Personal blog. Bukan sekadar blogger. Tentang kehidupan, hiburan, informasi, segmen, giveaway dan contest, pendapat dan Pandangan Serta Nasihat. Perkongsian Dengan Rakan Blogger.

Saturday, May 14, 2011

Ayat Nie Korang Pun Guna

Saturday, May 14, 2011 Posted by Ann Mohamad No comments
Teringat zaman bercinta dulu-dulu… Masa zaman-zaman mude bercinta-cintun… hak..hak..hak… Cinta Monyet.. Cinta kelakar.. Cinta yang entah apa-apa.. Dan Ayat-Ayat manis dibibir.. Huk..Huk..Huk…



"Awak.. saya makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah.. Asyik teringat dekat awak saja."
(Ayat-ayat bunga gila.. Padahal 2 3 pinggan dah makan… tidur dah terlebih lena, mandi dah terover2 air diguna… hu..hu..)

Awak.. kalau saya jadi bunga, awak jadi apa? Awak kalau saya jadi lampu, awak jadi suisnya… 
(Ha..ha.. Bermadah-madah camni… Ala-ala romantic la nie….)

"Awak.. hujung minggu nie awak ada pergi mana-mana tak? Kita keluar nak tak? 
Tapi nanti kita pakai baju sama ek…"
(He..he… Kluar nak pakai baju sama warna.. Kalau merah.. sume merah… Kira sehati sejiwa lah nie… Alahai…. Tu yang Nampak sedondon tu…)

Ayat Yang Suka ditanya…

"Awak sayang saya tak? Sejauh mana awak sayang saya?"
(Dalam hati tu berbunga-bunga kalau awek @ balak kata sayang dekat dia dan sedalam lautan sayang dia dekat pasangan dia… He..he…)

Lepas tu suka tanya, " Kenapa Awak Suka Saya?"
(Perrhhhhh… memang mantop…… Leh tanya lagi…. Pastu pasangan dia jawabla… Tapi tak tau la ikhlas ker tak @ terpaksa sebab nak jaga hati… he..he…)

"Sebab awak baik sangat-sangat… Sebab awak pandai jaga hati saya… Sebab awak selalu buat saya ketawa… Awak slalu buat saya happy… Saya selesa sama dengan awak… Sebab awak selalu ada masa saya perlukan awak…"
( Uikkkksss…. Alangkah kembangnya hati sipasangan bila dipuji bagai… Adeh!!!!! Kira nie pertanyaan untuk mendapat pujian dari pasanganlah…. Kui! Kui! Kui! )

Ayat-Ayat Pasrah….

"Saya tahu saya tak hensem @ cantik…. Saya tau saya xmampu buat awak bahgia…. Saya tau.. saya tak layak untuk awak…."
(Nie ayat2 pasrah lah nie… Konon raih simpati… Huk..huk..huk…)

Pastu mula adengan pujuk rayu bagai…

“Taklah… pada saya awak hensem.. awaklah yang paling hensem.. Awaklah yang paling cantik dari semua yang saya jumpa…” (Ikhlas ker tu? )
“Janganlah cakap macam tu,…. Saya bahagia dengan awak tau.. bahagia sangat-sangat tau” 
(Emm… sangat-sangat ker tu? Bukan bila gaduh.. cakap aku tak bahagialah.. itulah inilah… hik..hik..hik..)
“ Janganlah cakap macam tu… awaklah yang terbaik buat saya… Sapa kata awak tak layak… awak layak tau” (Emmm… padahal dalam kepala tengah duk fikir list-list yang menanti… hik..hik..hik….)

Ayat nak menguji….

“Awak… mungkin dia lebih sesuai untuk awak… awak pergilah dekat dia… Saya tak setanding dengan dia.. Saya tak layak untuk awak…” (Emmmmm Konon.. entah-entah dah ade yang menanti disinun…)

“Awak.. jangan cakap macam nie… sapa kata awak tak sesuai dengan saya… awak layak untuk saya” Huk..Huk..Huk…
“Saya rela undur diri demi kebahagiaan awak… Saya doakan kebahagiaan awak” 
(wa… pasrah gila… konon sanggup bekorban demi kebahagiaan yang tercinta konon… huk..huk..huk..Betul ker tu?)

“Awak… saya masih sayangkan awak.. Jangan tinggalkan saya..” (Perrhhh…. Macam drama lah pulak…)

Macam-macam kisah zaman dulu-dulu… bila ingat semula gelak rasanyer… Perkara yang sama mungkin terjadi pada kita semua… Bila umur dah meningkat kita semakin dewasa jadi kalau ingat cinta zaman monyet dulu.. emm tergelak besar dibuatnya.. He..he…

Ps: Cinta Monyet.. Bukan cinta yang dilafazkan oleh seekor monyet… Hik..Hik..Hik… Aku penah gak mengalami situasi ini.. Biasalah dah sayang.. Em... Banyak lagi ayat-ayat manis tu.. malas nak letak.. nanyti panjang pulak entry nie...

Entry yang dah berhari tulis tapi tak boleh post sebab blogger under maintenance

0 comments:

Theme Support