Posts

Showing posts from June, 2014

Ramadhan Yang Dinanti

Alhamdulillah... Ramadhan semakin hampir.. Ahad ini bermulalah Ramadhan dimana semua umat Islam akan menunaikan Ibadah berpuasa... Tidak kurang juga bangsa lain yang ada juga turut berpuasa untuk merasakan bagaimakah umat Islam berpuasa.... Alhamdulillah..

Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang pastinya bermakna.. walaupun Ramadhan tahun lepas banyak menguji keimanan disaat mengandungkan bidadari tersayang.. Namun Alhamdulillah.. semuanya dijalani dengan tabah, sabar dan redha atas segala ketentuan Allah swt.. alhamdulillah... selamat juga akhirnya..

Ramadhan tahun ini diharapkan segalanya urusan dipermudahkan.. terutama urusan menunaikan ibadah, mendekatkan diri kepada Allah swt dan urusan bersama bidadari tersayang.. dan juga masa bersama keluarga tersayang. Sepertimana tahun lepas menjalani ibadah puasa bersama keluarga tersayang, mak ayah dan adik-adik.. dan tahun ini begitu juga bersama bidadari tersayang...

Persiapan raya... macam biasa.. tiada apa-apa planing... mood berhari …

Single and Feeling lonely

Image
Hidup single dan merasa sunyi kadang lebih baik daripada kita punyai pasangan tetapi merasa sunyi. Ramai antara rakan yang kerap mengeluh dipinggirkan pasangan. Pasangan tidak memahami. Pasangan jarang datang bersama. Pasangan jarang luangkan masa.

Ia nampak sesuatu yang tidak bahgia disitu. Seharusnya apabila punyai pasangan, kita akan merasa lebih bahgia, gembira.. Berkongsi segalanya bersama pasangan. Meluangkan masa bersama pasangan.

Memang tak dinafikan.. mana ada yang perfect... Namun kesempurnaan itu kita boleh wujudkan dengan cara kita dan pasangan tersendiri... Biar apapun keadaan tersebut..

Apapun.. saya tetap mendoakan kebahgiaan rakan-rakan saya.. Semoga mereka bahgia dengan pasangan mereka walaupun sentiasa menghadapi gelora amarah dihati... Walaupun sering dilanda emosi yang tidak menentu..

Selamat berbahgia...


Bahaya Bawa Baby Macam tu...

Semasa dalam perjalanan pulang kerumahku syurgaku... Terlihat motorsikal yang dinaiki sepasang suami isteri... Masa itu rasa macam tersentap saja perasaan ni..

Opsss Kenapa nak sentap pula???? Ada kena mengena ke?

Sejak menjadi ibu ini, naluri keibuan semakin menebal.. Yelah lihat si isteri dibelakang tidak memakai helmet, hanya suami yang pakai helmet.. Lebih terasa... si isteri sedang mengendong anak ditangannya .. Bayi lagi rasanya sekitar 3 bulan rasanye...

Bahayanya..bagi sayalah.. mungkin baru ambil anak dari rumah pengasuh... Mengucap panjang anne lihat..

Yelah.. malang tidak berbau.. macam macam  boleh jadi..

Oh Kedai Makan!

Berehat sebentar..

Salam jumaat penuh barakah... Tetiba-tiba nak mengupdate sesuatu dekat blog ini...
Baru balik dari kedai makan nun dekat sini.. Nama kedai memang dah nampak femes... Cuma tang servis dia.. alahai... moh sini anne cite..

biasanya dia niaga nasi ayam sahaja.. meh review sikit pasal nasi ayam dia.. Gambar tak ambik dan nama kedai juga dirahsiakan demi menjaga kepentingan dan menutup aib kedai..

nasi ayam: sedikit, mujur berasalah jugak nasi ayamnya
Ayam: sedikit...
Timun: kadang-kadang dah macam layu tak fresh
Sup: Kira oklah jugak....
Harga : RM5.00 kut...

Ini hari pergi makan.. so dia ada buat nasi campur... ada lah 2 3 jenis lauk + air sirap.. maybe pakej kut.. tapi tak ambil pun sebab tengk lauk tak menarik. orderlah NASI GORENG AYAM KUNYIT.. + MILO AIS...

