Monday, November 18, 2013

Mari Doakan Adik Ni Cepat Sembuh

Assalamualaikum...

Saya tidak pernah berjumpa dan tidak kenal dia. Tapi dia adalah pesakit saya yang baru menggunakan Tonik Hati. Berusia 6 bulan sudah menjalani pembedahan kerana masalah berkaitan hati.

Ya Allah... Moga kedua ibu bapanya tabah menghadapi ujian Allah swt.

Mari pembaca semua kita bersama-sama doakan Adik Muhammad A'ariz Daniel sembuh dari sakit yang dihidapinya. Mudah-mudahan...

Ingin dapatkan tonik hati boleh hubungi saya. Saya hanya membantu sahaja mengesyorkan yang terbaik dari pengalaman saya dan pesakit saya. Selebihnya Allah swt yang menentukan..

Sunday, November 17, 2013

Boleh Tiru Cara Saya

Thursday, November 14, 2013

AWAS!!! Penyakit Tidak Kira Usia

Assalamualaikum... Alhamdulillah Syukur.. masih mampu lagi saya meneliti ruangan yang menjadi pilihan hati saya. Beberapa hari belakangan ini tidak sempat saya melihatnya kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Jadi kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda semua serba sedikit berkenaan dengan penyakit yang mungkin kita tidak pasti atai tidak jangka boleh menyerang kita.

Penyakit yang saya maksudkan adalah penyakit berkaitan "HATI".

Dari An-Nu’man bin Basyir beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik, maka akan baik seluruh tubuh manusia, dan jika segumpal daging itu buruk, maka akan buruk seluruh tubuh manusia, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati manusia.” (Muttafaqun’alaih)

Penyakit hati yang ingin saya kongsikan ini bukan berkaitan hati manusia contohnya seperti sakit hati dan sebagainya. Kalau sakit hati ubatnya Zikir.. Ini berkaitan Hepatitis, Bengkak Hati, Masalah kekuningan, kanser hati dan yang berkaitan. Bukan saya mahu meraih jualan atau sebagainya tapi sekadar berkongsi pengalaman dan boleh diambil iktibar dan langkah berjaga-jaga oleh pembaca blog saya yang dihormati sekalian.

Lebih kurang 2 tahun atau lebih berkecimpung dalam bidang kesihatan walaupun saya bukan berpelajaran tinggi dalam kesihatan, pengalaman berjumpa dan membantu pesakit yang menghidap penyakit berkaitan hati, benar-benar memberi ilmu yang sangat berguna. 

Pernah saya berjumpa dan melawat pesakit di Putra Specialist Hospital di Melaka. Pertama kali menjejakkan kaki ke Hospital tersebut. Biasanya saya melawat dirumah pesakit. Berjumpa dengan ibu kepada pelanggan saya yang menghidap penyakit kanser hati. Keadaannya kritikal. Lebih-lebih lagi pada usianya yang 50 tahun keatas. Saat itu saya hanya ada ubat tonik hati sebotol sahaja, kerana menunggu stok yang lain tiba. Dengan rela hati saya memberikan sebotol pada pesakit saya dan selebihnya kemudian. Tapi Allah lebih sayangkan ibu pelanggan saya. Keesokannya dia dijemput Allah swt tanpa sempat memakan ubat yang saya beri. Kita hanya merancang, namun Allah menentukan segalanya. 

Ada lagi seorang pesakit sayang yang menghidap penyakit hati bernanah. Anaknya sering menghubungi saya menceritakan perihal ibunya sambil menangis. Saya tersentuh dan bersedih hati, andainya itu ibu saya. Tonik Hati memang mahal tapi berbaloi dengan perawatannya. Ibunya tidak mahu makan kerana tidak tahan dengan ubat tersebut kerana jantungnya berdegup pantas dan keadaan menjadi lemah. Sehingga anaknya menghubungi saya menyatakan kerisauan pada ibunya. Saya juga khuatir, lalu mengurangkan dos ubat tersebut. Alhamdulillah ibunya semakin sembuh. lebih kurang setengah tahun lebih saya memantau kesihatan ibunya. 

