Contohnya:
- Kelahiran: jantina, tarikh lahir dan cara kelahiran
- Kematian: masa, tempat dan sebab musababnya.
- Ayah dan ibu kita
- Kejadian siang dan malam
- Perjalanan bumi
- Pasang surut air laut
Manakala Takdir Mu'allaq pula merupakan ketentuan Allah swt sesuai dengan usaha dan ikhtiar manusia. Walau bagaimanapun, hasilnya tidak diketahui sebelum berlaku. Contohnya:
- Penyakit yang datang kerana tidak menjaga kesihatan
- Penceraian
- Kejayaan
Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa:
Qada' tidak boleh dihindari, kecuali dengan doa. (HR Tarmizi)
Hadis tersebut menjelaskan bahawa takdir mubram tidak boleh diubah lagi. Walau bagaimanapun, takdir mu'allaq boleh diubah melalui doa.
Oleh kerana itulah kita digalakkan berdoa untuk kebaikan dirinya. Banyak perkara boleh diminta melalui doa. Doa yang ikhlas dan bersungguh-sungguh, insyaa Allah akan diperkenankan. Malah, tidak mustahil Takdir Mu'allaq yang kurang baik akan berubah menjadi baik.... Semua dengan kehendak-NYA Yang Maha Berkuasa.....
(Petikan dari Buku Kerana-MU Aku Berubah - Ruhana Zaki)
Kadang kala kita sering menyalahkan takdir.. Terutama apabila ia tidak memihak kepada kita.Setiap yang berlaku sebenarnya ada hikmahnya. Tapi cuba kita hayati setiap apa yang berlaku keatas diri kita. Pasti kita kan temui hikmahnya. Kita seharusnya berusaha dan ikhtiar dan berdoa serta tawakal... Allah pasti perkenankan Doa kita.. Jangan kita hanya berdoa namun tidak ada usaha kearahnya.
ps: Takdir telah membawa diri kearah suatu yang amat kusyukuri.. Biarpun perjalanan dari dahulu sehingga sekarang tak seindah kehidupan orang lain... Walaupun menjalani pahit, manis, hitam putih kehidupan... Tersasar dan tersedar.. Namun semuanya telah mengajar akan erti sebuah kehidupan dan merubah kearah yang lebih baik.. Dan telah temui sesuatu yang amat baik.. iaitu ketenangan dan keredhaanNYA.. Sesuatu yang diimpi telah dinikmati walaupun tak seindah yang diimpi dan terlalu sukar tuk dijalani.. Namun... Syukur Alhamdulillah...
1 comment:
Benar sekali....manusia juga kadangkala usaha tidak seberapa tetapi menuntut imbalan yang melimpah, seandainya mereka sedar dan memahami pengertian qada dan qadar, pasti mereka tetap menjadi manusia yang bersyukur dan redha...
Post a Comment