Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Sunday, December 18, 2011

Bila Hati Dah Sayang

Bila hati sudah sayang...
Segalanya menjadi indah
Duka menjadi Suka
Tangisan menjadi tawa..
Kelam bertukar ceria
Mendung menjadi cerah
Marah dijadikan gurauan
Benci menjadi sayang

Bila hati dah menjadi sayang
Pasti segalanya ingin dimiliki
Biar sesusah manapun
Biar sepahit manapun
Biar sesakit manapun
Rela jua akan segalanya
Tiada berganjak tiada berundur

Bila hati menjadi sayang
Tiadalah daya bila duka kembali mendatang
Hancur lebur dan luluh...
Segala terpendam dihati
Dibiarkan terus berdarah kembali
Walau sukar tuk diubati

Kembali hati itu teguh berdiri
Biarpun tiada berteman lagi
Walau sisa masih berbaki
Tetap terjaga tetap bersemi
Walau harapan tetap ada..
Walau segala masih terhampar..
Namun tiada daya mengulang lagi
Bila hati yang disayang
Pergi ditinggal sendiri

Bila hati dah sayang..
Rela jua akan segala..
Lara hati duka...
Dalam hati.... tiadalah siapa yang tahu..

2 comments:

miss annaz said...

...sambungan..

dimana hendak ku labuhkan sauh bahteraku ini
berkemudi tanpa arah tuju
ke kiri lautan api, ke kanan lautan berduri
Di depanku jurang yg amat dalam...

Ms. Anne said...

@miss annaz

lantas aku meneruskan segalanya...
walau badai melanda
walau ribut menggoncang dunia
walau hati terpaksa berduka
walau jiwa terpaksa beralah..
demi apa yang dipertaruhkan
moga kan bertemu sinar kebahgian
yang diidamkan segala...

Theme Support

I'AM BLOGGER

Blog Archive

MY READER

MY ONLINE STUFF (Sampingan)

Tuan Tanah Ye!

My photo

Write To Express My Thoughts And Feelings,
Like Simple. Not Talk Too Much Unless Needed.
Done!