Saturday, August 31, 2013

Sambal Cinta Petai Merdeka

Assalamualaikum dan salam sejahtera...... Happy MERDEKA!!!!
Merdeka merdeka juga,... tapi tau ke erti kemerdekaan sebenar??? Bebas dari penjajahan!!! Fikir-fikirkanlah.
Oleh sebab Blogger menjadi pilihan Utama sekarang nie.. No more Facebookans... Android pun dah remove Facebook application.. So kembali menjadi Blogger semula... Nak update apa yer? Stop sebentar update entry-entry menyayat hati nie.... Masa tuk buang semua tu dari kepala nie.... Sementara menunggu hari...

Pagi lagi dah bangun dikejutkan oleh Permata Hatiku... Jangan nakal-nakal yer... Sabar ye.. Sikit masa je lagi... Tengok ayah dah bersiap nak kekebun menjadi "Cikgu", Mak pun sama juga... Terdengar ayah suruh masak cepat.. Tapi tak cakap dekat kite lew... Cakap dekat emak.. Yelah kan... Hujan-hujan nie cuaca sejuk.. Cepat lapar... Mak minta adik yang seorang tu masak awal.. Emmm dia duk syok kat bilik lagi...
So kite merajinkan diri tuk masak.. (masuk bakul angkat sendirilah) Menjadi suri dihati orang dah tak suka.tak hargai.. jadi suri di dapur pun tak sudi juga... So.. jadilah suri dirumah mak ayah sendiri selagi mereka masih ada...

Sambal Cinta Petai Merdeka.. he..he...
Ha... Tulah dia masakan hari nie... "Sampai Cinta Petai Merdeka" Emmm awat cinta-cinta bagai nie.... Ala-ala "Cinta Pantai Merdeka" la pulak.....

Bahan dah ada... So buat jerlah... Petai bagus juga tau... Ramai tak suka makan ulam-ulam begini sebab tak tahan bau mulut dan bau dalam tandas... Ala.. bau je pun... Tapi baik tuk kesihatan.... Tapi memang sedap bile dimasak dengan bahan-bahan lain... Buat sambal Petai tumbuk pun.. Sedap juga tau!!! Cube Try Test Dulu.... Makan macm tu pun sedap.... Emmmmm.... Hish.... Sedap-sedap belaka... Tapi saya kene kawal makan juga.. Cian Permata Hati saye nanti...

Ni petai hutan.. Jadi besar-besar matanya.. So kita hiris jadi kecil sikit jadi comel-comel gitu...
Saya suka makan ulam juga... Tapi petai bukanlah pilihan utama.. Yang menjadi pilihan utama saya adalah "Buah Kerdas" He..he... Orang kata buah kerdas nie lagi teruk baunyer.... Ishhhh takdelah... Lagi sedap tau!!! Rugi sape tak makan... Mak kata boleh cuci dan bersihkan urine kita tau!!! Well .. cubalah... i dah test dah... Ternyata betul!!!! Nak update gambar kerdas kat sini xde. Sebab dah habis.. Tapi kat pokok banyak lagi... Emmm nak ambil susah.. Almaklumlah.. keadaan kite tak mengizinkan sekarang... tunggu orang ambilkan...

Raih Simpati!!!!!




Emm Kenapa masuk gambar atas nie?? Sebab dia pun sibuk nak tolong kite masak juge.. Tolong ganggu adalah.... Sebab nak anak ikan bilis... Haishhhh sibuk je kamu nie panjang... abang kamu bulat tengah syok tido dekat dalam.....

He..he... nie saja tuk coretan pagi nie... Kalau sape-sape nak petai... Mai la sini... Adik saya ade jual petai juga... So kalau nak tempahan petai.... Roger-rogerlah.... Promote sikit!!!! He..he... Terbaik dari ladang....

Selamat Hari Merdeka.....

