Friday, June 27, 2014

Ramadhan Yang Dinanti

Alhamdulillah... Ramadhan semakin hampir.. Ahad ini bermulalah Ramadhan dimana semua umat Islam akan menunaikan Ibadah berpuasa... Tidak kurang juga bangsa lain yang ada juga turut berpuasa untuk merasakan bagaimakah umat Islam berpuasa.... Alhamdulillah..

Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang pastinya bermakna.. walaupun Ramadhan tahun lepas banyak menguji keimanan disaat mengandungkan bidadari tersayang.. Namun Alhamdulillah.. semuanya dijalani dengan tabah, sabar dan redha atas segala ketentuan Allah swt.. alhamdulillah... selamat juga akhirnya..

Ramadhan tahun ini diharapkan segalanya urusan dipermudahkan.. terutama urusan menunaikan ibadah, mendekatkan diri kepada Allah swt dan urusan bersama bidadari tersayang.. dan juga masa bersama keluarga tersayang. Sepertimana tahun lepas menjalani ibadah puasa bersama keluarga tersayang, mak ayah dan adik-adik.. dan tahun ini begitu juga bersama bidadari tersayang...

Persiapan raya... macam biasa.. tiada apa-apa planing... mood berhari raya bila dah tua-tua nie macam tak berasa.. mungkin lebih pada bidadari dan anak-anak buah yang disayang ... Ramai tuh.... Harap budget tahun nie cukuplah... Moga segala rezeki dicukupkan...

apapun... buat rakan--rakan.. selamat menjalani ibadah puasa.. selamat berbuka bersama insan-insan yang anda sayang...

Selamat berpuasa....

With Love bidadari ....

Single and Feeling lonely

Hidup single dan merasa sunyi kadang lebih baik daripada kita punyai pasangan tetapi merasa sunyi. Ramai antara rakan yang kerap mengeluh dipinggirkan pasangan. Pasangan tidak memahami. Pasangan jarang datang bersama. Pasangan jarang luangkan masa.

Ia nampak sesuatu yang tidak bahgia disitu. Seharusnya apabila punyai pasangan, kita akan merasa lebih bahgia, gembira.. Berkongsi segalanya bersama pasangan. Meluangkan masa bersama pasangan.

Memang tak dinafikan.. mana ada yang perfect... Namun kesempurnaan itu kita boleh wujudkan dengan cara kita dan pasangan tersendiri... Biar apapun keadaan tersebut..

Apapun.. saya tetap mendoakan kebahgiaan rakan-rakan saya.. Semoga mereka bahgia dengan pasangan mereka walaupun sentiasa menghadapi gelora amarah dihati... Walaupun sering dilanda emosi yang tidak menentu..

Selamat berbahgia...


Bahaya Bawa Baby Macam tu...

Semasa dalam perjalanan pulang kerumahku syurgaku... Terlihat motorsikal yang dinaiki sepasang suami isteri... Masa itu rasa macam tersentap saja perasaan ni..

Opsss Kenapa nak sentap pula???? Ada kena mengena ke?

Sejak menjadi ibu ini, naluri keibuan semakin menebal.. Yelah lihat si isteri dibelakang tidak memakai helmet, hanya suami yang pakai helmet.. Lebih terasa... si isteri sedang mengendong anak ditangannya .. Bayi lagi rasanya sekitar 3 bulan rasanye...

Bahayanya..bagi sayalah.. mungkin baru ambil anak dari rumah pengasuh... Mengucap panjang anne lihat..

Yelah.. malang tidak berbau.. macam macam  boleh jadi..

Friday, June 20, 2014

Oh Kedai Makan!

Berehat sebentar..

Salam jumaat penuh barakah... Tetiba-tiba nak mengupdate sesuatu dekat blog ini...
Baru balik dari kedai makan nun dekat sini.. Nama kedai memang dah nampak femes... Cuma tang servis dia.. alahai... moh sini anne cite..

biasanya dia niaga nasi ayam sahaja.. meh review sikit pasal nasi ayam dia.. Gambar tak ambik dan nama kedai juga dirahsiakan demi menjaga kepentingan dan menutup aib kedai..

nasi ayam: sedikit, mujur berasalah jugak nasi ayamnya
Ayam: sedikit...
Timun: kadang-kadang dah macam layu tak fresh
Sup: Kira oklah jugak....
Harga : RM5.00 kut...

