Thursday, November 14, 2013

AWAS!!! Penyakit Tidak Kira Usia

Assalamualaikum... Alhamdulillah Syukur.. masih mampu lagi saya meneliti ruangan yang menjadi pilihan hati saya. Beberapa hari belakangan ini tidak sempat saya melihatnya kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Jadi kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda semua serba sedikit berkenaan dengan penyakit yang mungkin kita tidak pasti atai tidak jangka boleh menyerang kita.

Penyakit yang saya maksudkan adalah penyakit berkaitan "HATI".

Dari An-Nu’man bin Basyir beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik, maka akan baik seluruh tubuh manusia, dan jika segumpal daging itu buruk, maka akan buruk seluruh tubuh manusia, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati manusia.” (Muttafaqun’alaih)

Penyakit hati yang ingin saya kongsikan ini bukan berkaitan hati manusia contohnya seperti sakit hati dan sebagainya. Kalau sakit hati ubatnya Zikir.. Ini berkaitan Hepatitis, Bengkak Hati, Masalah kekuningan, kanser hati dan yang berkaitan. Bukan saya mahu meraih jualan atau sebagainya tapi sekadar berkongsi pengalaman dan boleh diambil iktibar dan langkah berjaga-jaga oleh pembaca blog saya yang dihormati sekalian.

Lebih kurang 2 tahun atau lebih berkecimpung dalam bidang kesihatan walaupun saya bukan berpelajaran tinggi dalam kesihatan, pengalaman berjumpa dan membantu pesakit yang menghidap penyakit berkaitan hati, benar-benar memberi ilmu yang sangat berguna. 

Pernah saya berjumpa dan melawat pesakit di Putra Specialist Hospital di Melaka. Pertama kali menjejakkan kaki ke Hospital tersebut. Biasanya saya melawat dirumah pesakit. Berjumpa dengan ibu kepada pelanggan saya yang menghidap penyakit kanser hati. Keadaannya kritikal. Lebih-lebih lagi pada usianya yang 50 tahun keatas. Saat itu saya hanya ada ubat tonik hati sebotol sahaja, kerana menunggu stok yang lain tiba. Dengan rela hati saya memberikan sebotol pada pesakit saya dan selebihnya kemudian. Tapi Allah lebih sayangkan ibu pelanggan saya. Keesokannya dia dijemput Allah swt tanpa sempat memakan ubat yang saya beri. Kita hanya merancang, namun Allah menentukan segalanya. 

Ada lagi seorang pesakit sayang yang menghidap penyakit hati bernanah. Anaknya sering menghubungi saya menceritakan perihal ibunya sambil menangis. Saya tersentuh dan bersedih hati, andainya itu ibu saya. Tonik Hati memang mahal tapi berbaloi dengan perawatannya. Ibunya tidak mahu makan kerana tidak tahan dengan ubat tersebut kerana jantungnya berdegup pantas dan keadaan menjadi lemah. Sehingga anaknya menghubungi saya menyatakan kerisauan pada ibunya. Saya juga khuatir, lalu mengurangkan dos ubat tersebut. Alhamdulillah ibunya semakin sembuh. lebih kurang setengah tahun lebih saya memantau kesihatan ibunya. 

Ada juga kanak-kanak yang menghidap bengkak hati. Alhamdulillah sembuh juga apabila melihat ibunya datang kepejabat saya sambil membawa anaknya yang sudah mula aktif dan kekuningan pada badan pun telah hilang. 

Ada juga pesakit saya yang belum sempat menghabiskan ubat telah dijemput Ilahi. Ajal maut ditangan Tuhan.. Dia menghidap kanser hati tahap 4. Namun Anaknya tetap bersyukur kerana sempat melihat ibunya kelihatan sihat semula selepas memakan tonik hati.

Baru juga saya menerima tempahan tonik hati dari ibu kepada bayi yang berusia 6 bulan menghidap bengkak hati. Ya Allah.. Bagaimanakah bayi tersebut menanggung kesakitan. Semoga selepas menggunakan tonik hati, bayi tersebut cepat sembuh. Sama-samalah kita doakan untuknya.

Apa yang saya nak kongsikan disini adalah supaya kita yang masih sihat ini segera mendapatkan rawatan jika merasa badan kita mengalami kelainan. Ketahuilah oleh anda semua, daripada pengalaman saya pesakit-pesakit saya yang menghidap hepatitis dan telah mendapat kerosakan hati tidak menyedari mereka punyai sakit itu. hanya diketahui apabila sudah berlaku kerosakan sederhana dan teruk pada hati mereka.

Saya hanya membantu memberi jalan keluar.. tapi penyembuhan adalah dari Allah swt. Sebagai Umat Islam kita harus Ikhtiar mencari penawar. Kerana semua penyakit ada penawarnya kecuali mati. Waulahualam..

Boleh layari laman sesawang saya berkenaan tonik hati http://aljabbar-melaka.blogspot.com/

No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...