Ada juga kanak-kanak yang menghidap bengkak hati. Alhamdulillah sembuh juga apabila melihat ibunya datang kepejabat saya sambil membawa anaknya yang sudah mula aktif dan kekuningan pada badan pun telah hilang. 

Ada juga pesakit saya yang belum sempat menghabiskan ubat telah dijemput Ilahi. Ajal maut ditangan Tuhan.. Dia menghidap kanser hati tahap 4. Namun Anaknya tetap bersyukur kerana sempat melihat ibunya kelihatan sihat semula selepas memakan tonik hati.

Baru juga saya menerima tempahan tonik hati dari ibu kepada bayi yang berusia 6 bulan menghidap bengkak hati. Ya Allah.. Bagaimanakah bayi tersebut menanggung kesakitan. Semoga selepas menggunakan tonik hati, bayi tersebut cepat sembuh. Sama-samalah kita doakan untuknya.

Apa yang saya nak kongsikan disini adalah supaya kita yang masih sihat ini segera mendapatkan rawatan jika merasa badan kita mengalami kelainan. Ketahuilah oleh anda semua, daripada pengalaman saya pesakit-pesakit saya yang menghidap hepatitis dan telah mendapat kerosakan hati tidak menyedari mereka punyai sakit itu. hanya diketahui apabila sudah berlaku kerosakan sederhana dan teruk pada hati mereka.

Saya hanya membantu memberi jalan keluar.. tapi penyembuhan adalah dari Allah swt. Sebagai Umat Islam kita harus Ikhtiar mencari penawar. Kerana semua penyakit ada penawarnya kecuali mati. Waulahualam..

Boleh layari laman sesawang saya berkenaan tonik hati http://aljabbar-melaka.blogspot.com/

Friday, November 8, 2013

Cili Yang Tak Berapa Pelik


Mesti dah biasa kan anda semua tengok gambar pelik-pelik kan? Well sengaja upload gambar ni.
Cili yang ditanam oleh emak saya.. Macam ini rupanya... 2 in 1 lagi. Cili Kembar.. 
Subhanallah... Inilah keajaiban Ciptaan Allah swt

Macam comel je! Macam Cantik Je! Macam Pelik Je!

Orang kata siapa nak anak kembar, sila akan benda yang kembar-kembar. Emm.. Boleh percaya ke?
Apa-apa lah.... Saja isi kelapangan waktu di Malam hari sambil intai-intai peluang yang ada.. Bidadari pun dah nyenyak tidur..

Sharing: Kelahiran

KELAHIRAN

SETIAP INSAN TELAH DICIPTAKAN
DARI SETITIS AIR MULIA
HIDUPLAH IA DIRAHIM IBUNYA
SEMPURNA SIFAT DAN PANCAINDERA

LAHIR KE DUNIA
INDAH RUPANYA
BERSIH ZAHIRNYA TANPA DOSA

TAKBIR BERGEMA MENTAUHIDKANNYA MENGAGUNGKAN TUHAN YANG MAHA ESA

WAHAI KHALIFAH DUNIA
LAHIR MU AMAT BERMAKNA
TUNDUK SUJUD PADA YANG KUASA
SEBAGAI TANDA SYUKUR PADANYA

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
TUNJUKLAH JALANMU YA RABBI
MENSUCI DIRI DAN HATI
DARI SIFAT YANG TERKEJI

BERSYUKUR KITA  PADA YANG KUASA
DIATAS NIKMAT PEMBERIANNYA
BERIBADATLAH WAHAI MANUSIA
ITULAH TANDA INSAN SEMPURNA
TANDA SYUKUR PADA PENCIPTA
YANG MENGUASAI ALAM SEMESTA

Wednesday, November 6, 2013

Kalimat Bermanfaat lagi Pahala

Perasan tak, dalam kehidupan seharian kita. Apa perkataan yang kita sebut yang sebenarny boleh digantikan dengan kalimat yang lebih manfaat dan boleh peroleh pahala.

