Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Journey To ExtraOrdinary Life

Saturday, May 29, 2010

Jom Berseronok...

Lama sungguh tak bukak dan update entry.. Sibuk memanjang dengan kerja... Tapi Nak Share dengan you all semua apa aktiviti terbaru kat tempat Anne.. Tak lama lagi SUKMA Malaysia XIII kat melaka .. so sekarang kat tempat Anne ader aktiviti menarik... Aktiviti perahu layar... Sempat Anne take pic tuk u all tengok..



(Eh..Eh.. Cik Abang nie Sempat Piss Lagi tuh..)





Last sempat Snap Pic Sendiri... Tak sangka berisi lagi badan aku nie...
Bila lah Nak kurus nie... Maintain cam dulu.. Hu..hu...


Lagi Satu berita tergempar... Nantikan Entry Selepas Ini...
Kik..Kik..kik...

Saturday, May 22, 2010

Aku Sensorang

Huh..huh.. Beginilah nasib diriku sendiri... Bosan betul.. tak tahu nak buat aper..
Badan dah rasa tak sedap nie.. Tadi balik kerja kene hujan tak pi mandi dulu. Terus tido sampai petang.. Kan dah demam...  Dah lah takder kawan kat rumah nie...

Aper nak tulis malam nie... Pikir jap.... tak taulah....
Emmm... Aku nak demam... Esok nak keluar.. pergi pekan, pegi bank.. Dia dah panggil2 aku duk pi sana.
Aper lagi.. Nak bayar bil itu, bil ini... huh..huh... duit..duit.. Lajunyer ko kluarkan..

PT dah tagih duit.... Bil maxis aku dah tak bayar lagi... Nak terminate asyik takder masa jer.. Huh.. Sib baik kete dah bayar..

Satu lagi dengar cerita kes pembunuhan kat area kampung aku di Gemencheh tu ..kes pembunuh 4 sekeluarga.. Kes potong kepala tu disahkan waras... kalu dulu kata tak waras...Dapt seruan dari langitlah.. he..he.. Aper nak jadilah ... tatot..tatot... Bunuh sesama keluarga... Hui..hui.. Akibat manusia hilang pertimbangan.. Tak dapat mengawal diri.. Akhirnya Nafsu menguasai diri.. Akal tak dapat dikawal.. Itulah selagi manusia bernama manusia.. Ambil iktibar dari kisah nie yer..

Tak tahu nak tulis aper dah... Selamat malam...

ps: Nak carik housemate... bosan duk sorang

Friday, May 21, 2010

Sumpah Atas Nama Allah


SAYA ada beberapa soalan. Saya pernah bertengkar dengan sahabat saya dan disebabkan marah, saya bersumpah di depannya (dengan nama Allah dan al-Quran) tidak akan keluar dan berjumpa dengan dia lagi.
Saya juga bersumpah kalau selangkah saya jejakkan kaki keluar untuk berjumpa dengan dia, biarlah Allah tarik nyawa saya pada masa itu juga.


Adakah sumpah saya akan menjadi kenyataan walaupun bersumpah ke arah keburukan dan kematian?
Andainya saya menyesal perbuatan itu, bagaimanakah caranya untuk menarik balik sumpah saya? Adakah saya akan dilaknat Allah jika melanggar sumpah?
Saya menyesal terlalu mengikut perasaan. Apa harus saya lakukan dan dengan siapa harus saya rujuk perkara ini?
HAMBA ALLAH
Johor

Begitulah perangai manusia yang disebutkan dalam al-Quran ayat 11 surah al-Israk bahawa “manusia akan berdoa supaya ditimpa kejahatan sepertimana dia berdoa supaya dia mendapat kebaikan kerana manusia itu bersifat penggegas.”
Sifat terburu-buru dan mahu cepat kadangkala menjadi kelemahan manusia; ketika ditimpa ujian dan kesusahan dia gelisah dan tidak dapat mengendalikan diri, dia menyumpah, mengeluh dan merasa bencana itu terlalu berat sehingga mendoakan keburukan pada diri sendiri.


Dalam keadaan ini sumpah dilakukan dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Mohon ampun daripada Allah atas segala keterlanjuran dan latih diri mengurangi sifat ini.