Notakaki: Apabila kita menyediakan sajian untuk orang yang kita sayang dan cinta... pastinya kita akan sediakannya dengan penuh rasa kasih dan sayang.. Dan tatkala orang yang kita sayang menjamah atau merasa masakan kita biarpun mungkin rasanya tidaklah sedap atau tak kene dengan cita rasa yang disayang.. ataupun hanya dijamah sedikit cuma... Tapi ketahuilah wujudnya rasa damai dihati.. kerja yang kita sayang sudi merasa... Itulah yang dirasa suatu masa dahulu... Walaupun tidaklah sesempurna mana.. namun yang penting niat kita kerana apa..... Masihkah berpeluang mengulangi waktu itu?...Waulahualam

Simpati Dan Kasihan

Simpati atau kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tetapi tidak boleh dijadikan dasar menjalinkan suatu ikatan. Perasaan kasihan itu akan tamat, tetapi perasaan kasih tidak berkesudahan.Dasar menjalinkan suatu ikatan adalah kasih, bukan kasihan. Kalau perasaan kasihan ini kelak berakhir, maka sebuah hubungan tidak akan boleh bertahan. Kerana faktor yang membuat rasa kasihan itu sudah hilang.
"Untuk apa dia harus dikasihani?" Seharusnya cintailah dia dengan tulus, bukan kerana simpati atau kasihan semata-mata.

Tetapi apakah mungkin cinta itu berasal dari simpati? Mungkin juga. Kerana perasaan kasihan menuntut kita untuk berbuat sesuatu kepada orang yang kita kasihani. Dari situlah nantinya proses ini akan terus berkembang. Lambat laun akan bertukar menjadi kasih sayang.

Namun.. terpulang juga kepada pegangan individu... Iman dihati... Pegangan agama dihati dan kepercayaannya. Mungkin bila perasaan itu hilang, tiada lagi yang harus dipertahankan.. Tiada lagi yang harus diselamatkan, tiada lagi yang harus difikirkan... Rela melepaskan segalanya demi kepuasan hati dan kebahagiaan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain... Inilah dinamakan apabila hilang sudah rasa dihati....

Namun kita juga harus sedar.. Sesungguhnya Allah swt itu melihat, mendengar dan mengetahui segalanya... Tiap apa yang kita lakukan. Tiap perbuatan dan ada balasannya... Tidak sekarang ..masa hadapan.. tidak didunia.. diakhirat.. tidak didalam terang.. tetapi didalam sembunyi.. tidak secara kasar.. tapi secara halus.. dan disedari atau tanpa sedar... Waulahualam..

Friday, August 30, 2013

Sharing: Bagaimanakah Rumahtangga Islam Itu?

Rumahtangga Islam bukan hanya sekadar berdiri di atas kemusliman seluruh anggota keluarganya. Bukan kerana seringnya terdengar lantunan ayat-ayat al-quran dari rumah itu, bukan pula sekadar anak-anaknya disekolahkan ke masjid pada sebelah petangnya.

Rumahtangga Islam adalah rumah yang di dalamnya ditegakkan adab-adab Islam, baik kepada individu mahupun keseluruhan anggota rumahtangga. Rumahtangga Islam adalah rumahtangga yang didirikan di atas landasan ibadah. Mereka bertemu dan berkumpul kerana Allah, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran, serta saling menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, kerana kecintaam mereka kepada Allah swt.

Rumahtangga Islam adalah rumahtangga teladan yang menjadi ikutan dan dambaan umat. Mereka selesa tinggal di dalamnya kerana kesejukan iman dan kekayaan rohani. Mereka berkhidmat kepada Allah swt, dalam suka mahupun duka, dalam keadaan senggang mahupun sempit.

Rumahtangga Islam adalh rumahtangga yang didalamnya terdapat iklim yang sakinah (tenang), mawaddah (penuh cinta) dan rahmah (sarat kasih sayang). Perasaan itu senantiasa menaungi suasana rumah setiap hari. Seluruh anggota keluarga merasakan suasana "syurga" di dalamnya. Sesuai dengan slogan yang di ajar Rasulullah saw, Bainati Jannati.

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
{Ar-Rum : 21)

Sumber: kamilau publika

Notakaki: Semua pasangan impikan rumahtangga Islam... Namun terpulang kepada penghuninya meletakkan kemana arah rumahtangga tersebut.. Lurus atau bengkok.. Berkekalan atau sementara.. Tiada satu pernikahan membawa kepada kesilapan melainkan merasakan ia suatu bebanan sedangkan ia adalah suatu anugerah dan tanggungjawab... Sesungguhnya Allah swt Maha mengetahui akan segala sesuatu

Tuesday, August 27, 2013

Sepintas Lalu... Dari diri, rakan, dan bacaan ..

