Monday, August 30, 2010

Erti Merdeka Pada Anda?

Salam Kemerdekaan Buat Anda Warga Blogger semua..
Sedar tak sedar... Telah capai 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.


 
Apakah Erti Kemerdekaan Yang Sebenar Pada Anda?

Bagi saya  Merdeka bererti kebebasan diri dari dijajah dalam segala bentuk.. Merdekakan diri dari terus di jadikan hamba kepada manusia-manusia yang tidak kenal erti kebebasan.. Bukan hanya menyambut kemerdekaan negara.. tapi memerdekakan diri dan minda kita.. 

Anda pula?


Saturday, August 28, 2010

Sikit Masa Lagi

Emmm... Sikit masa lagi... Semuanya akan berubah....
Jadi harap semuanya akan menjadi lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya.
Mengatur kembali apa yang sepatutnya dirancang sebelum ini..

Ihsan Google

Ya Allah permudahkan Jalan HambaMu ini.. Aminn.

Kepada semua rakan blogger..
Selamat Menyambut Ulang tahun Kemerdekaan ke 53
Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma..


Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan & Kanak-Kanak

Sedar tidak sedar dah setengah Ramadhan pun. Cepat sungguh masa berlalu, rasanya baru semalam berpuasa. Selepas berbuka semalam, duduk berbual dengan housemate tentang puasa zaman kanak-kanak. Melucukan sungguh berpuasa ketika zaman kanak-kanan. Tak kering gusi bila teringat kembali zaman yang dah lama berlalu.
Gambar: search dekat google

Masa kanak-kanak memang nakal yang amat. Dalam bulan Ramadhan, tak sah kalau takda puasa yangyok.
Masa kanak-kanak mesti suka ponteng puasa. Kalau pergi mandi tu, mesti nak mandi lama-lama. Kata orang sambil menyelam minum air. Ni tak, sambil mandi telan sikit air tu.. " Alamak...Termasuk air dalam mulut" He..he.. Padahal sengaja minum air tu. Keluar bilik air jer, muka segar yang amat.. Apa taknyer dah minum air..

Kalau pergi tandas pun sama, minum gak seteguk dua air. Air paip pun jadilah... Ha..ha.. Kelakar sungguh.. Keluar tandas segar bugar... Hu..Hu...

Ingat pula dekat adik anne, Dia beli Ais Krim, niat nak nak makan masa berbuka puasa. Tapi faham-fahamlah kan aiskrim cepat cair. Rumah pulak jauh dari sekolah. Alik-alik sebab tak tahan tengok ais krim tu cair dia makan ais krim tu. Tapi nasib baik dia balik rumah dia bagitau dekat emak. Kira jujurlah tu. He..he..

Banyak lagi cerita zaman kanak-kanak nie. Srok kuih dalam beg lah, Ambil kuih dan pergi makan belakang rumah lah. Kelakar sungguh. Dah besar ni bila tengok adik-adik yang kecil puasa yangyok.. Teringat, kita pun pernah buat juga.

Zaman kanak-kanak dah berlalu... Sekarang dah besar dah... He..he..

Monday, August 23, 2010

Statement Berani Mati?

Sekadar coretan hari ini....
Edisi Entri Merapu

Hari ini kepala pening sangat-sangat. Tak pasti kenapa. Mungkin sebab tidur tak lena atau makan udang terlalu banyak? Emmm Ada kena mengena ke dengan udang? Tak kut...

Tapi yang pastinya telah membuatkan saya menjadi kurang waras sebentar (kejap jer) Sehingga saya mengeluarkan statement berani mati edisi saya sendiri.

Apa maksud Statement Berani Mati ? Satement berani mati adalah Statement yang dikeluarkan oleh seseorang yang hendak mati? Opppssss... Salahlah.. Saya belum nak mati lagi...

Statement berani mati adalah seseorang yang mengeluarkan sebarang penyataan keatas sesuatu perkara yang tidak pernah dikeluarkan selama ini. (Kenapa ayat skema sangat?) Kira berani mati sangat lah ni

Berikut adalah Statement Berani Mati yang telah dikeluarkan oleh salah seorang pemilik akaun Facebook yang sedang berada dalam keadaan kacau.



