Sunday, December 18, 2011

Bila Hati Dah Sayang

Bila hati sudah sayang...
Segalanya menjadi indah
Duka menjadi Suka
Tangisan menjadi tawa..
Kelam bertukar ceria
Mendung menjadi cerah
Marah dijadikan gurauan
Benci menjadi sayang

Bila hati dah menjadi sayang
Pasti segalanya ingin dimiliki
Biar sesusah manapun
Biar sepahit manapun
Biar sesakit manapun
Rela jua akan segalanya
Tiada berganjak tiada berundur

Bila hati menjadi sayang
Tiadalah daya bila duka kembali mendatang
Hancur lebur dan luluh...
Segala terpendam dihati
Dibiarkan terus berdarah kembali
Walau sukar tuk diubati

Kembali hati itu teguh berdiri
Biarpun tiada berteman lagi
Walau sisa masih berbaki
Tetap terjaga tetap bersemi
Walau harapan tetap ada..
Walau segala masih terhampar..
Namun tiada daya mengulang lagi
Bila hati yang disayang
Pergi ditinggal sendiri

Bila hati dah sayang..
Rela jua akan segala..
Lara hati duka...
Dalam hati.... tiadalah siapa yang tahu..

Sunday, December 4, 2011

Budak Zaman Sekarang

Terkejut rasanya bila membaca bahasa budak-budak zaman sekarang... Rosak sungguh... Penat lelah cikgu-cikgu mengajar tatabahasa... emm bahasa manalah yang mereka ikut...

Dah lah bahasa pun teruk.. ditambah pula dengan ayat maki hamun.. Nauzubillah...
Tengok sajalah dekat FB... Sebab mak ayah mereka tak tengok FB mereka.. Tak tahu menahu tentang FB nie.. Tahu benda tu.. tapi nak guna tak tahu... Kalau lah mereka tahu dan terbaca ayat-ayat yang dituliskan oleh anak-anak mereka... Agak-agak apa yang mereka rasa yer????

Emmmm tak taulah kalau ada jenis mak ayah yang tak kisah dan tak ambil tahu...,  Mungkin ada yang tahu.. tapi dah malas dah nak tegur... Patutnyer ibu bapa nie kene buat FB juga... Hu..Hu... Terdengar Tazkirah dekat IKIM FM.. ada ustazah tu kata... xsilap la kan.. Mak ayah harus buat FB juga untuk pantau anak-anak... Jadi Friend dengan anak-anak.. dan pantau apa yang anak-anak tulis, gambar-gambar yang diupload oleh anak...  dengan siapa anak berkawan.. Bukan untuk menyekat kebebasan anak-anak tp untuk menjaga anak-anak... (emmmm sanggup ker.. hu..hu...)

Apapun... nasihat untuk adik-adik diluar sana.. tiada salah nak berFB.. tapi jagalah juga bahasa... nak marah ker... apaker.. biarlah dengan cara yang betul... Dari ayat kita sahaja orang dah boleh menilai kita.. Hati-hati... dengan tutur kata kita...

ps: kita manusia biasa.. kadangkala tidak mampu mengawal emosi...

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...