Thursday, April 15, 2010

Suatu Ketika Dulu

SUATU KETIKA DULU

Suatu ketika dahulu
Aku pernah susah
Mengalami keperitan hidup
Pernah seketika hanya makan nasi berlaukkan ikan kering
Kadang kala hanya makan bubur kosong
Kadang-kala hanya makan ubi rebus
Melihat keluarga yang ramai
Melihat kepayahan ayah mencari sesuap nasi untuk kami
Namun tidak pernah sekali aku melihat
Keluhan dari ayah, keluahan dari emak
Namun di wajahnya terpancar akan kerisauan
Ingin membesarkan anak yang ramai
Ramai mengata kenapa nak ramai anak
Sedangkan tidak mampu…

Tidak mampu?
Seperti rasa mahuku sekolahkan mereka
Sungguhpun kehidupan sederhana
Sungguhpun tiada harta berjuta
Namun tidak pernah sekali kami tidak makan
Tidak pernah sekali meminta-minta
Tidak pernah sekali meminjam secupak nasi
Tidak pernah sekali

Kepayahan demi kepayahan dilalui
Keperitan demi keperitan ditanggung
Namun… tidak pernah sekali ayah dan emak mengeluh
Dan aku… tidak pernah sekali menyesal dilahirkan dalam serba kekurangan

Kata emak dan ayah pada kami…
“ Nak belajar rajin-rajin
Jangan jadi seperti ayah dan emak..
Pelajaran tak tinggi
Tiada harta berjuta
Nak… Sungguhpun emak dan ayah susah
Namun tidak pernah emak dan ayah mengabaikan kamu
Tidak pernah emak dan ayah tak beri kamu makan
Tidak pernah emak dan ayah tidak menyekolahkan kamu
Tidak pernah sekali emak dan ayah tidak pernah membayar yuran mu
Dan tidak pernah sekali emak dan ayah menyesali kerana melahirkan kamu
Bagi kami.. tiada harta yang lebih bernilai selain dari kamu semua
Kami tidak meminta lebih dari kamu
Yang kami minta kamu belajarlah sehingga kemenara gading
Ubahlah nasib keluarga kita.. anakku”

Aku seorang anak terharu mendengar…
Kata- mereka tersemat rapi didalam hatiku
Lantas semuanya terbukti?

Siapa kata kami tidak mampu?
Siapa kata kami miskin?
Siapa kata kami tidak berpelajaran?

Keluarga yang susah inilah mampu menghantar semua anaknya bersekolah
Keluarga yang susah inilah yang mampu menghantar anaknya ke Universiti
Keluarga yang susah inilah yang berjaya menghantar anaknya ke luar Negara
Siapa kata kami tak mampu?

“ Mak, Ayah… kami amat berterima kasih kepada emak dan ayah..
Kalau tidak kerana emak dan ayah..
Kami tidak akan berjaya seperti ini..
Kalau tidak perit payah emak dan
Kami tidak akan jadi orang yang berguna
Mak.. Ayah… biar mereka semua lihat
Biar mereka tahu.. usaha emak dan ayah bukan sia-sia
Mak ayah… kami telah buktikan pada emak dan ayah..
Kami mampu berjaya biarpun datang dari keluarga yang susah..
Emak ..Ayah… kejayaan ini bukan milik kami
Tapi milik emak dan ayah..
Milik kita bersama..
Kesusahan hidup bukan satu penghalang untuk kita terus berjaya
Hanya kecekalan dan keazaman yang tinggi
Mampu membawa seseorang kemercu kejayaan.

Nukilan: Miss Anne
Jam 12.41 pm
15 April 2010

4 comments:

Luthfi Suib said...

pinjam... nak kopi masuk blog.. boleh?

nt bagi la kredit kat blog kamuu :D

Ansof86 said...

boleh jer.... sharing is caring

akmal hacks said...

memang tersentuh bila terbaca nukilan dr Ms Ann.. nak copy ltak kat notepad yaa,, nak save kat pc! boleh yaa..hee

Ansof86 said...

boleh akmal.. silakan... thanks.. but written from inside my heart

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...