Auto-updated:

Mengapa masih disitu sedangkan kita tetap sendiri...
Mengapa masih menunggu sedangkan yang ditunggu tidakkan datang...
Mengapa masih menanti sedangkan yang dinanti tidakkan tiba...
Mengapa masih memberi sedangkan ia tak dihargai...
Mengapa masih mengharap sedangkan ia takkan kesampaian...
Mengapa masih berfantasi sedangkan ia tidakkan menjadi realiti...
Mengapa masih berlembut hati sedangkan sudah terang kerasnya hati...
Mengapa masih mengukir senyuman dibibir walaupun dah terang pedih luka hati...
Mengapa masih berbahasa lembut sedangkan terserlah kekasaran bahasa...

Mengapa masih tetap disitu sedangkan sudah terang-terang tak harus disitu lagi

Mengapa...harus mengapa...
Pilihan dah jelas ada... Mengapa kita tidak memilih?
Bukan tak memilih.. Tetapi kita sudah memilih...
Mengapa kita memberi.. Kerana memberi lebih baik dari yang menerima.. Walaupun tak dihargai.. Kerna ada nilaian yang berharga disebalik pemberian kita.

Mengapa masih berharap sedangkan jelas tiadakan beroleh kenyataan.. Kerna adanya keyakinan kepadaNYA.. Kerna adanya DOA... Dan hanya Allah yang memperkenankannya.

Mengapa masih hati boleh tonjolkan kelembutan sedangkan dah jelas kelihatan keras... Kerna untuk apa keras dibalas keras... Biarlah kelembutan ith menjadi peribadi yang tak pernah berubah.

Mengapa masih tetap bersabar? Bukanlah namanya kesabaran jika ia punyai had. Kesabaran itulah kunci keteguhan iman kita. Mudah berkata sabar sedang hakikat ia tidak... Hanya orang-orang yang sabar kan beroleh kejayaan biarpun impian tak menjadi kenyataan.. Kerna setiap berlaku tersembunyi hikmahnya....

Biar apapun yang terjadi... Biar apapun orang buat pada kita... Tapi percayalah.. Allah swt maha melihat... Dialah yang akan membalas segalanya.. Didunia mahupun diakhirat...

Kata pepatah... Jadilah sepohon pokok... Dibaling batu atau dipotong dahan... Ditoreh kulit... Tetap ia membalas dengan kebaikan.. Tetap memberi buah untuk dinikmati.. Diberi daun untuk berteduh.. Diberi dahan untuk berpaut....

p/s: Memilih berdiam itu ada waktunya... Memilih bicara itu bila ada yang harus dibicarakannya.. Tetapi memilih melakukan dengan niat yang salah... Niat tidak menghalalkan cara... Kerna terpaksa sedangkan tidak ikhlas apakah ertinya... Ramai orang takutkan dosa... Namun dalam takutkan dosa kepada Allah swt... Kita telah dan sedang melakukan dosa...

Ku tidak takut andai kutak beroleh cinta dan kasih sayang manusia.. Tapi Kutakut kuhilang cinta dan kasih sayang Allah swt.
Kutidak takut kekejaman dan penganiayaan manusia terhadapku.. Tapi kutakut akan balasan Allah swt akibat daripada itu... "Ya Allah lindungilah kami dari siksa api nerakamu.. Dan ampunilah dosa-dosa kami"

Thursday, August 22, 2013

Sharing: Qunut Difahami Tingkat Penghayatan

Pertanyaan: Saya sudah berumur dan ingin mengetahui apa yang dimaksudkan dalam doa Qunut yang kita baca setiap kali solat Subuh. Bagaimana saya hendak menghayati doa Qunut itu.
Haji Mat Johor.

Penjelasan:
Secara ringkasnya apa yang perlu kita renungkan apabila membaca doa Qunut ialah apabila membaca: “Allahummahdini fi man hadaita (Ya Allah, berilah aku hidayah seperti mana orang yang Engkau beri hidayah)”, hendaklah ia tegaskan bahawa ia sangat menghayati petunjuk Allah SWT untuk memasukkannya ke dalam golongan orang yang telah mendapat petunjuk.

Apabila membaca wa ‘afini fi man ‘afait (berilah daku kesihatan seperti mana orang yang Engkau beri kesihatan), hendaklah ia mengharapkan benar-benar akan memperoleh afiat seperti mana orang yang telah memperolehnya supaya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Apabila ia membaca wa tawallani fi ma a’thaita (dan peliharalah aku seperti mana orang yang Engkau pelihara), hendaklah ia penuhkan harapan semoga Tuhan menolongnya, melimpahkan inayat-Nya kepadanya, menolak yang ia takuti dan memberi yang ia harapkan. Ini kerana seseorang yang mendapat inayat Allah SWT terhindar daripada kesukaran dan memperoleh barang yang dihajatinya.

