Posts

Showing posts from July, 2014

Komedi Raya: Kecoh Pengacara Beraya Tv3

Nauzubillah himinzalik...Apalah tv3 ni.. Cubalah siar rancangan yang lebih manfaat. Para pengacara seolah-olah boneka yang melawak yang sudi ditertawakan penonton. Oh lupa... Kenalah dengan rancangannya komedi raya.. Bagi saya ini bukan komedi raya.. Tapi memalukan.. Artis wanita meniru gaya artis korea dengan gelek sambil menggelekkan punggung dan badan dihadapan khalayak.. Ishhh yelah.. Seronok seronok juga.. Tp jagalah batas tu...Saya terlanjur tengok.. Sebab adik lelaki duk kusyuk tengok.. Haiii... Apelah mereka nie...

Bila Syawal Terpaksa Sendiri

Alhamdulillah... hari ini Sudah 27 Ramadhan.. Malam yang ke-28.. Rajin sangat menghitung. Memanglah.. bulan Ramadhan dah hampir melabuhkan tirainya. Pasti akan merindukan Ramadhan.. Sebab bulan Ramadhanlah bulan yang amat membahgiakan...


Kerinduan kepada Bidadari semakin memuncak.. Bagaimanakah keadaan dia sekarang. Pasti dia rindu dengan ibunya. Pasti dia tersenyum lebar lihat ibu dia muncul nanti. Sedikit masa lagi ibu balik sayang.

Kelapangan sebentar ingin mecoretkan sedikit sebanyak dalam ruangan ini. Aidilfitri makin menjelma, ada yang gembira dan ada yang bersedih menyambut ketibaan Syawal. Sepatutnya syawal disambut dengan hati yang gembira. Hari kemerdekaan kita. Hari dimana kita dapat bermaaf-maafan dengan seluruh kaum keluarga dan sanak saudara. Walaupun kita diunjurkan untuk bermaaf-maafan setiap hari, tetapi mampukan kita berbuat demikian. Waulahualam.

Saya terdengar rintihan seorang sahabat. Maklumatnya rahsia ye... Menceritakan kisah tentang sahabat kami. Terpaksa menya…

Persiapan Raya 2014

Alhamdulillah.. hari ini puasa yang ke 25 Malam ke 26... Syukur kerana masih dapat menyempurnakan ibadah kepadaNya.Lagu raya dah banyak berkumandang.. kurang seminggu kita dah sambut kedatangan Syawal. Ramai dah sibuk dengan persiapan raya. Tahun ni seperti tahun yang lepas. tiada persiapan yang nak dibuat. Tapi tahun ni kehadiran bidadari mengisi kekosongan yang ada. Persiapan hanya untuk dia saja. Yelah, anak-anak yang lebih gembira nak sambut raya. Ni syawal pertama bidadari... Semoga dia happy kerana dikelilingi orang-orang yang sangat menyayangi dia...Ibunye takda nak siap apa. Beli baju pun tidak lagi. Ala baju yang lama ada. Bukan.baju season.. Ada buat baju 2 tahun lepas.. Baju untuk majlis yang xkesampaian nak dilangsungkan. Masih boleh pakai lagi... Uitttt i maintain kurus tau.. jangan memain... penangan jamu ehem2 saye.. Oppsss rahsia.. Rahsia penjagaan wanita lew... mana boleh share.. he..he...Teringat cabaran emak untuk buat kuih raya... Emmmm.. mak.. anak mak ni memang t…

SHARING: TIDUR LEPAS SUBUH BULAN RAMADHAN..

PESAN BUAT PARA SUAMI, ISTERI, KELUARGA DAN KAWAN KAWAN

Pesan ini saya ambil dari wall sahabat peribadi saya, Dr Zubaidi Ahmad.
Dengar apa dia kata?

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA

Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.

Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.

(Nota: Dari jam 4 pagi hingga 11 pagi)

Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran …

Dasar Tak Tahu Hormat Orang

Alhamdulillah... hari ini dah puasa yang ke 24 Ramadhan.. Malam ke-25... Pagi lagi dah mendatangkan sakit hati. Kita manusia biasa, amarah itu tetap ada. Mujur saya tak macan Cik KiKi cdm25 tu..
Kalau tak femes sekelip mata.Kadang-kadang ada satu bangsa ni memang nak menang saja. Dah nampak kita bagi signal nak kekiri.. dah masuk pun laluan kiri.. Dia keretanya jauh lagi boleh dipecut tak bagi kita masuk lane kiri.. Apa kes... Pagi2 dah uji kesabaranku...Tak nampak ker.. atau saje buat2 tak nampak... Kalau calar kereta saya.. macam mana? Tak tahu hormat orang langsung.. Geram sungguh... Nak cepat pun kena lah toleransi dijalan raya. huh..huh...Sila ambil kursus pemanduan berhemah ye..

