack 
JLM2016 Sales price: RM19.90
Date: 30/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


Product: Watches
JLM2016 Sales price: RM15.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only


Product: Men Shoes
JLM2016 Sales price: RM12.90
Date: 22/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 460 units only


Product: Candy Color OL Heel
JLM2016 Sales price: RM15.90
Date: 22/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 250 units only


Cukup 5 perkara yang saya rasakan penting untuk dimiliki. So, buat para blogger yang belum menyertai, apa kata, join sama giveaway ni. Mana tahu ada rezeki kita bersama kan? Untuk rujukan bagaimana ingin menyertai contest giveaway ini,  boleh rujuk di >> SINI <<


Untuk tarikh tamatnya pula adalah pada 30/06/2016 , 11.59 pm. Jom sama-sama memeriahkan giveaway ini.


Untuk semakan >> RESULT << klik disitu.

Salam Sahur

**Mungkin fenomena biasa Hargai pengorbanan mereka**

*Dah kunci jam pukul 3* _Tersedar pukul 2_ Termenung sekejap. Nak sambung tidur lagi takut tak tersedar pula nanti. Ralit sekejap melayan mata..

'Aduhai.. mengantuknya! Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'
*Jam berbunyi pukul 3, mata melekat macam kena gam tikus pula. Tutup jam, dan tutup mata semula*

*Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar! Teringat nasi belum masak. Mulalah berdebar!*
Cong ceng, cong ceng kat dapur, alhamdulillah. *Pukul 5, siap terhidang semuanya.*

*Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur.*_

Macam-macam ragam masing-masing bila dipaksa bangun tidur. Aneh juga. Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan pula yang merusuh. Macam-macam kerenah ada. Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja!_

*Begitulah. Saban hari sepanjang Ramadhan - rutin seorang isteri dan ibu.*

Orang lain lena tidur. Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur. Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.

_Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga. Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa._

*Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? Hari ini sudah 11 Ramadhan, mari tanya diri, sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?*

"Terima kasih Yang - masakkan yang sedap untuk abang."
*"Terima kasih mama - nasib baik mama kejutkan sahur."*

Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.

*Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.*

*Selamat berdepan dengan detik-detik akhir Ramadhan. Semoga beroleh lailatul qadar yang diimpikan. 😇*

Sharing dari group whatsapp. Sama juga walaupun berpeluang menyajikan sahur seminggu sekali @ 2 kali pun begitulah.. tapi kebiasaannya memang akan bangun pukul 4. Sebab memang sediakan makanan yang fresh untuk bersahur. Dan lah pukul 5 suku boleh sahur.

Dikampung juga begitu, memang bangun awal. biasa mak yang sediakan. tapi bila dah besar kena lah bangun awal juga..

Setiap haripun begitu. melainkan memang tak rasa nak makan akan bangun bersahur pukul 5 pagi untuk sediakan sahur ringkas..

Apapun ambil keberkatan bersahur..  Selamat berpuasa semua...

Saturday, May 21, 2016

First episode

Kali kedua bidadari dimasukkan ke wad, buat aku lebih prihatin setiap perkembangan dia. Ibu mana tidak risaukan anaknya. Hatta anak terjatuh sedikit pun jantung bagai mahu jatuh. Apa sahaja berkaitan dia pasti membuatkan aku tidak senang duduk...

Kata doktor, ini "first episode" bagus awak ada knowledge pasal keadaan ini. Awak staff nurse ke?

Saya bukan staff nurse atau dalam perubatan, hanya insting seorang ibu sahaja. saya google. Allah gerakkan hati saya.. Alhamdulillah..

Tak mengapa ibu, kami akan ajar ibu nanti bagaimana nak buat jika berhadapan situasi ini. Selamat hari ibu ye..

Masih terngiang lagi semuanya.. lebih2 lagi keadaan bidadari sewaktu kejadian.

India allah... semoga aku dapat jadi ibu yang berpengetahuan dan bijak..

hanya untuk awak... biar ibu hilang kerja, tiada harta sekalipun, kerana awaklah harta ibu dunia akhirat.