Mengharap keberkatan
Apabila membaca wabarik li fi ma a’thaita (berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang Engkau kurniakan), hendaklah ia mengharap diberkati segala apa yang telah diberikan kepadanya.

Apabila membaca wa qini syarra ma qadhaita (selamatkanlah aku daripada bahaya yang telah Engkau tentukan), hendaklah ia mengharap benar supaya ia dipelihara daripada segala rupa kejahatan.

Apabila membaca fa innaka taqdhi wa la yuqhdha ‘alaika (maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum bukanlah Engkau yang kena hukum), hendaklah ia menghidupkan perasaan bahawa Tuhanlah yang Maha Berkuasa melaksanakan qada-Nya dan qada-Nya tidak dapat diubah oleh sesiapa pun.

Apabila membaca wa innahu layadzillu man wa laita (sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin), hendaklah ia berasakan bahawa orang yang dimuliakan Allah SWT tidak akan dapat dihinakan, tidak berasakan dirinya hina, hidup padanya perasaan mulia diri dan ia tidak mahu tunduk, selain kepada kebenaran.

Apabila membaca wa la ya-izzu man ‘adaita (dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi), hendaklah ia insafi bahawa orang yang dimusuhi Allah SWT pasti akan terjebak ke dalam kancah kebinasaan dan tidak layak orang yang dimusuhi Allah SWT kita muliakan.

Apabila membaca tabarakta wa ta’alaita (Maha suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi), hendaklah ia akui benar-benar bahawasanya Allah SWT yang Maha Besar keberkatan-Nya dan Maha Tinggi, kekal kebajikan-Nya dan tetap tegak ketinggian-Nya.

Apabila ia berselawat kepada Nabi SAW, maka hendaklah ia berharap dengan sebenar-benarnya semoga Tuhan makin menambahkan kebesaran Nabi SAW dengan makin bertambah berkembangnya agama Islam dan menarik manusia untuk menganutinya.

Sumber: B.Harian

***************

ps: Kadang-kadang kita membaca bacaan didalam solat, tapi kita tidak tahu makna bacaannya, dan tidak memahami maksudnya... Tetapi dengan memahami setiap bacaan dalam solat kita, solat kita lebih khusyuk dan lebih penghayatan. Ingatan untuk diri sendiri...

Wednesday, August 21, 2013

Peneman dikala sepi

Biarpun kadangkala kamu menyakitkan hati....
Tapi telatahmu amat menggembirakan hati...
Biarpun kelibatmu setiap subuh pagi membuatkan kuterkejut...
Tapi melihat kecomelanmu ...aduhai...
Tak sampai hati nak marah...
Walaupun kakiku sering menjadi mangsa tanganmu....
Tapi kau tetap gembirakan hatiku...
Peneman setia.... Hampir 4 years...
.........




Sunday, August 18, 2013

Untukmu sayang

***************************

Terasa langkahan kaki semakin longlai...
Nafas kian perlahan....
Ya Allah.... Berikan kekuatan kepada HambaMU ini....
Ya Allah.... Berikanla kesabaran yang tinggi....
Berikan kesihatan yang baik ....
Demi dia yang amat kusayangi...
Gagahi langkah ini walaupun ia lemah...
Tabahkan hati ini walaupun ia kian parah
Teruskan hidup ini walaupun ia kian tak bermakna
Pamirkan senyuman ini walaupun ia hanya paksaan
Hiasi dengan tawa walaupun sekadar menutup kesedihan hati

Andainya terpaksa pergi sebelum waktunya.....
Biar dia yang disayang terus bernafas...
Agar dia tahu... Betapa cinta dan kasihnya diri terhadapnya...
Betapa besar pengorbanan untuk dirinya
Betapa dia kan menjadi kesayangan semua
Insyaa Allah....

Tuhan sengaja... Menduga kita
Dimana kesabaran HambaNya
Hanya Tuhan Yang Pasti Mengerti...

****************************************

Kuakan menjagamu dibangun dan tidurku
Buatmu permata hatiku..

Thursday, August 15, 2013

Biarkan......

Tika rindu bertamu dihati...
Mana mungkin diungkapkan dengan kata...
Kerna....
Kata tiada makna...
Mana mungkin diluah dengan suara...
Kerna bicara itu sepi pergi...

