Emmm maaf kalau entri nie ada yang menyinggung hati dan perasaan sesetengah individu.. Ini hanya pendapat peribadi sahaja...
Kenapa kita suka memaparkan keaiban seseorang? Kenapa kita mesti post atau publish gambar atau video seseorang atau apa sahaja yang boleh mendatangkan rasa malu atau aib pada sesetengah individu? Contohnya gambar keseksian artis muda Miera Leyana baru-baru ini.... Dah dia nak pakai seksi... memanglah tak elok.. tapi dia yang tanggung sendiri... Yang kita takde kene mengena dengan dia tu siap ambil and publish keseksian gambar dia dekat internet mahupun dimana-mana sekalipun...
Ps: Tak letak gambar tu dekat sini... Takyah letak pun takper.. Memang you all sume dah tengok gambar tu..
Yang difokuskan pula gambar tersebut dekat bahagian yang seksi sahaja... Emmm.... Kenapa nak difokuskan bahagian tu sahaja? Well sebenarnya korang memang suka tengok pun.... Hu..Hu...
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah:
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Banyak lagi contoh lain yang boleh kita lihat... Apa tujuan mereka menyiarkan gambar-gambar tersebut???
Mengejar Ranking???? Mengejar Populariti??? Mengejar Income Melalui Kliks??? Meraih Readers???
Hu..Hu.... Itu Masing-masing punya pendapat dan idea... Tapi dalam penulisan kita kena menjaga hati mereka yang lain... Memang hak kita bersuara... Tapi Batasan Perlu ada... Mungkin Didunia kita menang tapi Di Akhirat... Tak Siapa tahu...
Bagi saya orang yang diaibkan itu agak teruk.. dan yang mengaibkan itu... lagi-lagi1000xxx bertambah teruk!!!
Nauzubillahi min Zalik.....
Ps: Banyak lagi contoh-contoh lain.... Bukan pada artis... tapi orang biasa pun ader... Try tengok lah.. Confirm...adernyer... So... Tepuk dada nya hati...
No comments:
Post a Comment