Thursday, June 9, 2011

Kenapa Masih Terus Dibelenggu?

Ramai orang banyak masalah dan masalah mereka tak pernah selesai. Sering sahaja dihantui dan dibelenggu dengan masalah yang dihadapi... Kenapa semua ini masih terjadi? Dan kenapa semua ini masih berterusan? Tidak kiralah apa jua jenis masalah yang dihadapi kecil atau besar, kehidupan atau dalam pekerjaan dan sebagainya. Kenapa membiarkan masalah terus berlarutan?

Kenapa Masih Terus Dibelenggu?
Sebab gagal untuk menyelesaikan masalah.
Melarikan diri dari masalah (jgn lari dari masalah kerna ia akan muncul kembali)
Tiada tempat untuk mengadu.(Masalah ditanggung sendiri dan tidak diluahkan pada teman@rakan@keluarga terdekat)
Sengaja membiarkan ia selesai sendiri (Boleh ker macam nie..depend dengan masalah la)
Sambil lewa (endah tak endah dengan problem sampai dah teruk baru teraba-raba)


Kalau kita gagal menyelesaikan masalah jangan simpan didalam hati.. Luahkan pada teman-teman @ rakan @ keluarga untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kita. Biarpun tidak mendapat penyelesaian yang sewajarnya, sekurang-kurangnya kita mempunyi tempat untuk mengadu agar berasa sedikit lega.  (Amaran!!!! Jangan luah sebarangan. Cari teman yang betul2 boleh dipercayai!)


Bermohon kepada Allah Swt kerana setiap malapetaka atau musibah yang menimpa kita adalah ujian dariNya.. Daripada Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali... Mohon ampun dan petunjuk kepadaNya insyaallah..


Setiap permasalahan itu ada penyelesaiannya... Jangan biarkan masalah terus membelenggu diri tanpa diselesaikan... Setiap ujian dan musibah itu datang dariNya untuk menguji umatnya yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.. Setiap ujian darinya pasti ada rahmat disebaliknya

1 comment:

Student uniSZA said...

sangattt setuju !!! huhu
masalah mmg tak lari dari kehidupan , mudah2an segala ape pon masalah yg dhadpi dpt dselesaikan dgn baik ;)

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...