Raya nak dekar

Hari ini masuk malam ke 24 kita berpuasa. Alhamdulillah.. Cepat masa berlalu.. Namun tak terasa bahang hari raya. Bila usia meningkat rasa biasa biasa sahaja. Tapi anak-anak pasti lebih meriah. Belum buat persiapan lagi ni.. Rasa ala kadar sahaja.. Meriah pun.. meriah jupe adik beradik berkumpul sama-sama tahun ini. Meriah kuih.. he..he..Apapun.. dalam kita sibuk nak menyambut kedatangan hari raya aidilfitri jangan kite leka pahala puasa amat berganda untuk hari-hari terakhir ini.Selamat beramal

Doa Apabila Merasa Takut Dan Kesepian Ketika Tidur

Sebelum tidur update sebentar...
Kita mulakan dengan sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa-mangsa nahas MH17. Semoga seluruh waris mangsa dapat menerima ketentuan Allah swt.Siapa pernah mimpi buruk ditidurnya.. Kadang ada yang fobia untuk lelapkan mata.. Saya kongsikan doa yang saya baca dari buku.Doa Apabila Berasa Takut Dan Kesepian Ketika TidurBismillahirahmanirrahim....
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan dan siksaan Nya, serta kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka hadir (kepadaku) HR ABU DAUD 4/12Kalau anda bermimpi
Cepat-cepat mohon perlindungan dari Allah swt dari godaan syaitan dan keburukan mimpi.Ubah posisi tidurBerdiri dan lakukan solat sunat jika mampuOk.. Selamat beramal... Selamat malam

Kalau dah rezeki

Alhamdulillah dah 20 Ramadhan.. Bermakna sudah 21 malam ... Salam jumaat penuh baraqah.. dan sudah masuk 10 malam terakhir bagi kita menyempurnakan ibadah... Mengejar malam lailatulqadar... Alhamdulillah mendengar berita gembira seorang sahabat... Allah beri rezeki Anak dibulan Ramadhan.. Tenang dia menerima pemberian Allah.. Anak nya yang pertama masih kecil.. sebaya bidadari... 9 bulan lebih... Teringat Nurse2 yang dah berusia sikit berkata.. Ambil perancang.. Nanti anak ko kecik lagi ko nak dapat lagi. Jaga kesihatan... Emmm rezeki kan Allah yang beri.. Secara logiknya orang zaman dulu pun ada je anak setahun satu anak.. ok sahaja.. hidup walaupun tak seberapa... Cantik sihat walafiat ibunya..Yelah mana boleh nak samakan zaman dahulu dengan sekarang. Apapun tahniah buat Wan... Moga adik Hakim happy dapat adik ....

Cukuplah Kisah CDM25

Alhamdulillah.. hari ini dah 19 Ramadhan.. Maknanya dah 21 hari kita menjalani ibadah puasa. Esok akan masuk 10 malam terakhir... Mudah-mudahan masa yang kelapangan ini dapat dipenuhi dengan munajat kepada Allah swt. Menghidupkan Malam Lailatul Qadar..Tajuk entri kali ini bukanlah nak mencari top klik atau apa. Hanya sebagai pendapat mengenai isu yang sedang hangat berkenaan seorang gadis hilang kawalan diri apabila keretanya dilanggar oleh lelaki tua. Saya ada menonton video.. Walaupun saya bukanlah penggemar gosip2 begini. Tapi bile dah depan mata terbaca perkara ni hari-hari.. emmm nauzubillahiminzalik..Teruk- terukpun kelakuan sigadis yang bernama KiKi.. Teruk lagi rasanye anda-anda yang diluar sana sibuk menghentam dan menghukum dia.. Melemparkan kata-kata kesat dan cacian pada dia.. Salah dia dengan Pakcik tersebut... Salah anda dengan dia bagaimana?Paling menyedihkan bagi saya.. umat Islam juga saudara sebangsa dan seagama yang mengutuk... Para muslimah yang bertudung litup jug…

