Melihat anak itu hidup dalam keluarga yang mampu
Mampu miliki apa sahaja
Namun kasihan melihat dia
Keadaannya yang ketandusan
Seperti kesunyian
Jiwanya bagai memberontak
Lantas mecipta kedegilan yang diluar kawalan
Salah siapakah anak itu jadi begitu?
Adakah pengaruh rakan-rakannya?
Atau salah ibu bapanya?
Terkejut tatkala melihat tangisan yang dikeluarkan dari anak itu
Tatkala tangannya ditarik, direntap kuat
Rambutnya ditarik dengan kuat
Perutnya disepak… Ya Allah.. tak sanggup melihatnya
Lehernya dicekik…lantas berjujur air mata anak itu
Menahan kesakitan… menangis ketakutan
Adakah itu balasan yang harus anak itu terima kerna kedegilannya?
Adakah itu hukuman yang harus diterima kerana kenakalannya
Adakah itu hukuman yang harus diberi padanya kerana tidak menurut kata..
Bagai tersentak jantung ini melihat tangannya ditarik kuat..
Terseretlah badannya kelantai
Berat mata yang memandang, berat lagi yang dirasa oleh anak itu
Tatkala ibu dan bapa sibuk berurusniaga
Anak itu dibiarkan terkurung sendirian
Tanpa teman bicara…
Biarpun sekolah pendidikan agama..
Adakah itu cukup untuk mendidik anak itu?
Terkurung sendirian…
Sedangkan anak itu pasti inginkan belaian kasih sayang
Ingin diberi perhatian
Kasar layanan diberi akan kasar lagi perangai yang ditunjukkan
Keras kata-kata diberi keras lagi hatinya ditunjukkan
Anak itu bagai sudah tidak boleh mendengar kata
Seperti inginkan kebebasan…
Inginkan berkawan…..
Dalam usia semuda itu… sekecil itu….
Perhatian amat diperlukannya…
Kasih sayang amat ditagihkan
Kasihan melihat anak itu
Dan kasihan juga melihat ibu bapanya…
Inginkan kebebasan, inginkan kasih sayang dan perhatian
Ibu dan bapa letih melayan kerenah anak itu
Lantas kata-kata yang kurang enak dibahasakan pada anak itu..
"Budak Setan" kata ibunya.. Maka jawablah apa akan jadi pada anak itu?
Bukankah kata-kata ibu itu satu doa?
Mata yang memandang ..hanya mampu memandang..
Dengan penuh rasa kasihan akan keluarga itu
Dan hati ini berdoa semoga Allah memberi kebahagiaan kepada keluarga itu
Amin….