Ini hari pergi makan.. so dia ada buat nasi campur... ada lah 2 3 jenis lauk + air sirap.. maybe pakej kut.. tapi tak ambil pun sebab tengk lauk tak menarik. orderlah NASI GORENG AYAM KUNYIT.. + MILO AIS...

Kira airnya cepat sampailah.. oklah jugak nak hilangkan dahaga. hampir 15 minit tunggu order sampai... datang seorang lelaki yang juga pelayan merangkap anak toke kedai..

"kak...nasi goreng kunyit tak ada..."
Punya terbakar rasa hati... cakap awal-awal tak boleh kew? Nasib baik memang tengah lapar... Pastu suruh dia buat nasi ayam je.. huh..huh..

Lepas tu pakin ramai datang kedai dia.. order nasi ayam juga.. nak bungkus...

Al-kisahnye... lambat servisnya... Nak tau????

Rupanya yang tukang potong ayam dan hidang nasi ayam toke kedai.. kira ayah merekalah... yang dua orang lagi amik order dan buat air.. emak dia.. memasak goreng-goreng dekat tingkat atas.. Orang duk berduyun-duyun.. ayahnye naik atas.. mungkin tolong buat goreng-goreng.. Anak-anak dia sibuk kehulu-kehilir.. orang yang tunggu dah naik geram...

takkan lah tak boleh buatkan nasi ayam.. nie nak tunggu ayah dia juga yang datang.. aduhai.. servis apakah ini????

Worse!!!!!

Thursday, June 19, 2014

Mengantuknya

Ya Allah....

Mengantuknya rasa... letih betul rasa badan ni... matapun layu je. Lain macam betul mengantuknya.... tahap gaban...

nak focus pun susah... apapun selesai juga sesi update info dekat FB... stop dengan FB yang pastinya menyesakkan... jadi remove mencari lebih ketenangan.

kalau tak tenang juga.. remove everything la... he..he...

ok ngantuk... tdo dulu.....

daaaa....daaaaa

Wednesday, June 18, 2014

selfie.....

perasan!

Tuesday, June 17, 2014

Adik Aariz dan penyakitnya

Dapat khabar berita dari salah seorang pelanggan... Anaknya menghidap penyakit bengkak hati... sekarang umurnya setahun sebulan.. Masih tidak sembuh lagi.. Kasihan anak itu.. Apalah yang dapatku bantu melainkan memberikan semangat kepada ibunya sambil membantu mencari sumber maklumat tempah kearah penyembuhan anaknya..

Doktor telah menyarankan anaknya menjalani pemondahan hati.. Ya itu adalah solution yang baik.. namun kebarangkalian selamat menjalani pembedahan... dan kebarangkalian akan sembuh bagaimana?

huh.. Ya allah.. kurangkan penderitaan kesakitan anak kecil itu dan kau tabahkan hati kedua orang tuanya dalam menghadapi dugaan yang berat ini.,

Bagaimana pula jika aku berada ditempatnya.. Sedangkan bidadari dah demam sedikit sahaja aku sudah bagaikan tak karuan..

Moga adik Aariz cepat sembuh....