Monday, April 11, 2016

Bukan milik kita

Terpancar wajah gembira dan senyum lebar bidadari bila nampak ibunya turun dari kereta.. Pasti jika aku berada ditempatnya akupun akan melonjak gembira.. setelah 6 hari xbertemu ibu tersayang...

Yang pastinya setiap hujung minggu harus dan wajib balik bersama dengan dia tak kira apapun berlaku. Melainkan ada urusan yang penting. 6 hari bekerja seminggu memang menyeksa jiwa seorang ibu apatah lagi berjauhan dengan anak.

Tanggungjawab yang terpaksa dilepaskan sementara.. Alangkah rugi rasanya..

Berjauhan dengan bidadari amat menyedihkan. Rasa kosong, sunyi, emm segala ada..
Mujurlah teknologi dunia memudahkan. boleh berbual, boleh video chat.

Ada yang kata aku kejam.. meninggalkan anak disaat sedang tidur.. tapi andailah mereka tahu.. tapi aku pun tak mahu mereka tahu..

Setiap minggu berulang alik.. walaupun penat, letih, kosnya.. tapi apalah nak dikirakan dengan amanah Allah swt beri.. pernah kupulang dengan tiada apa2..

Insya allah.. walau seletih, dan walau xsejauhpun, tapi segalanya terbayar dengan melihat kegembiraan bidadari tersayang..

duit boleh dicari hatta kita tidak punya pekerjaan sekalipun...
waktu dan masa sebenarnya cukup walaupun kita rasa sering tak mencukupi...
kasih sayang tak semestinya kena ada cinta baru ia wujud.. melainkan kita tidak menerima dan memberinya dengan berlapang hati...
perhatian itu tak semestinya perlu didepan mata, tetapi boleh dilakukan walau dekat atau jauh, walau bersua atau tidak..

insya allah.. hati ibu, waktu ibu tetap ada untuk kamu... hati manusia, hati kita , milik allah.  yang kita ada hanya jasad.. jasad yang tak bermaya.. semuanya pinjaman.... bukan milik kita...

Saturday, April 9, 2016

Rindu Tergantung

Kerinduan seorang anak terhadap ibu dan ayah kadang tiada siapa mengerti. Alah... anak kecil apa dia tahu.. makan, main, menangis, menjerit, buat nakal, kacau orang, tidur, susu... Apa sahaja yang dia tahu... Akalnya pun masih belum tinggi...

Mungkin dia anak kecil, tetapi anak kecil pun ada perasan yang pastinya dia mengerti akan semuanya. Dia nampak, dia belajar, dia tak pandai bohong walau dia tahu tapi dia belum mampu mengerti sepenuhnya..

Bila melihat kerinduan anak...
"ibu.. ayah mana..." "Ibu... adik rindu ayah..." "ibu.. ayah xbalik" ...

hati ibu mana yang tidak sedih.... senyuman sahaja...

tapi anak yang mengerti... menjawabnya sendiri..
"ayah kerja... " "ayah sakit..." "ayah...." jawapan anak kecil itu yang baik2" positifnya fikiran anak kecil...

Ubat rindunya... "ibu... nak baju ayah... ibu.. nak kain ayah" lantas dicium ..dipeluk.. kain dan baju yang tiada apa2. tapi besar nilainya pada anak kecil itu... Bau ayahnya... milik ayahnya...

walaupun sekian lama tidak bertemu ayah... namun dia tidak lupa bau ayahnya... walaupun tidak rapat dengan ayahnya, tapi saban waktu dia tetap bertanyakan ayahnya.. zahirkan rindunya.. bila ditatap gambar ayahnya.. matanya.. renungannya jauh.. terbit akan cahaya rindu...

mana mungkin anak kecil pandai berbohong, pandai bersandiwara...

beruntunglah pada kita yang sentiasa bersama ayah dan ibu...
beruntungnya dibelai dipeluk ayah dan ibu...
beruntungnya sentiap masa melihat ayah dan ibu...
beruntungnya diberi perhatian ayah dan ibu..

ada anak kecil lain.. ditinggal pergi...
ada anak kecil lain sampai hayatnya tak bertemu ayah dan ibu kerna mereka sudah dijemput ilahi...
ada anak kecil dibuang dijalanan..

mereka semua rindu... rindu... rindu..

ada yang menyiksa.. mendera.. membuang anak kecil.dan bayi... nauzubilahiminzalik..