Tapi....
Tatkala rindu itu bertamu lagi...
Datang.. Semakin menghampir...
Hanya satu tempat dituju...
Hanya satu teman yang perlu ...
Menadah tangan... Memanjatkan doa
PadaNYA yang Maha Mengerti...

Ungkap rindu pada yang tak mengerti
Ungkap rindu pada yang menjauh pergi
Pergi.... Membawa bahgia yang hanya sedikit....
Biarlah... Biarlah.....
Tak bisa mengerti & memahami...
Sampai waktu masa kan tiba lagi...

Pergi menjauh kutakkan kembali
Tinggal segala yang dimiliki
Tidak dipinta kan jadi begini
Namun terpaksa juga menjauh diri
Membawa cinta yang utuh dihati
Bersama permata hati yang sentiasa menemani....
Lambang kasih yang ikhlas tak berbelah bagi

Biarlah ia pertama dan terakhir kali
Cukuplah hanya satu dihati
Kan dikenang sehingga nafas terhenti
Entah esok entahkan nanti
Biar terpendam segala dihati
Sehingga hayat nanti....

***Nothing....***

Harus Terpisah

Sendiri
Sendiri ku diam
Diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi ‘tuk menjauh
Menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba
Mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan
Bayangkan ku hilang
Hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin
Mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan
Lupakan kita pernah saling bersama

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Cakra khan

Sunday, August 11, 2013

Bingkisan Syawal

Bismillah.... Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri....

Alhamdulillah... Syukur atas nikmat yang Allah swt berikan kepada kita semua hambaNYA... Dapat menikmati hati kemenangan... Hari kegembiraan bersama orang tersayang, keluarga, sahabat dan rakan taulan. Lebaran yang dinanti... Diindahkan lagi dengan ampun dan maaf bagi menyucikan hati yang sakit oleh kerana dosa, salah dan silap. Saling bersalaman dan bermaafan diantara suami isteri, ibubapa, keluarga, rakan taulan dan jiran tetangga. Alhamdulillah...

Biarpun menyambut dengan sederhana hanya bersama keluarga dirumah... Tapi tetap bersyukur melihat segalanya bertambah baik... Melihat wajah emak dan ayah... Terasa sayu dihati... Tiadalah dapat terungkap akan rasa itu... Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui... Itulah wajah kesayangan yang senantiasa dihati.. Maafkan segala Dosa Anakmu... Terima kasih Atas penerimaan... Jasamu tak mampu dibalas... Tapi selagi nafasku ada... Selagi itu kutetap cuba membahgiakan mereka seperti mana dahulu.....

Seawal pagi subuh kami sudah mula bersiap-siap... Amalan seperti biasa dipagi-pagi lebaran... Berkumpul diruang utama rumah... Mak dan ayah menanti anak-anak. Saling bersalam-salaman dan saling bermaafan dipagi2 raya... Air mata menyucikan hati... Membuang segala dosa salah dan silap...

Melihat keakraban adik, abang, kakak dan ipar, Syukur Alhamdulillah... Ditambah riuh rendah anak-anak saudara(anak buah)... Ya Allah... Syukur... Kerna dilahirkan dalam keluarga yang sangat-sangat memahami, saling hormat menghormati, tolong menolong, Alhamdulillah... Biarpun air mata mengalir pilu... Namun... Tetap bersyukur kerna... Masih ada yang sayang. Hanya Allah swt yang tahu...

Selesai makan bersama... Amalan sunat makan dirumah sebelum ke Masjid untuk Solat Aidilfitri... Insya-Allah... Tahun hadapan lebih meriah.. Kerna semua ada... Dan kehadiran orang baru yang senantiasa dinanti... Pertama dan terakhir kali... Moga diri ini masih mampu menikmatinya andai Allah swt masih beri keizinan untuk semua itu...

Kini... Semakin kurang riuh... Beransur pulang meneruskan kehidupan seharian seperti biasa... Namun diri tetap disini... Penghuni setia yang sedang menanti waktu... Waktu yang tersisa... Hingga sampai waktu dan ketika... Kakikan melangkah pergi... Moga bisa membahgiakan insan-insan yang disayang disekelilingku selagi nafasku ada....

Salam lebaran buat keluarga tercinta... Maafkan segala silap salah dan dosa yang terlakukan.....