Sekian entri merapu untuk kali ini
Harap maaf


Saturday, August 21, 2010

Facebook Problem Adakah Kita Serupa?

Dah 2 hari bukak Facebook masalah sama masih berlaku..
Nak chat Tak boleh
Nak tengok Message Tak boleh
Men Game tak boleh...

Korang tengok sendiri yer..

KLIK PADA GAMBAR 
UNTUK TUMBESARAN YG SIHAT & KUAT


Nak Tau Cerita..
Kenelah bukaklah dekat email.....



Sekian...
Dari Balai berita Annscape

Friday, August 20, 2010

Puasa Oh Puasa

Hari ini dah 10 Ramadhan.. Dah masuk hari ke-10 berpuasa.. Alhamdulillah.. Masih lagi dapat berpuasa..
Harap-harap penuhlah puasa tahun nie. Pada rakan-rakan blogger dan pembaca blog Anne Selamat Berpuasa.

Bulan nie bulan terakhir untuk semuanya.. Harap bulan-bulan yang bakal mendatang kelak akan lebih baik dari bulan ini dan bulan-bulan sebelumnya... (Berapa banyak bulan da.....) Malam nie ada berbuka puasa dekat Resort.. Emm kenelah attend.. orang dah ajak.. Tapi if balik lewatlah tu yang agak keberatan tuh...Hope dapat balik sharp kul 9.

28 haribulan ada gathering blogger yang duduk dekat Melaka. Ada wat majlis buka puasa (tapi makan bawak sendiri..beli sudah).. Emmm terasa macam nak join.. Insyaallah.. kalau berkesempatan nak pergi and join juga.

Hujung bulan before leave... adik2 sayang ajak berbuka puasa sama-sama.. Nak makan Buffet dekat hotel.. Emmm.. Macam best.. Tak sabo... Nak makan dekat Hotel mana yer... 5 bintang, 4 bintang, berbintang-bintang? Tunggu......

Tapi macam mana makan dekat luar ker, masak sendiri ker, tetap rindu dekat masakan emak.. emak tetap no satu..


Tuesday, August 17, 2010

Hari-hari yang entah aper2

Maaf kalau masuk blog saya yang tiada seri...
Saya dah lama tak update blog...
Tapi tiada idea.. dan amatlah ketandusan idea..
Dengan mood yang berubah2
Dengan hati yang bercelaru...

Aisehhh.... Kenapalah hidup nie kusut sangat
Kenapalah penuh dengan ketensionan
Kenapalah bahgia tu datang seketika?
Kenapalah hidup nie ader bengkang bengkok..
Kenapa itu? Kenapa ini? Kenapa? Kenapa?
Aisehhh....
(Dah nama hidup... Kalau tak.. nanti jadi cam tunggul...Ha..ha..)

Maaflah saya agak keemosian yang tidak dapat dikawal..
Bulan puasa memang penuh dengan cabaran
Menduga tahap keimanan aku dan tahap kesabaran aku
Insyaallah... Harap semuanya akan segera berlalu
dan aku boleh kembali normal

Hari2 yang berlalu entah aper2 entah...
Rasa sunyi sangat2..
Kenapalah xder seseorang yang amat rapat dekat sisi saya..
huh..huh..
NO KOMEN.. NO ANSWER..

Selamat menunaikan ibadah puasa untuk rakan2 blogger yang sudi baca dan singgah blog saya. Moga anda ceria-ceria selalu dan bergembira...


Friday, August 13, 2010

Ramadhan & Kenangan

Ramadhan sudahpun menjelma lagi. Puasa pertama dan tarikh itu penuh dengan kenangan yang tak dapat dilupa 4 tahun lepas.4 tahun lepas anniversary kite. Tapi semua dah berlalu.. Biarlah tarikh itu tinggal sejarah buat saya dan awak.. Walaupun takda lagi sup daging yang selalu awak beli tuk saya bila ramadhan.. Tapi masih boleh beli sendiri kan? Walaupun tak sesedap yang awak beli tuk saya. Yang penting awak bahgia ngan cara awak. dna saya teruskan hidup saya sekarang tanpa awak lagi.