Monday, June 16, 2014

Bidadari demam .... oh klinik kerajaan

Pagi2 around 3 pagi terjaga bila terasa haba panas... rupanya haba dari bidadari.. tak pernah panas macam nie... demam rupanya... pertama kali anak ibu demam sejak lahir....

mujut dia tak nangis... tapi kelihatan manja sahaja... alahai anak ibu.

pagi bawa dia ke klinik.. Ya allah.. lambat sungguh menanti waktu... datang jam 8.30 tapi lambat nya.. kelihatan nurse membelek2 buku2 kesihatan yang ada situ... dipilih- pilihnya.. bukan dah ada no giliran.. ikut sahaja lah.. nie dipilih-pilih.. alahaiiii..... anakku demam nie...

kasihan juga ibu-ibu mengandung yang masih menunggu giliran.. kemana perginya nurse-nurse yang ada... takkan hari isnin masih kosong lagi....

bidadari meraung-raung... mungkin tak sedap badan.. sampai giliran bidadari itu pun dah tengah hari...pergi timbang dahulu.. dinangisnya kuat-kuat.. sabar ye sayang.. kejap je..

masuk pula bilik nurse nak check suhu badan dan konsultation sekali... bla...bla... lepas tu kebilik 1 berjumpa doktor... doktor check suhu badan lagi dan badan bidadari yang gatal-gatal dan ada bintik-bintik merah.. doktor pyn check tekak bidadari... lepas check tekak bidadari nangis kuat-kuat... Ya allah sayang.. sabar ye... ada merah ditekaknya..  panas dalam...

doktor arahkan ambil darah... aduhai... suspek denggi ke... anak ibu dijaga rapi... takkan sakit gitu..

menunggu pula waktu nak ambil darah dibilik kecemasan... lagilah lama... bidadari dah mengamuk-ngamuk... agaknya kalau dia boleh bercakap pasti kata.. CEPATLAH SIKIT!!!!!

Bawa dia masuk bilik penyusuan... susukan dia dulu... apapun susu ibu paling berkhasiat....he..he... siap susukan pun nama dia xdipanggil-panggil lagi... huh..huh.... perut dah lapar tak sempat.sarapan... apa-apapun selesai urusan bidadari dulu...

nama bidadari dipanggil untuk ambil darah... doktor suruh baringkan dia.. bagai mengerti dia akan dicucuk.. bidadari menangis teresak-esak.. menjerit-jerit.. inilah kali pertama melihat bidadari nangis begitu... doktor bedung dia...dan ambil darah ditangan dia.. bidadari menangis tak henti2... sampai kelihatan biru bibir dia.. muka merah padam...

Ya allah.. seksanya ibu lihat... meleleh air mata ibu... rasa biarlah ibu gantikan tempat anak ibu.... selesai terus peluk bidadari... kuat sungguh dia nangis... keluar dari bilik tersebut semua orang pandang.... emmm mungkin suara bidadari nangis kuat sangat sampai kedengaran diluar...

kemudian hantar darah ke makmal pula... menunggu lagi...... dah dapat terus ke bilik 1 jumpa doktor.. masih tunggu lagi....

nama bidadari dipanggil... alhandulillah.. tiada denggi... menunggu giliran ambil ubat pula....

sampai rumah semula jam 1.15 mcm tu... terus bagi bidadari ubat dan tidurkan dia..

setengah hari di klinik... siksanya menunggu diklinik kerajaan... sabar jelah...

Saturday, June 14, 2014

Ramainya Mental Disorder

Hai... Selamat tengah hari..

Mengupdate sesuatu untuk meringankan badan sebentar sambil mengasah otak untuk menghasilkan idea-idea yang baru....

Berkisar peristiwa semalam sewaktu pulang kerumah.. melihat kesesakan jalan di traffic light.. Tertanya-tanya dihati kenapa sesak pula.. sedangkan lampu sudah hijau. Ada kemalangan kah? Tapi tiada bunyi ambulan pun. Kereta bergerak perlahan-lahan.. sampai ditempat kejadian kelihatan seorang lelaki duduk cangkung ditengah-tengah laluan... dalam hatiku berkata.. mungkin meratapi ahli keluarga yang kemalangan ataupun dia terlibat dalam kemalangan.. tiba-tiba lelaki itu bangun dan menghayun tangan dan berjalan0-jalan tanpa mengira kenderaan yang ada.

emm rupanya dia kurang ingatan atau mental disorder...

ramai juga dijalanan sekarang orang menghadapi masalah gila... atau kurang waras.. berjalan dengan pakaian compang camping .. ada juga yang brpakaian elok tetapi bercakap dan menjerit seorang diri...

mungkin dahulunya mereka ok.. tetapi menghadapi maslah atau peristiwa yang mengubah kehidupan mereka...

