Friday, June 17, 2016

Salam Sahur

**Mungkin fenomena biasa Hargai pengorbanan mereka**

*Dah kunci jam pukul 3* _Tersedar pukul 2_ Termenung sekejap. Nak sambung tidur lagi takut tak tersedar pula nanti. Ralit sekejap melayan mata..

'Aduhai.. mengantuknya! Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'
*Jam berbunyi pukul 3, mata melekat macam kena gam tikus pula. Tutup jam, dan tutup mata semula*

*Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar! Teringat nasi belum masak. Mulalah berdebar!*
Cong ceng, cong ceng kat dapur, alhamdulillah. *Pukul 5, siap terhidang semuanya.*

*Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur.*_

Macam-macam ragam masing-masing bila dipaksa bangun tidur. Aneh juga. Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan pula yang merusuh. Macam-macam kerenah ada. Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja!_

*Begitulah. Saban hari sepanjang Ramadhan - rutin seorang isteri dan ibu.*

Orang lain lena tidur. Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur. Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.

_Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga. Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa._

*Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? Hari ini sudah 11 Ramadhan, mari tanya diri, sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?*

"Terima kasih Yang - masakkan yang sedap untuk abang."
*"Terima kasih mama - nasib baik mama kejutkan sahur."*

Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.

*Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.*

*Selamat berdepan dengan detik-detik akhir Ramadhan. Semoga beroleh lailatul qadar yang diimpikan. 😇*

Sharing dari group whatsapp. Sama juga walaupun berpeluang menyajikan sahur seminggu sekali @ 2 kali pun begitulah.. tapi kebiasaannya memang akan bangun pukul 4. Sebab memang sediakan makanan yang fresh untuk bersahur. Dan lah pukul 5 suku boleh sahur.

Dikampung juga begitu, memang bangun awal. biasa mak yang sediakan. tapi bila dah besar kena lah bangun awal juga..

Setiap haripun begitu. melainkan memang tak rasa nak makan akan bangun bersahur pukul 5 pagi untuk sediakan sahur ringkas..

Apapun ambil keberkatan bersahur..  Selamat berpuasa semua...

No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...