Kadang kita menyebut contohnya lah OH MY GOD..

Dibawah ini saya kongsikan kalimat yang harus di biasakan dalam kehidupan seharian kita. Mungkin dah biasa tapi hanya berkongsi sahaja untuk manfaat semua.

1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan datang

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.

7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Saya ada 2 pilihan untuk anda :
1.Biarkn sahaja post ini tanpa bermanfaat utk org lain.

ATAU

2.Anda sebarkan kepada semua. SHARE

Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kebaikan untuk manfaat bersama...

Sampaikan Kebaikan, Peroleh Pahala

Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku.
Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut..

Assalamualaikum.
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Cara senang utk dapatkan pahala walaupun selepas mati .
-->Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati .

--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit guna , anda akan dapat pahala .

--> Beri baju kepada orang, setiap kali orang pakai , anda dapat pahala .

--> Beri makanan kepada orang , anda
dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .

.. Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .

.. Kongsi post ini kepada orang ramai ... Walaupun 1 tolong kongsikan kepada orang, anda akan dapat pahala sebab anda telah brdakwah untuk sampaikan ilmu. InsyaAllah yang penting keikhlasan kerana Allah semata2 ...

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada org yang mengamalknnya, maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala..

Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin....

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا

Sharekan post ini, Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Bila kelinci bertemu kucing

Kelinci?????  Apa tu????

Kelinci ni dalam bahasa Indonesia. Nama dalam bahasa melayu adalah Arnab "Rabbit". Sebut kelinci ni teringat cerita indonesia "Binar Bening Belian". Masa tu Jack hadiahkan kelinci dekat Bening. He..he...

Aippp lari topik pula. Saja nak update. Lihat reaksi kucing kesayangan Anne bila jumpa Arnab. Terpegun ada, takut ada, rasa nak dekat pun ada. Kat bawah ini Anne share satu gambarnya...

Lama tak jumpa dengan Arnab. Arnab ni sangat comel kalau bela. Emmm memang Anne ni suka bela binatang yang manja dan comel. Terutama kucing. Pencinta Tegar Haiwan... Notakaki: berusaha menyimpan segala memori jauh disudut hati dan sembunyikan segala harapan dan perasaan.. Demi bidadari untuk tahun baru ini...

Tuesday, November 5, 2013

Seronoknye

Alangkah seronoknye dia mengeliat. Macam-macam aksi dibuatnya.

Well that's my lovely cat... Dah tua tapi macam kucing kecik.

Selalu curi-curi masuk bilik. Dah biasa manja gitulah...

Coretan Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat. Moga disambut dengan penuh semangat dan azam yang baru.

Alhamdulillah syukur... Masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup ditahun baru ini dengan keadaan yang serba baru. Alhamdulillah...

Genap 40 hari memiliki anugerah dan amanah dari Allah swt. Kehadirannya benar-benar mengisi kekosongan yang ada. Kurniaan Allah...

Pelbagai peristiwa suka dan duka dilalui ditahun yang sudah yang mendewasakan dan benar-benar menduga tahap iman dan kesabaran diri. Alhamdulillah.. Masih diberi kekuatan untuk menghadapinya walaupun dah terjatuh xterbangun lagi.

Moga tahun baru ini dapat juga dilalui dengan tabah dan sabar kerna ia lebih mencabar lagi. Tak mahu membayangkannya kerana ia pasti melemahkan diri.

Sedaya upaya melihat hikmah disebalik yang berlaku. Melihat hikmah disebalik keadaan yang tidak indah itu kepada yang lebih indah. Merubah keadaan yang sakit itu kepada kesembuhan demi bidadari yang disayangi.

Berhenti mempersoal itu dan ini didalam hati kerna soalan itu tiada jawapan dan jawapannya satu sahaja Berserah pada Allah swt kerna DIA yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

Segalanya telah diungkapkan ... Maka tawakal dan berserah kepadaNYA. Baik mahupun tidak... Janji Allah itu pasti. Baik dibalas dengan kebaikan dan rahmat... Kurang kan ada juga balasnya...