Tapi nasib baik ade kawan-kawan yang buat saya lupa tarikh hari tu... Thanks buat Hani, dan dua orang kawan dia Saiful &  Yus... Mekaceh banyak2.. Taklah saya teringat dekat Si Dia. Makan malam tu memang best. He..he... (Pertama kali buka puasa dekat luar dengan kawan selama menapak kat bumi nie hu..hu......)

Teringat dekat Mak, Ayah n Adik2 dekat kampung.. Apa yang mereka makan yer.. Saya makan sedap2 dekat sini.. mereka makan apa yer.. Dah lah tak dapat buka bersahur dan puasa sama2. Tapi esok nak balik dah.. Dapat Buka puasa and sahur dengan mereka.. Rindu kat mak ayah and adik2.. dan special buat "Sitam Baram"

Buka puasa harinie nampaknyer terpaksa buka seorang.. Kawan takder.. mereka ada majlis.. Hu..Hu... Beli dekat bazar jerlah.. Nak masak.. takbest.. takder kawan.. Malam nanti baru masak tuk sahur..

Mak Ayah tunggu Anne balik Sok yer... Kite buke puasa sama2 yer..
Sayang mak ayah..And adik2 ku cayang + "Sitam Baram"

Wednesday, August 11, 2010

Mereka Yang Kantoi Tak Puasa

Ehem.... Pagi2 lagi saya telah berjaya merakam aksi dua makhluk yang juga pasangan kekasih..yang telah terkantoi tak puasa pada 1 ramadhan.... Aper nak jadi entahnyer.... Bawak2 lah puasa...

Orang lain puasa ko tak puasa...

Niee dia Makhluk tersebut...
Hentam sama mereka

PASANGAN KEKASIH YANG DITANGKAP KERANA TAK PUASA


keasyikan makan... di pagi Ramadhan.. Ko tak pose yer...


Teman wanita nya sedang asyik menjamu selera... tanpa menghiraukan Camera Gurl yang merakam aksi sungguh tidka sopan mereka... Ha..ha...


Teman Lelaki juga asyik dibuai kesedapan menjamu selera dipagi ramadhan ... Tak menoleh langsung pada camera gurl nie..

HA..HA...tpi siapa yang bertanggungjawab?
Pesalah sebenar adalah!!!!!


Jenis Hukuman : Khidmat Masyarakat 
Detail: Memberi makan kepada kucing2 jalanan yang bertandang kerumahnye..
Perbelanjaan: RM50 kebawah sebulan..dengan menyediakan makanan kucing setiap bulan

SEKIAN.. BERITA PAGI..
DARI LAYAR ANN WORLD

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Di Kesempatan ini Anne nak Ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak Kepada semua Rakan-Rakan Blogger dan Juga Pembaca Blog Anne

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Selamat Berpuasa Semuanya..
Moga Anda Semua Dapat Keberkatan di Bulan Ramadhan Yang Mulia Ini
Insyaallah

Ps: image ihsan dari google

Monday, August 9, 2010

Penghuni Bustand

Semalam Anne keluar pegi pekan M.T. Pergi bank... Hu..hu.. 
Manyak duit nie...
Yer banyak sangatlah kunun...

Tengah tunggu Pakcik Teksi yang selalu Anne tumpang tu..
Terlihatlah akan penghuni-penghuni bustand yang sangat kiut2
Tonton yer...


Nak Ambil yang nie... Culik Bawak balik rumah  Tapi segan ramai sangat orang dekat bustand
So biarjelah.. takder rezeki nak bawak balik kut..

emmm aperpun... moga mereka. selamat tinggal kat bustand

Ps: Terasa macam nak buat satu tempat untuk menempatkan kucing2 jalanan yang anne jumpa.. Yayasan Kucing Sedunia Ha..ha..


Sunday, August 8, 2010

Aku Tengah Tension Giler

Warning: 
Entry emosi yang agak keterlaluan pernah ditulis.. menggunakan perkataan AKU..


