Coretan pagi ingatan yang menyakitkan

Assalamualaikum... salam jumaat...

Pagi -pagi mencoret seketika disini.. Tidur yang agak tidak lena walaupun tidur awal... Biasalah, bila mimpi buruk menjengah tirai tidur, manakan lena tidurnya...

Perkara yang amat menjadi ketakutan.. kengerian.. hilang arah... tak mampu terima kenyataan, fobia dan macam-macam lagi.

Saya memang ada masalah berikut.. dan jika tidak dikawal mungkin boleh jadi gangguan emosi dan mental.. Ya Allah.. minta dijauhkanlah semua itu dari kehidupanku...

bermula dari kejadian tahun 2014... bidadariku jatuh tepi katil. masa tu sekitar umurnya 9 ke 10 bulan. sejak kejadian tu sehingga hari ini bila teringatkan peristiwa tu, kepala akan sakit berdenyut2, air mata mengalir, dan rasa nak jerit supaya ingatan tu hilang..

tahun ini juga bidadari diserang sawan kerana panas melampau.. terjadi juga didepan mataku.. Ya Allah.. makin menjadi2 ketakutan dan fobiaku.. Bila tiba2 ingatan tu kembali aku akan menangis, kepala berdenyut2, jantung berdebar2.. dan rasa nak menjerit sekuat hati.. sampai ada masa kutarik rambut sekuat hati.

Nak lenyapkan mungkin susah.. istigfar sahaja yang boleh bantu.. ketakutan terhadap kejadian buruk keatas orang2 yang ibarat nyawaku.

mungkin ia ibarat perkara kecil.. tapi impaknya amat besar terhadap kehidupanku.. Semoga aku dapat atasi bayang kehidupanku sendiri.. Dan dapat atasi ketakutanku sendiri...

lebih2 lagi dicampur dengan ingatan keruntuhan suatu ketika dulu.. kata2 yang amat menyakitkan hati... lagilah emosiku terganggu . Bait2 kata yang merentap hatiku.

Sebab itu kehidupanku sekarang banyak terganggu oleh kerana ingatan2 yang amat menyakitkan.. Adakah aku ikhlas, sabar dan redha atas semua ini... Tak mampu kumenjawabnya.   Mampukah kumaafkan segalanya.. tak juga mampu kujawab...

ahhh panjang novel pagi ini.. lega sikit hati..

Comments

Popular posts from this blog

Berani ke Nak Hantar Anak Ke Pusat Asuhan?

Jangan Pandai Mengata Orang... Tengok Diri Sendiri

Sharing: Mudahnya Menjemput Rezeki