Dimanakah kewarasannya.. dimanakah akal fikirannya.. dimanakah peri kemanusiaannya.

Ya Allah.. lindungilah kami semua dari hasutan iblis dan syaitan yang mahu menyesatkan kami.. Dan jahui kami dari azab siksa kubur dan neraka mu ya Allah.. dan tempatkan kami senua di syurga indahmu Ya Allah..

amin...

Saturday, April 2, 2016

April jaga baik baik

Dah masuk bulan april dah...
Cepatnya waktu berlalu... umur meningkat, kesihatan pun kurang, masa pun terhad.. rasa rugi.. rugi ...rugi sangat2..

Keadaan semakin berubah... berubah.. berubah.. Sama ada kita yang membiarkan perubahan itu begitu sahaja.. atau biarkan perubahan menjadi lebih baik...

Macam macam benda nak ditulis.. tapi kata orang nak tulis biarlah  berpada dengan tulisannya.. Jangan sampai menyinggung perasaan orang, jangan sampai menbuka keaiban orang dan diri sendiri, jangan juga mengata atau memburukkan.. jangan.. jangan.. jangan..

Jadi tulislah didalam diari baik dan buruk kita.. yang hanya dilihat oleh diri kita dan yang pastinya Allah swt yang lebih maha mengetahui..

hemmmm jaga baik baik..

Monday, March 21, 2016

Selamat hari lahir buatku

Alhamdulillah... syukur masih mampu bernafas lagi dengan izin Allah swt.. Perkara yang paling membahagiakan bangun dipagi hari lahir adalah menerima pelukan dan ciuman dari kekasih tersayang....

Bidadari ibu yang cantik manis... Suasana yang amat indah damai.. melenyapkan kesakitan hati  3 tahun lepas disaat hari kelahiranku... Kesakitan pada ku dan pada bidadari saat masih dalam kandungan..  tak mengapalah.. perkara dah lepas.. tapi sakitnya pada insan2 tersebut x mampu kulenyapkan...

Alhamdulillah... dapat luangkan masa bersama bidadari dan mak serta ayah.... bidadari orang yang paling bahagia... xlepas dri peluk ibu... ibu itu.. ibu ini... cium usahkan sekali dua... berpuluh kali... dibuatnya ibu bagai pepatung... diusung kehulu kehilir..

yelah.. lama tak jumpa ibu...

apapun ibu gembira kalau awak gembira.. kek besar ibu pun khas untuk awak.. sebba ibu tau awak suka makan kek... tahun nie belum kesempatan ibu buat kek untuk kamu..

wahhh... baik punya story... macam diari pula blog nie... well i punya suka lah... asalkan yak over... hihii..

apapun selamat hari melahirkan buat emak tersayang...

Friday, March 11, 2016

Alhamdulillah....

Bila kita berfikir secara positif... insya allah fikiran kita akan positif dan emosi kita akan sentiasa stabil....

tetapi kalau kita acapkali fikir negatif, pastinya ia akan rosakkan mood kita, emosi kita..

Syukur alhamdulillah...
mampu berfikir sesuatu dengan fikiran yang sentiasa positif...

Alhamdulillah dikurniakan keluarga, ibu dan ayah yang memahami,...
Bidadari yang sangat2 memahami juga...
Rakan yang sentiasa mendorong...
Ibu dan ayah mertua yang menerima baik...
Suami yang baik...

Insya allah.... semoga Allah swt berikan segalanya dan makbulkan doa ku.. sedikit demi sedikit..

Alhamdulillah... semoga langkahan kaki ini memilih jalan yang berliku ini dipermudahkan...
Boleh juga kumemilih untuk berpaling dari semua ini... tapi... pastinya jalan itu adalah jalan yang terakhir bagiku disaat tiada apa yang mendorong ku lagi...

pastinya jalan itu membawa aku dan bidadari jauh dari apa semuanya...

pastinya ia bukan pilihanku ..

Bidadari.. ibu rindu kamu sangat2..

Wednesday, February 10, 2016

Kisah Nasi Putih

"Adik... jangan macam nie... ibu nak g kerja.. nak beli susu, beli mainan, beli baju baru.. adik duduk ye.."

