Monday, June 10, 2013

UJIAN BAGI HAMBANYA...

Alhamdulillah... Assalamu'alaikum dan salam sejahtera pada pembaca yang berilmu... Terima kasih atas kesudian membaca coretan dan perkongsian saya dilaman blog ini. Hanyalah coretan perkongsian dari pengalaman sendiri dan rakan-rakan serta perkongsian dari petikan ilmiah dari penulis-penulis dan ilmuan....

Bicara kita kadang kala boleh membawa kita kepada maksiat... Maka belajarlah untuk memperbetulkan tutur bicara kita serta penulisan kita agar tidak membawa kearah yang syubhah... Saya pun berupaya untuk memperbetulkan tiap-tiap tulisan yang terpapar disini....

Saya suka menulis dan membaca... Kerana saya jarang berkata menggunakan suara saya.. Hanya jari melirik kata untuk difahami dan dihayati... Kadang lidah bicara amat pedih.. Tapi kata yang tertulis juga boleh menjadi pedih menghiris hati. Maka berhati-hatilah...

Dalam menjalani titian kehidupan yang penuh berliku... Terjatuh.. Tersungkur... Sendirian.. Sedih.. Sepi... Kehilangan... Namun.. Semua itu mengajar akan erti sebuah kehidupan.. Kehidupan yang sebenarnya indah dalam kita mengutip amal dan ibadah... Untuk bekalan disana... Kerana tiap amal yang kita lakukan dicatat walau sebesar zarah sekalipun.. Dan dihitungkan diakhir waktu kelak...

Dan saya.. Terus meniti hidup.. Bersama dengan pegangan dan pendirian yang tak pernah berubah... Biarpun menjalaninya sendirian... Namun permata hati tetap ada bersama walaupun masih belum lagi tahu kan kekal atau sementara. Hanya itu yang dimiliki setelah menjalani suatu fasa kehidupan yang amat berat...

Ya.. Ujian Allah swt pada hambaNYA yang ingin menghampirinya.. Namun.. Tetap jalani dengan tabah dan sabar... Cacian dan hinaan... Fitnah dan ghibah.. Bukanlah suatu halangan... Walaupun ia meragut segala kebahagiaan... Meragut segala yang dimiliki... Menjatuhkan diri dilurah paling dalam... Namun... Ketahuilah... Kitalah Insan Terpilih Oleh Yang Maha Agung.. Untuk jalaninya...

Ramai orang diuji dengan pelbagai ujian... Dan kadang merasakan dialah insan yang paling malang dengan ujian tersebut.. Tapi ketahuilah juga... Ada lagi insan yang lebih malang dari kita...

Dan... Allah swt tidak akan menguji hambaNYA yang disayangi tanpa sebarang hikmah... Sentiasa mengingatkan diri... Bahawa... Telah banyak rentetan kehidupan yang dilalui... Dan segalanya memberikan suatu pengajaran.. Dan telah banyak doa- doa dan harapan telah Allah swt perkenankan.. Tanda KasihNYA DIA pada diri ini kerana menghadapinya dengan TABAH ,SABAR DAN REDHA....

Insyaa Allah... Allah swt sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan sentiasa meletakkan sesuatu hanya keranaNYA...

اَللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّ فِي رِضَاكَ ضَعْفِي وَخُذْ إِلَى الْخَيْرِ بِنَاصِيَاتِي وَاجْعَلِ الْإِسْلَامَ مُنْتَهَى رِضَاىَ اللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّنِي وَذَلِيلٌ فَأَعِزَّنِي وَفَقِيرٌ فَأَغْنِنِي وَارْزُقْنِي.

Ya Allah ya Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dalam keredhaan-Mu dan bimbinglah aku kepada kebaikan dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan. Ya Allah ya Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku, aku ini hina, maka muliankanlah aku, aku ini miskin, maka kayakanlah aku dan kurniakan rezeki kepadaku.

amin ya rabbal ‘alamin


No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...