Saturday, August 31, 2013

Simpati Dan Kasihan

Simpati atau kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tetapi tidak boleh dijadikan dasar menjalinkan suatu ikatan. Perasaan kasihan itu akan tamat, tetapi perasaan kasih tidak berkesudahan.Dasar menjalinkan suatu ikatan adalah kasih, bukan kasihan. Kalau perasaan kasihan ini kelak berakhir, maka sebuah hubungan tidak akan boleh bertahan. Kerana faktor yang membuat rasa kasihan itu sudah hilang.
"Untuk apa dia harus dikasihani?" Seharusnya cintailah dia dengan tulus, bukan kerana simpati atau kasihan semata-mata.

Tetapi apakah mungkin cinta itu berasal dari simpati? Mungkin juga. Kerana perasaan kasihan menuntut kita untuk berbuat sesuatu kepada orang yang kita kasihani. Dari situlah nantinya proses ini akan terus berkembang. Lambat laun akan bertukar menjadi kasih sayang.

Namun.. terpulang juga kepada pegangan individu... Iman dihati... Pegangan agama dihati dan kepercayaannya. Mungkin bila perasaan itu hilang, tiada lagi yang harus dipertahankan.. Tiada lagi yang harus diselamatkan, tiada lagi yang harus difikirkan... Rela melepaskan segalanya demi kepuasan hati dan kebahagiaan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain... Inilah dinamakan apabila hilang sudah rasa dihati....

Namun kita juga harus sedar.. Sesungguhnya Allah swt itu melihat, mendengar dan mengetahui segalanya... Tiap apa yang kita lakukan. Tiap perbuatan dan ada balasannya... Tidak sekarang ..masa hadapan.. tidak didunia.. diakhirat.. tidak didalam terang.. tetapi didalam sembunyi.. tidak secara kasar.. tapi secara halus.. dan disedari atau tanpa sedar... Waulahualam..

No comments:

Lisan Lidah dan Lisan berjari

Assalamualaikum wbt salam jumaat penuh barakah.. kita diminta menjaga lisan kita... bahya lidah nie ibarat pedang yang tajam.. walau ha...