Di waktu susah, jangan mudah cemas sehingga merugikan diri, di waktu untung pula jangan mudah gembira sehingga lupa diri. Sumpah yang tidak baik perlu ditinggalkan, apalagi sumpah untuk memutuskan persaudaraan.


Petikan dari MyMetro

Monday, May 17, 2010

Nasihat Ibu Kepada Anak Perempuannya

Barusan sahaja pulang dari kampung... Tak cukup rehat nie lagi.. rasa macam nak cuti lebih lama lagi.. Pergi jalan-jalan... tenangkan fikiran huh...

Nak cerita aper lagi nie.. always talk about personal life.. dah nama pun blog personal... Rasa terkedu jer bila dengar apa parent kata pada anne. Betul apa parent kata... tapi hati nie susah nak buat keputusan.. mana lagi tempat nak luahkan melalinkan blog nie jer.. Dari pendam lama2 baik anne duk catat kat sini.. mana-mana leh wat peringatan dan pengajaran ker,... pedoman ker kat u all semua..

Mak kata, hal nikah kahwin nie bukan perkara sehari dua. Nie untuk selamanya... Nak cari jodoh tu biar yang betul-betul sepadan... Sekarang banyak yang salah pilih jodoh.. Awak tu ada pelajaran tinggi, nak caripun biarlah yang sepadan dengan awak. Bukan nak mak ngan ayah nak menantu yang kaya-raya, harta bertimbun-timpun, berkereta besar, bergaji besar.. Kerja Pangkat tinggi, Tapi carilah yang betul2 dapat menampung kehidupan awak.

Mak ayah dah hidup susah, Takkan awakpun nak hidup susah. Fikirlah... pada siapa mak dan ayah nak harap lagi melainkan anak-anak. Mak ayah dah tua.. kalau anak2 susah dengan siapa lagi mak dan ayah nak minta tolong. Bukan dekat awak ker. 

Tiada ibu bapa nak anak dia hidup susah. Semua mak ayah nak anak dia hidup senang, dapat suami yang boleh jaga dan bagi kesenangan pada anak dia. Bukan kekayaan yang nak dicari. Nak cari suami biarlah ada pekerjaan tetap. Agama sahaja tak cukup. Jangan cari suami yang harinie kerja esok tak kejer duduk rumah sahaja. Mengharapkan isteri... Mentang2 isteri berpelajaran tinggi. 

Jangan nak nikah hanya kerana suka-sama suka. Hanya kerana cinta. Pilihlah yang benar-benar sepadan. Untuk masa depan awak juga. Fikirlah. Mula-mula berdua sahaja, lepas tu bertiga, berempat ...berlima... Bukan senang-senang nak tanggung kehidupan lepas berkahwin. Sebelum awak bernikahlah awak kene fikir masak-masak. Dah bernikah dah tak boleh buat apa lagi. Nasi dah jadi bubur. 

Takkan dah nikah nanti suami awak nak mengharap duit awak sahaja? Terbalik pulak.. Sepatut dia yang tanggung awak.. nie awak yang nak tanggung dia. Nak ke esok hidup awak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. mak dan ayah nak awak bahgia...

Nie sementara mak ayah masih hidup nie, mak ayah curahkan kasih sayang dekat anak-anak.. Dah tutup mata nanti dah takda kasih sayang lagi dah. Yang ada kasih ayang dari anak-anak.. Itupun kalau anak tu soleh dan solehah. Inagtlah baik-baik.. penat-penat mak dan ayah besarkan awak.. dah 24 tahun mak ayah besarkan awak.. Bagi pelajaran tinggi dekat awak... Hantar awak masuk universiti... Penuh harapan mak ayah beri dekat awak.. Fikirlah.. Kenanglah jasa mak dan ayah.. Fikirkanlah adik2 awak yang masih kecil nie.