Bidadari buat muka sambil berpaling "huhhhh"

Aku dan emak geli hati.. tengok reaksi dia..

bidadari ke meja sambil cakap..
"Ibu adik lapar..."  sambil ambil nasi kosong atas meja.. dia ambil.secubit masuk dalam mulut..

kemudian dia bawa pinggan pergi dekatku sambil suapkan aku..

"ibu... makan..makan.."

mak pun cakap....

"Adik ...nie perli ibu ker .. tak bagi ibu pergi keje.. makan nasi kosong pun jadi.. kalau ibu tak kerja... nasi kosong pun xboleh makan tau"

dia sengeh jer..

emmm beribu alasan kalau tak bagi ibu g keje..

bidadariku sayang...

Wednesday, January 13, 2016

Bertatih tatih

Jika kita belum mampu berjalan... bertatih tatih dahulu...
Jika kita belum mampu berjalan laju... berjalan perlahan dahulu...
Jika kita belum mampu berlari laju... berlari anak lah...

Jangan kita ikut orang sedangkan kita belim mampu...
Jangan kita iri hati orang... sedangkan Allah swt telah beri yang terbaik dan sesuai untuk kita...

Ingatlah.. tiada kejayaan tanpa kepayahan...
Tiada kebahagiaan tanpa menempuh derita...

Berdirilah dimana kamu berdiri...

Monday, January 11, 2016

Nikmat Dunia

Antara nikmat dunia yang kita miliki... kadangnya kita leka dengan nikmat itu...

kerna kita rasa bangga, dengan nikmat itu.. lebih lagi bila dipuji.. sedikit sebanyak timbul rasa bangga diri...

Ya kadang kita lupa...lupa...lupa...

waulahualam...

Sunday, January 3, 2016

Weekend Bersamamu

Alhamdulillah... serinik rasanye dapat bersama yang tersayang... Weekend memang dipenuhi warna warni kebahagiaan .. Terima kasih sayangku... Kamu penyeri dan penawar hati ibu...
Macam-macam kerenah awak sepanjang dengan ibu...
Sorok handphone ibu...
Gigit jari ibu..
Tumpahkan air dalam jug..
Tumpahkan cili boh dalam peti ais..
Cium ibu kuat2
Peluk ibu ketat-ketat
Nyanyi lagu kuat2
Habis ibu dah basuh kete kamu sabun semula..
Mandi air pancut sampai habis lencun ibu..
lepas ibu makan terus ajak ibu tido... alahaiii nampak sangat kamu sokong ibu jadi berisi
Apapun.. ibu happy sesangat.. syukur alhamdulillah ya allah...

Friday, January 1, 2016

Tergodaku Di Awal 2016

Oh... Aku tergoda... aku tergoda.. aku tergoda..
Niat nak kawal makan.. tapi maklumlah.. bila dalam peti ais banyak barang makan.. jadi.. seblum meneruskan misi diet makanan.. Kenalah habiskan dulu yang ada dalam peti ais tu...
Ok.. kita pun termasaklah
"Ayam serai Kukus"
Sihatla juga sebab stim.. tak pakai minyak..
ok.. lepasni nak buat apa yer...
Actually suka nak masak .. nak buat itu.. nak buat ini.. tp i dah terkenal dengan sifat M.. memang susah nak ubah...
So .. be yourself.... hihiii

Selamat Tahun Baru 2016

Alhamdulillah... masuk sudah tahun 2016...
Tahun sudah 2015 dah berlalu... Alhamdulillah.. Allah swt makbulkan kebanyakan doa dan impian... Alhamdulillah syukur...

Untuk tahun nie... xdalah nak azam2 .. sebab dah pun berazam pada tahun 1 hijrah yang lalu... jadi masih dengan azam yang sama...

Semoga segala urusan tahun ini menjadi lebih mudah.. buat diriku, suamiku, kakakku, anak2ku serta seluruh kaum keluarga.... Insya Allah...

Salam jumaat pertama 2016... Salam tahun baru..
Jernihkan yang keruh... Sucikan yang kotor.. Lapangkan dada dan hati... insya allah...

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...