Bersama Kekasih Tersayang

Alhamdulillah... syukur 15 ramadhan... Masih diberi kesempatan menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain.. Syukur juga kerana diberi kesempatan bersama insan-insan tersayang terutama bidadari. Kekasih awal dan akhir.Segala yang telah berlaku ada hikmahnya... Disebalik pahit ada manis... Disebalik duka ada suka... Disebalik benci ada rindu... Disebalik sendiri ada temannya.. Alhamdulillah....Walaupun hadirnya secara tiba-tiba tanpa diduga... Tapi sekarang terlihat baiknya.. kerna dialah peneman setiasa hingga hujung nyawaku... Alhamdulillah...Suami itu pinjaman.. bila-bila masa dia ditarik...Sekelip mata...
Harta juga pinjaman... kerna bila kita pergi kita akan tinggalkannya...
Anak itu amanah dan tanggungjawab dan bukan bebanan...Alhamdulillah.. Bidadari amanah buatku... Dan dialah pengubat luka, duka dan penyeri hatiku... Semoga jadi anak yang solehah sayangku...

Balik Kampung Memori

Hari ini 13 Ramadhan... Cepat betul masa berlalu. Mood raya xdalah sangat. Sama seperti tahun-tahun yang sudah. Pastinya beraya bersama keluarga tersayang dan lebih bermakna kehadiran Si bidadari kesayangan.Masa kecil-kecil, setiap kali balik kampung, ayah akan menyewa sebuah van. Yelah adik beradik ramai. Manalah nak muat. Kami bukan orang senang ketika itu. Sekarang semua besar-besar. Sudah ada kenderaan sendiri. Tetapi naik satu Van juga yang indah...Kenapa?He..he... dapat bergurau senda dengan semua adik beradik. Imbas memori masing-masing. Masa tulah rasa paling erat. Memang kami sangat mengambil berat antara satu sama lain. Bertuah bidadari hadir dalam keluarga ni. Memang semua ambil berat dan sayang pada dia bukan bidadari saja.. Anak-anak buah yang lain pun sama.. Tetap menjadi kesayangan pakcik dan makcik mereka. Alhamdulillah... Tahun ini, semua adik beradik beraya bersama-sama. Semoga tahun ini menjadi raya yang paling meriah buat kami semua... Walaupun saya beraya berdua s…

Saf diruangan wanita bersolat

Sentiasa bermain difikiran saya setiap kali mengunjungi masjid. Tertanya-tanya saya akan saf wanita ketika solat jemaah.. Saf lelaki lurus, tersusun.. sebaris.. tetapi saf wanita... emmm bukan saya bijak pandai... saya sendiripun masih belajar... ilmu masih kurang... Masih tercari-cari...Berjemaah tetapi saf tidak lurus... tidak rapat...bukankah harus rapatkan saf semasa jemaah... malah ada pula yang terpisah-pisah... waulahualam... saya tidak tahu bolehkah begitu?Pernah suatu ketika apabila saya memasuki saf dan cuba rapatkan saf hamba Allah disebelah merenggangkannya... Yelah... hati kecil kita tertanya-tanya... Perkara yang mudah tapi tak ketemu jawapan... Waulahualam... saya hamba Allah yang masih mencari dan mempelajari ilmu selagi ada waktu...

Biskut Raya...

Image
Alhamdulillah... tq my dear cute cik adik shuhada...  untuk biskut raya nie... Marvelous... Rasa nak request lagi boleh x? Sedapp giler...Saya nak buat kuih... waulahualam... Sungguh tak pandai... Setakat nak acu-acukan bolehlah.. tapi nak uli-uli atau baking... Ya Allah... sungguh tak pandai yang amat...
Tahun nie rasa nak belajar buat biskut raya... Cookies for my beloved one.. Bidadari...Ok... rasanye setiap tahun berazam begitu... Alik-alik resepi tunjuk-tunjuk jadi pilihan... ye betulll.... itu yang paling mudah... Apapun... saya tak makan sangat... mana yang betul2 sedap saja jadi pilihan hati... Dasar cewek cerewet..... ok bye.....

