Susulan penyebaran video kanak-kanak dipukul melalui buletin Utama TV3 jumaat lalu, pihak JKM mendapati taska asuhan terabut ditutup dan pengusaha taska tersebut gagal dihubungi.
Entri terdahulu: Berani ke Nak hantar Anak ke Pusat Asuhan?
Dah tutup? Emmm kalau tak salah takkan ditutup, betul tak?
Rasanya pihak jabatan kebajikan masyarakat atau badan yang berwajib HARUS menyemak semula senarai pusat asuhan kanak-kanak atau taska asuhan kanak-kanak yang berdaftar. Dan memantau operasi pusat asuhan tersebut bagi memastikan pengusaha dan petugas taska tersebut mematuhi peraturan dan menjalankan tugas dengan baik.
Perlu juga memantau semua Pusat Asuhan yang diwujudkan beroperasi secara sah dan berlesen. Sebab banyak pusat asuhan sekarang dibina untuk memenuhi permintaan para penjaga atau ibubapa yang bekerjaya.
Kalau tak dipantau memang macam nilah jadinya... Siapa yang sanggup tengok.anak dipukul atau didera. Tengok orang kena pukul pun kita tak sanggup inikan pula anak sendiri.
Dahlah mengenakan bayaran yang tinggi untuk menjaga anak-anak. Kadang-kadang tak berbaloi. Saya memang tiada pengalaman, tapi mendengar keluhan rakan-rakan dan saudara.
Sekira ada komen, boleh tinggalkan komen diruang komen. Terima kasih
Terfikir? Apa beza pengasuh dan pusat Asuhan? Nanti kita bincangkan.
Notakaki: Bidadari ibu... You stay with me... I care you by myself.
No comments:
Post a Comment