Monday, May 17, 2010

Nasihat Ibu Kepada Anak Perempuannya

Barusan sahaja pulang dari kampung... Tak cukup rehat nie lagi.. rasa macam nak cuti lebih lama lagi.. Pergi jalan-jalan... tenangkan fikiran huh...

Nak cerita aper lagi nie.. always talk about personal life.. dah nama pun blog personal... Rasa terkedu jer bila dengar apa parent kata pada anne. Betul apa parent kata... tapi hati nie susah nak buat keputusan.. mana lagi tempat nak luahkan melalinkan blog nie jer.. Dari pendam lama2 baik anne duk catat kat sini.. mana-mana leh wat peringatan dan pengajaran ker,... pedoman ker kat u all semua..

Mak kata, hal nikah kahwin nie bukan perkara sehari dua. Nie untuk selamanya... Nak cari jodoh tu biar yang betul-betul sepadan... Sekarang banyak yang salah pilih jodoh.. Awak tu ada pelajaran tinggi, nak caripun biarlah yang sepadan dengan awak. Bukan nak mak ngan ayah nak menantu yang kaya-raya, harta bertimbun-timpun, berkereta besar, bergaji besar.. Kerja Pangkat tinggi, Tapi carilah yang betul2 dapat menampung kehidupan awak.

Mak ayah dah hidup susah, Takkan awakpun nak hidup susah. Fikirlah... pada siapa mak dan ayah nak harap lagi melainkan anak-anak. Mak ayah dah tua.. kalau anak2 susah dengan siapa lagi mak dan ayah nak minta tolong. Bukan dekat awak ker. 

Tiada ibu bapa nak anak dia hidup susah. Semua mak ayah nak anak dia hidup senang, dapat suami yang boleh jaga dan bagi kesenangan pada anak dia. Bukan kekayaan yang nak dicari. Nak cari suami biarlah ada pekerjaan tetap. Agama sahaja tak cukup. Jangan cari suami yang harinie kerja esok tak kejer duduk rumah sahaja. Mengharapkan isteri... Mentang2 isteri berpelajaran tinggi. 

Jangan nak nikah hanya kerana suka-sama suka. Hanya kerana cinta. Pilihlah yang benar-benar sepadan. Untuk masa depan awak juga. Fikirlah. Mula-mula berdua sahaja, lepas tu bertiga, berempat ...berlima... Bukan senang-senang nak tanggung kehidupan lepas berkahwin. Sebelum awak bernikahlah awak kene fikir masak-masak. Dah bernikah dah tak boleh buat apa lagi. Nasi dah jadi bubur. 

Takkan dah nikah nanti suami awak nak mengharap duit awak sahaja? Terbalik pulak.. Sepatut dia yang tanggung awak.. nie awak yang nak tanggung dia. Nak ke esok hidup awak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. mak dan ayah nak awak bahgia...

Nie sementara mak ayah masih hidup nie, mak ayah curahkan kasih sayang dekat anak-anak.. Dah tutup mata nanti dah takda kasih sayang lagi dah. Yang ada kasih ayang dari anak-anak.. Itupun kalau anak tu soleh dan solehah. Inagtlah baik-baik.. penat-penat mak dan ayah besarkan awak.. dah 24 tahun mak ayah besarkan awak.. Bagi pelajaran tinggi dekat awak... Hantar awak masuk universiti... Penuh harapan mak ayah beri dekat awak.. Fikirlah.. Kenanglah jasa mak dan ayah.. Fikirkanlah adik2 awak yang masih kecil nie.

Anne, awak fikirkanlah baik-baik kata-kata mak dan ayah nie. Hal nikah kahwin bukan untuk sehari dua.. Mak dan ayah taknak awak menyesal kemudian hari. Carilah yang betul-betul sepadan dengan awak.. Jangan hanya kerana cinta.. Memang cinta itu buta.. tapi awak yang ada mata nie jangan turut sama buta. Awak duduk sorang-sorang dekat sini fikirlah baik-baik.. Buatlah keputusan yang benar-benar tepat dan menjamin masa depan awak. Mak nasihat selangi mata mak masih terbuka.. Kalau mata mak ayah dah tertutup awak faham-faham lah.

Anne terus terdiam sepanjang perjalanan pulang ke Melaka.. Benar kata mereka.. Mak ayah... Anne akan ikut kata-kata mak dan ayah... Terima kasih atas nasihat dari mak dan ayah... Anne akan pegang nasihat dan harapan mak dan ayah...

kepada kawan-kawan. tiada ibu bapa yang ingin anaknya hidup susah.. fikirkanlah terutama kepada si gadis yang ingin mencari suami.

ps: pasrah menerima segalanya.. mungkin tiada jodoh antara kita.. andai ada kita bertemu lagi..

2 comments:

Daleela said...

tapi kalau lelaki terlampau banyak duit.. rambang mata cari lain..sebab dia rase dia mampu.. sy pilih yang sederhana.. yang mampu sayang saya. dan mampu bg sy makan. Yg lebih2 sy nak pakai guna duit sendiri..Saling lengkap melengkapi..

Annaz Mohd said...

pilih la yang terbaik..
yang penting restu mak ayah...

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...