Saturday, August 3, 2013

Sharing: "Sebuah Rumahtangga dan Sebuah Masjid"

BAITUL MUSLIM HALAQAH NET: Sebuah Rumahtangga dan Sebuah Masjid
"Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin."
Selalu kita dengar ungkapan ini,bila ada orang berhasrat ingin mendirikan rumah tangga. "Saya nak bina masjid", atau " jika ada orang yang cuba mengugat sebuah rumah tangga dikatakan ingin meruntuh atau merobohkan masjid."
Kenapa ada bandingan antara membina rumah tangga dengan membina masjid? Ada persamaankah antara kedua-dua? Mari kita lihat bandingan sebuah rumah tangga dan sebuah masjid.
Bandingan membina masjid dengan rumah tangga dari segi konsep dan falsafah.
1. Masjid dibina kerana Allah SWT. Dilarang membina masjid dengan niat-niat yang lain. Begitulah dalam membina rumahtangga, tidak boleh dengan niat lain. Terpesong niat akan dengan mudah memusnahkan rumahtangga. Umpamanya niat berumahtangga hanya sekadar untuk memenuhi tuntutan naluri atau sekadar hendak melepaskan nafsu semata-mata. Niat-niat yang tidak murni ini awal-awal lagi mengundang kemurkaan Allah SWT. Tuhan tidak pimpin dalam menjalani hidup berkeluarga. Hilang keberkatan dari Tuhan. Hasilnya rumahtangga itu tidak akan tenteram. Amat perlu diingat bahawa tanda sebuah keluarga yang hilang keberkatan ialah apabila suasana tidak tenteram, sering marah-marah, sering bertengkar, hilang kasih sayang, mementingkan diri sendiri, hidup nafsi-nafsi.
2. Arah kiblat semua masjid adalah tepat. Arah kiblat yang salah membatalkan sembahyang. Semua anggota keluarga mesti memiliki niat dan arah kehidupan yang sama iaitu mencari keredhaan Allah SWT melalui rumahtangga dan hidup berkeluarga. Barulah rumahtangga itu akan melahirkan orang-orang yang mudah sepakat, bermuafakat, seia sekata, saling memiliki rasa bersama, bekerjasama dan bertolong bantu. Andainya niat berumahtangga itu tidak tepat, ibarat masjid salah kiblat. Biarpun berjaya juga dibendung dari timbulnya krisis, namun rumahtangga itu hakikatnya sudah berpecah belah.Untuk sementara waktu mungkin boleh bertahan. Dan mungkin juga masih boleh bertahan kerana belum ada sebarang cabaran atau gangguan. Lazimnya sadikit saja cabaran yang melanda akan mudah rapuh dan terbarai.
3. Masjid adalah tempat membesarkan Allah SWT. Ertinya rumahtangga adalah saluran anggota keluarga membesarkan Allah SWT. Bukan tempat membesarkan dunia, nafsu dan syaitan. Rumahtangga yang sering berkrisis adalah berpunca kerana dalam diri masing-masing subur cinta dunia, subur perangai syaitan, bertunjangkan nafsu dan tabiat haiwan semata-mata. Cinta dunia, angkara nafsu dan syaitan adalah punca dunia porak peranda dan tidak ada noktah dari bermusuh dan berperang. Inilah juga akibat yang bakal ditanggung oleh rumahtangga yang memiliki faktor yang serupa. Iaitu rumahtangga yang Tuhan tidak dipedulikan, Tuhan terpinggir, Tuhan tidak dibawa bersama dalam kehidupan.
4. Masjid adalah tempat ibadah. Tempat beramal mengabdikan diri kepada Allah SWT. Masjid bukan tempat hingar bingar, bukan tempat kelakar dan lucu dengan hilai ketawa berdekah-dekah, bukan pasar yang riuh rendah tanpa haluan dan bukan juga arena konsert atau tempat menonton sebarang permainan. Ini bukan bererti tiada kegembiraan dan gurau senda dalam rumahtangga. Namun semuanya berlaku dengan penuh berdisiplin, kaya dengan adab sopan, tata susila dan ketertiban. Suasana yang aman tenteram seolah-olah dalam suasana menjaga ibadah. Seperti mana dalam masjid tiada maksiat, kemungkaran pertengkaran, kata nista, maki hamun, sumpah seranah, bertegang leher, maka begitulah suasana dalam rumahtangga.
5. Masjid adalah tempat berlakunya pengajian, majlis ilmu,nasihat menasihati dan peringatan. Secara khususnya atau rasminya adalah Khutbah Jumaat. Begitulah keadaan yang seharusnya berlaku dalam rumahtangga.Terutamanya suami, selaku ketua keluarga mesti mampu menjadi imam sembahyang, mengadakan majlis pengajian yang ringan-ringan terutama di bidang fardhu ain,adab-adab dan membaca Al-Quran. Juga mesti mampu memberi tunjuk ajar dan peringatan kepada anggota keluarga.
