Saturday, June 14, 2014

Copy Paste : Luahan hati No Marriage is Perfect

Sekadar copypaste dari laman yang dibaca..  Enjoy Read This... Memahami dan difahami...

Duhai sekalian isteri kedua.

Sedarlah kamu bahawa suami mu menyayangi isteri pertamanya lebih dari kamu. Jika dia sayangkan kamu lebih dari isteri pertamanya, sudah tentu dia akan menceraikan yang pertama sebelum menikahi kamu.

Ya, memang betul sangkaan kamu bahawa suami mencari yang lain dan menikahi kamu kerana ada kekurangan dalam rumahtangganya yang pertama. No marriage is perfect. Maka ada lelaki yang mencari wanita lain untuk mengisi kekurangan tersebut tapi ini tidak bermakna yang dia tidak bahagia dengan isteri pertama atau dia tidak lagi mencintai isteri pertama.

Sedarlah isteri kedua bahawa kamu adalah seorang “gap filler”. Seorang yang diambil untuk mengisi kekurangan; bukan untuk dijadikan yang utama. Suamimu memang menyayangi mu tapi tidak sepenuh hati. Hakikatnya, dia mengasihi dan mencintai isteri pertamanya jauh lebih mendalam berbanding dengan cintanya buat kamu. Kerana isteri pertama adalah wanita yang pertama bertahta di hatinya. Isteri pertama adalah wanita yang lebih lama mencintainya, membelainya, berbakti kepadanya, merawatnya semasa sakit, berkorban untuknya, menjadi permata hatinya, menjadi ibu kepada anak2nya. Kerana semua ini, isteri pertama akan sentiasa berada di tempat yang istimewa di dalam jiwa & fikirannya, sentiasa disayangi, diberi perhatian lebih dari kamu. Fahamilah dan redhalah dengan hakikat ini, duhai isteri kedua.

Madumu sedih bila suaminya menikahi kamu. Hatinya hancur. Sudah sekian lama dia mejadi satu-satunya ratu di hati suami yang dikasihi, tiba-tiba dia terpaksa berkongsi kasih dengan kamu. Pedih kan? Maka jangan irihati jika suamimu membelai dan memujuknya. Jangan marah jika isteri pertama diberikan lebih perhatian & kasih sayang dari kamu. Lelaki itu suaminya. Suaminya terlebih dahulu sebelum kamu hadir dalam hidup mereka. Redhalah, wahai wanita yang bergelar isteri kedua.

Jika isteri pertama kecewa atau marah, itu hak dia sebagai seorang isteri yang dimadukan. She has the rights to that emotion. Jangan cabar dia. Jangan hina dia. Jangan keji dia. Ingat lah, madumu wanita istimewa sebab dia terlebih dahulu yang berjaya menambat hati suamimu. Dan Allah telah memilih dia untuk diberi ujian dimadukan. Wanita itu memang istimewa. Doakan dia.

Ada kaum lelaki, selepas menikahi isteri kedua, kasih sayangnya pada isteri pertama melambung jauh lebih tinggi. Kenapa ya? Sebab mereka tahu bahawa isteri pertama sedang berkorban perasaan dan melawan cemburu yang hebat demi kebahagiaan suami. Itulah sebabnya suami menghargai dan menyayangi yang pertama lebih dari kamu. Disebabkan ini jugalah maka terdapat suami yang mula mengabaikan isteri kedua –- sebab mereka mula sedar walau apa pun kekurangan si isteri pertama, kebaikan yang datang darinya jauh lebih banyak. Ada suami yang kesal menikahi isteri kedua kerana mereka mula sedar betapa istimewanya isteri yang sedia ada, sedia setia. Renungkan lah, duhai isteri kedua.

Duhai isteri kedua. Kamu bukan perampas. Kamu bukan perempuan jahat. Kamu hadir untuk berkongsi kasih & mencari redha Allah sebagai seorang isteri. Kamu juga berhak untuk menerima kasih sayang dan layanan baik dari suami. Akan tetapi, sebagai "orang luar" yang masuk ke dalam keluarga yang sudah lama terbina, kamu perlu sedar bahawa kamu bukan yang utama dalam hidup suami. His first wife may no longer be the only one but she will always be The One.

Maafkan saya jika menyinggung perasaan. Saya bukan berniat untuk memperkecilkan atau menghina isteri-isteri kedua. Sekadar berkongsi pendapat. Semoga Allah memberi kekuatan pada semua isteri-isteri di alam poligami.

No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...