Kira airnya cepat sampailah.. oklah jugak nak hilangkan dahaga. hampir 15 minit tunggu order sampai... datang seorang lelaki yang juga pelayan merangkap anak toke kedai..

"kak...nasi goreng kunyit tak ada...…

Mengantuknya

Ya Allah....Mengantuknya rasa... letih betul rasa badan ni... matapun layu je. Lain macam betul mengantuknya.... tahap gaban...nak focus pun susah... apapun selesai juga sesi update info dekat FB... stop dengan FB yang pastinya menyesakkan... jadi remove mencari lebih ketenangan. kalau tak tenang juga.. remove everything la... he..he... ok ngantuk... tdo dulu.....daaaa....daaaaa

selfie.....

Image
perasan!

Adik Aariz dan penyakitnya

Dapat khabar berita dari salah seorang pelanggan... Anaknya menghidap penyakit bengkak hati... sekarang umurnya setahun sebulan.. Masih tidak sembuh lagi.. Kasihan anak itu.. Apalah yang dapatku bantu melainkan memberikan semangat kepada ibunya sambil membantu mencari sumber maklumat tempah kearah penyembuhan anaknya..

Doktor telah menyarankan anaknya menjalani pemondahan hati.. Ya itu adalah solution yang baik.. namun kebarangkalian selamat menjalani pembedahan... dan kebarangkalian akan sembuh bagaimana?

huh.. Ya allah.. kurangkan penderitaan kesakitan anak kecil itu dan kau tabahkan hati kedua orang tuanya dalam menghadapi dugaan yang berat ini.,

Bagaimana pula jika aku berada ditempatnya.. Sedangkan bidadari dah demam sedikit sahaja aku sudah bagaikan tak karuan..

Moga adik Aariz cepat sembuh....

Bidadari demam .... oh klinik kerajaan

Pagi2 around 3 pagi terjaga bila terasa haba panas... rupanya haba dari bidadari.. tak pernah panas macam nie... demam rupanya... pertama kali anak ibu demam sejak lahir....mujut dia tak nangis... tapi kelihatan manja sahaja... alahai anak ibu. pagi bawa dia ke klinik.. Ya allah.. lambat sungguh menanti waktu... datang jam 8.30 tapi lambat nya.. kelihatan nurse membelek2 buku2 kesihatan yang ada situ... dipilih- pilihnya.. bukan dah ada no giliran.. ikut sahaja lah.. nie dipilih-pilih.. alahaiiii..... anakku demam nie... kasihan juga ibu-ibu mengandung yang masih menunggu giliran.. kemana perginya nurse-nurse yang ada... takkan hari isnin masih kosong lagi.... bidadari meraung-raung... mungkin tak sedap badan.. sampai giliran bidadari itu pun dah tengah hari...pergi timbang dahulu.. dinangisnya kuat-kuat.. sabar ye sayang.. kejap je.. masuk pula bilik nurse nak check suhu badan dan konsultation sekali... bla...bla... lepas tu kebilik 1 berjumpa doktor... doktor check suhu badan lagi d…

Ramainya Mental Disorder

Hai... Selamat tengah hari..

Mengupdate sesuatu untuk meringankan badan sebentar sambil mengasah otak untuk menghasilkan idea-idea yang baru....

Berkisar peristiwa semalam sewaktu pulang kerumah.. melihat kesesakan jalan di traffic light.. Tertanya-tanya dihati kenapa sesak pula.. sedangkan lampu sudah hijau. Ada kemalangan kah? Tapi tiada bunyi ambulan pun. Kereta bergerak perlahan-lahan.. sampai ditempat kejadian kelihatan seorang lelaki duduk cangkung ditengah-tengah laluan... dalam hatiku berkata.. mungkin meratapi ahli keluarga yang kemalangan ataupun dia terlibat dalam kemalangan.. tiba-tiba lelaki itu bangun dan menghayun tangan dan berjalan0-jalan tanpa mengira kenderaan yang ada.