Ya allah.. moga aku dan keluargaku dilindungi dari semua itu..
biarpun menghadapi seberat mana maslah sekalipun.. kawallah diri.. minda dan hati agar tetap berpegang teguh kepada Allah swt.. dan menerima ketentuan qada dan qadar allah...

Insya Allah

Review Buku: Bangkitlah Selepas Bercerai: Mencari Ketenangan Diri




RAMAI insan yang apabila bercerai akan pergi melancong ke tempat-tempat seperti Isle Guadalupe di Mexico, Sun Valley di Idaho atau Las Vegas bagi merawat dan menceriakan hati yang terluka.

Maka, meriahlah pusat-pusat peranginan seperti ini, khasnya pada musim cuti, ketika hujung tahun atau masa perayaan tertentu apabila lelaki dan wanita yang kesunyian ini menghabisi masa bersedih bersama orang asing yang dapat menerima mereka dengan hati terbuka.

Sebenarnya... pencarian sebuah ketenangan itu tidak wajar dimulakan dari luar. Sebaliknya, ia bermula dari diri kita sendiri.

Kita mungkin boleh melancong menghabiskan ribuan ringgit bagi menghiburkan hati. Tetapi, bila tiba waktu malam atau saat terbangun daripada tidur, kesedihan itu pasti akan menggamit jiwa-jiwa yang lemah dan penuh pengharapan kepada sebuah kebahagiaan.

Tangan meraba-raba ruang kosong di sebelah tetapi cadar terasa sejuk kerana tiada penghuni. Lalu... apa reaksi kita? Tangisan mula berlagu dan kesedihan pun hadir menemani siang dan malam...

Sebenarnya, kita tetap mampu berbahagia walaupun tiada suami atau isteri di sisi kerana ia berbalik kepada diri sendiri.

Biarlah perkahwinan yang telah terbina selama ini mencapai usia 10, 11 atau 12 tahun sekalipun, namun ia bukanlah satu alasan untuk mengatakan yang kita tidak akan mampu lagi hidup bahagia dan gembira selepas kehilangannya... bercerai atau diceraikan.

Perkara yang menghalang daripada mencapai kebahagiaan ialah diri kita sendiri, bukannya orang lain. Kebahagiaan itu ada di dalam hati kita. Tiada siapa yang akan dapat mengambilnya daripada kita... kecuali sendiri. Baiklah. Sekarang saya ingin membantu cara untuk merawat hati yang terluka dan kecewa selepas perceraian.

KEYAKINAN KUNCI KETENANGAN

Langkah pertama ialah yakin bahawa semuanya akan okey. Ramai yang tidak percaya dan gagal memahami bahawa kuasa keyakinan adalah sangat hebat.

Tahukah kita bahawa suatu ketika dahulu, ramai orang percaya bahawa adalah mustahil untuk berlari sejauh sebatu dalam masa kurang empat minit, sehinggalah ia dapat dibuktikan oleh Roger Banister pada 1954? Apabila ditanya bagaimana dia boleh melakukan larian tersebut. Dia menjawab: “Saya percaya yang saya boleh melakukannya!”

Tidak sampai setahun selepas itu, hampir 40 pelari telah dapat melakukan perkara yang sama dengan catatan masa kurang daripada empat minit. Pada tahun berikutnya, seramai 300 pelari telah dapat memecahkan rekod larian kurang daripada empat minit. Perkara ini berterusan sehinggalah kini.

Kita mungkin pernah memiliki komputer ataupun mesin taip. Tetapi, pernahkah kita bertanya kenapa aksara disusun seperti yang dilihat di atas papan kekunci tersebut? Ramai orang percaya huruf-huruf disusun sebegitu dengan tujuan untuk memudahkan kerja-kerja menaip.