6. Masjid adalah tempat manusia merendah diri, berkasih sayang, hormat menghormati dan saling bermaafan.Demikianlah sewajarnya terjadi dalam rumahtangga.Hidup dengan ketiadaan ego dan sombong, berkasih sayang,saling selamat dan menyelamatkan, saling menghiburkan, prihatin, setia dan bela membela. Yang tua mengasihi, manakala yang muda menghormati. Yang tidak tahu diberi tunjuk ajar, yang bersalah meminta maaf dan yang tidak bersalah memberi maaf.
7. Bangunan masjid itu merupakan gabungan berbagai komponen dan bahan binaan. Gabungan yang lengkap itulah menjadikan sempurnanya sebuah masjid. Ditambah lagi dengan berbagai ukiran yang menambahkan lagi cantiknya sesebuah masjid. Dalam konteks rumahtangga, ianya bukan setakat ikatan antara dua orang atau sepasang suami isteri itu saja. Lebih dari itu bermula dari ikatan dua orang suami isteri, terjalin hubungan antara keluarga kedua-dua pihak. Sanak saudara antara kedua pihak bertukar menjadi ikatan kekeluargaan yang lebih besar. Termasuk juga selepas perkahwinan itu akan mendapat anak, seterusnya menantu pula, maka bertambah lagi anggota keluarga. Selepas anak-anak dan menantu- menantu, datang pula cucu-cucu. Cucu-cucu pula berkahwin maka bertambah lagi jumlah anggota keluarga. Seluruh ikatan kekeluargaan itu perlu dijaga agar kekal tidak terungkai bahkan kekal utuh. Begitu besarnya fungsi rumahtangga.
Cuba bayangkan andainya berlaku perceraian antara suami isteri. Maka perceraian itu diibaratkan meruntuhkan masjid. Selain hilang peranan yang diibaratkan masjid, putus pula segala ikatan kekeluargaan antara dua pihak. Seolah-olah seluruh bangunan masjid itu runtuh. Walaupun bercerai itu tidak berdosa, namun ianya ibarat runtuhnya sebuah masjid, kesan negatif dari perceraian itu amat besar. Perceraian akan memberi kesan kepada retaknya ikatan dalam keluarga keseluruhannya.
Seperti mana masjid perlu ada penjagaan berterusan agar kekal berfungsi maka begitulah juga rumahtangga perlu sangat dijaga agar kekal hingga akhir hayat. Kalau runtuh masjid maka tiada lagi tempat tumpuan masyarakat untuk melaksanakan berbagai aktiviti kepada Tuhan mahu pun sesama manusia, demikianlah juga sekiranya runtuh rumahtangga maka akan berlaku berbagai kepincangan dalam masyarakat.
8. Masjid amat dijaga kebersihan dan kesuciannya. Habuk,debu, sawang semuanya disingkirkan. Najis memanglah sangat diawasi. Tahi cicak pun tidak boleh ada. Ini kesucian yang bersifat lahir. Orang-orang yang memasuki masjid turut menjaga kesucian batin. Masing-masing berusaha mengawasi gerak hati agar tidak menjalar sifat mazmumah sepanjang berada dalam masjid. Ertinya, sedikit sebanyak berusaha juga membuat penyucian hati. Kerana hati memang terasa diawasi oleh Allah SWT. Dengan harapan perasaan atau rasa diawasi oleh Allah SWT itu dapat dibawa keluar dari masjid.
Sama juga fungsi rumahtangga. Tempat di mana anggota keluaga menjadikannya gelangang mujahadah untuk membuang dan membakar sifat mazmumah, sekaligus menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Juga dengan harapan sifat-sifat mahmudah dapat di bawa bersama ketika berada di luar rumah bersama masyarakat. Kalau setiap keluarga berbuat perkara yang serupa, maka kesannya ialah anggota masyarakat terdiri daripada manusia yang baik-baik. Aman damailah pula masyarakat dan negara.
"Impianku menjadi isteri solehah, mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA."
by: Munaliza
Ps: Moga bukan sekadar jalanan yang sementara..yang hanya menanti waktu tiba berlalu pergi setelah ikhlas yang selalu mengiringi bagai dibiar ibarat tiada erti. Namun, demi rasa kasih dan cinta pada Ilahi.. dan anugerah yang tak terhingga diri gagah tuk terus bertahan demi satu nyawa yang minta dipertahankan... Hadirnya tatkala ada duka yang sedang direncana disebalik bahgia... Alhamdulillah... Demi dia... Untuk dia....Redha tanggung segala... Sambil mengharap ada Bahgia Tetap Milik Jua Walau Tak Seindah Segala...