emm rupanya dia kurang ingatan atau mental disorder...

ramai juga dijalanan sekarang orang menghadapi masalah gila... atau kurang waras.. berjalan dengan pakaian compang camping .. ada juga yang brpakaian elok tetapi bercakap dan menjerit seorang diri...

mungkin dahulunya mereka ok.. tetapi menghadap…

Review Buku: Bangkitlah Selepas Bercerai: Mencari Ketenangan Diri

Image
Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/buku/bangkitlah-selepas-bercerai-mencari-ketenangan-diri-1.104986


RAMAI insan yang apabila bercerai akan pergi melancong ke tempat-tempat seperti Isle Guadalupe di Mexico, Sun Valley di Idaho atau Las Vegas bagi merawat dan menceriakan hati yang terluka.

Maka, meriahlah pusat-pusat peranginan seperti ini, khasnya pada musim cuti, ketika hujung tahun atau masa perayaan tertentu apabila lelaki dan wanita yang kesunyian ini menghabisi masa bersedih bersama orang asing yang dapat menerima mereka dengan hati terbuka.

Sebenarnya... pencarian sebuah ketenangan itu tidak wajar dimulakan dari luar. Sebaliknya, ia bermula dari diri kita sendiri.

Kita mungkin boleh melancong menghabiskan ribuan ringgit bagi menghiburkan hati. Tetapi, bila tiba waktu malam atau saat terbangun daripada tidur, kesedihan itu pasti akan menggamit jiwa-jiwa yang lemah dan penuh pengharapan kepada sebuah kebahagiaan.

Tangan meraba-raba ruang kosong di sebelah tetapi cadar terasa s…

Copy Paste : Luahan hati No Marriage is Perfect

Sekadar copypaste dari laman yang dibaca..  Enjoy Read This... Memahami dan difahami...

Duhai sekalian isteri kedua.
Sedarlah kamu bahawa suami mu menyayangi isteri pertamanya lebih dari kamu. Jika dia sayangkan kamu lebih dari isteri pertamanya, sudah tentu dia akan menceraikan yang pertama sebelum menikahi kamu.
Ya, memang betul sangkaan kamu bahawa suami mencari yang lain dan menikahi kamu kerana ada kekurangan dalam rumahtangganya yang pertama. No marriage is perfect. Maka ada lelaki yang mencari wanita lain untuk mengisi kekurangan tersebut tapi ini tidak bermakna yang dia tidak bahagia dengan isteri pertama atau dia tidak lagi mencintai isteri pertama.
Sedarlah isteri kedua bahawa kamu adalah seorang “gap filler”. Seorang yang diambil untuk mengisi kekurangan; bukan untuk dijadikan yang utama. Suamimu memang menyayangi mu tapi tidak sepenuh hati. Hakikatnya, dia mengasihi dan mencintai isteri pertamanya jauh lebih mendalam berbanding dengan cintanya buat kamu. Kerana isteri per…

Kalau dia dah merajuk

Alahai.... xsuka nak pujuk-pujuk nie.. ofcoz memang fail punya... tapi kalau chenta hati dah merajuk...kenelah pujuk juga... kalau tak pujuk bikin gegar...Alahai bidadari ibu nie... kalau merajuk... emmmm susahnya ibu nak pujuk... nangis slalu.. ibu pun tak faham kamu nak apa... kecik lagi dah pandai... dah besar nanti emmm xtahu ibu....mesti ibu pujuk... satu2nya bintang hati.... mula tunjuk perangai satu persatu... ke sebab dimanjakan semua orang... bertuahlah kamu... sebab kamu sorang yang kecik.... susah juga ye nak menidurkan anak kecil... nak tidur pasti nangis-nangis.. golek sana golek sini.. jerit sana jerit sini... agak2 ibu masa kecik-kecik macam itu juga ker?
oklah... nak bebel tu saja.... sebab tgh bosan .... bidadari baru tidur....
da....da.... selamat malam.semua...

salam Jumaat

Assalamualaikum.... Terima kasih datang baca blog anne yang tak berapa cantik ni.. Tulisan pun entah apa-apa.. Buat apa tue? Hari ini 15 syaaban... Kepada yang berpuasa Selamat Berpuasa.... Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menjalani ibadh puasa selama sebulan. Pada yang belum menggantikan puasa yang tertinggal tahun lepas.. masih sempat untuk menggantikannya... Nanti bertimbun-timbun pula...

