“Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata,
“Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang hijrahnya karena untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang hijrahi”
. (HR. Al-Bukhari )
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1 MUHARAM 1435
Alhamdulillah... Berakhir sudah tahun hijriah 1434 dan sekarang telah masuk tahun hijriah 1435. Sejenak terfikir di minta akan apa yang telah dilakukan dan dimanfaatkan pada tahun yang sudah. Pastinya banyak peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun yang lepas. Suka, Duka, Pahit, Manis dan pelbagai cerita.
Persoalannya Adakah Bersedia Untuk Menghijrahkan Diri?
Setiap dari kita perlu berhijrah. Sama ada berhijrah sekaligus ataupun sedikit demi sedikit bergatung dengan keupayaan diri kita. Pada saya memang harus berhijrah kini. Setelah memiliki bidadari dan kehidpan yang baru walaupun ia amat sukar. Hijrah pada kehidupan.. namun hijrah pada hati mungkin belum masanya lagi. Ia sesuatu yang amat sukar melainkan ia dengan kehendak sendiri. Namun bila ia dalam dipaksa, pastinya tidak mampu untuk dilakukan.
Semoga semua daripada kita mula berhijrah dari sesuatu yang kurang kepada yang lebih baik. Insyaallah dipermudahkan... Salam Maal Hijrah..
Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah
Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah. Diibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya selama setahun”
Doa Akhir Tahun Hijrah
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Doa Awal Tahun Hijrah
Ini adalah cara membaca doa awal tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu Yang Besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka
Notakaki: Waktu masih ada dan kan berakhir tidak lama lagi.. Selagi itu masih tetap menunggu.. Sekalipun telah habis waktu biarlah menunggu dihati yang tak siapa tahu..
No comments:
Post a Comment