Anne, awak fikirkanlah baik-baik kata-kata mak dan ayah nie. Hal nikah kahwin bukan untuk sehari dua.. Mak dan ayah taknak awak menyesal kemudian hari. Carilah yang betul-betul sepadan dengan awak.. Jangan hanya kerana cinta.. Memang cinta itu buta.. tapi awak yang ada mata nie jangan turut sama buta. Awak duduk sorang-sorang dekat sini fikirlah baik-baik.. Buatlah keputusan yang benar-benar tepat dan menjamin masa depan awak. Mak nasihat selangi mata mak masih terbuka.. Kalau mata mak ayah dah tertutup awak faham-faham lah.

Anne terus terdiam sepanjang perjalanan pulang ke Melaka.. Benar kata mereka.. Mak ayah... Anne akan ikut kata-kata mak dan ayah... Terima kasih atas nasihat dari mak dan ayah... Anne akan pegang nasihat dan harapan mak dan ayah...

kepada kawan-kawan. tiada ibu bapa yang ingin anaknya hidup susah.. fikirkanlah terutama kepada si gadis yang ingin mencari suami.

ps: pasrah menerima segalanya.. mungkin tiada jodoh antara kita.. andai ada kita bertemu lagi..

Saturday, May 15, 2010

Midnight... Last Day

Emmm... lama gak tunggu kawan datang malam tadi... Depa nak balik dah.. Jadi nak jumpa last day nie..
Aritue depa ajak gi BBQ duk jual mahal.. Tapi malam nie.. tunggulah dia datang...

Lama gak tunggu... Sebab dia jumpa parent dia dulu baru gi jumpa anne. Pertama kali dalam sejarah hidup Anne kuar midnight.. takut gak.. tapi just friends ja... tak salah rasanyer... Takat nie tak penah wat jahat lagi... huh... Takat nak berkawan bukan apa-apapun... Releks arr.

(Uihhh tak caya life aku semakin berubah nie... ada peningkatan ker? Mungkin betul kata-kata mereka life mesti diteruskan... Buat apa nak kongkong diri.. Selagi apa yang kita buat tak salah.. Tak perlu takut...  Thanks to all dan rasa happy dengan life yang baru tanpa ada perasaan bersalah.. Maybe i need to changed my life. Be brave for what ever you done...)

Malam hujan pulak.. Boleh jumpa depa ker? Kredit dah habis nie.. Nak cancel dah tak boleh dah nie.. Kene tunggu depa call dulu. Last-last kul 11.46 malam depa datang..Jalan kaki jer alah.. Pakai payung... Hu..hu.. Tejuknyer.. Perut lapar gegila...

jalanlah kaki kami pi makan kat kedai jap... dalam hujan pulak tu.. Takpa... sesekali... Ketar gak.. firstime nie.. huh..huh... Kami pi makan kat sebelah umah bos.. hu..hu... apa nama kedai tu .. Nur Tomyam Seafood.. Tapi makan bisa jerlah.. Dia pun nak tutup kedai dah...

Pas makan.. Duk cit cat.. Kat depan 7e.. Tu jer tempat yang selamat dari segala bahaya dan fitnah melampau.. Hu..hu..

Anyway.. say good bye kat depa.. Hope depa blajaq rerajin.. dan grad. Cam anne dah grad dah.. hu..hu..
Hope depa happy kat sana.. And thanks coz hang sudi jadi bestfriends Anne kat sini..

Thursday, May 13, 2010

Ketandusan Idea

Tak tahulah semenjak dua menjak nie.. Idea anne dah semakin tandus.. Tak tahu cerita apa nak diletakkan dekat blog kesayangan. semakin hari semakin tiada idea...Kesian dia terpinggir begitu sahaja.. Tulis entry pun tak habis.. pas tu simpan kat draft jer.. dan terbiar.. Nampak sangat pemalas.. eh bukan.. idea kering


Kerja pun semakin terganggu.. Entahlah.. Rasa nak pergi jauh jer dari sini.. Tenangkan fikiran yang sedang bercelaru. Kenapalah jadi macam nie... Bermacam cara nak hiburkan hati tapi masih tak mampu lagi


Bilalah semuanya akan reda... Bilakah semuanya akan berakhir... huh... Rasa nak sambung blajar semula.. Malas nak fikir semua yang tak pernah ada kesudahan... Rasa macam merajuk hati jer.. Yer lah.. rajuk hati siapalah yang nak kene pujuk.. Bukan diri sendiri ker. 


