Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan & Kanak-Kanak

Sedar tidak sedar dah setengah Ramadhan pun. Cepat sungguh masa berlalu, rasanya baru semalam berpuasa. Selepas berbuka semalam, duduk berbual dengan housemate tentang puasa zaman kanak-kanak. Melucukan sungguh berpuasa ketika zaman kanak-kanan. Tak kering gusi bila teringat kembali zaman yang dah lama berlalu.
Gambar: search dekat google

Masa kanak-kanak memang nakal yang amat. Dalam bulan Ramadhan, tak sah kalau takda puasa yangyok.
Masa kanak-kanak mesti suka ponteng puasa. Kalau pergi mandi tu, mesti nak mandi lama-lama. Kata orang sambil menyelam minum air. Ni tak, sambil mandi telan sikit air tu.. " Alamak...Termasuk air dalam mulut" He..he.. Padahal sengaja minum air tu. Keluar bilik air jer, muka segar yang amat.. Apa taknyer dah minum air..

Kalau pergi tandas pun sama, minum gak seteguk dua air. Air paip pun jadilah... Ha..ha.. Kelakar sungguh.. Keluar tandas segar bugar... Hu..Hu...

Ingat pula dekat adik anne, Dia beli Ais Krim, niat nak nak makan masa berbuka puasa. Tapi faham-fahamlah kan aiskrim cepat cair. Rumah pulak jauh dari sekolah. Alik-alik sebab tak tahan tengok ais krim tu cair dia makan ais krim tu. Tapi nasib baik dia balik rumah dia bagitau dekat emak. Kira jujurlah tu. He..he..

Banyak lagi cerita zaman kanak-kanak nie. Srok kuih dalam beg lah, Ambil kuih dan pergi makan belakang rumah lah. Kelakar sungguh. Dah besar ni bila tengok adik-adik yang kecil puasa yangyok.. Teringat, kita pun pernah buat juga.

Zaman kanak-kanak dah berlalu... Sekarang dah besar dah... He..he..

4 comments:

cikserai said...

heee..sume budak2 cam same je..mesti minum air time mandi..pastu buat muke tak besalah =))

Hasrol Nizam said...

time budak2, klu tak puasa pun, time bukak puasa tu bersemangat je lebih..haha

sheAYANG said...

saya pun suka minum air pair time puasa.
tp itu cerita dulu skang dah pandai.
dah boleh tak puasa =)
huhuhu

Ansof86 said...

memang semuanyer sama jer.... macam pantun..

puasa yangyok
Balik tumah bukak periuk.. he..he..

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...