Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Friday, May 21, 2010

Sumpah Atas Nama Allah

Friday, May 21, 2010 Posted by Ann Mohamad 6 comments

SAYA ada beberapa soalan. Saya pernah bertengkar dengan sahabat saya dan disebabkan marah, saya bersumpah di depannya (dengan nama Allah dan al-Quran) tidak akan keluar dan berjumpa dengan dia lagi.
Saya juga bersumpah kalau selangkah saya jejakkan kaki keluar untuk berjumpa dengan dia, biarlah Allah tarik nyawa saya pada masa itu juga.


Adakah sumpah saya akan menjadi kenyataan walaupun bersumpah ke arah keburukan dan kematian?
Andainya saya menyesal perbuatan itu, bagaimanakah caranya untuk menarik balik sumpah saya? Adakah saya akan dilaknat Allah jika melanggar sumpah?
Saya menyesal terlalu mengikut perasaan. Apa harus saya lakukan dan dengan siapa harus saya rujuk perkara ini?
HAMBA ALLAH
Johor

Begitulah perangai manusia yang disebutkan dalam al-Quran ayat 11 surah al-Israk bahawa “manusia akan berdoa supaya ditimpa kejahatan sepertimana dia berdoa supaya dia mendapat kebaikan kerana manusia itu bersifat penggegas.”
Sifat terburu-buru dan mahu cepat kadangkala menjadi kelemahan manusia; ketika ditimpa ujian dan kesusahan dia gelisah dan tidak dapat mengendalikan diri, dia menyumpah, mengeluh dan merasa bencana itu terlalu berat sehingga mendoakan keburukan pada diri sendiri.


Dalam keadaan ini sumpah dilakukan dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Mohon ampun daripada Allah atas segala keterlanjuran dan latih diri mengurangi sifat ini.


Di waktu susah, jangan mudah cemas sehingga merugikan diri, di waktu untung pula jangan mudah gembira sehingga lupa diri. Sumpah yang tidak baik perlu ditinggalkan, apalagi sumpah untuk memutuskan persaudaraan.


Petikan dari MyMetro

Bahaya sumpah menggunakan Nama Allah, lebih-lebih lagi di ats Al-Quran.. Anne ada pengalaman yang benar2 terjadi akibat bersumpah dengan nama Allah dan atas Al-Quran. Kisah zaman-zaman belajar dedululah. Berlaku kecurian di dalam rumah. Jadi semua tidak mengaku jadi pendekatan yang diambil setelah dirujuk kepda pihak-pihak tertentu. Student dalam rumah tu buat bacaan Yaasin sesama mereka dan mereka minum air Yaasin tersebut.

Selepas tu student nie semua, sorang2 masuk bilik sumpah atas Al-Quran yang mereka tak curi. Tuhan nak tunjuk sekejap je. Malam tu jugak salah seorang dari Student tersebut sakit, badan panas, deman, dan macam2 lagi.. Sejak malam tu, macam2 musibah menimpa dia.. Dan itu petunjuk sebenarnya. Memang duit tu dipulangkan semula tapi... Tak penah mohon maaf atas kesilapan tu.. Jadi dia menanggung padah..

Oleh itu jangan sesekali bersumpah atas Nama Allah Swt atau Al-Quran.. Nanti memakan diri..

6 comments:

ardinihumaira said...

mainkan nama Allah tu berdosa... sumpah dengan nama Allah untuk kebaikan tak apa.. ni membohongi demi menutup kejahatan diri memang tak boleh.. moga kita ambil iktibar :)

Sofia said...

salam. actually saya penah alami scene sumpah-menyumpah ni dalam keadaan marah. tp skang sy dh mnyesal & dalam usaha mengurangkan sikap ni :) thanx for the info btw :)

feel free to click >>>coyotitoAIMD

Ms. Ann said...

Memang bahaya bab sumpah2 nie... Mintak jauhkanlah.. Nanti memakan diri sendiri.. Nauzubillah Hi minzalik

wadud@duad said...

ikutlah contoh Imam Al Qhazali, beliau tidak pernah dan sangat takut untuk bersumpah atas nama Allah..

menurut sya kan, awk dah bersumpah ats nama Allah x nak jumpa dia, so betol kan awak x jumpa dia?itu dah x menjadi masalah, yang kedua, awk xsengaja nak bersumpah ats nama Allah, datang dari emosi, melainkan awk sudah tahu ketika itu dan sengaja melakukannya supaya si dia anggap awk serius, yang ketiga, bertaubatlah dan berbuat baik kepada orang lain, lakukan taubat nasuha supaya Allah memaafkan dirimu, sebab tiada kemaafan yang selayaknya melainkan dari Allah.. insyaallah Allah memaafkanmu kerana Dia adalah yang maha Pengampun ..:-)

asmariamy said...

assalamualaikum, Pn.hawa(cahayawanita.blogspot.com) ada tinggalkan komen di blog isteri saya(edarannama.blogspot.com) mengenai masalah cik.

Soalan saya semasa melafaskan sumpah cik dalam yang macam mana? sedarkan diri atau tidak? niat yang macam mana, mungkin didorang oleh marah?? hanya saudari yang boleh jawab.

tapi sebelum tu saya nak katakan saya tak pandai dan tidak berapa arif, setakat berkongsi sahaja.

1) bertaubat dan meminta agar diampunkan segala perbuatan yang lampau. minta ampung yang sungguh2 menyesali apa yang tlh berlaku dan tarik balik kata2 yang lampau, taubat.
2) cuba hubungi kawan tersebut melalui telefon utk meminta maaf dan berbaik.
3) solat sunat istiqorah utk Allah beri petunjuk samada nak jumpa atau tidak.
4) jika ditakdirkan berjumpa sebaiknya jangan cik melangkah keluar sebaliknya minta kawan yang datang(ini cuma pandangan saya)..

ini sahaja yang boleh saya cuba konsikan, sebaiknya cik boleh rujuk kepada mereka yang lebih arif.

segala yang baik hanya dari Allah dan yang kurang datangnya dari saya,
Bersungguh2lah dalam meminta ampun Insyah Allah akan diampunkan, sebab Dia Maha Pengasih lagi Penyayang dan Maha pengampun..

..adam..

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam ann..itu je awe dapat bantu..awe tak da bnyk sgt ilmu so awe bgi pada yang layak......ape2 pun semoga persoalan ann terjawap nye

Theme Support