Sekian lama aku memendam rasa
Membiarkan hati berbicara
Membiarkan minda bermain akal
Tiada tempat untuk berbicara
Kini Aku seorang penulis blog
Aku bisa berbicara apa sahaja
Tiada batas tiada sekatan
Tiap kata aku tuturkan
Walau tiada suara tapi ia bisa berkata-kata
Walau tiada mata tapi ia biasa melihat
Walau hanya tulisan tapi penuh makna
Aku penulis blog
Punyai cita-cita tersendiri
Ingin menjadi seorang yang dikenali
Walaupun hanya didalam maya
Namun cukup satu penghargaan
Aku penulis blog
Bukan untuk mencari populariti
Bukan untuk menjadi pujaan
Dan bukan juga untuk mendapat sanjungan
Aku penulis blog
Aku menulis apa yang aku lihat
Aku menulis apa yang aku Nampak
Aku menulis apa yang aku terlintas
Aku menulis apa yang aku rasa
Aku penulis blog
Aku meluahkan apa yang kurasa
Aku memaparkan setiapa yang tersurat malah jua tersirat
Aku meluahkan setiap pendapat
Aku mencadang setiap cadangan
Aku penulis blog
Punyai etika diriku sendiri
Aku menulis bukan kerna aku popular
Aku menulis bukan kerna wang semata
Aku menulis bukan untuk mencaci mencela
Aku menulis bukan untuk kepentingan diri
Tapi…
Aku seorang penulis blog
Penulis blog yang hanya ingin menyampaikan
Penulis blog yang ingin mencari pengalaman
Penulis blog yang mahukan kebebasan
Penulis blog yang ada keinginan
Kerna keinginanku menjadi
Penulis Blog….
Hasil karya: Miss Anne
8.48malam
14 April 2010
5 comments:
hi ann.. aku pun ingin jadi penulis blog.. same same la kita!
waaahh sungguh puitis!!
aku jugak penulis belog!! heee
thanks comment.. kite semua penulis blog... selamat berblogs.. curahkan idea anda untuk para blogger
waduh puitisnye......
meh la singgah ke blog saye"sweetwitchlight.blogspot.com"
hebat! I like it
Post a Comment