Jap gi nak jalan2 blog orang lain... Dah lama tak lawat kesemua blog yang anne dah follow.. 
Apapun harap2 kehidupan anne selepas hari ini akan lebih baik.. Segala impian selama 4 tahun ini tercapai dan dimakbulkan.. Jika tak.. tuhan sahaja yang tahu.... Mungkin impian tinggal impian.. harapan tinggal harapan..


Nak gi jenjalan kat blog2 semua.. Nak hiburkan hati yang gundah gulana nie..

Tuesday, May 11, 2010

Apa Dah Jadi Sekarang?

Pagi tadi masa tengah tunggu kawan ambil pergi tempat kerja, terlihatlah dua orang budak sekolah lalu..
Ini mesti kes ponteng...Bukan sekali dua nampak budak sekolah nie ponteng.. Selalu nampak.. hari-hari... 
Selalu diaorang lalu kat belakang rumah anne.. Bila tegur kita pula yang dimarahnyer..

Apa nak jadi dengan mereka semua sekarang.. Takda langsung perasaan takut dan hormat. 
Apalah yang mereka dapat dengan ponteng sekolah nie...

Sekadar Enjoy? Tak payah belajar? Melepak? Hisap rokok? Gangsterism? Buli? Mencuri?
Apa faedahnyer mereka dapat? 

Takat nak habis kan harta mak dan ayah aderlah... Kesian lah kat mak ngan ayah.. penat2 bayar yuran belajar.. sediakan kelengkapan sekolah.. Tapi anak langsung tak hargai.. Apa sebenarnya yang mereka cari sebenarnya? Bukan belajar tu untuk masa depan mereka? 

Bayangkanlah betapa kecewaya ibu dan bapa mereka jika tengok anak mereka pegi sekolah pakai baju sekolah, tapi melencong ke tempat lain... Pagi2 mak ayah doakan belajar rajin-rajin.. tapi belakang anak mereka macam nie.. tak ker luluh jiwa mereka... Penat ibu bapa mencari wang ringgit nak menyekolahkan mereka, jadi ornag yang berguna, dapat ubah nasib keluarga.. Tapi... entahlah..

Zaman dah banyak berubah... Anak-anak sekarang dah terlebih pandai.. Sebab tu mereka taknak pergi sekolah lagi.. sebab dah terlalu pandai buat aper nak gi sekolah lagi kan? 

Kepada ibu bapa semua.. ambil tahulah hal anak-anak anda... Jangan lepaskan tanggungjawab hanya pada guru-guru sahaja nak jaga mereka.. Kita kene didik anak bukan menternak anak... Selamatkanlah generasi kita untuk jadi generasi yang lebih baik...

Ps: masa sekolah dulu tak penah ponteng sekolah.. sebab takut.. he..he...lagipun status pengawas sekolah..

Sunday, May 9, 2010

Huh... Huh..Huh..

Mengeluh sahaja hari nie... Sebab duk sorang.. Hari nie hari Ibu.. Sian tak dapat balik kampung jumpa mak ngan ayah.. Want to wish "Happy Mothers Day".. Emmm takpa, lagipun takkan nak tunggu hari Ibu sahaja nak wish.. Mestilah hari-hari...

Hari nie rasa hari yang bahgia... Dalam hidup.. Erm.. Bahgia ker? Garu kepala jap... Happy memang happy... Tapi rasa kosong gak.. Sebabnya.. dah tinggal sorang.. My friends dah habis praktikal. Jadi dia dah pun keluar dari rumah nie... Tinggallah Anne sorang-sorang.. Bila kuar bilik jer.. Kosong jer.. Pandang jer bilik yang kosong tu.. Bila lah nak penuh kembali nie.. Comel dari tadi memekak kat luar nak makan.. huh..huh..huh... Jap yer sayang. nani kakak bagi makan

Pagi pun sorang gak. terpaksa memberanikan diri untuk keluar dari rumah... Pertama kali keluar ke pekan sorang diri..sejak pindah kat sini.. Anne memang bukan kaki jalan.. Suka duk rumah jer... Tapi keurgenan untuk membayar sewa rumah..terpaksa jugaklah.. Walaupun badan rasa letih bangat...