Tengah malam nie aku sangat2 tension giler...
Arhhh...... Kesopanan aku mula nak hilang nie!!!!!

Argghhhhhh Benganglah!!!! Kusut Kepala aku

Apsallah time macam nie ko nak buat hal...
Geramnyer....
Memanglah salah aku.. tak nampak....
Yer.. Arghhhhhh

Apsallah time nie ko nak pecahlah...
Ko nak Patahlah....
Ko tak tau ker ko berharga kat aku..
Time kecemasan aku!!!!

Sakang ko dah patah sebelah...
Argghhhh.... Malaslah nak gi jauh2 tempat asal ko..
Malas!!!!! 

I'm so angry tonite... Even it my fault letak ko merata tempat..
Aku tak perasan sebab kepala aku tengah serabut..
Tiba2.... Arghhhh Aku nak nangis nie tau!!!


Walau aku tak selalu guner ko.. Tapi Time Kecemasan.. aku perlukan ko..
Arghhhhhh... Masih Mood tension lagi..

BYE!!!!!


Saturday, August 7, 2010

Silent Mode

I wanna keep silent for a while / moment.

My blog be my first victims...Ha..Ha,,

Sorry to all my readers ..I'll be back soon
With nice and new entry
When Ideas come to my brain.. ha..ha..
Wash my brain..

Anyway... Hope you all enjoys..
I'll still walking and visit your blog 

Anyway enjoy your day...


Thursday, August 5, 2010

Denmark Is A Big Shame!

Emmm
Aku tak tau nak cakap aper mengenai gambar2 dibawah..
Gambar nie di ambil dari seorng teman di FB..
Silalah tengok yer..

Please keep this picture going around the world.... Please send this on, this is serious cruelty.

Thesea is stained in red and it is not because of the climate effects of
nature. It's because of the cruelty of the human beings (civilised
human) who kill hundreds of the famous and intelligent Calderon
dolphins.







Aper korang rasa?
Sila2..

Sumber gambar: dari FB tengok kat pic ader link gak

My Friend Wedding

Hari sabtu lepas, Anne sempat berkunjung kerumah kawan sama belajar dulu.
Dia melangsungkan Majlis Pernikahan dan Persandingan dengan Lelaki Pilihannya
Yang diadakan di Taman Melaka Perdana..
Anyway Tahniah Buat mereka

Zarazila & Hafiz


Sempat jugak bergambar dengan kawan2 yang mana sempat hadir..



Selamat Pengantin Baru Buat Zarazila dan pasangan..
Moga Kekal Bahgia keakhir hayat

Wednesday, August 4, 2010

Awards: Nice Blogger Awards & Blog Walking

Semalam lagi dah dapat tag nie dari orang tersayang Miss Annaz..
Hari nie baru ada kesempatan.. Terima kasih..
Awards nie ada dua satu Nice Blogger Awards & satu lagi Blog Walking


Ada beberapa soalan yg nk kena jawab

1. Blog mana yg paling kerap anda singgah?..
Blog yang letak link dekat Shoutmix & juga Blog list follower

2. Blog anda sudah berapa tahun terbina?..
lebih kurang setahun lebih

3. Tag kepada 3 org rakan
Sebenarnya malas nak Tag.. Boleh ker? 
Nanti saya tag.. Tapi sesiapa nak.. saya bagi
Ambil free untuk semua pengunjung blog Anne

Award Ke-2: BlogWalking



1. Di mana anda selalu blogwalking?..
First dekat Shoutmix, 2nd list blog yg saya follow, 3rd Gengblogger

2. Kenapa suka sgt ber BLOGWALKING?..
Balas kunjungan mereka yang masuk blog anne dan baca entry yang best dan menarik

3. Apa yg anda dapat bila ber BLOGWALKING?..
Info menarik, kelakar, sedih n banyak kali.. yang penting dapat baca idea dari para blogger

4. Mcm mana perasaan org yg diBLOGWALKINGkan oleh anda itu?..
Suka kut.. sebab saya bantu mereka up traffic., and klik nuff mereka

Ok nie jer..
Terima kasih Miss Annaz

Tuesday, August 3, 2010

No More Dream

Well ...nothing can i said and write here. Just a little
Everything was changed, 
I think when he come back in my life again 
I can be strong and get my dream comes true
But Nothing.....NOTHING!
Your SMS..." I'm Sorry, I hope after this, u don't find and see me again!"
Damn It!!!
That's the easy words that u can say to me?
After you go and comes again...
This the words u tell me?