Apapun salam maal hijrah dari penulis dan bidadari tersayang... Hijrahkan diri anda seikhlasnya sedikit demi sedikit.

Notakaki: mengapa hati ini masih xbisa memaafkan lagi... Apakah hilang sudah kelembutan hati dengan apa yang terpaksa dilalui... Huh... Melangkah kaki untuk pergi dari sini...

Monday, November 4, 2013

Taska Asuhan Ditutup?

Susulan penyebaran video kanak-kanak dipukul melalui buletin Utama TV3 jumaat lalu, pihak JKM mendapati taska asuhan terabut ditutup dan pengusaha taska tersebut gagal dihubungi.

Entri terdahulu: Berani ke Nak hantar Anak ke Pusat Asuhan?

Dah tutup? Emmm kalau tak salah takkan ditutup, betul tak?

Rasanya pihak jabatan kebajikan masyarakat atau badan yang berwajib HARUS menyemak semula senarai pusat asuhan kanak-kanak atau taska asuhan kanak-kanak yang berdaftar. Dan memantau operasi pusat asuhan tersebut bagi memastikan pengusaha dan petugas taska tersebut mematuhi peraturan dan menjalankan tugas dengan baik.

Perlu juga memantau semua Pusat Asuhan yang diwujudkan beroperasi secara sah dan berlesen. Sebab banyak pusat asuhan sekarang dibina untuk memenuhi permintaan para penjaga atau ibubapa yang bekerjaya.

Kalau tak dipantau memang macam nilah jadinya... Siapa yang sanggup tengok.anak dipukul atau didera. Tengok orang kena pukul pun kita tak sanggup inikan pula anak sendiri.

Dahlah mengenakan bayaran yang tinggi untuk menjaga anak-anak. Kadang-kadang tak berbaloi. Saya memang tiada pengalaman, tapi mendengar keluhan rakan-rakan dan saudara.

Sekira ada komen, boleh tinggalkan komen diruang komen. Terima kasih

Terfikir? Apa beza pengasuh dan pusat Asuhan? Nanti kita bincangkan.

Notakaki: Bidadari ibu... You stay with me... I care you by myself.

Bersediakah Untuk Berhijrah?


“Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata, 
“Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang hijrahnya karena untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang hijrahi”
. (HR. Al-Bukhari )

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1 MUHARAM 1435


Alhamdulillah... Berakhir sudah tahun hijriah 1434 dan sekarang telah masuk tahun hijriah 1435. Sejenak terfikir di minta akan apa yang telah dilakukan dan dimanfaatkan pada tahun yang sudah. Pastinya banyak peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun yang lepas. Suka, Duka, Pahit, Manis dan pelbagai cerita.

Persoalannya Adakah Bersedia Untuk Menghijrahkan Diri?

Setiap dari kita perlu berhijrah. Sama ada berhijrah sekaligus ataupun sedikit demi sedikit bergatung dengan keupayaan diri kita. Pada saya memang harus berhijrah kini. Setelah memiliki bidadari dan kehidpan yang baru walaupun ia amat sukar. Hijrah pada kehidupan.. namun hijrah pada hati mungkin belum masanya lagi. Ia sesuatu yang amat sukar melainkan ia dengan kehendak sendiri. Namun bila ia dalam dipaksa, pastinya tidak mampu untuk dilakukan. 

Semoga semua daripada kita mula berhijrah dari sesuatu yang kurang kepada yang lebih baik. Insyaallah dipermudahkan...  Salam Maal Hijrah..


Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah

Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah. Diibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya selama setahun”

Doa Akhir Tahun Hijrah

doa akhir thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


Doa Awal Tahun Hijrah

Ini adalah cara membaca doa awal tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

doa awal thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu Yang Besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka


Read more: http://www.anakulucheka.com/cara-membaca-doa-akhir-tahun-hijrah-dan-doa-awal-tahun-hijrah/#ixzz2jeq33LGA 


Notakaki: Waktu masih ada dan kan berakhir tidak lama lagi.. Selagi itu masih tetap menunggu.. Sekalipun telah habis waktu biarlah menunggu dihati yang tak siapa tahu..