Namun, tahukah kita bahawa sebenarnya ia disusun sebegitu rupa dengan tujuan untuk melambatkan urusan menaip. Alasannya? Pengusaha komputer atau mesin taip itu sebenarnya bimbang sekiranya ramai orang menaip dengan laju dan cepat, ia akan mengakibatkan kerosakan pada alatan tersebut.

Apa yang penting sebenarnya ialah kepercayaan kita.

Kepercayaan serta keyakinan itulah yang menentukan had dan siapakah diri kita. Inilah juga yang menentukan apakah yang mampu kita buat. Namun, yakin adalah perkara yang mudah disebut. Tetapi, tidak ramai yang benar-benar mampu melaksanakannya. Ini dibuktikan di dalam sejarah apabila ALLAH menceritakan kisah pasukan Thalut yang menentang tentera Jalut.

ALLAH menceritakan dengan jelas:
 
Maka, tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, dia berkata: “Sesungguhnya ALLAH akan menguji kamu dengan satu sungai. Sesiapa di antara kamu yang meminum airnya, maka dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, kecuali mencedok secedok tangan, maka dia adalah pengikutku.” Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Tatkala Thalut dan orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang yang telah meminum air sungai sebelum itu berkata: “Tidak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya.” Orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui ALLAH berkata: “Bukankah telah terjadi berapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin ALLAH? Dan ALLAH bersama dengan  orang yang sabar.”  - Surah al-Baqarah: 249
 
Yakinlah bahawa semuanya akan berakhir dengan baik. Inilah salah satu syarat untuk mendapatkan sebuah ketenangan jiwa selepas bercerai. Yakinlah bahawa sekalipun keadaan tidak menyebelahi kita dan situasi nampaknya tersangat buruk seolah-olah mati pun adalah lebih baik, namun keadaan pasti akan menjadi semakin pulih serta bertambah baik.

Ucaplah bahawa dunia tidak akan menjadi kiamat dengan perceraian kita!

Katakanlah apa-apa sahaja yang dapat memberikan keyakinan!

Jangan sesekali menuturkan kata-kata putus asa!

Jangan putus asa sama sekali!
 
Jangan sesekali ingat itulah penghabisan bantuan daripada ALLAH!
 
Jangan begitu...

Yakinlah bahawa ALLAH itu Maha Penyayang dan kasih-NYA tiada penghujung. Hanya orang yang berputus asa sahaja berasa tidak yakin kepada ALLAH dan tidak percaya dengan rahmat-NYA yang Maha Luas. Sabar dan yakinlah bahawa segala-galanya akan pulih kembali.

ALLAH berfirman di dalam al-Quran:
 
Bukankah KAMI telah melapangkan untukmu dadamu? Dan KAMI telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu. Dan KAMI tinggikan bagimu sebutan (nama)mu kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah ke-sulitan itu ada kemudahan. Maka, apabila kamu telah selesai (daripada sesuatu urusan), kerjakanlah dengan ber-sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada TUHANmu-lah hendaknya kamu berharap. -  Surah al-Syarh: 1-8
 
ALLAH mengulang sebanyak dua kali dengan penegasan yang jelas bahawa pada setiap kesusahan itu pasti akan ada kesenangan dan kemudahan. Tugas kita pula adalah mempercayai dan meyakini bahawa ALLAH tidak akan mengabaikan manusia yang berharap serta meminta pada-NYA.

Bertenanglah... pilihlah jalan yang positif.

Firman ALLAH:
 
Dan hak bagi ALLAH (menerangkan) jalan yang lurus dan di antara jalan-jalan yang ditujui ada yang bengkok. Dan jika DIA menghendaki, tentulah DIA memimpin kamu semuanya (kepada jalan yang benar).  - Surah an-Nahl: 9
 
Ketenangan tidak akan dapat dicapai melalui jalan-jalan kerosakan dan membinasakan, sekalipun pada awalnya ia kelihatan mampu membawa kebahagiaan. Lumba motosikal, menikmati tubuh wanita atau lelaki dengan jalan haram, meminum arak, mengambil dadah atau melakukan pelbagai aktiviti yang salah dan rosak hanyalah membawa kepada duka lara yang berpanjangan. Ketenangan tidak akan dapat dicapai melalui kocakan air dan gelombang ombak nafsu yang membara.