Nak tulis apa jer hari ni... sebab idea dikepala lama dah menghilang dek kesibukan menjaga bidadari.. dalam kepala dan kehidupan 100% untuk bidadari.. jadi tak da masa nak memikirkan perkara lain... he..he... Kalau ada masapun.. memang malas nak membuahkan fikiran supaya fikiran tak bercelaru...

biaslah.. hidup harus sentiasa diceriakan.. walaupun ia tak indah seperti impian... Siapa yang tak impikan kehidupan yang indah-ndah.. Tipulah.... Semua orang nak yang indah-indah.. Tapi.. harus kita tahu.. yang indah tu tak semuanya indah-indah belaka.. yang tak indah tu kadang kala lebih baik.…

With Bidadari Chenta

Image
Indahnya apabila selalu bersama bidadari ucuk ni.. Macam-macam ragam anak kecil boleh belajar... Agaknye macam tulah kita masa kecik-kecik dulu... Jenuh mak ayah jaga kite...Apapun syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan merasa nikmat menjadi ibu...

Mari Hidupkan Malam Nisfu Syaaban

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

PERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”

MEMBACA AL QURAN
MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA

PERBANYAKKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL,TAKBIR
Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar
Fadilat : setiap satunya akan di…

Gatal Merenyam!

Tajuk tak boleh tahan...
Yelah.. sebut gatal menrenyam orang kata... aippp dah gatal memanglah merenyam...
Jangan salah sangka.. nie bukan gatal-gatal yang gitu-gitu..
Nie gatal-gatal penyakit di kulit..

Ada yang alahan dengan makanan, air, sabun,... dan ape-ape sajalah..
Sekarang nie memang tengah gatal merenyam.. Tak tahu why it happen.. dah banyak hari.. Still tak elok-elok lagi.. Jumpa doktor pun sudah.. Injek lagi tu... Masih tak ok-ok..

So.. if teruk juga.. kena pergi jumpa doktor pakar...
If masih tiada perubahan lagi..

No choice...

Ubat kampunglah jawabnyer..

Why?????

Kata orang manalah tahu... kut-kut termakan sesuatu yang tak baik.. or ada something yang tak kena.. or whateverlah... emm bukan taksub.. tapi kena berhati-hati... zaman sekarang manusia semakin mengundur.. Semakin advance semakin mundur.. Harap-harap hanya alahan biasa.. sian bidadari pun terkena tempiasnya.

Makanan yang patut dielakkan buat masa ini..

Seafood... emm mujur tak makan sangat seafood..
Daging, ayam…

Murahnya Hati Menderma Macam ni

Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan. Amira
Abubakar from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang
serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan
hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan  segala
yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya
telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya
mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan
saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya
menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua
Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan
anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang
berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih
lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga
allah memberkati segala kerjasama da…

cuti lame

Bestnyew bila cuti lelama... dapat spend masa bersama yang tersayang... lama tinggalkan dia atas urusan kerja... Lepas rindu yang amat sangat.Love u bidadari

Cukuplah ye

Benci itu hak individu...
Tetapi kebencian itu adalah penyakit hati
Penyakit hati itu bukanlah membahgiakan.seseorang
Kerana ia tidak akan pernah rasa bahgiaPerkara yang lepas telah berlalu
Tak perlu diungkit tak perlu dikenang
Namun bila ia kembali mendatang
Memang sakitnya tetap terasaTak perlu lagi mencari-cari
Kerana yang dicari takkan pernah kembali
Tak perlu bertanya khabar
Kerna khabar tidakkan dikirim....
Tak perlu menghantar pesan kerna takkan pernah dijawab-jawabCukuplah.....
Tidakkan ada lagi
Kerna sakitnya takkan pernah hilang selagi masih bernafas lagi...........