Friday, August 2, 2013

Coretan hati 24 Ramadhan: Turuti Allah swt atau HambaNYA

Ramadhan semakin menghampiri garis akhir. Mencari keberkatan Ramadhan.. Alhamdulillah atas doa yang sering dimakbulkan olehNYA... Hati semakin tenang, jiwa kian tenteram... Ada hikmah disebalik yang diaturkan olehNYA... Oleh itu sandarkan kepadaNYA... Kerna DIA yang mengizinkan segalanya dan memperkenankan doa2 orang-orang yang dikehendakinya...

Bersangka baiklah dengan tiap-tiap yang berlaku... Lihatlah dengan mata hati setiap apa yang terjadi... Nescaya kan temui rasa manisnya akan tiap kejadian yang diciptakanNYA...

Menuruti kata hati yang dikawal nafsu boleh membawa kepada hati yang keras dan jiwa yang sering rasa bersalah... Namun andai menuruti hati yang penuh kewarasan dan bersandarkan kepadaNYA akan merasa ketenangan dalam tiap-tiap perbuatan dan tingkah laku kita.

Kadang kita merasa kita cukup hebat.. Kadang kita merasa kita dipihak yang sentiasa benar... Tapi kita lupa cermin yang kita lihat akan wajah kita adalah dari sudut kita sendiri... Tapi bila kita lihat di cermin dari sudut orang lain... Pasti kita sedar...

"Ya Allah, betapa lemahnya diri hambaMU ini... Ya Allah, betapa tidaklah sesempurna mana akan diriku ini... Ya Allah, betapa egonya akan diriku ini... Ya Allah, betapa lalainya diriku ini......"

Pasti kita kan temui kelemahan diri kita.
Pasti kita temui salah dan silap kita.
Pasti kita kan lihat hikmah yang selama ini terbentang didepan mata kita, tapi kita tak nampak.

Benar... Kita hambaNYA yang lemah lagi tiada daya... Oleh itu selalulah kita bermohon padaNYA agar sentiasa memberikan petunjuk kepada kita.

Kita kadang kala lebih takutkan hambaNya berbanding khaliqnya. Kita lebih takut menghadapi manusia dari takutkan penciptanya. Kadang kita lebih suka menurut kehendak manusia daripada kehendak penciptanya.

Mungkin benar... Seorang teman pernah berkata " Dosa dan pahala itu tak nampak. Syurga dan neraka juga tak nampak. Orang lebih takutkan manusia dari Allah, walaupun tahu dosa pahala. Lebih suka.turutkan kata manusia daripada hukum.Allah"

Apapun berbaliklah kita kepadaNYA. Kita boleh kata apa sahaja. Lumrah manusia... Bila bicara tentang kebaikan... Jawabnya Oh.. Nak tunjuk baik
Bila bicara tentang agama & ketuhanan.... Jawabnya..Oh.. Macamlah dia tu alim sangat
Bila bicara tentang dosa pahala... Jawabnya.. Oh.. Macamlah dia tu suci sangat tiada buat dosa.

Itu semua dugaan... Yang penting adalah keranaNYA... Kerana tiap kebaikan dan keburukan, ganjaran dan balasannya adalah daripada Allah swt... Bukan dari hambaNYA. Walau sebesar zarah sekalipun tetap ada balasan dan ganjaran. Tidak terkecuali.

Waulahualam...

Hanyalah sekadar bingkisan dan coretan buat yang ingin membaca. Sekadar menulis mengingati diri dan berkongsi. Yang baik itu dari Allah swt, yang kurang itu dari khilaf diri sendiri yang masih lagi belajar mencari jalan yang diredhaNYA.

Ps: Ramadhan yang dirindui... Semoga Allah swt memperkenankan doa-doa hambaNYA yang sentiasa mengharap belas dariNYA..


Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...