Money..Money...Money.. Memang susah kalau duit tak cukup nieh.. Sume nak guna duit.. Sib baik dalam bank da sikit.. Lepas gak bayar sewa...(tapi mintak kurang ngan abang rumah tu... ngendeng2 bayar sikit duluh... Fuhh... sayang dia sebab consider) Tapi mesin ATM deposit out of service pulak.. Hu..hu... Tunggu dululah.. japgi baru masuk..

Nak gi mana yer.. Emmm Anne pegilah KFC.. tak tau naper tetiba masuk kat tempat tu.. Walaupun firstime masuk. Agak janggal gaklah (ko nak kata aku kolot takpenah masuk KFC cakaplah.. aku tak kisah..) Tapi heran.ramai betul yang gi KFC walaupun pagi lagi.. Ada budak sekolah rendah ker menengah ker tak taulah tapi nampak terlalu muda lepak ngan kawan2 dia makan KFC.. Emmm aku yang dah tua nie baru jer nak menjinakkan diri.. he..he...he... Takper...


Hujan turun da..... Em sib baik ada payung.. Ada gak tempat nak berteduh..(Ehem..Ehem..) Day bayar sewa.. jalan2 sekejap.. balik... dah Kul 1 lebih...

Tak sedap badan nie.. Cam nak demam jer.. Nie mesti kene hujan tadi nie... Aaaaa  tulun..Tulun... nak demam nie... tekak dah mula sakit nie... Harap2 tak demam.. demam susah.. I'm alone nie...

Habis.... saja nak letak entry hari nie.. Entry ke 101. sian blog nie... awal2 jer meriah.. sekarang dah slow...
Nanti dia majuk pulak..sebab tak dilayan.. Hu..hu...

Friday, May 7, 2010

Renungkanlah Bersama

Sekadar Untuk Berkongsi

Renungkanlah… .

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.


Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

Note: Petikan adalah dari kiriman seorang kawan melalui emel.. Sumber sebenar tidak diketahui.

Tuesday, May 4, 2010

Mungkinkah Berubah Hati

Emmm.... Nak tulis apa yer? Rasa sian pulak kat blog nie tak happy cam tuan dia yang tengah sakit nie... Ok nak story pasal Bercintan-cintun skit... He..he... Mood Bahgia..

Tajuk harinie.."Mungkinkah Berubah Hati?" Emmm Berubah? Pendek kata adakah si kekasih nie akan berubah hati dan berpaling pada yang lain.. Dan mengapa itu terjadi? Bercinta bagai nak rak.. tak kisahlah 2, 3, 4, 5 tahun ker... Last-last berpisah... Yang dah kahwinpun... lepas 7, 8 tahun or lebih.. boleh bercerai... Yang dah bertunang apa lagi..... Kenapa yer semua tu terjadi?

Adakah mereka tak serasi.. Kalau bercinta maybe boleh lagi kut sebab , mereka masih ada peluang untuk mencari yang lebih baik. Di sini ada beberapa faktor yang anne kira boleh mengundang hati berubah kut...

1. Kepercayaan
Sebab mereka saling tidak percaya antara satu sama lain. Ada jer yang nak dicurigakan.. Padahal Takder... Kalau dah saling tak percaya camna nak bahgia.. Sikit2 curiga Sikit2 curiga.. Mana tak angin... Kalau curiga benda yang betul boleh lah.. Nie kalau benda yang bukan-bukan... Ish..ish.. ish... Kesian kesian..


2. Tidak Jujur
Nie pun satu sebab. Bila masing-masing dah takda kejujuran.. memang sahlah... bakal lah tu... Tapi jika terlalu jujur pasti ada pergaduhan... Tak boleh nak jujur sangat... Tapi bila tak jujur... dikata memang sah penipu.. nak berahsia.. ish..ish..ish.. Camna tu?