Ia hanya tercapai dengan siraman kasih ILAHI dan kawalan diri yang mendamaikan jiwa. Ketenangan itu hanya boleh dicapai melalui jalan-jalan positif yang disebut sebagai ‘jalan menuju syurga.’ Ia adalah jalan menuju ALLAH. Detik kembalinya seorang hamba kepada ALLAH ialah sewaktu dia mula menginsafi kejadian dan tujuan hidupnya.

ALLAH memperingatkan:
 
Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, namun kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan daripada ALLAH serta keredhaan-NYA. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. - Surah al-Hadid: 20
 
Kembalilah kepada ALLAH dan ingatilah DIA. Yakinlah bahawa ALLAH tidak pernah mengabaikan hamba-hamba-NYA yang berdoa dan mengingati-NYA. Jalan pulang seorang hamba itu kadangkala dipenuhi oleh onak dan duri. Ranjau kehidupan itu perlu bagi menyedarkan insan tentang betapa jauhnya kita telah tersesat daripada ALLAH.

Copy Paste : Luahan hati No Marriage is Perfect

Sekadar copypaste dari laman yang dibaca..  Enjoy Read This... Memahami dan difahami...

Duhai sekalian isteri kedua.

Sedarlah kamu bahawa suami mu menyayangi isteri pertamanya lebih dari kamu. Jika dia sayangkan kamu lebih dari isteri pertamanya, sudah tentu dia akan menceraikan yang pertama sebelum menikahi kamu.

Ya, memang betul sangkaan kamu bahawa suami mencari yang lain dan menikahi kamu kerana ada kekurangan dalam rumahtangganya yang pertama. No marriage is perfect. Maka ada lelaki yang mencari wanita lain untuk mengisi kekurangan tersebut tapi ini tidak bermakna yang dia tidak bahagia dengan isteri pertama atau dia tidak lagi mencintai isteri pertama.

Sedarlah isteri kedua bahawa kamu adalah seorang “gap filler”. Seorang yang diambil untuk mengisi kekurangan; bukan untuk dijadikan yang utama. Suamimu memang menyayangi mu tapi tidak sepenuh hati. Hakikatnya, dia mengasihi dan mencintai isteri pertamanya jauh lebih mendalam berbanding dengan cintanya buat kamu. Kerana isteri pertama adalah wanita yang pertama bertahta di hatinya. Isteri pertama adalah wanita yang lebih lama mencintainya, membelainya, berbakti kepadanya, merawatnya semasa sakit, berkorban untuknya, menjadi permata hatinya, menjadi ibu kepada anak2nya. Kerana semua ini, isteri pertama akan sentiasa berada di tempat yang istimewa di dalam jiwa & fikirannya, sentiasa disayangi, diberi perhatian lebih dari kamu. Fahamilah dan redhalah dengan hakikat ini, duhai isteri kedua.

Madumu sedih bila suaminya menikahi kamu. Hatinya hancur. Sudah sekian lama dia mejadi satu-satunya ratu di hati suami yang dikasihi, tiba-tiba dia terpaksa berkongsi kasih dengan kamu. Pedih kan? Maka jangan irihati jika suamimu membelai dan memujuknya. Jangan marah jika isteri pertama diberikan lebih perhatian & kasih sayang dari kamu. Lelaki itu suaminya. Suaminya terlebih dahulu sebelum kamu hadir dalam hidup mereka. Redhalah, wahai wanita yang bergelar isteri kedua.

Jika isteri pertama kecewa atau marah, itu hak dia sebagai seorang isteri yang dimadukan. She has the rights to that emotion. Jangan cabar dia. Jangan hina dia. Jangan keji dia. Ingat lah, madumu wanita istimewa sebab dia terlebih dahulu yang berjaya menambat hati suamimu. Dan Allah telah memilih dia untuk diberi ujian dimadukan. Wanita itu memang istimewa. Doakan dia.