Apabila Hati Dibiarkan Bertuhankan Syaitan Nauzubillahi min zalik

Alhamdulillah.. Syukur hari ini kita berpuasa yang ke 12 Ramadhan... Alhamdulillah... Lambat masa berlalu... Coret sebentar diruangan ini.. Berkisar tentang hati yang dibiarkan bertuhankan syaitan.. Nauzubillah hi min zalik... Minta kita dijauhkan segala amalan khurafat ini... Sebagai satu pengajaran buat diri saya dan sebagai perkongsian bersama pembaca ruangan saya. Perkara yang baik dan nasihat yang baik, harus kita sebarkan sebagai renungan dan ikhtibar dalam kita menjalani kehidupan seharian kita.Beberapa hari yang lepas, saya diberi kesempatan menonton kisah disaat seorang isteri sedang menjalani rawatan Islam. Disini saya tidak bertujuan mengaibkan sesiapa dan tidak saya mendedahkan siapa hamba Allah tersebut.Mendengar kisah dan melihat sendiri tidak sama. Terbit rasa kasihan melihat beliau menanggung kesakitan akibat perbuatan khianat dan cemburu bila hati tidak redha dengan hukum Allah swt.Video yang saya maksudkan, dimana isteri yang menjalani rawatan bagi mengeluarkan makhl…

lagi Kes Kematian bayi dikaitkan dengan pengasuh

Oleh Muhammad Apendy Issahak
Ipoh: Selepas seminggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat mengalami kecederaan parah di kepala ketika dijaga pengasuhnya, seorang bayi lelaki berusia 18 bulan menghembuskan nafas terakhirnya, pagi semalam.

Berderau darahku bila membacanya... Ya allah.. disebabkan itu hati ini sentiasa keberatan... Berat hati untuk memberi orang lain menjaga bidadari. Walaupun ada usaha survey mana-mana yang ok.. Namun semakin hari semakin ketakutan menghampiri. Memang ajal dan maut ketentuan Allah swt.. Namun tak sanggup rasanya...

Apapun.. Al-Fatihah untuk bayi tersebut.. Adik Khalish.. Semoga kedua ibu bapa mereka tabah menghadapi ujian Allah... Mencari pengasuh yang betul-betul.menjaga anak kita seperti anaknya sendiri memang susah. 1 dalam 100... Seharusnya company sediakan tempat mengasuh anak bagi ibubapa yang bekerja. Macam tempat pelanggan saya. Siap ada pusat jagaan kanak-kanak. Peralatan serba lengkap. Lokasi di ba…

Mari bersahur

Alhamdulillah... Ramadhan ke-11, Sudah bangun sahur kawan-kawan?.. Makan apa? Ke masih berulit di pembaringan... Saya bersahur biasalah.. Makanan rutin saya Nasi + Lauk... He..he.. Saya orang kampung jadi tetap nasi jadi pilihan. Lebih kenyang dan lebih tahan. Apa? Gemuk?He..he... Mitos sahaja tu.... Saya makan nasi kadang- kadang bertambah.. 3 ke 4 senduk nasi sekali makan. Siyesly... saya memang makan banyak... Yang penting makan ikut keperluan kita... Saya tak kisah gemuk... Cantik apa.... Awak ada? he...he... Ada orang tidak bangun bersahur kerana mereka telah bersahur awal pada malamnya.. Ish...ish... Kita kena bangun sahur jugak... Pasang Alarm lah.. Apa guna ada telefon canggih-canggih tapi tak digunakan.. rugi sahaja...Oh.. mengantuk pula rasa... Sekarang 5:19 pagi... Rehat kejaplah.. nanti mandi dan solat subuh... Kenapa mandi? Nanti kita sambung ye....Selamat bersahur...

Rasa apa yang paling banyak dalam bulan puasa?

Ok... Dah berbuka... dah berterawih... dah rehat2.. Alhamdulillah... Syukur dapat menyempurnakan ibadah puasa yang ke sepuluh... Berbalik pada tajuk entri saya...
Rasa apa yang paling banyak dalam bulan puasa?Cer jawab.....Nak tau rasa apa?Rasa manis.... Banyak nak di terjemahkan rasa manis tu.... Tapi manis yang paling banyak... manis makanan lah... Segala-galanya manis... Alahai.. kencing manis dibuatnye....  Kawal makan juga... nanti naik gula dalam darah ni... erkkkkk....Ok... jom makan... minum malam pula... da...da....