I dream too much...TOO MUCH
Hopes that we continued our dream.. But i..... Worse!!
I don't wanna says whose right and wrong..
Sometimes me and sometimes u But sometime not us

Today i realize that what should i do and think after this 
This is time for me to wake up from a dream 
And stand for the reality.. no more dream... NO MORE!!!!!

I know difficult for me to throw away our memories..
But i will try it.. Or i just keep it from the bottom of my heart..
You know.. There is a Grave for you inside my heart..

As what u said..
I'm Not the only one Girls in this world
Yes... It's True
For me 
You're not the only one Man in this world too..
But You're the only one that make me think..
I HOPE NO MORE!!!!

I'm quite emotional here 
But i know what i do and what i said
Even you don't read this entry..
I hope someday you will read it
END!!!!!


broke my heart again.. again n again until no more after this No More!!

Monday, August 2, 2010

Masalah Couple? Emmm.. Perkara Biasa

Semasa bersama dengan kawan, dan melihat pertengkaran kecil dengan teman lelakinya. Masalah yang aku lihat amat kecil sangat. Dan aku juga pernah mengalaminya suatu masa dahulu. Kenapa yer? Mesti sahaja ada perbalahan walaupun hanya dengan masalah kecil sahaja.

Masalah yang dihadapi adalah berkenaan PERGI MANA?
Mana nak bergerak harus diberitahu. Ibarat macam si isteri harus meminta izin si suami jika hendak kemana-mana? Kenapa? Kalau tak beritahu boleh ker? Haruskah kita memberitahu kemana kita pergi? Perlukah menghantar daily report minutes report? Emm mungkin perlu.. tapi sekadar memberitahu kemana kita pergi masih boleh diterima agar dia tidak risau atau curiga.

Tapi, kalau dah beritahu masih lagi diragui. PERGI DENGAN SIAPA? LELAKI ATAU PEREMPUAN? BERAPA ORANG PERGI? NAIK APA PERGI? BALIK PUKUL BERAPA? Lagi teruk, BAGI BUKTI.. terpaksalah si gadis MMS gambar keadaan dia masa tu. Takpun bagai dekat kawan sigadis tu cakap sebagai bukti dekat mana. Ada juga ke lelaki macam nie? Emm Setuju Ada..

Lagi satu masa tengah berbual dengan kawan, asyik nak call dan SMS. Takkan lah tengah bersama kawan nak SMS dan CALL bagai dengan teman lelaki. Nanti apa pula kata kawan-kawan. Kenelah faham keadaan. Takkan depan kawan2 atau sesiapapun asyik nak SMS & CALL. Huh…Huh.. Xfaham!!!


LAMBAT ANGKAT CALL / TAK ANGKAT CALL
Nie pun satu kes lagi. Bayangkanlah kalau tengah ada kerja, tak perasan ada SMS atau CALL atau katakan tengah beli baranglah, Hanphone dalam beg.. tak dengar.. Itupun nak jadi punca gaduh bagai. Tak boleh ke nak difahamkan kalau tak angkat tu tentu tengah ada kerja ker, tak perasan ker. Nie nak hantar misscal entah berapa banyak kali agaknyer. Hobi si lelaki kut!!!! Ibarat caring sangat2 dekat teman dialah.. Lepas tu bila si gadis CALL balik.. emmm faham2 jerlah.. macam2 ayat keluar dari mulut si dia.. yang menyakitkan hati si gadis.. Bayangkan kalau sigadis lakukan perkara sama? Nayer jer.. kene balik.. Apa nak dikata? Be fair and understandinglah… takkan tu pun nak ajar