Ada kaum lelaki, selepas menikahi isteri kedua, kasih sayangnya pada isteri pertama melambung jauh lebih tinggi. Kenapa ya? Sebab mereka tahu bahawa isteri pertama sedang berkorban perasaan dan melawan cemburu yang hebat demi kebahagiaan suami. Itulah sebabnya suami menghargai dan menyayangi yang pertama lebih dari kamu. Disebabkan ini jugalah maka terdapat suami yang mula mengabaikan isteri kedua –- sebab mereka mula sedar walau apa pun kekurangan si isteri pertama, kebaikan yang datang darinya jauh lebih banyak. Ada suami yang kesal menikahi isteri kedua kerana mereka mula sedar betapa istimewanya isteri yang sedia ada, sedia setia. Renungkan lah, duhai isteri kedua.

Duhai isteri kedua. Kamu bukan perampas. Kamu bukan perempuan jahat. Kamu hadir untuk berkongsi kasih & mencari redha Allah sebagai seorang isteri. Kamu juga berhak untuk menerima kasih sayang dan layanan baik dari suami. Akan tetapi, sebagai "orang luar" yang masuk ke dalam keluarga yang sudah lama terbina, kamu perlu sedar bahawa kamu bukan yang utama dalam hidup suami. His first wife may no longer be the only one but she will always be The One.

Maafkan saya jika menyinggung perasaan. Saya bukan berniat untuk memperkecilkan atau menghina isteri-isteri kedua. Sekadar berkongsi pendapat. Semoga Allah memberi kekuatan pada semua isteri-isteri di alam poligami.

Friday, June 13, 2014

Kalau dia dah merajuk

Alahai.... xsuka nak pujuk-pujuk nie.. ofcoz memang fail punya... tapi kalau chenta hati dah merajuk...kenelah pujuk juga... kalau tak pujuk bikin gegar...

Alahai bidadari ibu nie... kalau merajuk... emmmm susahnya ibu nak pujuk... nangis slalu.. ibu pun tak faham kamu nak apa... kecik lagi dah pandai... dah besar nanti emmm xtahu ibu....

mesti ibu pujuk... satu2nya bintang hati.... mula tunjuk perangai satu persatu... ke sebab dimanjakan semua orang... bertuahlah kamu... sebab kamu sorang yang kecik....

susah juga ye nak menidurkan anak kecil... nak tidur pasti nangis-nangis.. golek sana golek sini.. jerit sana jerit sini... agak2 ibu masa kecik-kecik macam itu juga ker?

oklah... nak bebel tu saja.... sebab tgh bosan .... bidadari baru tidur....

da....da.... selamat malam.semua...

salam Jumaat

Assalamualaikum.... Terima kasih datang baca blog anne yang tak berapa cantik ni.. Tulisan pun entah apa-apa.. Buat apa tue? Hari ini 15 syaaban... Kepada yang berpuasa Selamat Berpuasa.... Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menjalani ibadh puasa selama sebulan. Pada yang belum menggantikan puasa yang tertinggal tahun lepas.. masih sempat untuk menggantikannya... Nanti bertimbun-timbun pula...

Nak tulis apa jer hari ni... sebab idea dikepala lama dah menghilang dek kesibukan menjaga bidadari.. dalam kepala dan kehidupan 100% untuk bidadari.. jadi tak da masa nak memikirkan perkara lain... he..he... Kalau ada masapun.. memang malas nak membuahkan fikiran supaya fikiran tak bercelaru...

biaslah.. hidup harus sentiasa diceriakan.. walaupun ia tak indah seperti impian... Siapa yang tak impikan kehidupan yang indah-ndah.. Tipulah.... Semua orang nak yang indah-indah.. Tapi.. harus kita tahu.. yang indah tu tak semuanya indah-indah belaka.. yang tak indah tu kadang kala lebih baik... emmm confius ayat nie...

