Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Ramai antara kita mengenakan tudung hanya dengan beberapa sebab yang utama MENUTUP AURAT.. Persoalannya...."Seberapa banyak dari kita yang mengenakan tudung hanya kerna menutup aurat?"
Aku bukan juga seorang yang perfect untuk menulis catatan sedemikian... Terus terang aku bertudung kerna aku sememangnya sudah selesa dengan cara begini... Dan pastinya kerana menutup aurat...Kadang kala aku juga mengenakan tudung... tetapi pakaianku pula tidak sesuai.. Mungkin menutupi kesemuanya... tetapi mungkin masih bisa mendedahkan aurat (melalui pandangan susuk tubuhnya...)... Jangan hanya aku... Pasti ramai disana sama sahaja....
"Pakai tudung tapi perangai... nauzubillah..." Ramai... dan ramai... dan ramai....Tak semua sedemikian rupa..."Yang bertudung tu lebih hipokrit daripada yang tak bertudung" Emmm.. yang hipokrit itu adalah diri orang yang bertudung.... Dan bukan pada tudung itu sendiri...emmm..... Jahat & baik itu... dan hukuman itu.. bukan kita yang meletakkannya... Tapi DIA....
Ramai kenalan yang bertudung... hanya ketika mencari rezeki... kerana tuntutan kerja.. Kerana terpaksa... Apabila diluar... mereka bebas untuk tidak bertudung.... Salahkah mereka? Berdosakah mereka? Ya.. berdosa.. dosanya pada Allah swt... kerana tidak mengikuti suruhannya... Salahkah mereka pada anda yang melihat? Pastinya ramai pada lelaki yang sememangnya mengata (maaf ya...) Ya... Banyak saya jumpa.. dan terbaca... Tak kurang juga yang mengutuk habis habisan... tapi ada juga yang saya sokong... apabila kene dengan cara penyampaiannya dan sebab mereka berkata begitu...
- Perempuan bertudung .... tapi buat onar...
- Perempuan bertudung.... tetapi pakaian seksi.. terdedah sana..terdedah sini..
- Perempuan bertudung.... Tapi.. bila duduk... nampak seluar dalam...
- Perempuan bertudung.. tetapi hisap rokok....
- Bertudung.. tapi sibuk berpeluk-pelukan...
- Bertudung tapi nampak rambut juga... nampak juga yang lain-lain...
emm..banyak lagi... tak dinafikan semua itu....
Tapi nasihat untuk saya dan juga para sahabat-sahabat wanita seperti saya.... Kalau rasa anda bertudung itu sememangnya wajib sebagai seorang muslimah yang beragama Islam... dan tak perlu kita sangkal kerana untuk menutup aurat dan peribadi kita sebagai muslimah... (Peringatan: Aurat bukan sekadar bertudung......)
Kalau nak bertudung... biarlah kene juga dengan pakaiannya... Kalau bertudung.. lihat juga pada tempat mana kaki kita melangkah... Kalau bertudung juga... jagalah juga tutur kata dan budi bahasa kita... Kalau bertudung... lihatlah juga tingkah laku @ perbuatan kita... Kalau ingin bertudung juga... lihatlah juga pada waktu dan kene pada gayanya... Tak salah... kalau kerana Fesyen...
(Berfesyenpun... lihatlah kesesuaiannya...janganlah biarkan imej bertudung itu... satu imej yang buruk kerana ia dipakai dengan pakaian dan gaya yang tidak sesuai)
Yang penting.... anda sendiri tau.. apa anda lakukan... masing-masing semua sudah tahu apa hukum hakamnya.. apa harus dan apa tidak harusnya... Halal dan juga haramnya... Teguran itu.. satu peringatan... Kalau ada yang menegur... pasti anda tahu apa silapnya...(lihat diri sendiri kenapa orang menegur) Mujur ada yang tegur.. kerana Allah menegur kita.. mengingatkan kita dengan pelbagai cara... cuma antara kita sedar dan tidak sedar...
Tepuk dada tanyalah hati.... Manusia itu sering berbuat kesilapan... Adalah lebih baik kita menyedari kesilapan kita dan segera memperbetulkannya.. daripada menyedari.. tetapi membiarkan ia berterusan...
P/s: Aku juga kadang kala berbuat silap... Manusia tidak pernah lari cari melakukan kesilapan... Andai tersedar.. segera perbetulkan kerana masih belum terlambat... Nasihat untuk diri sendiri dan sesiapa yang membacanya.. Gambar diatas diambil dari google.. tapi clik gambar,... akan tahu dari mana punca gambar didapati.. TQ
Catatan ini hanya bingkisan semata. Jangan ada yang menyalah ertikannya. Terima kasih
2 comments:
suka entri ni ^^,
@Kathy Tuah
HE..HE... MEKACEH KATTY.. WINDU KAMU..
Post a Comment