Wednesday, April 14, 2010

Siapa pernah Tengok.....???

Siapa penah tengok Hantu? @ Penah rasa kehadirannya? @ Mengalami situasi tu?

Anne penah.. Pertama kali masa Form 6 dulu kat asrama Anne penah kene. Masa tu ada 3 orang kawan Anne kene... Tetiba Anne pun kene. Tetiba hati Anne jadi sayu yang teramat sangat. Tak tau kenapa. Lepas tu anne menangis, menangis sayu.. Gigi dan mulut Anne tak boleh buka.. Anne menangis. Anne cuba kawal tapi tak dapat. Anne cuba halang tetap tak dapat. Lama jugak Anne berkeadaan macam tu. Kawan2 satu dorm cuba tenangkan Anne dengan kawan2 yang lain. 3 hari Anne dan kawan2 macam tu. Lepas tu dah ok.. Kene balik kampung berubat sesikit.

Kali kedua masa dekat rumah sewa Anne di Bandar Melaka. Malam tu Anne tido. Baru jer lelap mata. tetiba ada orang tarik kaki Anne. Anne rasa sangat2 kepala Anne melorot dari bantal. Anne cuba bangun tapi tak dapat, Bilik tu gelap sebab Anne tutup lampu, Ada sikit2 jer cahaya masuk. Anne buka mata Anne just nampak warna hitam atas perut Anne. Anne nak mengucak tak dapat. Lebih kurang 3 ke 4 minit Anne berkeadaan macam tu. Dapat je gerak Anne terus keluar bilik mengadu dekat Akak datu rumah. Malam tu anne tido kat bilik akak tu.

Kali ketiga masa dekat rumah sewa di Taman Tasik Utama. Macam2 Anne lalui. Nampak ader perempuan pakai baju kurung putih masa Anne tengok cermin. Nampak kat belakang Anne. Boleh mimpi Anne bawa benda tu keluar dari rumah tu. Tapi keadaannya betul2 real. Dan macam2 lagi yang Anne kene.

Lepas tu pindah rumah baru kat Masjid tanah.. Alhamdulillah dan takder alami semua tu lagi.. Amin...

2 comments:

Dila Zaidan said...

tktnye....

Annaz Mohd said...

sebelum tido baca la ayat kursi n apa2 ayat lazim..tengok hantu x pernah la...pengalaman pun x de..setakat dengar cerita jer..

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...