Jika Terpaksa Membenci

Jika terpaksa membenci
Jangan ketara
Sembunyikan bersama sabarmu
Biarkan ia berkata-kata
Relakan dia lakukan segala
Pendam rasamu
Rendam katamu

Jika terpaksa membenci
Benci seadanya
Jangan dirinya
Tetapi kelakuannya
Jangan keterlaluan
Jangan berlebihan
Diam..... Dan cuba maniskan wajah

Jika terpaksa membenci
Jangan sampai dapat dibaca
Sembunyikan segala di sudut hatimu
Namun, ingat jangan beri hatimu kepadanya!

Jika terpaksa membenci....
Alangkah indahnya jika kalimah itu tiada

Pahrol Mohd Juoi

Comments

Popular posts from this blog

Berani ke Nak Hantar Anak Ke Pusat Asuhan?

Jangan Pandai Mengata Orang... Tengok Diri Sendiri

Sharing: Mudahnya Menjemput Rezeki