Bulan Puasa Ada Apa Dekat Facebook

Alhamdulillah Syukur... 10 hari kita berpuasa... Puasa kali ni macam biasa, walaupun letih tapi masih tak rasa dahaga dan perut berbunyi... Tengok tajuk entri saya kali ini?Facebook... Saya tak main facebook sekarang. Lagipun tiada apa yang menarik. Cuma hari ini saya buka facebook sebab ada private message yang penting. Apa saya lihat dekat wall... Banyak sungguh video diuploap dan dishare di facebook. Tak kiralah video apa pun. Seingat saya, bulan ramadhan yang lepas pun perkara yang sama berlaku. Banyak video dishare dan diupload semasa bulan puasa.Emm musim kut... mungkin takda nak buat apa. Isi waktu yang ada dengan toton video dan lain-lain... Dan di instagram pula.. rata-rata upload gambar makanan.. Juadah buka puasa dan juadah bersahur... Emm lazat-lazat belaka... terliuq saye.. he..he...Apapun.. enjoy your day... I nak berehat dulu.. kesihatan tak sembuh lagi... harap-harap boleh sembuh segera.. Kalau x quarantine la diri sendiri dekat bilik ....

Merepek di pagi buta

Awal terjaga... Nak masak apa untuk.bersahur... Masing-masing nyenyak tidur... yang ada deruan kipas dan juga bunyi rintik-rintik hujan yang menimpa atap rumah kecil kami. Bidadari masih nyenyak tidur... Melihat dia bergerak tatkala dicium dahinya... "Cepat sembuh sayang....."Aku membelek-belek akan diriku... Tertanya apakah yang tersirat dibalik musibahMU Ya Allah.... Aku tahu... PerancanganMu amat lengkap dan baik...
Teringat klinik yang disyorkan untuk mendapatkan rawatan... Tapi tutup saat aku pergi petang dan malam.. Moga pagi ini dia ada buka ... Kelinik ketiga bakal menjadi tempat peringahanku... huhu.... Jika tiada juga kesembuhan mungkin akan usahakan perubatan islam... Kita boleh usaha selagi ada cara kan....Hai... apalah pagi-pagi merepek nik... Opsss mak dah bangun.... Jom kedapur buat persiapan sahur... Emm masak sup panas sedapp nie... goreng ikan... buat binjai manis cicah sambal belacan... ni feveret emak ni... opppsss ada lagi ke belacan... lagi...  goreng …

Al-Fatihah Buat Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini

Image
Melihat Instagram Feed pagi sewaktu bangun sahur, terlihat Lisa Surihani update Biduanita Negara Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini telah kembali ke rahmatullah
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah . Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh solehah dan beriman.. Al-Fatihah


Al-Fatihah..

Penyakit satu musibah

Alhamdulillah..... hari ni dah 7 ramadhan.. Seminggu sudah umat Islam berpuasa.. Cepat betul masa berlalu.. Memanglah waktu tidak akn menunggu kita. Kalau kita asyik menanti, melengah, tapi masa kan tetap berjalan... walaupun tiada kaki..Dah sebulan.. masih begini... harap-harap petang nie jumpa doktor boleh membantu... doktor ketiga... Memang sakit itu satu musibah... Ujian Allah swt ke atas hambaNya... Sakit juga mungkin satu kifarah pada kesilapan yang lepas. Apapun setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati...Sebagai hambaNya kita harus berusaha mencari penawar dan ikhtiar bagi penyakit atau musibah yang kita hadapi... insya allah.. mudah-mudahan..

Bila dia tak sihat

Setelah dua kali bawa klinik kerajaan, kesihatan bidadari masih sama... Akhirnya klinik Swasta jadi pilihan.... Hari ni suhu badan bidadari 38° Doktor kata sangat-sangat panas... Padahal.di klinik kerajaan hari tu suhu yang sama... Kenapa tindakannya berlainan.. emmm tak mengapalah.... malas nak rosakkan mood bulan puasa.....Melihat alahan pada badan bidadari... Kata doktor scabis... Aduhaii..... Kenapa jawapan doktor kerajaan dan doktor swasta berlainan... Huh... sekali lagi... Sabar ..... Bulan puasa...Why it happen.. Dari mana dapat penyakit tersebut.... Bidadari dijaga baik 24 hours 7 days per week.... Me also face same.situation.. but just gatal-gatal only... nothing happen to my skin... but bidadari....Sabar.... musibah dari Allah swt... Terima dengan hati yang redha... Kita pun tak tahu perancangan Allah swt...Rasa tak sedap hati... tak sedap badan... Tak ada selera.... huh.... Sabarlah hati.... doakan yang terbaik...Bidadari diberi ubat sumbat dipunggung... Berpeluh2 bidadari.…

Surah An-Nuur - سورة النور

Image
Terjemahan Surah An-Nuur Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya). (An-Nuur 24:1)  Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:2)  Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu t…