Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat. Moga disambut dengan penuh semangat dan azam yang baru.
Alhamdulillah syukur... Masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup ditahun baru ini dengan keadaan yang serba baru. Alhamdulillah...
Genap 40 hari memiliki anugerah dan amanah dari Allah swt. Kehadirannya benar-benar mengisi kekosongan yang ada. Kurniaan Allah...
Pelbagai peristiwa suka dan duka dilalui ditahun yang sudah yang mendewasakan dan benar-benar menduga tahap iman dan kesabaran diri. Alhamdulillah.. Masih diberi kekuatan untuk menghadapinya walaupun dah terjatuh xterbangun lagi.
Moga tahun baru ini dapat juga dilalui dengan tabah dan sabar kerna ia lebih mencabar lagi. Tak mahu membayangkannya kerana ia pasti melemahkan diri.
Sedaya upaya melihat hikmah disebalik yang berlaku. Melihat hikmah disebalik keadaan yang tidak indah itu kepada yang lebih indah. Merubah keadaan yang sakit itu kepada kesembuhan demi bidadari yang disayangi.
Berhenti mempersoal itu dan ini didalam hati kerna soalan itu tiada jawapan dan jawapannya satu sahaja Berserah pada Allah swt kerna DIA yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.
Segalanya telah diungkapkan ... Maka tawakal dan berserah kepadaNYA. Baik mahupun tidak... Janji Allah itu pasti. Baik dibalas dengan kebaikan dan rahmat... Kurang kan ada juga balasnya...
Apapun salam maal hijrah dari penulis dan bidadari tersayang... Hijrahkan diri anda seikhlasnya sedikit demi sedikit.
Notakaki: mengapa hati ini masih xbisa memaafkan lagi... Apakah hilang sudah kelembutan hati dengan apa yang terpaksa dilalui... Huh... Melangkah kaki untuk pergi dari sini...
No comments:
Post a Comment