Sunday, November 3, 2013

Kenapa Pou Obesiti

Seharian tak menjengah Si Pou. Sekali bila tengok dia dah obesiti. Siapalah punya kerjaan ni. Mesti adik-adik i yang main ni.

Emm xkisahlah lagipun Pou ni tak mati.. Hu...hu... Takda function yang bila sakit teruk dia mati dan balik ke level 1 semula. Game je pun....

Celabrated Mok Su

Surprise untuk si kecil bongsu aka Mak Su Isla dari kak long dan bang long bersama princess Aina.
Alhamdulillah dah besar pun dia. Sambutan sederhana bersama keluarga. Kecil tapi kami semua bahgia. Sharing each other... Saya sayang keluarga saya...
They love bidadari so much too and a big thank to them...
Pandang sahajalah kek tu sebab tak boleh makan... Tapi tak kempunan pun sebab memang tak makan sangat pun kek-kek sebelum ni.
He..he...
Notakaki: Nyenyaknye dia tido sebelah ni.. Muah bidadari sayang... Nanti kul 3 timing tuk kejut ibu dia pula... Siap lew...

Saturday, November 2, 2013

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir buat adik bongsu tersayang yang ke-12. Dah besar pun dia. Tapi masih macam budak-budak. Anak buah dah bertingkat-tingkat..

Apapun... Moga dapat result UPSR yang bagus nanti...

PetPet Easy Start: Win FREE Diapers

Para ibu sekalian....
Mari sertai PetPet Easy Start dan berpeluang mendapat bekalan lampin bayi PERCUMA selama sebulan...

Jom sertai!

Perempuan Itu

Alhamdulillah... Tidurpun bidadari dalam.pelukan ibunya tersayang...

Mengapa kebanyakan perempuan yang tabah dan kuat menjadi lemah?
*
*
*
*
*

Kerana CINTANYA

Notakaki: Tiada apa mampu merubah hati ini .... Hanya Allah sahaja yang mampu..

Friday, November 1, 2013

Berani ke Nak Hantar Anak Ke Pusat Asuhan?

Melihat paparan berita di TV3 berkenaan seorang bapa memang kamera tersembunyi pada anak nya untuk melihat keadaan sebenar pusat asuhan anaknya.. Dalam rakaman tersebut... Masyaallah.. Rasa geram hati ni bila tengok kanak-kanak tersebut dipukul. Nauzubillah

Teringat pada Arwah anak buah saya yang meninggal dipusat asuhan kanak-kanak beberapa bulan yang lalu. Sehingga kini kesnya masih belum selesai.

Tak sanggup rasanya untuk menghantar bidadari ke pusat asuhan selepas mendengar berita-berita yang tak diingini.

Biarlah jaga sendiri... Susah sendiri.... Mohon dijauhkan segalanya.

Kalau nak hantar anak kepusat asuhan pastikan pusat asuhan tersebut berdaftar. Pastikan keadaan pusat asuhan tersebut selamat. Kenal pasti petugas-petugas di pusat asuhan tersebut. Kalau boleh ambil gambar mereka. Simpan untuk apa-apa jika diperlukan.

Pastikan juga periksa anak kita apabila pulang kerumah. Contohnya periksa badan anak jika ada kesan-kesan lebam dan sebagainya. Tanya anak-anak kita bagaimana keadaan di pusat asuhan tersebut bagi anak-anak yang sudah pandai bercakap. Kanak-kanak tak pandai bohong tau!

Sesekali lakukan LAWATAN MENGEJUT diwaktu-waktu kerja. Dengan cara itu kita boleh tau keadaan anak kita dijaga. Kalau datang masa nak ambil anak tentulah baik-baik belaka.

Buat pengusaha pusat asuhan diluar... Kalau tak pandai jaga jangan buat pusat asuhan. Bisnes-bisnes juga.. Tapi buat apa kalau macam tu...

Moral... Jaga sendiri anak...

TERKINI PUSAT ASUHAN

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...