3. Kongkong
Manusia nie memang tak suka dikongkong. Bila dikongkong memang hati mereka memberontak.. Apa sahaja yang dibuat pasti sahaja disekat. Bagai tiada kebebasan dan privasi dalam hidup mereka. Kesian jugak kalau dapat kekasih yang suka mengongkong nie. Kalau nak kongkong mungkin boleh tetapi biarlah kene pada tempatnya. Janganlah setiap masa dan setiap waktu sehingga pasangan merasa begitu terikat dan tidak bebas.

4. Paksaan
Siapa yang suka paksa2... Mesti takder nyerlah... Boleh ker perasaan dipaksa-paksa. Atau memaksa membuat sesuatu yang tidak kita ingini. Pasti taknak kan... Kalau asyik nak paksa.. atau push pasangan kita, mereka akan rasa tertekan dan sakit hati... Dan mula rasa tiada kesefahaman dan membawa keruntuhan terhadap perhubungan.. Buat apa nak paksa-paksa.. Cinta bukan boleh dipaksa-paksa.. Biarlah dengan rela hati.

5. Insan Lain
emmm yang nie juga adalah faktor kenapa hati berubah. Cinta nie kadang kala unik. Insan lain boleh membuat hati berubah. Kira macam hati berubah pada yang lain. Ini berlaku apabila wujud insan lain dalam diri pasangan tersebut. Dan mereka merasakan orang itu lebih baik dari pasangan mereka. Atau lebih menepati citarasa mereka. Perkara ini memang arr tak dinafikan.. tapi.. kalau itu satu-satunya perkara yang mmebuatkan hati berubah.. kita sebagai pasangan kene tahu apa yang menyebabkan hati pasangan kita berubah pada yang lain.. Mesti ada yang tak kene pada diri kita sehingga membuatkan pasangan kita berubah pada yang lain.

Yang nie jer nak gariskan... Tapi kalau dah jodoh tak kemana.. Kita manusia hanya merancang sahaja.. Tetapi tuhan yang tentukan.. Kadangkala kita ditemukan dengan orang yang salah pada mulanya... dan kemudian kita akan dapat yang lebih baik. Kerna tuhan itu maha adil. Setiap apa yang diberikan pada kita.. walau siapapun pasangan yang diberikan olehnya kita patut bersyukur kerna ada hikmah disebalik pemberiannya. Berdoalah untuk mendapat pasangan yang benar2 membuat kita bahgia di dunia dan di akhirat. Aminnnnn....

Monday, May 3, 2010

Ish..Ish... Aku Kelaparan

Emm... dah 2 hari tak menyentuh blog kesayangan ku ini.... Al-maklumlah... Kalau dah cuti memang tak usik dah sumer tu.. he..he...

laparnyer.... Tapi takleh makan.. Nak kata puasa taklah.. (Tak abis ganti posa lagik nie) Memang perut nie lapar tapi masih tak boleh makan. Dah 3 ke 4 hari yak boleh makan someting. kalau makan pun dalam amount yang sedikit... Kalau tak terus muntah...

Pe kena agaknyer yer... Nak kata anne mendietkan diri dari memakan segala macam benda tak pulak. Walaupun memang niat hati nak kembali slim seperti dulu.. He..he... Risaunyer... Anne just minum air jer...

Semalam sian mak ann... macam rasa bersalah lah pulak. Dia siap masakkan nenas campur ikan masin lagi.. Sedap tu.. Tapi sedikitpun Anne tak sentuh.. Hu..hu.. Mak maafkan anakmu... Memang tak boleh makan dah... Petangpun balik singgah kat pengkalan balakpun order mee sup pun tak dimakan.. Aiseh.... Aper kene dengan perut ku ini..

Nak gi klinik takut arrrr... Nanti dia kata.. macam2 yang tak boleh diterima  uihhhhh. Gawat... Sampai bila nak macam nie.. hu..hu... Tengah hari nie pun anne masih tak boleh makan lagi.. minum air jer... huh... cepatlah pulih...

Theme Support

Tuan Tanah Ye!

My photo

Write To Express My Thoughts And Feelings,
Like Simple. Not Talk Too Much Unless Needed.
Done!

Jom Klik!

Popular Posts

Blog Archive

MY READER

MY ONLINE STUFF (Sampingan)