Apapun.. pengalaman banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan.. bagaimana kehidupan yang indah dan bagaimana kehidupan yang tak indah... Keindahan yang hakiki adalah dari Allah swt... Bila dia beri keindahan itu.. nikmatuilah sepuasnya dengan rasa syukur.. apabila dia tarik keindahan itu.. redhalah dan terimalah juga dengan rasa syukur.. kerana pasti ada hikmah di sebalik semua yang telah diberikan pada kita....

emm apapun.. enjoy yourself.....


With Bidadari Chenta

Indahnya apabila selalu bersama bidadari ucuk ni.. Macam-macam ragam anak kecil boleh belajar... Agaknye macam tulah kita masa kecik-kecik dulu... Jenuh mak ayah jaga kite...

Apapun syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan merasa nikmat menjadi ibu...

Thursday, June 12, 2014

Mari Hidupkan Malam Nisfu Syaaban

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

PERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”

MEMBACA AL QURAN
MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA

PERBANYAKKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL,TAKBIR
Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar
Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

Copied from http://www.dapurkakjee.com/2013/06/nisfu-syaaban-bermula-malam-ni-lepas.html

Wednesday, June 11, 2014

Gatal Merenyam!

Tajuk tak boleh tahan...
Yelah.. sebut gatal menrenyam orang kata... aippp dah gatal memanglah merenyam...
Jangan salah sangka.. nie bukan gatal-gatal yang gitu-gitu..
Nie gatal-gatal penyakit di kulit..

Ada yang alahan dengan makanan, air, sabun,... dan ape-ape sajalah..
Sekarang nie memang tengah gatal merenyam.. Tak tahu why it happen.. dah banyak hari.. Still tak elok-elok lagi.. Jumpa doktor pun sudah.. Injek lagi tu... Masih tak ok-ok..

So.. if teruk juga.. kena pergi jumpa doktor pakar...
If masih tiada perubahan lagi..

No choice...

Ubat kampunglah jawabnyer..

Why?????

Kata orang manalah tahu... kut-kut termakan sesuatu yang tak baik.. or ada something yang tak kena.. or whateverlah... emm bukan taksub.. tapi kena berhati-hati... zaman sekarang manusia semakin mengundur.. Semakin advance semakin mundur.. Harap-harap hanya alahan biasa.. sian bidadari pun terkena tempiasnya.

Makanan yang patut dielakkan buat masa ini..

Seafood... emm mujur tak makan sangat seafood..
Daging, ayam.. ada beberapa jenis ikan yang tak boleh dimakan..
Alahai..... Vegetarianlah jawabnyer..

emmmm Sedap juga makan sup sayur brokoli... sayur everywhere....
Balik nie singgah pasar beli sayur lah.... cari yang freshy...

emm jupe lagi...

daaaa....daaa,,,,,

Murahnya Hati Menderma Macam ni

Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan. Amira
Abubakar from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang
serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan
hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan  segala
yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya
telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya
mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan
saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya
menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua
Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan
anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang
berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih
lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga
allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya
ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan. Amira Abubakar.

Copied From email...

Monday, June 9, 2014

cuti lame

Bestnyew bila cuti lelama... dapat spend masa bersama yang tersayang... lama tinggalkan dia atas urusan kerja... Lepas rindu yang amat sangat.

Love u bidadari

Sunday, June 8, 2014

Cukuplah ye

Benci itu hak individu...
Tetapi kebencian itu adalah penyakit hati
Penyakit hati itu bukanlah membahgiakan.seseorang
Kerana ia tidak akan pernah rasa bahgia

Perkara yang lepas telah berlalu
Tak perlu diungkit tak perlu dikenang
Namun bila ia kembali mendatang
Memang sakitnya tetap terasa

Tak perlu lagi mencari-cari
Kerana yang dicari takkan pernah kembali
Tak perlu bertanya khabar
Kerna khabar tidakkan dikirim....
Tak perlu menghantar pesan kerna takkan pernah dijawab-jawab

Cukuplah.....
Tidakkan ada lagi
Kerna sakitnya takkan pernah hilang selagi masih bernafas lagi

...........

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...