Saturday, September 24, 2016

Hentikan Tuduhan

Manusia memang tidak boleh melihat kesenangan orang, tak kisahlah dalam apa keadaan sekalipun.
Bila kita rasa marah dan sakit hati, mereka kata ini KIFARAH buat kita.

Tapi ... siapa mereka nak menyatakan kita sedemikian. KIFARAH ke apa ker itu semua dari Allah swt. Ujian buat hambanya.

Tapi bukan hak mereka nak menuding jari, menuduh, menfitnah. Macam lah mereka tahu keadaan kita, situasi kita, cerita kita, perihal kehidupan kita. Tolong lah..

Hantar Whatsapp dengan kata-kata fitnah, dah lah fitnah, boleh lagi nak nasihatkan kita. emmm
Kita tak lah marah, tapi caranya tidak betul. Maaflah pada yang terasa. saya tak tujukan pada sesiapa diluar tetapi pada penghantar pesanan Whatsapp kepada saya yang menuduh saya bermacam.

Saya pun tak mahu menduga siapa gerangannya. Tetapi andai dia mengenali saya dan terbaca tulisan ini. tak perlulah berkata seolah-olah awak mengenali saya atau keluarga saya, atau suami saya, atau kehidupan saya.

Jagalah kehidupan rumahtangga kita sendiri.

Kerana orang-orang seperti awaklah yang sebenarnya perosak dan pemusnah rumahtangga orang. Baling batu sembunyi tangan. Jangan menuduh sebarangan tanpa usul periksa dan jangan menfitnah tanpa kemukakan saksi.

Nak berwhatsapp atau nak nasihat ker.. silalah letak gambar profile sebenar awak daripada dibiarkan kosong. Entah-entah FAKE PROFILE, entah-entah nak SKODENG atau STALKER.

Harap faham..

Sekian..

No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...