CEMBURU GILA-GILA
Sumer orang ade sifat cemburu baik lelaki @ perempuan. Tapi biarlah berpada tahap kecemburuan tu. Misalannya si gadis nie dihantar balik oleh teman sekerja ker, kawan ker, lelakilah kawan dia. Lantas si gadis nie berlaku jujur dan memberitahu kepada teman lelakinyer.. Apa jadi? Bermulalah episod gaduh bagai.. Ckaplah si gadis nie dah ader yang lain lah, itu lah inilah.. Berlaku jujur pun salah ker? Tak jujur confirm dia tak tahu.. tapi dek kerana kejujuran yang amat sangat sampai buat gaduh.. Emmm akukah itu? Takfahamlah semua nie? Kadang-kadang nak cemburupun biarlah berpada, takkan dengan kawan perempuan pun nak cemburu.. Aisehh.. Ini macam olang pun ada ka.. Wa talak tau wooo… (kes yg aku alami agak sulit.. hanya orang yang kenali aku taulah tahap kecemburuan yg gimana aku hadapi.. ha..ha.. xnak exposed kat sini.. hu..hu..)

PERIKSA HANPHONE
Emm ini perkara biasalah.. lelaki dan perempuan pun ader lakukan yang sama. Tapi dekat sini aku cerita pasal lelakilah.. sebab aku gurl kan.. ha..ha.. Harus sahaja diperiksa handphone si gadis. Nak tengok data SMS, MMS, MISCALL, DAILED NUMBER, RECEIVED CALL…. Nak tengok nombor mana naik.. ditanyanya satu-satu.. A sampai Z Tak salah nak tanya, tapi macam polis, habis satu persatu nak dihuraikan. Sampai hati si dia puas. Huh..Huh.. lebih-lebih lagi kalau nombor tu jer yang naik.. ha..ha.. siaplah kene terjah bagai.. bayangkan kalau si gadis tu banyak terima call dari customer.. tak ke masak nak jawab? Emm memang masak nak jawab pun.. Alik2 kite gak yang salah..

Aku dah biasa dengan perkara sedemikian ruper.. jadi dah lali dah.. Rakan-rakan yang mengenali aku dah tau dah bila tengok muka aku, gaya aku, mesti something lah tu.. ha..ha.. Bukan nak burukkan lelaki atau perempuan, tapi tulah hakikatnyer yang terjadi.. Yang aku telah alami dan rakan-rakan yang mengadu dengan aku. Entry nie memang ader kaitan dengan aku, tapi bukan aku sorang jer.. bila terlihat kawan aku tadi mengalami masalah yang sama, terus ingin menulis entry ini.. Belum lagi menjadi hak milik sah, tapi dah macam nie. Bayangkan bila dah jadi hak milik sah? Bukan lagi teruk ker? emm tak dapat nak dibayangkan.

Entahlah kenelah ader sifat saling memahami antara satu sama lain. Kesabaran perlu ada kalau nak kukuhkan hubungan. Saling bertolak ansur, kalau dua2 panas hati salah sorang taknak mengalah, jawabnyer perang besar.. emm pada Si jejaka dan Si gadis yang mengalami masalah yang sama, pandai2lah bawa diri masing2 dan mainkan peranan masing2 yer..

Xmo cakap banyak.. Nanti ader lagi saya letak kat sini yer.. Entry nie nasihat untuk diri saya sendiri dan juga tuk orang yang baca.. JIKA ADA YANG SALAH HARAP DIMAAFKAN DAN DIPERBETULKAN.. YANG BAIK ITU DARI ALLAH , YANG KURANG ITU ADALAH KESILAPAN SAYA SEBAGAI MANUSIA BIASA..

nak tanya.. cmne wt fb fan cm yg awk punye kt ats blh kiri 2...cm nk guna itu je dari guna follower kn..

oh awak pergi dekat page, create pages dekat situ ada direction tuk wat pages yang awk nak buat http://www.facebook.com/pages/create.php . awak boleh pilh mana yang awak nak buat.

Ask me anything

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...