
Rumahtangga Islam adalah rumah yang di dalamnya ditegakkan adab-adab Islam, baik kepada individu mahupun keseluruhan anggota rumahtangga. Rumahtangga Islam adalah rumahtangga yang didirikan di atas landasan ibadah. Mereka bertemu dan berkumpul kerana Allah, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran, serta saling menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, kerana kecintaam mereka kepada Allah swt.
Rumahtangga Islam adalah rumahtangga teladan yang menjadi ikutan dan dambaan umat. Mereka selesa tinggal di dalamnya kerana kesejukan iman dan kekayaan rohani. Mereka berkhidmat kepada Allah swt, dalam suka mahupun duka, dalam keadaan senggang mahupun sempit.
Rumahtangga Islam adalh rumahtangga yang didalamnya terdapat iklim yang sakinah (tenang), mawaddah (penuh cinta) dan rahmah (sarat kasih sayang). Perasaan itu senantiasa menaungi suasana rumah setiap hari. Seluruh anggota keluarga merasakan suasana "syurga" di dalamnya. Sesuai dengan slogan yang di ajar Rasulullah saw, Bainati Jannati.
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
{Ar-Rum : 21)
Sumber: kamilau publika
Notakaki: Semua pasangan impikan rumahtangga Islam... Namun terpulang kepada penghuninya meletakkan kemana arah rumahtangga tersebut.. Lurus atau bengkok.. Berkekalan atau sementara.. Tiada satu pernikahan membawa kepada kesilapan melainkan merasakan ia suatu bebanan sedangkan ia adalah suatu anugerah dan tanggungjawab... Sesungguhnya Allah swt Maha mengetahui akan segala sesuatu
No comments:
Post a Comment