Saturday, July 9, 2011

Hari Semalam Hari Dia

Walaupun telah lama berlalu... Tapi ingatan kita tidak mudah untuk melupakan sesuatu yang pernah menjadi kenangan yang terindah didalam hidup kita... Mungkin semuanya tidak seperti dahulu... Kerana Barang yang lepas usahlah dikenang-kenangkan sangat.. biarkan ia berlalu... dan andai dikenang sekalipun.. anggaplah ia satu pedoman...

Apapun... Selamat Ulangtahun buat teman.. Semoga anda akan tetap berada dalam keadaan sihat hendakNya...Biarkan apa yang telah berlalu itu menjadi kenangan.. Kerana mustahil untuk kembali kepada kenangan lalu... Dunia kita ini telah berbeza... Insyaallah ada rahmat disebalik setiap sesuatu yang diberikan OlehNya kepada kita...

Memang sepi itu amat menyakitkan. Amat hiba.. Amat Sedih.. Sayu dilubuk hati.. Namun adakalanya sepi itu amat indah..teramat indah bila mana dalam sepi bersama sisa-sisa kenangan silam

Biarkan is berlalu kerana ia tidak akan pernah kembali lagi.... Mengenang sesuatu hanya akan menyiksa dirimu.. Adalah baik untuk kamu membiarkan ia berlalu... Ibarat melepaskan daun disungai.. Ia terus berlalu pergi mengikut arus sungai terlebut... Insyaallah kamu akan temui kebahagiaan.. Yang pastinya mungkin lebih baik dari yang dahulu...

ps: anggap semuanya telah berlalu,,...

No comments:

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...